Andai dinikmati di restoran makanan laut, Ketam Masak Kam Heong ini memang mahal rasanya. Anda sebenarnya boleh masak sendiri di rumah menu enak ini tanpa menggunakan kos mahal. Sedap tau. Jika tiada ketam nipah, boleh sahaja guna ketam laut biasa. Pun sangat enak dan membuka selera. Jom cuba resipi perkongsian Hamdan Hayati ni! Anda pasti sukakannya.
CARA MASAK KETAM KAM HEONG SEDAP ALA RESTORAN
BAHAN-BAHAN: 3-4 ekor ketam nipah Garam dan serbuk kunyit secukupnya
BAHAN-BAHAN LAIN: Segenggam daun kari Cili kering – digunting 2 ½ sudu makan serbuk kari ikan (tambah sedikit air untuk jadikan pes) Kicap manis (ikut suka nak hitam macam mana) – beli online disini Garam & aji (optional) Sedikit air Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK: 1.Bersihkan ketam dan potong kecil. Kemudian lumurkan dengan garam dan serbuk kunyit. 2. Panaskan minyak masak. Goreng ketam hingga separuh masak. Angkat dan ketepikan.
3. Seterusnya tumis bahan-bahan yang ditumbuk hingga naik bau.
4. Bila sudah ditumis elok, masukkan daun kari, cili kering yang digunting, pes kari dan sedikit air. Tumis sehingga pecah minyak.
5. Kemudian masukkan kicap, garam dan aji ikut selera masing-masing.
6. Tambah sedikit air dan masukkan ketam yang telah digoreng tadi. Gaul rata hingga rencah bersalut rata pada ketam.
Ads
7. Rasa dan tambah perasa yang tidak cukup. Masak sampai agak pekat. 8. Ketam Masak Kam Heong sedia untuk dihidangkan.
Seafood antara menu yang mudah dimasak dan tidak perlu lama menyediakannya. Contohnya Ketam Mentega ini satu menu yang mudah, ringkas dan sangat sedap dan tak rugi mencubanya dan hasilnya tidak akan mengecewakan anda sekeluarga kerana rasanya yang lemak berkrim, sedikit pedas dari hirisan cili padi dan kaya dengan aroma daun kari sudah cukup membuatnya menjadi menu kesukaan keluarga anda. Ini resipinya ye.
KETAM MENTEGA BAHAN-BAHAN:
2 ekor ketam (500gm) | potong dua
2 sudu makan mentega
5 biji cili padi | belah dua
3 tangkai daun kari | lurut dari tangkainya
250 ml susu cair
2 sudu makan gula
1 sudu makan tepung jagung
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan mentega, kemudian masukkan cili padi dan daun kari, goreng hingga wangi.
Masukkan ketam, gaul sebati dan tutup periuk atau kuali seketika.
Seterusnya masukkan susu cair, garam dan gula secukup rasa. Kacau lagi kemudian tutup seketika.
Nak masak resipi Kam Heong ni sebenarnya sangat mudah! Nampak je macam rumit tapi sekali dah siap masak sekelip mata je settle. Rasa masakan Kam Heong ni memang unik. Rasa manis pedas yang seimbang dari kuah tumisannya pasti membangkitkan selera sesiapa sahaja yang merasainya. Paling ngam makan dengan nasi panas lauk ni boleh bertambah nasi.
Boleh juga tukar ke ayam jika tidak gemarkan udang sebagai lauk utama. Jom cuba!
UDANG KAM HEONG
BAHAN-BAHAN:
8 biji cili padi
1 biji bawang merah besar
3 ulas bawang putih
2 tangkai daun kari
2 sudu sos tiram
2 sudu sos cili
Sedikit air
Sedikit kicap manis
1 sudu serbuk kari
Serbuk kunyit
Udang
Daun ketumbar
CARA PENYEDIAAN:
Potong bawang merah dan bawang putih dalam bentuk dadu.
Perap udang dengan serbuk kunyit, garam dan gula.
Dalam kuali, goreng udang separuh masak dan ketepikan.
Tumis kesemua bahan tumis sehingga garing, jangan sehingga hangit.
Masukkan serbuk kari, sos cili, kicap dan sos tiram. Masukkan sedikit air dan kacau sehingga sebati.
Akhir sekali masukkan udang. Kacau sebati sekejap sahaja sebab udang dah separuh masuk. Garam tak perlu sebab masa perap udang tadi dah letakkan. Tutup api dan taburkan daun ketumbar sebagai hiasan dan aroma.
Kita biasa makan spageti bolognese di mana kuahnya dicampurkan dengan daging cincang. Apa kata anda cuba hidangan daging goreng tetapi diberi suntikan rasa yang seakan-akan kuah bolognese pula. Unik! Cara membuatnya sememangnya tidak susah. Selain dimakan bersama nasi, boleh juga dijadikan inti kebab dan juga telur bungkus. Menarik bukan? Selamat mencuba!
DAGING CINCANG GORENG BOLOGNESE
BAHAN-BAHAN:
250gm daging kisar | lalukan di atas air bersih dan tos
100gm sos balognes
Sedikit parutan lobak merah
1 biji tomato | dadu halus
1 sudu makan pes cili kering
1 sudu teh oregano
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 biji bawang besar| dadu halus
3 ulas bawang putih | cincang halus
Garam dan gula secukup rasa
2 sudu makan minyak masak | untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, kemudian tumiskan bawang merah dan putih hingga wangi dan kekuningan.
Masukkan masukkan pes cili, kacau lagi hingga pecah minyak.
Seterusnya masukkan daging cincang dengan parutan lobak merah.
Kacau rata sehingga airnya kering.
Masukkan sos balognes, sos cili, garam dan gula secukup rasa.
Sebelum angkat taburkan di dalamnya serbuk lada hitam, orengano.
Biarkan mereneh seketika, kemudian tutup api.
Daging Cincang Goreng Balognes sedia dihidangkan bersama nasi ataupun roti.
Ketahui khasiat air barli yang luar biasa untuk kesihatan dari bantu penyembuhan luka, turunkan berat badan, hingga sejukkan badan secara semula jadi. Rugi kalau tak minum air barli setiap hari!