Ramai yang suka makan Kuih Pulut Sekaya atau juga dikenali dengan nama Kuih Tok Aji Serban tetapi tak berani nak cuba masak sendiri di rumah kerana risau kuih ini sukar untuk dihasilkan. Jangan bimbang, sebenarnya mudah sahaja. Anda boleh rujuk resipi langkah demi langkah perkongsian saudari Asmida Nor. Lengkap dengan gambar. Barulah mudah untuk dirujuk. Jom cuba! Hasilnya memang enak dan beliau guna resipi ini untuk jualan juga. Selamat mencuba!
Sesekali di hari cuti, sedap juga kalau nikmati aneka lauk pauk bakar yang enak dan membuka selera. Tak susah mana pun tetapi rasanya memang sedap. Bahkan hidangan ini lebih menyihatkan kerana tidak menggunakan minyak yang banyak atau berlemak. Cara nak masak pun senang. Guna pemanggang ajaib atau kuali biasa je. Selamat mencuba!
1. AYAM BAKAR BERKUAH
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam } belah empat
2 sudu makan cili kisar
2 sudu makan sos soya pekat
1 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan air asam jawa
8 biji bawang merah }kisar
5 biji bawang putih }kisar
2 biji buah keras }kisar
1 batang serai } kisar
2cm halia }kisar
Minyak untuk menumis secukupnya
Garam, gula, lada sulah dan serbuk kunyit secukupnya
CARA MEMASAK:
Lumur ayam dengan sedikit garam, lada sulah dan serbuk kunyit. Bakar dalam pemanggang ajaib hingga masak. Jika guna , masak guna suhu 200C selama 20-25 minit. Angkat dan ketepikan.
Untuk membuat kuahnya; panaskan dua sudu makan minyak di dalam kuali, tumiskan bahan-bahan kisar hingga masak.
Masukkan air asam jawa, sos soya pekat, kicap pekat manis dan didihkan semua bahan sebati. Biarkan kuah mereneh menjadi agak pekat. Tambah garam dan gula mengikut cita rasa.
Untuk menghidang; ambil ayam dan letakkan di dalam pinggan menghidang. Tuang kuah di atas ayam dan ia sedia dihidangkan.
Info chef: Jika guna bahagian dada, pastikan potongan tidak terlalu tebal bagi memudahkan isi ayam masak sekata.
2. DAGING BAKAR AIR ASAM
BAHAN-BAHAN:
400gm daging
Garam dan lada sulah secukupnya
Bahan-bahan B (air asam):
300ml air asam
6 biji cili padi
2 biji cili merah
3cm belacan bakar
1 biji tomato } cincang halus
1 labu bawang besar } mayang halus
1 sudu makan keresek
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
Lumur sedikit garam dan lada sulah pada daging dan perap selama setengah jam atau lebih.
Panaskan pemanggang ajaib dan bakar daging hingga masak. Hiiris nipis-nipis. Ketepikan.
Sementara itu; cili padi, cili merah dan belacan ditumbuk lumat.
Satukan bahan tumbuk dengan tomato, bawang besar, keresek, air asam, garam dan gula secukupnya. Kacau sebati.
Tuang air asam ke atas hirisan daging bakar dan sedia dihidangkan.
Info chef: Jika ingin rasa lebih pedas, boleh tambah lebih banyak cili padi ke dalam air asam.
3. IKAN BAKAR DENGAN KELAPA
BAHAN-BAHAN:
1 – 2 ekor ikan cencaru/senangin/kembung
½ biji kelapa parut – sangai
Daun Pisang/aluminium foil secukupnya
Garam dan serbuk kunyit secukupnya
BAHAN-BAHAN B (PENCICAH):
250ml air asam jawa
1 biji tomato }cincang halus
1 biji bawang besar } mayang halus
1 biji cili merah } mayang halus
3 biji cili padi } hiris nipis
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
Bersihkan ikan dan lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.
Letakkan ikan di dalam daun pisang/aluminium foil, tabur kelapa sangai dan kemaskan balutan. Bakar di atas kuali hingga masak. Setelah masak, angkat dan ketepikan.
Untuk membuat pencicah: satukan semua bahan di dalam mangkuk. Sesuaikan rasanya dengan menambah garam dan sedikit gula secukup rasa.
Hidangkan ikan bakar dengan pencicah.
Info chef: Jika tidak suka pedas, tidak perlu masukkan cili padi.
4. IKAN LIKING BAKAR
BAHAN-BAHAN:
4 ekor ikan kembung }belah belakang
8biji bawang merah } mayang halus
4 biji bawang putih }mayang halus
2 sudu makan air asam jawa
2 sudu makan cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Satukan bawang merah, bawang putih, air asam jawa dan cili kisar di dalam mangkuk. Tambah garam dan gula secukup rasa dan gaul rata (jadikan pes).
Sumbatkan bahan-bahan pes tadi ke dalam ikan yang dibelah di bahagian belakang.
Lumur lebihan pes ke atas ikan. Bakar ikan hingga masak. Angkat dan sedia dihidangkan.
Info chef: Sebaiknya perap ikan semalaman di dalam peti sejuk sebelum dibakar. Ia akan menjadi lebih sedap.
5. SOTONG BAKAR PAPRIKA
BAHAN-BAHAN:
6-8 ekor sotong
1 sudu makan serbuk paprika
1 sudu makan sos tiram
1 sudu teh serbuk hitam
Garam dan lada sulah secukup rasa
CARA-CARA:
Sotong dibersihkan dan dikelar-kelar sedikit tanpa putus.
Lumur sotong dengan serbuk paprika, sos tiram, serbuk lada hitam, garam dan lada sulah secukup rasa.
Alas aluminium foil dalam pemanggang atau kuali. Kemudian bakar/gril sotong hingga masak.
Angkat dan sedia dihidangkan
Info chef: Jangan terlebih bakar untuk menggelakkan sotong menjadi liat.
6. TERUNG DAN BENDI BAKAR BERSAMA PENCICAH
BAHAN-BAHAN A:
3 biji terung panjang } belah dua
6 biji kacang bendi
Garam dan lada sulah secukupnya
BAHAN-BAHAN B (PENCICAH):
1 sudu makan sos cili Thai
1 sudu makan sos tomato
1 sudu makan air asam jawa
5 biji bawang putih }cincang halus
1biji bawang besar } dadu kecil
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis secukupnya
CARA MEMASAK:
Tabur sedikit garam dan lada sulah pada terung dan bendi. Bakar dalam pemanggang hingga masak. Ketepikan.
Panaskan sesudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih hingga naik bau.
Masukkan bawang besar, sos cili Thai, sos tomato dan air asam. Didihkan hingga pekat.
Tambah garam dan gula secukup rasa.
Susun terung dan bendi bakar di dalam pinggan. Tuang kuah pencicah dan hidangkan.
Info chef: Hidangan yang menyihatkan kerana tidak berminyak.
Hari pertama berpuasa ni mesti asyik berfikir je menu apa yang nak dimasak balik kerja nanti. Apa kata masak Ketam Telur Masin Mentega ni. Mudah saja cara nak membuatnya. Campak-campak dah menjadi. Ada gabungan rasa manis, masin, lemak dan pedas yang tak jemu dimakan. Lebih enak bila menggunakan Anchor Unsalted Butter kerana mentega ini diperbuat daripada 100% susu berkualiti tinggi daripada lembu yang diberi makan rumput segar. Memang sedap hingga menjilat jari. Jom cuba.
KETAM TELUR MASIN MENTEGA
Bahan-bahan:
2 ekor ketam saiz medium – belah dua
4 sudu makan serbuk telur masin
120gram Anchor Unsalted Butter
6 biji cili padi – hiris kecil
2 tangkai daun kari
1 sudu teh gula
Garam secukupnya
Cara Memasak:
Ketam yang telah dibersihkan ditabur dengan sedikit garam kemudian digoreng hingga masak. Ketepikan.
Di dalam kuali, cairkan Anchor Unsalted Butter. Masukkan serbuk telur masin, cili padi, daun kari dan gula lalu kacau rata.
Masukkan ketam yang telah digoreng lalu kaup-balikkan sebati.
Sesuaikan rasanya dengan menambah sedikit garam (jika perlu).
Dekat rumah ada tanam Bayam Brazil? Biasanya sayur ni dibuat ulam je kan. Apa kata hari ni cuba masak Bayam Brazil Goreng Belacan perkongsian saudari Robakyah Che Ros ni pula. Katanya, lebih sedap dari Kangkung Goreng. Malah tak kecut macam kangkung. Cubalah. Masak sayur tanam sendiri ni boleh jimat belanja dapur.
.
CARA MASAK BAYAM BRAZIL GORENG BELACAN
.
BAHAN-BAHAN:
Bayam Brazil – bersihkan
6 biji cili besar + cili padi – jika suka pedas, lebihkan cili padi.
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit udang kering atau ikan bilis
Sedikit belacan – letak lebih jika mahu rasa lebih sedap
Sedikit jus perahan lemon atau jus asam jawa
Gula, garam dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Tumbuk cili merah, cili padi, bawang merah dan bawang putih hingga lumat. 2. Tumis bahan tumbuk tadi hingga wangi dan masak. Kemudian masukkan ikan bilis atau udang kering. 3. Masukkan belacan, perasa, garam, gula dan sedikit sahaja perahan lemon atau air asam jawa. Gaul sebati. 4. Akhir sekali, masukkan sayur bayam. Gaul hingga rata dan rencah bersalut pada sayur. 5. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Ayam sambal untuk makan dengan nasi lemak lain cara memasaknya, tak sama dengan ayam sambal untuk hidangan nasi minyak, nasi tomato dan sebagainya.Ini yang...