Kek Belacan, sejenis kek yang tidak asing lagi andai berkunjung ke Sarawak. Lembut, padat memang sedap. Bagi anda yang nak cuba hasilkan sendiri kek ini, Opah Mas Cotekada kongsikan resipinya. Bolehlah cuba buat untuk keluarga. Selamat mencuba!
CARA MEMASAK: 1.Pukul mentega, ovelatte dan gula hingga kembang. 2. Masukkan telur sebiji demi sebiji. 3. Seterusnya masukkan susu pekat manis, kaya, Horlicks, serbuk koko, esen vanilla, nestle cream dan browning sugar. Sebatikan. 4. Akhir sekali, masukkan tepung. Sebatikan lagi hingga tiada ketulan dan adunan sempurna. 5. Tuang adunan ke dalam loyang dan kukus selama 4 jam. (empunya resipi guna loyang bersaiz 10×10)
PETUA:Mengikut nasihat kawan dari Sarawak, bila siap dikukus, kek ini boleh dibiarkan semalaman sebelum dimakan supaya rasanya jadi lebih sedap.
NOTA:
Adunan kek ini banyak. Jadi jika nak buat dalam jumlah sedikit, boleh bahagi adunan kepada separuh sahaja.
Kek rasa lebih sedap jika guna browning sugar yang khas untuk membuat kek sarawak. Empunya resipi tiada bahan tersebut jadi beliau guna browning sugar yang diolah sendiri.
BAHAN MEMBUAT BROWNING SUGAR:
1 ¼ cawan gula pasir 2/3 cawan air panas
CARA MEMBUAT: 1.Panaskan gula hingga cair dan keperangan. 2. Masukkan air, kacau sebati. Kemudian sejukkan.
Rasa macam nak masak yang istimewa hari ni. Bukan untuk siapa pun hanya untuk keluarga nikmati. Jom kita buat Nasi Hujan Panas dan Ayam Masak Merah. Moga resipi yang dikongsi oleh SuiSan Aliezsha dapat dimanfaatkan semua.
NASI HUJAN PANAS
Bahan untuk nasi:
Beras basmathi (cuci toskan,saya buat 3 pot kecil untuk 3 orang makan )
Bawang merah,bawang putih,halia ( hiris)
Daun pandan
4 sekawan
3 sudu makan minyak sapi (agak-agak je tak cukup tambah)
Susu cair (tiada sukatan saya agak-agak je,kalau korang masak lebih beras letak lebih sikit susu)-BELI ONLINE DI SINI
Kismis dan kacang gajus
Cara memasak:
1.Masukkan beras ke dalam periuk nasi,kacang gajus dan kismis (ketepikan).
2.Panaskan kuali masukkan minyak sapi,penumis,bahan-bahan hiris,daun pandan.
3.Goreng sehingga kekuningan.
4.Masukkan air dan susu cair,sedikit garam.
5.Bila mendidih masukkan ke dalam periuk nasi, masak nasi seperti biasa,dah suam titiskan pewarna. Bila betul-betul masak baru dikaut guna garpu.
AYAM MASAK MERAH
Bahan untuk ayam
Ayam goreng gaul kunyit
Cili kering,halia,bawang putih,bawang besar dan tomato ( kisar)
Serai (dititik)
Sos cili
Bawang besar,hirisan tomato dan daun sup sebagai hiasan.
Cara memasak:
1.Tumis cili,masukkan serai tumis sehingga naik minyak
2.Masukkan sos cili dan sedikit air,masukkan gula perang,garam.Pastikan secukup rasa.
3.Masukkan hirisan bawang besar.
4.Masukkan ayam dan tomato. Kacau sebatikan, akhir sekali daun sup.
5.Siap untuk dihidang
Selamat mencuba.
Kredit : SuiSan Aliezsha
NAK DAPATKAN PERALATAN MEMASAK YANG BARU? KLIK SINI
Hidangan lima roti dan pastri hasil inspirasi Chef Nurjafri Nordin dan Chef Yap Wai Keong memang ternyata lazat. Ramuan rempah ratus dan cili menghasilkan rasa yang sungguh berperisa.
Ditambah pula dengan pastri rapuh dan tekstur roti yang gebu memang sesuai dihidangkan sebagai sarapan dan juga minum petang. Selamat mencuba.
1. ROTI KAYU MANIS CRUMBLE BERKURMA
BAHAN-BAHAN :
250gm tepung gandum | diayak
80gm mentega
80gm gula
5gm garam
2 biji telur
5gm serbuk kayu manis
150gm kurma | dibuang biji
10gm yis
30ml madu
80gm susu tepung
80ml air
Bahan Crumble :
100gm tepung gandum
50gm mentega
50gm gula
2gm serbuk kayu manis
*Gaulkan kesemua bahan dan ramas hingga hampir menjadi serbuk
CARA MEMASAK : 1. Masukkan tepung gandum, yis, susu tepung, serbuk kayu manis ke dalam bekas dan kacau hingga sebati. 2. Kemudian masukkan gula, garam, madu dan telur ke dalam campuran tadi dan uli sehingga menjadi doh 3. Masukkan kurma ke dalam doh. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian kecil, lebih kurang 300gm setiap satu dan rehatkan sehingga ia naik dua kali ganda. 4. Uli semula doh dan masukkan ke dalam acuan kek dan biarkan ia kembang. 5. Taburkan crumble ke atas doh. Akhir sekali, masukkan ke dalam ketuhar dan bakar pada suhu 200°C selama 15 minit.
Saiz hidangan : 2 biji , sebesar 23sm Waktu memasak: 1 ½ jam Cara memasak : Bakar Jenis masakan : roti Keistimewaan : Rasa rempah kayu manis dari crumble menjadikan ia cukup enak Anggaran kos : RM 7
INFO CHEF: Jika anda penggemar manisan boleh memilih jenis kurma madu. Ia lebih lembut dan manis.
2. KEK CREPE PISANG KAYU MANIS
.
BAHAN-BAHAN :
Bahan A (crepe ):
200gm susu segar
20gm gula pasir
1 biji telur
100gm tepung gandum
20gm mentega | sudah cair
Sedikit perwarna kuning
Bahan B (pisang gula hangus ) :
150gm gula perang
3gm serbuk kayu manis
3gm serbuk buah pala
50gm krim putar
3 biji pisang sederhana | dipotong halus
500gm krim putar manis (pukul sehingga kembang)
CARA MEMASAK : Cara masak bahan A crepe : 1. Masukkan susu segar, gula, telur dan tepung gandum ke dalam mangkuk dan kacau hingga sebati 2. Tapiskan adunan supaya tiada tepung yang masih berketul 3. Panaskan kuali,sapukan sedikit mentega cair. Tuangkan 1 sudu besar adunan ke dalam kuali rata dan ratakan sehingga permukaan crepe kering. Kemudian terus angkat 4. Ulang langkah 3 sehingga adunan habis.
Cara masak bahan B (pisang gula hangus): 1. Masukkan gula perang dalam kuali yang sederhana panas dan masak hingga bergelembung 2. Masukkan krim putar, serbuk kayu manis dan serbuk buah pala, kacau hingga sebati. 3. Kemudian, masukkan pisang sehingga pisang diselaputi gula dan campuran serbuk tadi
Cara melapis crepe : 1. Lapiskan crepe dengan krim putar, pisang gula hangus. Ulang langkah ini hingga habis. 2. Akhir sekali, salut kek crepe dengan krim putar manis dan hias.
Saiz hidangan : Ukuran 23 sm, bulat Waktu memasak : 1 jam Cara memasak : Masak dengan sedikit mentega Jenis masakan : Snek@ pencuci mulut Keistimewaan : Keenakan gandingan pisang , rempah kayu manis dan krim . Anggaran kos : RM 12
INFO CHEF : Selain pisang emas anda juga boleh menggunakan pisang berangan. Pisang jenis ini tidak mudah lebam
3. PANNA COTTA MANGGA BEREMPAH DAN SAGU
.
BAHAN-BAHAN :
Bahan sagu :
250gm sagu
2 liter air
Sehelai daun pandan
Bahan Puding Panna Cotta :
80gm gula pasir
250gm krim putar
150ml susu segar
100gm puri mangga | *kisar mangga segar tanpa air
3gm serbuk kayu manis
3gm serbuk buah pelaga
10gm gelatin
40ml air
CARA MEMASAK : Cara masak sagu: 1. Rendam biji sagu selama setengah jam 2. Didihkan air dengan daun pandan, masukkan biji sagu ke dalam air yang mendidih dan masak sampai sagu bertukar menjadi jernih. 3. Tapis dan basuh sagu dan letakkan ke dalam acuan Cara masak puding panna cotta : 1. Rendam gelatin dengan air panas sehingga larut 2. Masukan gula pasir, krim putar, susu segar dan puri mangga ke dalam kuali. Masak hingga mendidih. 3. Masukkan serbuk kayu manis, serbuk buah pelaga dan gelatin cair tadi dan kacau hingga sebati 5. Masukkan ke dalam acuan sagu tadi dan sejukkan dalam peti ais sebelum Dihidangkan.
Saiz hidangan : 8 cawan Waktu memasak : 45 minit Cara memasak : Didih dan dinginkan Jenis masakan : Pencuci mulut Keistimewaan : Sedap dimakan masa dingin Anggaran kos : RM12
INFO CHEF : Puri mangga sudah cukup manis, jadi gunakan sukatan gula sedikit sahaja atau boleh juga tidak menggunakan gula.
4. PAI INTI PARU BERLADA
.
BAHAN-BAHAN : Bahan doh pai :
200gm tepung gandum
80gm mentega
5gm garam
1 biji telur
Bahan inti paru berlada :
250gm paru
1 keping asam keping
50gm gula perang
Serbuk perasa secukup rasa
Garam secukup rasa
6 tangkai cili merah | ditumbuk
2 ulas bawang putih | ditumbuk
2 ulas bawang merah | ditumbuk
Sedikit minyak masak
Bahan sos pai :
2 biji telur
150ml krim
CARA MEMASAK :
Cara masak doh pai : 1. Masukkan tepung, mentega, garam ke dalam bekas dan gaul rata. 2. Masukkan telur dan uli sehingga sebati dan adunan menjadi doh lembut. 2. Rehatkan doh di dalam chiller selama 15minit. 4. Kemudian canaikan doh tadi dan masukkan ke dalam acuan pai. Rehatkan di dalam chiller semula selamat 10minit.
Cara masak inti : 1. Panaskan minyak dan goreng paru sehingga garing. Ketepikan 2. Panaskan sedikit minyak dan tumis yang ditumbuk sehingga naik bau dan sedikit garing. 3. Masukkan asam keping, garam, gula dan serbuk perasa. 4. Akhir sekali, masukkan paru yang telah digoreng tadi dan kacau rata.
Cara masak sos pai : 1. Kacaukan telur bersama krim sehingga sebati. 2. Kemudian tuangkan ke dalam acuan pai 3. Isikan acuan dengan inti paru berlada. 4. Bakar selama lebih kurang 40 minit pada suhu 200°C di dalam ketuhar 5. Sedia untuk dihidangkan
Saiz hidangan : 2 biji, ukuran garis pusat 23sm Waktu memasak : 1 jam Cara memasak : Tumis dan bakar Jenis masakan : Pastri Keistimewaan : Inti paru berlada tetapi tidak terlalu pedas Anggaran kos : RM10
INFO CHEF : Paru lebih sedap bila diperap kunyit, asam, garam dan gorengkan sampai garing.
5. ROTI BERINTI KARI AYAM DAN TELUR
BAHAN-BAHAN :
Bahan inti :
200gm daging ayam cincang
2 ½ sudu makan serbuk kari daging atau ayam
3 helai daun kari
1 biji bawang besar
4 biji bawang merah | ditumbuk
3 ulas bawang putih | ditumbuk
5 sm @2 inci halia | ditumbuk
Gula secukup rasa
2 biji telur rebus
Daun sup secukupnya | dihiris
Bahan roti :
200gm tepung gandum
5gm yis
80gm gula
5gm garam
60gm susu tepung
100ml air
CARA MEMASAK :
Cara masak inti : 1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang ditumbuk sehingga wangi. 2. Masukkan rempah kari, tumis hingga naik bau dan pecah minyak. 3. Masukkan pula ayam cincang dan masak hingga inti kering. 4. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Angkat dan biarkan sejuk.
Cara masak roti : 1. Masukkan semua bahan uli sehingga menjadi doh lembut. Perapkan doh selama 15minit 2. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian kecil, lebih kurang 50gm setiap satu. 3. Susunkan doh (50gram) di atas dulang pembakar. Rehatkan doh selama 15minit lagi. Kemudian leperkan doh-doh yang disusun, isi satu sudu besar inti bersama potongan telur rebus dan cantumkan semula doh. 4. Biarkan doh kembang selama 15minit, masukkan ke Akhir sekali, masukkan ke dalam ketuhar pada suhu 200°C selama 12 minit.
Saiz hidangan : 10 biji roti Waktu memasak : 1-2 jam Cara memasak : Tumis dan bakar Jenis masakan : Roti Keistimewaan : Inti kari ayam makin enak dengan telur rebus Anggaran kos : RM 8
INFO CHEF : Pastikan bahan inti ditumis hingga pecah minyak dan ayam benar-benar masak dan sebati dengan ramuan.
RESIPI : CHEF BAKER NURJAFRI NORDIN DAN ASST. CHEF PASTRI YAP WAI KEONG
Terima kasih : One World Hotel, First Avenue, Bandar Utama City Centre,Selangor. http://www.oneworldhotel.com.my/
TERCARI OVEN UNTUK MEMBAKAR ROTI, ANDA BOLEH MELAYARI DI SINI UNTUK PILIHAN BERKUALITI DAN PELBAGAI.
Ada ketika kita teringin nak cuba buat Blueberi Cheese Tart atau Tat Keju Bluberitapi agak ragu-ragu kerana bimbang tidak menjadi. Kalau nak beli, harga boleh tahan mahal juga. Jika keluarga besar, memang tak puas makan. Bagi anda yang nak cuba buat dengan bajet yang kecil, resipi perkongsian saudari Rosni Musa ni antara yang ringkas dan mudah. Boleh cuba.
Menurut beliau lagi, resipi ini dikongsi daripada Almarhum Ustaz Abdullah dan beliau memang suka guna resipi ni. Semoga dengan perkongsian ini dapat menjadikan ‘ladang’ pahala buat almarhum. Al-Fatihah.
1. Mentega dan gula dipukul hingga kembang dengan menggunakan senduk kayu sahaja.
2. Bila sudah kembang, masukkan telur. Pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan esen vanilla. Kacau hingga sekata.
4. Kemudian tuang tepung sedikit demi sedikit. Kacau dulu dengan senduk kayu. Bila doh sudah agak berat, baru gaul guna tangan.
5. Rupa doh yang siap diuli.
6. Sediakan acuan tat bersaiz 4.5cm @ 5cm. Isi doh ke dalam acuan. (beli ACUAN TAT secara online DISINI)
7. Bila sudah siap, cucuk adunan dengan menggunakan garpu. Bakar pada suhu 170C selama 20 minit atau hingga keperangan. Suhu mungkin berbeza mengikut ketuhar masing-masing.
8. Kulit tat yang siap dibakar perlu dibiarkan sejuk seketika.
9. Sudukan filling blueberi atau apa-apa filling kesukaan. Ketepikan.