Pelbagai jenis hidangan boleh dihasilkan dengan menggunakan kuey teow.. Siapa penggemar kuey teow bolehlah cuba resipi-resipi ni! Selamat mencuba! 

KUEY TEOW GORENG CHINESE STYLE

Resipi Aneka Hidangan Kuey Teow!

BAHAN (A)

  • 1/2 kg kuey teow
  • 3 biji telur – pukul hancur sahaja

BAHAN (B)

  • 5-7 ulas bawang putih – cincang halus
  • Udang dan sotong jika suka
  • Minyak secukupnya untuk menumis

BAHAN (C)

  • 1/2 sdm sos tiram
  • 1/2 sdt kicap cair
  • 1sdt kicap pekat manis 
  • 1/2 sdt kicap pekat – untuk warna sahaja
  • 1/2 sdt pitis otak udang 
  • 1 sdm sos cili  *Satukan sebati*
  • Tauge secukupnya
  • Daun kucai jika suka

CARA PENYEDIAAN

  1. Tumis bahan (B), bawang dahulu sehinnga kuning dan masukkan udang. Biarkan sekejap sehinnga udang bertukar warna.
  2. Kemudian masukan bahan (A) kuey teow terlebih dahulu. Goreng sekejap sehingga minyak serap pada mee dan baru masukkan telur. Biarkan sekejap sehingga telur kering.
  3. Kemudian masukkan bahan (C) dan goreng lagi sehingga sebati pada mee dan akhir sekali masukan tauge dan daun kucai. Goreng seminit dan tutup api.

*Penggunaan api mesti sedang besar supaya kuey teow tidak hancur*

Kredit resipi & foto: Sue Norrman

KUEY TEOW LADNA

IKLAN

Resipi Aneka Hidangan Kuey Teow!

BAHAN-BAHAN

  • Kicap pekat secukupnya (untuk digaul bersama kuew teow)
  • 1 bungkus kuey teow
  • 2 ulas bawang putih | ketuk
  • 4 biji cili padi | ketuk
  • 1 biji kiub ayam
  • Sotong/ udang/ayam secukupnya
  • Sawi, lobak merah, putik jagung, bunga kobis (sawi asingkan batang)
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu kecil tepung jagung (tambahkan air untuk pekatkan kuah)
  • Air secukupnya

CARA PENYEDIAAN

  1. Gaul kuey teow dengan sedikit kicap. Panaskan minyak sedikit dalam kuali, masukkan kuey teow gorengkan sekejap anggaran 2 minit. Angkat dan masukkan dalam pinggan.
  2. Tumis bawang putih dan cili api sampai naik bau.
  3. Kemudian masukkan kiub ayam, sos tiram, lobak merah, putik jagung, bunga kobis, ayam, batang sawi dan sotong. Kemudian masukkan air secukupnya. Biarkan mendidih.
  4. Masukkan garam, sawi dan udang. Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung, biarkan sedikit pekat.
  5. Setelah siap, tuangkan ke atas kuey teow tadi.

Kredit resipi & foto: Rohah

KUEY TEOW CANTONESE

Resipi Aneka Hidangan Kuey Teow!

IKLAN

BAHAN-BAHAN

  • 300 gram kuey teow
  • 5 ketul ayam -dipotong kecil
  • 8 ekor udang
  • 2 ulas bawang putih – dicincang
  • 1 biji telur -dipukul sedikit
  • Sayur paksoy

BAHAN A

  • 2 sudu kecil kicap soya
  • 1 sudu kecil tepung jagung
  • Secubit serbuk lada sulah

BAHAN B

  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap soya
  • 1 sudu kecil gula
  • 2 cawan stok ayam (resipi ni guna 2 cawan air + 1 kiub ayam)

BANCUHAN TEPUNG JAGUNG

  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar air

CARA PENYEDIAAN

IKLAN
  1. Perap ayam yang telah dipotong kecil dengan kicap soya dan sedikit lada sulah. Biarkan sekejap.
  2. Panaskan kuali dan letak 1 sudu besar minyak. Masukkan satu sudu besar kicap soya dan kemudian masukkan kuey teow. Balik-balikkan sehingga keperangan. Angkat.
  3. Panaskan kuali dan letakkan 1 sudu besar minyak. Tumis bawang putih sehingga keperangan dan naik bau. Masukkan ayam yang telah diperap dan kacau rata. Masukkan udang. Biarkan seminit dan kemudian masukkan bahan B.
  4. Tunggu sehingga mendidih. Masukkan sayur paksoy dan bancuhan tepung. Kacau dan rasa kuah secukup rasa. Padamkan api. Masukkan telur yang telah dipukul.
  5. Kacau kuah dengan laju dan curahkan kuah di atas kuey teow. Sedia untuk dimakan.

Kredit resipi & foto: lilly

KUEY TEOW KUNGFU

 Resipi Aneka Hidangan Kuey Teow!

BAHAN-BAHAN (KUEY TEOW)

  • 1 paket kuey tiow – basuh dan toskan
  • 2-3 biji telur untuk celup
  • ½ sudu kecil lada sulah
  • Minyak untuk menggoreng 3 senduk

BAHAN-BAHAN (KUAH)

  • 1 bahagian dada ayam – potong dadu
  • 10 ekor udang
  • 3 biji bawang putih – cincang
  • 4 baby corn – hiris serong
  • 1 batang lobak merah – hiris
  • 1 ikat kailan – potong panjang
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 kiub ayam
  • 2 sudu besar tepung jagung- dibancuh dengan air
  • Air – agak-agak berapa banyak
  • Garam secukup rasa

CARA PENYEDIAAN

  1. Panaskan minyak.
  2. Pukul telur dan masukkan lada sulah.
  3. Bahagi kuey tiow kepada 4-5 bahagian. Ambil 1 bahagian dan masukkan ke dalam telur.
  4. Kaup kuey tiow dengan senduk supaya dapat telur sekali. Masukkan dalam minyak yang dah panas.
  5. Goreng hingga perang dan balikkan.
  6. Angkat setelah kedua belah masak.

CARA PENYEDIAAN (KUAH)

  1. Panaskan 1 sudu minyak masak.
  2. Masukkan bawang putih dan tumis hingga naik bau.
  3. Masukkan sos tiram, air dan kiub ayam.
  4. Masukkan isi ayam, lobak merah dan baby corn. Masak hingga isi ayam masak.
  5. Masukkan udang dan kailan dan tunggu hingga masak.
  6. Masukkan lada sulah, dan garam secukup rasa.
  7. Masukkan bancuhan tepung jagung. Kacau hingga kuah pekat.
  8. Angkat dan hidangkan kuah bersama kuey tiow yang digoreng tadi.

Kredit resipi & foto: Farah Sanusi

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI