Ada gulai kosong macam ni memang memudahkan, goreng ikan atau ayam dah boleh makan dengan nasi. Nak cicah dengan roti kosong, roti canai frozen, paratha apa saja roti pun boleh. Cicah dengan macam-macam cucur pun sedap.
Resipi gulai kosong yang sedap untuk menyicah atau makan dengan nasi
Bahan dimayang
7 ulas bawang putih
7 ulas bawang merah
3 inci halia
Bahan rempah
3 sudu makan Rempah kari ikan
1 sudu makan beriani
1 sudu makan kurma
2 sudu besar cili
Ads
Bahan lain
1 kotak santan pekat
1 sudu kecil air asam jawa
Air secukupnya
Garam, gula, serbuk perasa
Cara membuat
1. Panaskan satu cawan minyak kemudian tumis bahan yang dimayang.
2. Sementara itu satukan bahan-bahan rempah dalam mangkuk.
3. Bila tumisan sudah garing masukkan semua rempah tadi kemudian kecilkan api.
4. Bila dah masak cantik masukkan 1/2 cawan air dan biarkan ia pecah minyak.
Ads
5. Masukkan gula, garam dan serbuk perasa, kacau. Kemudian masukkan air 1 1/2 cawan lagi. Biarkan mendidih 5 minit.
6. Masukkan santan pekat kotak (100ml). Kacau, waktu ini guna api yang sederhana. Biarkan mendidih 15 minit sambil dikacau.
7. Kemudian masukkan air asam jawa pekat, tambah santan pekat 50ml. Biarkan mendidih selama 5 minit kemudian bolehlah ditutup api. Sedia dimakan.
Ads
Kuah gulai kosong boleh dimakan dengan apa jenis nasi, roti apa apa pun sama ada roti canai, roti perata, roti arab, roti jala, roti benggali, roti kosong dan macam macam lagi.
Makan nasi dengan lauk bersambal memang rasa puas hati. Tengah malam kalau lapar, ada stok paru goreng ni cukup lengkap rasa. Rasa pedas-pedas manis buat korang ketagih nak makan. Makan pula dengan telur mata, sangat sedap.
PARU GORENG SAMBAL
Bahan-bahan:
1 kg paru: basuh bersih rebus hingga lembut (noxxa PC 30 minit). Keluarkan. Tos airnya. Hiris nipis-nipis, gaul garam kunyit (1 sudu teh). Goreng dalam minyak banyak hingga garing. Angkat dan sejukkan.
10 ulas bawang ros (kecil)-kisar
6-8 biji cili api merah (siam)
4 ulas bawang putih
1 inci halia
Cara memasak:
1.Kisar guna blender kering. Kalau taka da, tumbuk dengan lesung batu. Jangan letak air..
2.Panaskan 3 sudu minyak (guna minyak goreng paru tadi). Masukkan bahan kisar, letak sedikit garam dan separuh kiub ayam serta 1/2 buku gula kabung (gula melaka).
3.Masak atas api perlahan sehingga gula larut. Gaul rata. Tutup api.
4.Apabila sambal sejuk, paru pun sejuk baru masukkan paru dan gaul rata. 5.Simpan dalam bekas kedap udara supaya kekal rangup.
Yong Taufu yang sedap ia bergantung kepada kuahnya, sedap kuah sedaplah rasa Yong Taufu anda makan. Bagaimana untuk menghasilkan kuah Yong Taufu yang sedap, berikut dikongsikan resipi supaya anda boleh buat sendiri di rumah dan boleh makan bersama keluarga. Maklumlah sekarang ni musim PKP, tak boleh makan di luar ye.
KUAH YONG TAUFU UNTUK KUAH HITAM: 2 sudu makan tauchu 2 sudu makan tepung jagung 2 sudu makan tepung gandum 3 sudu makan kicap pelat 3 sudu makan sos tiram 4-5 sudu makan gula 3 cawan air BAHAN KUAH MERAH: 1/2 cawan kacang tanah yang telah digoreng 1 sudu makan tepung gandum 1 sudu makan tepung jagung 4-5 sudu makan gula 3 sudu makan cili kering kisar 2 ulas bawang putih | ketuk Sedikit minyak masak BAHAN LAIN: Isian Yong Taufu | bergantung kepada pilihan anda Bijan putih | sangai Bawang goreng | jika suka
CARA MEMBUAT:
Masukan semua sos hitam dalam blender dan kisar hingga tauchu halus.
Kemudian renehkan atas api sederhana hingga mendidih sekejap.
Tutup api dan ketepikan.
Buat pula kuah merah: Masukkan semua bahan kecuali cili kisar dalam blender dan kisar hingga halus.
Panaskan sedikit minyak, tumis dua ulas bawang putih, setelah wangi masukkan cili kisar, tumis hingga pecah minyak.
Masukkan bahan kisar tadi dan masak lebih kurang lima minit atau hingga kuah pekat.
Tutup api.
Celur bahan-bahan isian Yong Taufu ikut pilihan anda dan hidangkan bersama kedua-dua kuah ini dan taburkan di atasnya bijan sangai dan bawang goreng sebagai pelengkap rasa.
Sambal tempe ikan bilis ni kena buat manis-manis sikit. Selain sedap dimakan dengan nasi, boleh juga ratah macam tu je. Ada yang buat kering dan rangup dijadikan sebagai kudapan. Resipi yang dikongsikan ni sangat senang, tapi tetap sedap. Tempe ni kesukaan masyarakat jawa. Jadi kalau ada yang nak cuba, RASA berikan resipi di sini. Mudah untuk korang cuba masak sendiri. Try tau.
SAMBAL TEMPE IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN
• Minyak masak
• Tempe (dipotong nipis)
• Ikan bilis (digoreng garing)
• 3 ulas bawang putih (cencang halus)
• Cili kering (dikisar dapatkan 4 sudu besar)
• 1 biji bawang besar (dipotong bulat)
• Garam secukupnya
• 3 sudu besar gula
• 1 sudu besar gula merah
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak. Goreng tempe, ketepikan.
2. Goreng ikan bilis, ketepikan.
3. Kurangkan minyak masak tadi. Tumis bawang putih sampai kuning. Masukkan cili kering. Tumis sampai garing.
4. Masukan bawang besar, garam, gula, gula merah. Masak sehingga bawang besar layu dan tumisan nampak warna gelap.
5. Tutup api. Biarkan sambal ni betul-betul sejuk.
6. Akhir sekali, gaulkan tempe dan ikan bilis dengan sambal sehingga rata. Siap.