Siapa yang tidak mengenal tempe, selain rasa yang lazat, manfaat tempe bagi kesihatan juga membuat tempe menjadi makanan yang sangat digemari. Tempe juga boleh diolah menjadi pelbagai jenis menu yang menggugat selera.
Tempe mengandungi banyak nutrisi yang diperlukan tubuh. Bahkan boleh dikatakan kandungan nutrisi dalam tempe mengalahkan kandungan nutrisi dalam daging lembu.Kandungan protein dalam tempe lebih tinggi daripada daging. Kandungan lemaknya jauh lebih rendah. Tempe juga mengandungi kalsium dan fosforus yang jumlahnya jauh lebih tinggi daripada daging. Selain itu, tempe juga mengandungi zat antoksidan bernama isoflavon yang sangat baik untuk tubuh.
TEMPE NUGGET MASAM MANIS Waktu Memasak: 15 minit Cara Memasak: Goreng dan tumis Jenis Masakan: Masakan sampingan Keistimewaan: Enak dan rasa masam manis dan pedas Anggaran kos: RM6
BAHAN-BAHAN: 1 keping tempe | potong empas segi 3X3 cm 1 biji telur 3 sudu makan tepung gandum 1/2 biji bawang besar | dadu halus 2 ulas bawang putih | cincang halus 2 sudu makan Sos Cili Thai 1 biji cili merah | cincang halus 1 tangkai daun ketumbar | hiris halus 1 biji limau nipis | ambil jusnya sahaja Garam dan gula secukup rasa Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak dalam kuali. 2. Sementara itu, celupkan tempe dalam telur yang telah dikacau bersama sedikit garam. 3. Kemudian gaulkan dalam bekas berisi tepung dan goreng hingga kekuningan. 4. Angkat dan ketepikan. 5. Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis sos. 6. Tumiskan bawang merah dan putih hingga wangi. Masukkan Sos Cili Thai, cili air jus limau nipis, hirisan daun ketumbar, garam dan gula secukupnya. 7. Akhir sekali, tutup api dan masukkan tempe yang telah digoreng. Gaul rata dan angkata. 8. Sedia dihidangkan.
IKLAN
TEMPE TUMIS BERSAMA UDANG Saiz hidangan : 4 orang Waktu Memasak: 15 minit Cara Memasak: Goreng dan tumis Jenis Masakan: Masakan sampingan Keistimewaan: Enak dinikmati panas-panas. Anggaran kos: RM15
BAHAN-BAHAN: 1 paket tempe | hiris 200gm udang | buang kulit 1 biji bawang besar | hiris 2 ulas bawang putih | titik 10 biji cili padi | hiris 1 sudu makan sos tiram Garam dan gula secukup rasa Minyak secukupnya untuk menumis dan menggoreng
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak, goreng tempe hingga sederhana masak, angkat dan ketepikan. 2. Keluarkan minyak tinggal sedikit, kemudian tumis bawang besar, bawang putih, cili hingga wangi. 3. Kemudian masukkan udang, kacau seketika, masukkan tempe. 4. Perasa dengan sos tiram, garam dan gula secukupnya. 5. Setelah cukup rasa angkat dan hidangkan panas-panas. INFO CHEF: Jika ingin dicampurkan dengan batang leek atau batang seleri juga boleh dan enak.
IKLAN
JEJARI TEMPE BERSAMA SOS KICAP Waktu Memasak: 15 minit Cara Memasak: Goreng Jenis Masakan: Masakan sampingan Keistimewaan: Enak dan ranggup. Anggaran kos: RM8 INFO CHEF: Anda boleh cicah dengan pelbagai sos ikut cita rasa jika tidak suka sos kicap.
BAHAN SOS KICAP: 2 sudu makan kicap pekat manis 6 ulas cili padi 1 biji cili merah 1 ulas bawang putih 1 biji limau nipis | ambil jusnya sahaja Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK: 1. Untuk menyediakan tempe tender, pecahkan telur dalam mangkuk dan campurkan sedikit garam dan serbuk lada hitam. Kacau rata. 2. Celupkan tempe dalam telur kemudian gaulkan dalam serbuk nestum. 3. Sementara itu, panaskan minyak dalam kuali. 4. Goreng tempe hingga kekuningan, angkat dan toskan minyaknya atas tisu dapur. 5. Untuk menyediakan sos kicap. Campurkan semua bahan dan kisar hingga halus. 6. Tempe sedia dihidangkan dengan sos kicap.
Jika ke restoran Thai, menu Siakap 3 Rasa ini antara yang paling digemari ramai. Mana tidaknya. Mudah dan sedap! Isi ikan yang garing dan dinikmati bersama sos enak. Hmmm…Memang buka selera! Jom lihat bahan-bahan yang anda perlukan untuk masak menu ni.
SIAKAP TIGA RASA VERSI THAILAND
BAHAN-BAHAN:
2 ekor ikan siakap – dibersihkan dan dilumur garam, kunyit dan tepung jagung
BAHAN SOS:
Bawang merah – cincang
Bawang putih – cincang
Jus limau nipis
Cili merah – hiris
Cili padi hijau – hiris
Daun limau purut – hiris
Tomato – potong dadu
Halia – hiris
Daun ketumbar – hiris
Sos ikan
Sos tomato
Sos cili
Garam dan gula secukup rasa
* Jumlah bahan-bahan diatas mengikut citarasa serta bersesuaian dengan saiz ikan. Jika mahukan sos yang banyak, lebihkan.
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan goreng ikan hingga garing. Angkat dan toskan minyaknya.
2. Dalam kuali berlainan, masukkan sedikit minyak gorengan ikan tadi dan tumis bawang merah, bawang putih, cili padi dan halia hingga layu.
3. Masukkan sos tomato, sos cili dan sos ikan. Sos tomato dan sos cili thai nisbahnya adalah 1:2.
4. Masukkan lada merah, daun ketumbar, daun limau purut dan tomato.
5. Kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa. Tambah air dengan secukupnya. Biarkan mendidih seketika.
Gulai Ayam Kelate antara menu yang menjadi kegemaran ramai. Dah rasa sekali mesti teringat-ingat dan nak repeat makan lagi.
Paling penting guna rempah yang dibeli khas dari Pantai Timur khususnya Kelantan. Kalau susah nak jumpa boleh dapatkan secara atas talian atau online sahaja.
Ada pelbagai versi Gulai Ayam Kelantan ini, namun rasanya memang cukup tersendiri. Makan dengan nasi putih ada pula sambal lada jantan, lepas makan terus teringat.
Ikan masin dan ikan bilis, antara bahan yang pastinya ada di setiap rumah.
Paling senang untuk dimasak, ikan masin dan bilis, sebenarnya boleh membuka selera sebagai lauk sampingan.
Resipi yang dikongsi saudari Nurul Adlina Soaed ini, memang dimasak buat mereka yang pertama kali ingin mencuba menu berasaskan ikan masin dan ikan bilis.
IKAN MASIN KURAU MASAK CUKA
BAHAN-BAHAN:
250gm ikan masin kurau | potong empat segi 2 biji bawang besar | dipotong baji 2 ulas bawang putih | dihiris 6-8 biji cili padi | dibelah hujung 3cm halia muda | dihiris memanjang halus 2 sudu makan 1 sudu sos cili Gula secukup rasa Garam jika perlu Minyak untuk menggoreng dan menumis
1. Rendam ikan masin lebih kurang lima minit, kemudian cuci bersih dan toskan. 2. Panaskan minyak. Goreng ikan masin atas api sederhana, kemudian ketepikan. Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis. 3. Tumiskan bahan hirisan sehingga layu. Masukkan sos cili dan cuka, gaul rata. 4. Masukkan ikan masin yang telah digoreng. Perasakan dengan sedikit garam dan gula. Angkat dan hidangkan panas-panas.
INFO CHEF: Selain cuka anda juga boleh menggunakan perahan jus limau mipis atau kasturi.
IKAN MASIN BERLADO
BAHAN-BAHAN:
250gm ikan masin talang | dipotong dadu 1 biji bawang besar | dihiris bulat 3 ulas bawang merah | dikisar kasar 2 ulas bawang putih | dikisar kasar 2cm halia muda | dikisar kasar 1 sudu makan air asam jawa 4 sudu besar pes cili kering 1 sudu makan sos cili Garam dan gula secukupnya Minyak untuk menggoreng dan menumis
1. Rendam ikan masin lebih kurang lima minit. Cuci bersih dan toskan. Panaskan minyak. Goreng ikan masin dan ketepikan. 2. Keluarkan minyak dan tinggalkan sedikit untuk menumis. Tumiskan bahan kisar hingga wangi kemudian masukkan pes cili. 3. Kacau hingga pecah minyak dan masukkan air asam jawa. Kemudian masukkan ikan masin yang telah digoreng tadi. 4. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Angkat dan hidangkan.
INFO CHEF: Jika anda suka boleh campurkan dengan sedikit lobak jeruk manis atau masin.
IKAN SEPAT MASIN MASAK ASAM
BAHAN-BAHAN:
4 ekor ikan sepat masin | diotong dua atau tiga 1 biji bawang besar | dihiris bulat 2 ulas bawang merah | dicincang 2 ulas bawang putih | dicicang 2cm halia muda |dihiris memanjang 6-8 biji cili padi | dibelah hujung cili 3 sudu air asam jawa 1 sudu makan sos cili Garam dan gula secukup rasa Minyak untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan ikan masin dan toskan. Panaskan minyak, goreng ikan masin hingga garing dan ketepikan. 2. Keluarkan minyak tinggalkan sedikit untuk menumis. Tumiskan bawang merah, bawang putih cincang bersama hirisan halia hingga wangi. 3. Masukkan cili, hirisan bawang besar dan air asam jawa. Kemudian masukkan ikan masin yang telah digoreng. Lengkapkan rasa dengan sedikit garam dan gula. Angkat dan hidangkan.
INFO CHEF: Untuk menghilangkan lendir pada ikan masin, suci dengan cuka. Kemudian toskan.
IKAN TENGGIRI JERUK GORENG BAWANG CILI
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan tenggiri jeruk | dipotong empat 1 biji bawang besar | dihiris 2 ulas bawang putih | dihiris 2cm halia muda | dihiris 8 biji cili padi | dititik 6 biji tomato ceri | dibelah 4 1 sudu teh air asam jawa Garam dan gula secukup rasa Minyak untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan ikan masin dan toskan. Panaskan minyak dan goreng ikan masin, kemudian piring dan ketepikan. 2. Keluarkan minyak dari kuali dan tinggalkan sedikit. Tumiskan bahan hirisan hingga wangi. 3. Masukkan air asam jawa dan lengkapkan rasa dengan garam dan gula. Kemudian tuangkan bahan tumisan atas ikan masin yang telah digoreng tadi. Hidangkan panas-panas.
INFO CHEF: Pastikan semasa menggoreng ikan jeruk menggunakan api kecil kerana isi ikan mudah hancur dan hangus.
KARI TULANG IKAN MASIN BERSAMA TERUNG
BAHAN-BAHAN:
300gm tulang ikan masin jenahak | direndam 2 biji terung bulat | dibelah empat ½ liter santan 5 ulas bawang merah | dihiris 4 ulas bawang putih | dihiris 3cm halia muda | dihiris memanjang 3 sudu makan rempah kari 1 sudu makan serbuk cili 1 sudu makan rempah penumis (jintan manis, jintan putih dan halba) 3 sudu makan air asam jawa 1 tangkai daun kari | dileraikan dari tangkai 6 biji cili padi | dibuang tangkai Garam dan gula secukup rasa Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
1. Rendam ikan masin sekurang-kurangnya l5 minit. Kemudian toskan. 2. Panaskan minyak, tumiskan rempah penumis bersama bahan hirisan dan daun kari hingga wangi. 3. Kemudian masukkan rempah kari dan serbuk cili yang telah dibancuh dengan sedikit air. 4. Kacau rata sehingga pecah minyak, masukkan pula santan, air asam, tulang ikan masin dan terung. 5. Biarkan mereneh atas api sederhana hingga terung empuk. Lengkapkan rasa dengan garam dan gula.
INFO CHEF: Selain terung, anda boleh tukar dengan kacang bendi. Boleh juga campurkan dengan hirisan tomato.
SAMBAL IKAN BILIS GARING
BAHAN-BAHAN:
200gm ikan bilis | dikopek 1 biji bawang besar | dihiris 6 ulas bawang merah | dikisar 2 ulas bawang putih | dikisar 15-20 tangkai cili kering | dikisar 1 sudu makan sos cili 3 sudu makan air asam jawa Garam dan gula secukup rasa Minyak untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, goreng ikan bilis hingga garing dan ketepikan. Keluarkan sedikit minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis. 2. Tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak. Masukkan air asam jawa gula secukupnya. 3. Kecilkan api dan terus kacau sehingga pes cili agak pekat. Masukkan pula hirisan bawang besar. 4. Apabila pes telah pekat dan secukup rasa masam, masin dan manisnya tutup api. Masukkan ikan bilis goreng dan kacau rata.
INFO CHEF: Gunakan ikan bilis saiz sederhana dan putih kerana ia lebih ranggup. Untuk pastikan pes cukup masam masin dan manisnya, pes akan bertukar warna merah menjadi merah kehitaman.
SAMBAL IKAN BILIS TERUNG PIPIT
BAHAN-BAHAN:
150gm ikan bilis telah dikopek | dikisar kasar 150 gm terung pipit | dibelah tengah tidak putus 6 ulas bawang merah | dikisar kasar 2 ulas bawang putih | dikisar kasar 10 tangkai cili kering | dikisasr halus 10 biji cili padi | dikisar halus 1 sudu besar air asam jawa Garam dan gula secukupnya Minyak untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, goreng terung pipit lebih kurang 2-3 minit. Angkat dan ketepikan. 2. Keluarkan sebahagian minyak dan tinggalkan sedikit untuk menumis. 3. Tumiskan bahan kisar kasar hingga wangi, kemudian masukkan cili kering dan padi yang dikisar halus. 4. Masukkan air asam jawa dan terung pipit yang telah digoreng tadi. Kecilkan api dan lengkapkan rasa dengan garam dan gula secukupnya. Angkat dan hidangkan.
INFO CHEF: Selain terung pipit boleh juga gunakan lobak jeruk manis atau masin. Tetapi potong dadu kecil.
SAMBAL BILIS TUMBUK
BAHAN-BAHAN:
100gm ikan bilis | dikopek 10 tangkai cili padi ½ biji tomato | dibuang biji dadu kecil 1 biji limau nipis Sedikit garam
CARA MEMASAK:
1. Cuci ikan bilis dan toskan. Tumbuk cili padi hingga lumat, masukkan ikan bilis dan tumbuk lagi hingga bilis hancur kasar. 2. Keluarkan dari lensung batu dan masukkan dalam mangkuk. 3. Perahkan jus limau nipis, masukkan sedikit garam dan tomato yang telah didadu. 4. Gaul rata, dan sedia dihidangkan. Jika terlalu masam, boleh tambah sedikit gula untuk mengimbangi rasa.
INFO CHEF: Selain tomato, boleh juga gunakan belimbing buluh (hiris nipis atau tumbuk bersama ikan bilis).
SAMBAL BILIS BERTELUR
BAHAN-BAHAN:
150gm ikan bilis | dikopek 2 biji telur 20 biji cili padi 1 biji bawang besar 1 ulas bawang putih Sedikit air asam jawa Garam dan gula secukupnya Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
1. Masukkan ikan bilis, cili padi, bawang besar dan bawang putih dalam pengisar. Kisar kasar tanpa air. Atau gunakan pengisar kering. 2. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisarkasar hingga sedikit garing. Masukkan air asam dan lengkap rasa dengan garam dan gula. 3. Akhir sekali pecahkan telur di dalamnya, kacau rata sehingga telur sebati dengan sambal ikan bilis. Tutup api angkat dan hidangkan.
INFO CHEF: Isi ikan masin talang juga enak dimasak seperti ini tetapi ia perlu didadu kecil sebelum dijadikan sambal dan dicampurkan telur.
IKAN MASIN SAMBAL PETAI
BAHAN-BAHAN:
100 gm isi ikan masin jenahak | dipotong dadu 100gm isi petai 1 biji bawang besar | dihiris 3 ulas bawang merah | dikisar kasar 2 ulas bawang putih | dikisar kasar 3 sudu makan pes cili kering 1 sudu makan air asam jawa 1 sudu makan sos cili Garam dan gula secukup rasa Minyak untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
1. Cuci ikan masin dan petai kemudian toskan berasingan. 2. Panaskan minyak goreng ikan masin dan petai secara berasingan dan ketepikan. 3. Keluarkan minyak tinggalkan sedikit untuk menumis. Tumiskan bawang merah dan putih kisar hingga wangi kemudian masukkan pes cili. 4. Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa dan pecah minyak. Masukkan ikan masin dan petai kemudian gaul rata. Tutup api dan hidangkan.
INFO CHEF: Petai digoreng terlebih dahulu untuk mengurangkan bau dan ia lebih sedap.
Kredit resipi: Nurul Adlina Soaed
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa: