Sambal Tumis Sotong Kembang ni antara masakan yang sangat sedap terutamanya bagi penggemar sajian nasi lemak. Namun ada dikalangan kita yang tak tahu cara nak masak menggunakan sotong jenis ini. Menerusi perkongsian saudari Zarinah Abu Yazid, beliau kongsikan petua untuk masak Sambal Tumis Sotong Kembang tanpa perlu menggunakan ubat sotong namun hasilnya tida liat. Menarik kan? Jom lihat cara-caranya.
CARA MEMASAK: 1.Untuk melembutkan sotong kembang tanpa guna ubat sotong, potong kecil kemudian rendam seketika dengan tepung gandum. 2. Sebelum dimasak, sangai sotong dalam kuali (tanpa guna minyak) selama 5 minit. Ia bertujuan untuk keluarkan air sotong.
3. Bila cukup 5 minit, toskan sotong. Kemudian bolehlah diangkat dan masak seperti biasa. Hasilnya sotong tidak liat. Semasa disangai, tidak perlu tunggu hingga air kering. Tujuannya adalah bila sotong dimasukkan ke dalam sambal, ia tidak jadi terlalu berair dan tidak perlu tunggu lama untuk sambal jadi pekat.
Ads
4. Untuk menyediakan sambal, panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih dan halia kisar hingga wangi.
5. Masukkan cili kisar. Masak lagi hingga pecah minyak.
6. Bila sambal sudah pecah minyak, masukkan sotong, garam, gula dan air asam jawa. Gaul rata.
7. Kecilkan api dan biarkan hingga sambal menjadi agak pekat. Anggaran masanya selama 20 minit.
8. Sambal Tumis Sotong Kembang siap untuk dinikmati.
Resipi kuah pasembur ini wajib tahu jika mahu membuat sendiri hidangan rojak dari Pulau Pinang ini.
Pasembur tak dinafikan ramai peminatnya bukan saja orang utara tapi juga dari negeri lain.
Pasembur yang sedap sudah tentu dari sana tapi kalau teringin menikmatinya kuah yang kurang manis mengikut cita rasa kita dah tentulah kena buat sendiri.
Bila dah buat sendiri kuahnya, bahan-bahan rojak pun boleh kita sediakan. Ikut suka nak letak apa tapi asasnya kena ada sengkuang, timun, tauge, telur, tauhu, kentang dan cucur.
Cara buat kuah pasembur
Bahan-bahan
2 sudu makan udang kering -kisar*
3 sudu makan serbuk cili -bancuh dengan air*
2 kpg gula Melaka*
500gm ubi keledek -rebus dan kisar
1 cawan kacang tanah -sangai dan kisar halus
1/2 cawan bawang goreng -dikisar
2 sudu makan kicap.
Garam dan gula pasir secukupnya
1/2 cawan tepung jagung
Air asam jawa
Cara membuat
1. Masukkan bahan yang bertanda dalam periuk. Tambah dalam 2 cawan air dan air asam jawa.
2. Masak sampai hilang bau cili.
3. Masuk ubi keleder kisar, garam, gula, kicap dan 1 liter air.
4. Masak sampai mendidih, kemudian masukkan kacang tanah serta bawang goreng kisar. Kuah pastikan tak terlalu pekat atau terlalu cair.
5. Apabila kuah mendidih masukkan tepung jagung yang sudah dibancuh dgn sedikit air. Perasakan manis, masin ikut citarasa. Biarkan seketika sebelum tutup api.
Sardin adalah makanan dalam tin yang tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia. Mudah, enak dan senang dibawa kemana-mana. Biasanya selain dimakan begitu sahaja, sardin juga dimasak sambal, masak lemak cili padi, kari dan bermacam-macam lagi. Tapi pernah anda cuba Kerabu Sardin? Ha…mesti tak pernah kan? Admin pun baru pertama kali jumpa resipi ni. Nampak sedap. Jom cuba resipi perkongsian saudari Hunny Wanny.
KERABU SARDIN
BAHAN-BAHAN
Sardin tin | isi dan kuah diasingkan
Bawang besar | dihiris
Cili padi | dihiris
Cili besar | dihiris
Tomato | dihiris
Asam keping
Garam secukup rasa
CARA MEMBUAT:
Carik kasar isi ikan sardin dan gaulkan dengan semua bahan diatas.
Tambah sedikit kuah sardin. Gaul rata.
Kalau nak masak dulu sardin tu pun ok. Ikut citarasa. ( empunya resipi masak dulu sardin sekejap).
Sedia untuk dinikmati.
*Jika suka, boleh tambah hirisan ulam raja, bunga kantan, daun selom atau ulam-ulam yang lain.
Info RASA: Asam keping boleh digantikan dengan perahan jus limau lipis. Jumlahnya ikut tahap kemasaman yang anda suka.
Gabungan pelbagai sayuran dan ikan masin menghasilkan hidangan ringkas dan penuh nutrisi. Sayur yang digoreng seketika memberi rasa tekstur rangup dan lembut tahu yang enak.
TAUGEH IKAN MASIN BERSAMA TAUHU & DAUN KUCAI
BAHAN-BAHAN:
150gm tauge
1 keping tauhu ] dipotong kecil
3cm isi ikan masin
1 pokok daun kucai ] dipotong 3cm
2 ulas bawang putih ] dihiris
2 ulas bawang merah ] dihiris
1 biji cili merah ] dihiris
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bawang merah serta bawang putih sehingga wangi.
Kemudian masukkan isi ikan masin. Goreng sehingga sedikit garing.
Masukkan tauhu dan masak sehingga sedikit garing. Jika terlalu kering, tambah sedikit air.
Seterusnya masukkan tauge dan cili merah. Gaul rata. Perasakan dengan sedikit gula dan garam jika perlu.
Akhir sekali, masukkan daun kucai. Gaul rata dan angkat. Sedai untuk dinikmati.
Saiz hidangan: 2-3 orang Waktu memasak: 10 minit Jenis hidangan: Melayu Keistimewaan: Rangup dan berkhasiat Jenis masakan: Lauk pauk Cara memasak: Tumis
Resipi udang butter garlic ini hidangan paling sesuai kalau mencari lauk yang mudah dan cepat siap.Walaupun ringkas saja resipinya tapi rasa dan aromanya mewah...