Anda suka makan Char Kuay Teow? Ya..Ini ada resipi untuk membuat kuah kicap, pes cili dan juga cara-cara masak menu ni secara homemade. Resipi perkongsian saudari Azrina Surono ni memang berbaloi untuk dicuba. Lepas ni bolehlah buat sendiri. Lebih bersih, diyakini halal dan sedap! Selamat mencuba.
RESIPI PES CILI, KUAH KICAP & CARA MASAK CHAR KUAY TEOW
RESIPI KUAH KICAP
1 liter air
6 ulas bawang putih -ditumbuk
1 kiub pati ayam
3 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap pekat
10 sudu makan kicap manis
3 sudu makan kicap sotong
2 sudu makan gula
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Ads
Satukan semua bahan kecuali garam. Didihkan 20-25 minit.
Kemudian baru letakkan garam secukupnya. Untuk kuah kicap ni, biar kuah rasa masin sedikit.
RESIPI PES CILI
100gm pes cili
1 genggam udang kering – bersihkan
1 labu bawang putih
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Kisar semua bahan. Kemudian tumis sampai garing dan pecah minyak.
Bila dah siap, sejukkan dan simpan. Guna bila nak masak.
RESIPI MINYAK BAWANG PUTIH: (TIADA DALAM GAMBAR)
BAHAN-BAHAN:
1 labu bawang putih
1 cawan minyak masak
CARA MEMBUAT:
Kisar bawang putih dan rendam dalam minyak.
RESIPI CHAR KUAY TEOW
Ads
BAHAN-BAHAN:
1 sudu makan minyak bawang putih
1 sudu makan pes cili
1 senduk kuah kicap
Udang secukupnya – dibersihkan
Tauge & kucai secukupnya
Kuetiau halus
Telur
( boleh juga tambah kerang )
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak bawang putih dan goreng udang sebentar. Jika suka, boleh tambah isi kerang bila udang dah masak.
Masukkan pes cili. Kacau sebati.
Seterusnya masukkan kuah kicap. Jumlahnya boleh ditambah jika nak char kuay teow yang berkuah. Biarkan mendidih.
Dengan pantas, masukkan tauge, kucai dan kuetiau. Kacau cepat dan laju. Jangan lama sangat nanti kuah akan kering.
Pecahkan telur, padam api dan kacau laju-laju. Siap untuk dinikmati.
Ads
INFO:
Setiap kali buat set char kuay teow ni, masakan yang pertama mesti kena cuba dulu dan adjust masin, manis, pedas semua.sebab setiap bahan yang kita gunakan tak sama. Lain jenama, lain rasanya. Ubah suai rasa dalam kuah kicap tu. Tambah apa yang kurang. Bila dah ok masakan pertama, barulah senang nak masak yang seterusnya.
Udang ikut suka nak kopek kulit atau tak. Kalau kopek,kulitnya jangan buang tapi direbus dan masukkan airnya dalam rebusan kicap tadi.
Hidangan mi rebus ini boleh jadi menu untuk menjamu tetamu yang datang beraya. Bukan saja enak malah cara membuatnya pun tak susah selain bahan yang digunakan pun tak banyak.
Cuma kalau nak rasa mi rebus yang dimasak lebih sedap, boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh Ainn Mustafar ini. Katanya resipi ini adalah daripada ibunya. Memang sedap sampai boleh ulang makan lima kali sehari.
Cara buat mi rebus sedap sedap
Bahan-bahan
1kg mi kuning -dicelur dan ditos
Bahan kisar
Segenggam cili kering (rendam lembut)
2 biji bawang besar
2 biji bawang putih
Sedikit udang kering
Bahan lain
Ubi keledek 1kg (rebus dan kisar halus)
Daging hiris nipis
Udang buang kulit
Kulit udang (rebus dan kisar halus dan tapis)
3 sudu sos tomato
3 sudu sos cili
1 keping asam keping
1 sudu serbuk kari daging
Cara membuat:
1.Tumis semua bahan kisar kisar. Setelah naik minyak, masuk daging and tumis sampai agak-agak lembut. Masukkan air udang (inilah rahsia penyedap kuah) dan ubi keledek yang dikisar.
2.Masukkan 3 sudu sos tomato, 3 sudu sos cili, asam keping sekeping, dan sesudu serbuk kari daging (penting untuk mematikan bau ubi).
3. Masukkan garam, gula, dan serbuk perasa. Seimbang masam, manis, masin kuah! Akhirnya sekali masuk udang. Selepas kuah menggelegak boleh tutup api. Udang jangan masak lama supaya tak keras.
4. Kepekatan kuah ikut cita rasa, sebaiknya tak cair dan tak pekat sangat.
5. Sediakan mi rebus bersama dengan telur rebus, tauhu goreng, cili merah, daun sup, bawang goreng dan limau yang dipotong!
Bagi menyediakan hidangan sarapan, kita perlukan sesuatu yang menyihatkan tetapi tetap sedap. Jika sebelum ini kita kerap makan nasi lemak atau roti canai, kali ini apa kata kita makan pasta. Cara masaknya pula kita kurangkan minyak dan banyakkan sayuran.
Surirumah dari Shah Alam, Suria Rashid berkongsi empat resipi memasak pasta dengan cara yang sedap namun tetap sedap. Menurut Suria, sarapan yang sihat amat penting untuk memulakan hari dengan lebih bertenaga. Hidangan yang sihat tak semestinya tak sedap. Banyak cara untuk mengekalkan keenakan sesuatu makanan tanpa menjadikan ia sebagai satu makanan yang tinggi kalori.
“Sarapan sihat boleh tambah tenaga dan kawal pengambilan kalori. Semua orang perlu ambil sarapan untuk kekalkan kadar metabolisme badan. Pengambilan sarapan sihat penting untuk badan lebih sihat. Jangan sesekali skip sarapan,” katanya.
Ibu kepada tiga orang anak ini pernah bertambah berat badan sehingga 68 kilogram. Namun dengan mengamalkan pemakanan sihat dan menjaga pengambilan sarapan yang tinggi khasiat, dia berjaya mendapat berat idaman iaitu 55 kilogram pada masa sekarang.
TIP PASTA LEBIH SIHAT
“Salad dan pasta adalah salah satu hidangan sarapan yang saya selalu makan. Ada cara untuk menjadikan pasta dan salad tu meriah, rasanya sedap dan tak muak ketika dimakan. Saya kongsikan tiga tip untuk kita masak pasta dengan lebih sihat,” kata Suria yang kini sedang cuba untuk kekal 50 kilogram sahaja.
1. Guna pasta organik dan pasta yang tinggi serat.
2. Elakkan penggunaan keju atau sumber krim apabila memasak pasta. Boleh ganti dengan minyak zaitun.
3. Masak pasta dengan pelbagai sumber serat seperti sayur.
PASTA SALMON
.
BAHAN LEMON MENTEGA
3 ulas bawang putih (racik halus)
2 sudu besar jus perahan lemon
2 sudu besar mentega
Sedikit serbuk cili kasar
CARA MEMBUAT LEMON MENTEGA
1. Tumis bawang putih. Masukkan air perahan lemon, mentega dan serbuk cili kasar.
2. Matikan api dan ketepikan.
BAHAN SALMON PANGGANG
1 keping ikan salmon
Sedikit garam
Sedikit serbuk lada hitam
CARA MEMASAK SALMON PANGGANG
1. Gaulkan ikan salmon bersama garam dan lada hitam. Letakkan di atas aluminium foil.
2. Panggang salmon di atas kuali sehingga masak.
3. Masukkan separuh campuran lemon dan mentega ke atas ikan salmon.
4. Biarkan sebati, ketepikan.
BAHAN PASTA
1/2 bawang holand (potong dadu)
250 gram pasta (direbus sampai lembut)
Garam secukup rasa
Sedikit lada hitam
Sedikit daun sup
Sedikit sayur pilihan
CARA PENYEDIAAN PASTA
1. Panaskan kuali. Tumis bawang holand dan baki separuh lagi lemon mentega.
2. Masukkan pasta dan 1/4 cawan air rebusan pasta tadi.
3. Masukkan garam dan lada hitam.
4. Masukkan daun sup dan sayur pilihan.
5. Sedia dihidang bersama salmon panggang tadi.
SPRING ROLL MAKARONI BERKEJU
.
BAHAN-BAHAN
150 gram makaroni
Minyak zaitun untuk menumis
3 ulas bawang putih (diracik)
1/2 labu bawang besar (potong dadu)
100 gram sayur campur
10 ekor udang saiz sederhana (dihancurkan)
10 ketul jejari ketam (dihiris halus)
100 gram sos bolognese
Garam secukup rasa
Herba Itali secukup rasa
Sedikit daun ketumbar (hiris halus)
1/2 cawan keju cheddar
1/2 cawan keju mozarella
Kulit popia secukupnya
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMBUAT
1. Rebus pasta sehingga masak dan toskan. Ketepikan.
2. Panaskan minyak zaitun dalam kuali.
3. Tumis bawang putih dan bawang besar. Masukkan sayur campur.
4. Masukkan udang dan jejari ketam.
5. Masukkan sos bolognese, garam, herba Itali dan daun ketumbar.
6. Tutup api. Masukkan keju dan pasta. Gaul sebati. Ketepikan.
7. Ambil sekeping kulit popia. Letakkan campuran pasta tadi. Balut kulit popia dengan kemas.
8. Panaskan minyak masak. Goreng popia sehingga garing.
9. Hidangkan dengan keju nachos.
* Hidangan ini kurang sesuai untuk diet tapi boleh dimakan ketika cheat day. Jadi tak delah korang bosan sangat.
SALAD PASTA
.
BAHAN-BAHAN
150 gram pasta spiral
100 gram jejari ketam
100 gram udang
Batang seleri
Kacang pis hijau
Lobak merah
Jagung
Lada benggala
Tomato ceri
1/2 biji lemon (perah jus)
1 cawan mayones
Garam secukupnya
Lada hitam secukupnya
CARA MEMBUAT
1. Masak pasta sehingga lembut dan toskan. Ketepikan.
2. Rebus jejari ketam dan udang. Ketepikan.
3. Campurkan semua sayur dan makanan laut.
4. Masukkan perahan lemon dan mayones.
5. Gaul sebati dan tabur sedikit garam dan lada hitam sebagai penambah rasa.
6. Sedia untuk dinikmati.
PASTA BERKRIM DENGAN UDANG
.
BAHAN-BAHAN
200 gram pasta bowtie
10 ekor udang saiz sederhana
1 sudu besar minyak zaitun
2 ulas bawang putih (diracik)
1/2 biji bawang besar
1/2 cawan krim keju
1/2 biji lemon (perah jusnya)
1 cawan kacang pis
Daun sup secukupnya
Daun bawang secukupnya
CARA MEMBUAT
1. Rebus pasta dan toskan. Ketepikan.
2. Gaul udang bersama garam dan lada hitam.
3. Panaskan minyak zaitun dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang besar.
4. Masukkan udang. Masak selama 2 minit.
5. Masukkan krim keju, perahan lemon, 1/4 air rebusan pasta dan kacang pis.
6. Masukkan daun sup dan daun bawang.
CARA PENYEDIAAN
1. Sediakan pasta. Tuangkan kuah udang berkrim keju ke atasnya.
2. Siap untuk dihidangkan.
Selamat mecuba!
Untuk dapatkan lebih resipi, boleh dapatkan majalah RASA edisi Oktober pada harga RM7.20 senaskhkah di mana-mana kedai buku berhampiran anda.