Kek Coklat Pisang boleh dikatakan kek yang paling senang nak buat. Ada berbagai versi kek pisang namun jika anda ingin cuba kek pisang sedikit lain daripada biasa, boleh cuba buat Kek Coklat Pisang seperti yang dikongsikan resipinya oleh Asrinna Bakri. Paling best nak buat kek ini tak perlu guna mixer pun. Hasilnya tetapi moist dan yang penting jadi! Resepi yang mudah, ringkas dan gerenti sedap. Dapur pun tak berkecah.
RESIPI KEK COKLAT PISANG
BAHAN-BAHAN:
1 cawan tepung gandum – beli online 1 sudu kecil baking powder – beli online 1 sudu kecil soda bikarbonat – beli online 1/2 cawan minyak jagung – beli online 2 biji telur A 1 sudu kecil esen vanilla – beli online 1/2 cawan serbuk koko 3/4 cawan gula perang (brown sugar) –beli online 1 cawan pisang berangan yang dilenyekkan Coklat chip – beli online Pisang untuk hiasan
CARA MEMBUAT:
1. Dalam bekas, masukkan pisang lenyek, gula, minyak, telur dan esen vanilla. Kacau sebati.
IKLAN
2. Ayak tepung bersama soda bikarbonat dan baking powder. Selepas itu masukkan tepung gandum dalam adunan pisang tadi. Kaup balik hingga sebati dan masukkan coklat chip.
3. Tuang sikit adunan dalam loyang 10×10 yang dialas kertas minyak, susun pisang di atas adunan. Kemudian tuang baki adunan. Kalau nak ringkas, tuang je adunan terus dalam loyang. Tak perlu susun hirisan pisang.
IKLAN
4. Boleh juga guna loyang 8×8 untuk kek yang lebih tinggi.
5. Taburkan coklat chip atau hirisan coklat sebagai hiasan.
6. Bakar pada suhu 160C selama 35 minit. Suhu dan waktu bergantung pada oven masing-masing.
Korang kalau tak tau nak bekalkan apa untuk dibawa oleh anak ke sekolah, korang jangaan risau malam ni, ambil sedikit masa utuk membuat Bebola Udang yang sungguh sedap. Apa lebih penting ia menjimatkan sebab kalau beli harga pun boleh tahan mahalnya. Silap-silap bukan hanya anak yang bawak bekal mak-mak pun sama berbekal.
BEBOLA UDANG
BAHAN-BAHAN: Bahan Kisar Kasar:
200gm udang | buang kukit
1 ulas bawang putih
1 biji bawang Holland
BAHAN-BAHAN LAIN:
2 sudu makan tepung ubi
1 biji putih telur
1 sudu teh serbuk lada putih
1 sudu teh serbuk pati ayam
1 sudu teh garam
Sedikit hirisan daun bawang dan bawang
1 sudu the minyak bijan
Minyak secukupnya untuk menggoreng.
CARA MEMASAK:
1. Masukkan bahan kisar dalam pengisar dan kisar kasar.
2. Campurkan bahan kisar dengan bahan lain di dalam mangkuk. Adun hingga berkilat dan tidak adunan tidak melekat pada mangkuk.
.3. Panaskkan air dalam periuk. Sementara menunggu air mendidih, bulat-bulatkan adunan hingga habis.Apabila air mengelegak, masukkan bebola .
4. Toskan, kemudian goreng hingga kuning keemasan.
5. Hidangkan bebola udang dengan pelbagai jenis sos kesukaan .
Ramai tak suka masak daging dengan alas an ambik masa nak masak. Tapi sebenarnya kalau nak tahu, daging boleh juga dimasak dengan cepat sepantas lima-10 minit dengan syarat korang guna daging batang pinang, hiris nipis atau paling senang rebus dulu daging kemudian hiris nipis. Kedua pilih resipi yang ringkas, tak banyak bahan dan mudah cara memasaknya. Untuk itu, RASA bawakan korang tiga menu daging yang ringkas dan sedap.
DAGING GORENG BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
300gm daging yang telah direbus | hiris nipis
2 sudu makan serbuk kari
1 sudu makan serbuk cili
1/2 biji tomato | hiris dadu
1 sudu makan yogurt
Sedikit hirisan daun ketumbar
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu makan minyak masak
BAHAN CINCANG HALUS:
1/2 biji bawang Holland | potong dadu
3 ulas bawang putih | cincang halus
2cm halia muda | hiris halus memanjang
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumis bahan cincang halus hingga wangi.
Masukkan campuran rempah dan cili serbuk yang dibancuh dengan sedikit air.
Kacau rata hingga pecah minyak, masukkan pula yogurt.
Seterusnya masukkan daging dan hirisan daun ketumbar.
Kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Tutup api dan masukkan hirisan tomato, gaul rata.
Daging sedia dihidangkan dengan nasi panas.
DAGING GORENG HALIA
BAHAN-BAHAN:
300gm daging rebus | hiris nipis & ketuk
Sedikit hirisan cili Benggala merah
Sedikit hirisan cili Benggala hijau
4 biji cili padi | hiris memanjang
3cm halia muda | hiris halus memanjang
1 biji bawang besar | hiris
3 ulas bawang putih | ketuk
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, goreng daging seketika, angkat dan toskan.
Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
Tumis, hirisan bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi.
Masukkan daging, masukkan hirisan cili padi dan cili Benggala.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kacau rata.
Tutup api dan daging sedia dihidangkan.
DAGING MERAH:
BAHAN-BAHAN:
300gm daging rebus | hiris nipis
2 sudu makan pes cili kering
1 sudu teh sos cili
1 sudu teh sos tomato
3cm halia muda | hiris halus memanjang
1 biji bawang besar | hiris bulat
3 ulas bawang putih | ketuk
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan hirisan bawang besar, bawang putih dan halia hingga wangi.
Masukkan pes cili kering, kacau hingga pecah minyak.
Seterusnya masukkan sos cili dan dan tomato, diikuti dengan hirisan daging.
Kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula.
Setelah cukup rasa, tutup api dan daging sedia dihidangkan.
Bila dah dekat nak habis puasa ni, ada harinya kita akan buntu memikirkan menu. Jika asyik ulang lauk sama, naik jemu pula. Berikut adalah koleksi idea masakan kampung yang boleh anda cuba hasilkan sebagai sajian berbuka puasa hari ni. Ringkas dan mudah. Selamat mencuba!
1. TUMIS KACANG PANJANG & KUPANG
BAHAN-BAHAN:
10 tangkai kacang panjang | dipotong 3cm
100gm isi kupang | dibersihkan
1 biji bawang besar| dihiris
2 biji cili merah | dihiris
4 ulas bawang putih | dicencang
1 sudu makan sos tiram
Air secukupnya
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan sedikit minyak masak di dalam kuali. Tumis bawang putih, bawang hiris dan cili sehingga layu dan berbau wangi.
Selepas itu masukkan sos tiram, sedikit air dan isi kupang. Kacau rata sehingga sebati.
Masukkan kacang panjang dan garam secukup rasa. Kacau lagi sehingga rata.
Biarkan kupang masak dan kacang panjang layu sedikit.
Angkat dan sedia dihidangkan.
Info Chef: Jangan dimasak terlalu lama kerana kacang panjang akan lembik.
2. PERIA GORENG RANGUP
BAHAN-BAHAN:
1 batang peria | dihiris bulat, dibuang biji dan dicuci
1 sudu makan rempah kari
1 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
4 sudu makan tepung beras
1 sudu makan tepung jagung
1 sudu teh serbuk cili
Garam secukup rasa
1 sudu makan air
Minyak untuk menggoreng secukupnya
CARA MEMASAK:
Rendam peria bersama 2 sudu garam dan gula. Kemudian tos dan keringkan.
Masukkan peria yang telah dicuci ke dalam sebuah mangkuk.
Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk peria tadi kecuali air. Gaul semua bahan hingga rata dan sebati.
Masukkan 1/2 sudu makan air dahulu dan gaul rata. Jika ia nampak masih agak kering masukkan 1/2 sudu makan air lagi. Pastikan tepung bersalut cantik pada peria.
Panaskan minyak masak secukupnya di dalam kuali. Bila minyak sudah panas, masukkan peria sekeping demi sekeping dan jangan digoreng terlalu banyak pada sesuatu masa.
Goreng peria hingga betul-betul garing. Angkat dan tos minyaknya. Sedia dihidangkan.
Info Chef: Peria direndam di dalam air garam dan gula untuk mengurangkan rasa pahitnya. Selain itu jika ingin peria digoreng cantik, gunakan kuali tanpa lekat.
3. IKAN PARI AIR ASAM
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan pari | direbus dengan asam keping dan sedikit garam
AIR ASAM:
1 biji bawang besar | dipotong dadu
1 biji tomato segar | dipotong dadu
10 biji cili api | dihiris halus
2 tangkai cili merah
2.5cm belacan
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
1 sudu makan sos cili
500ml bancuhan air asam jawa
CARA MEMASAK:
Tumbuk cili merah bersama belacan, gula dan garam secukup rasa.
Masukkan bancuhan air asam jawa ke dalam bekas bersama bahan-bahan yang ditumbuk tadi. Gaul rata.
Masukkan bawang besar, tomato dan cili api yang dipotong tadi. Gaul sebati.
Letakkan ikan pari ke dalam pinggan dan curahkan air asam jawa ke atasnya.
Sedia dihidangkan.
Info Chef: Selain direbus, ikan pari boleh juga dikukus agar ia tidak pecah.
4. SAMBAL TUMIS PETAI
BAHAN-BAHAN:
5 keping petai |dihiris nipis termasuk kulitnya
1 biji kelapa |diambil santannya
5 tangkai cili kering |dikisar
5 biji cili padi |dikisar
2 biji bawang besar |dikisar
3 ulas bawang putih |dikisar
10gm belacan |dikisar
Air secukupnya
Sedikit asam keping
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Hiris petai bersama kulitnya sekali dan rendamkan seketika di dalam air. Toskan.
Satukan bahan kisar bersama petai dan biarkan petai empuk seketika.
Masukkan santan bersama asam keping. Kacau rata.
Perasakan dengan garam secukup rasa dan biarkan kuahnya pekat seketika.
Angkat dan hidangkan.
Info Chef: Jika suka anda boleh juga meletakkan sedikit udang segar ke dalam kuahnya untuk lebih menaikkan rasanya.
5. ASAM PEDAS IKAN KEMBUNG
BAHAN-BAHAN:
3 ekor ikan kembung
10 tangkai cili kering |dikisar
4 biji bawang merah |dikisar
2 ulas bawang putih |dikisar
1sm kunyit hidup |dikisar
1sm halia |dikisar
1sm lengkuas |dikisar
1 sudu makan pati asam jawa
3 biji kacang bendi
500ml air
Daun kesum secukupnya
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Tumiskan bahan kisar hingga naik minyaknya.
Masukkan sedikit air bersama air asam jawa. Biarkan mendidih.
Kemudian masukkan ikan bersama garam, daun kesum serta kacang bendi.
Didihkan hingga kuahnya sedikit pekat dan berminyak.
Angkat dan hidangkan.
Info chef: Selain kembung, boleh juga menggunakan ikan kegemaran anda yang lain.
6. SAMBAL CILI PADI POWER
BAHAN-BAHAN:
20 tangkai cili padi hijau | ditumbuk lumat
1 labu bawang besar | dipotong bulat
4 ulas bawang putih | di mayang
1 keping asam keping
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
Kemudian masukkan cili padi yang ditumbuk tadi. Kacau rata dengan api perlahan.
Setelah itu masukkan garam dan gula. Seimbangkan rasanya.
Akhir sekali, masukkan asam keping dan biarkan sambal masak sempurna.
Info Chef: Asam keping dimasukkan di akhir tumisan untuk menyeimbangkan rasa pedas. Tidak perlu dimasukkan asam keping yang banyak kerana ia akan menyebabkan rasa sambal masam.
7. KERABU KAKI AYAM
BAHAN-BAHAN:
8 ketul kaki ayam
1/2 biji bawang besar | di mayang
5 biji cili api hijau | dipotong
2 biji cili merah | dihiris halus
1 batang serai | dihiris halus
2 biji limau nipis | diambil jusnya
3 sudu makan sos ikan
1 pokok daun sup| dihiris halus
Gula & garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Masukkan kaki ayam ke dalam periuk bersama sedikit garam dan air. Rebus sehingga empuk.
Setelah kaki ayam betul-betul empuk, tos dan pisahkan isi dari tulangnya.
Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk. Gaul rata.
Sesuaikan rasanya dan sedia untuk dihidangkan.
Info Chef: Pastikan ayam yang direbus ditos terlebih dahulu sebelum digaulkan bersama bahan kerabu. Ini membuatkan kerabu lebih tahan lama.
8. BENDI GORENG BERLADA
BAHAN A:
10 biji sayur bendi
5 biji cili merah | ditumbuk
3 biji bawang merah | ditumbuk
1 ulas bawang putih | ditumbuk
2 sudu besar udang kering
Sedikit air
Sedikit minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Bersihkan bendi dan potong serong.
Panaskan minyak masak dan tumis bahan-bahan yang ditumbuk tadi bersama udang kering sehingga naik bau.
Seterusnya masukkan sayur bendi bersama sedikit air. Kacau hingga rata dan tutup kuali seketika.
Apabila bendi telah lembut, matikan api dan perasakan dengan sedikit garam.
Sedia untuk dihidangkan.
Info Chef: Untuk rasa lebih pedas, boleh menggunakan cili padi yang ditumbuk bersama cili merah.