Terasa nak makan karipap tapi tak rajin nak uli doh dan masak intinya? Resipi Karipap Telur ekspress perkongsian saudari Sakura Hanami ini antara yang terbaik yang anda boleh cuba. Resipinya cukup mudah dan tidak menggunakan banyak bahan. Hanya perlukan prata segera yang ada dijual di pasaraya dan intinya hanya bahan yang cukup ringkas. Jika mahukan inti yang lebih berperisa, boleh sesuaikan mengikut selera masing-masing. Jom cuba!
CARA MEMBUAT KARIPAP TELUR EKSPRESS
BAHAN-BAHAN: Roti prata sejuk beu segera (flaky/plain) Telur Cili merah – hiris Bawang besar – hiris Daun sup – hiris Garam secukup rasa
CARA MEMASAK: 1. Ambil sekeping roti prata. Letakkan di dalam pinggan berlekuk. Tujuannya supaya telur tidak meleleh keluar bila dimasukkan nanti.
2. Taburkan hirisan cili dan bawang besar hiris dengan secukupnya.
Ads
3. Seterusnya pecahkan sebiji telur, tabur sedikit garam dan juga hirisan daun sup dengan secukupnya.
4. Tangkupkan prata dan kelim bahagian hujungnya. Tekstur prata yang lembik, memang agak mencabar untuk mengelim.
5. Panaskan minyak masak dengan suhu sederhana panas dan goreng karipap tadi. Jangan besar sangat nanti doh hangus, tetapi dalam masih mentah.
6. Bila karipap masak, teksturnya berminyak. Jika ada, masukkan karipap ke dalam air fryer untuk mengurangkan minyak. Masak seketika pada suhu 140C selama 10 minit.
7. Jika tiada air fryer, boleh guna teknik sama menggunakan ketuhar. Hasilnya memang tidak berminyak berbanding ditoskan menggunakan tisu.
8. Karipap Telur sedia untuk dinikmati.
NOTA: Prata jenis kosong (flain) juga sedap. Bak kata empunya resipi rasanya sedap, lembut dan rangup halus.
Suka makan kuetiau? Jom belajar buat kuetiauhomemade ni. Lepas ni kalau dah pandai buat sendiri, tiba-tiba terasa nak makan kuetiau goreng tapi kurang rajin nak pi beli dekat kedai, bolehlah buat sendiri. Malah bila buat sendiri ni tentunya lebih bersih, lebih jimat dan dijamin halal. Jom lihat resipi perkongsian saudari Kak Yong Ima Shida ni. Memang mudah, lebih bersih serta jimat!
CARA BUAT KUETIAU HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
2 3/4 cawan tepung gandum (340gm)
1 cawan tepung pulut (125gm)
1/2 cawan tepung beras (60gm)
1 biji putih telur
1 cawan air (250ml) Tambah 1-2 sudu besar jika perlu
1 sudu teh garam
1/2 cawan tepung ubi – untuk ditabur semasa proses mencanai agar tidak melekat
CARA MEMBUAT:
1. Satukan ketiga-tiga jenis tepung di dalam bekas.
2. Masukkan garam, putih telur dan air sedikit demi sedikit sambil menguli. Jika doh terlalu keras, tambah 1-2 sudu makan air. Uli sehingga doh tidak melekat di tangan.
3. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian. Canai dan nipiskan doh menggunakan mesin mi atau pasta. Semasa menggelek, pastikan tepung sentiasa ditabur bagi mengelakkan doh melekat antara satu sama lain.
4. Canai doh hingga nipis sebanyak 2 kali. ( empunya resipi canai guna mata no 5 sebanyak 2 kali, mata no 4 sekali.)
5. Setelah doh nipis, potong doh menggunakan pemotong pasta ( fetuccine) atau kueyteow.
6. Didihkan air dan masukkan 1 sudu makan minyak. Kemudian rebus kueyteow seketika. Jangan terlalu lama.
7. Setelah kueyteow timbul, itu menandakan ia telah masak. Segera angkat dan lalukan di bawah air mengalir bagi membuang lebihan kanji.
8. Toskan kueyteow hingga kering dan gaul bersama minyak masak sebelum disimpan atau dimasak.
Selain menu nasi, bubur kanji juga mengenyangkan. Dapat semangkuk di isi telur masin, daun bawang dan daun sup memang meriah rasanya. Kalau nak jamu untuk kenduri keluarga pun boleh. Kalau ada yang nak cuba buat dikongsikan resipi membuat.
Daging Bakar adalah antara hidangan paling popular bila tiba musim korban. Menu ini lebih enak jika dimakan bersama sos pencicah. Terdapat pelbagai jenis sos pencicah dan salah satu yang sedap ialah Sos Thai Homemade untuk daging bakar. Kombinasi rasa pedas, masam dan manis menaikkan lagi selera. Nak cuba? Resipi perkongsian saudari Ramlah Abdul Ghani ni antara yang mudah. Cubalah.
RESIPI SOS THAI HOMEMADE UNTUK CICAH DAGING BAKAR
BAHAN-BAHAN:
2 ulas bawang putih
3 sudu makan sos ikan
3 sudu makan gula
3 biji limau kasturi – ambil jusnya
4-5 biji cili padi
1 pokok daun ketumbar – hiris halus
CARA MEMASAK: 1. Tumbuk bawang putih, cili padi dan gula hingga halus. 2. Masukkan sos ikan, jus limau kasturi dan hirisan daun ketumbar. Sebatikan. 3. Tuang sos ke dalam mangkuk dan hidangkan bersama daging bakar.
Cucur badak montok ini memang buat kita teruja untuk makan. Bentuknya yang bulat comel Bersama inti homemade tak dinafikan cukup sedap.Kuih tradisi ini tak...