Andai ke Langkawi atau ke kedi-kedai coklat, coklat Bounty Bar ni memang antara yang popular dan disukai ramai. Rasanya yang lemak manis dan disaluti lapisan coklat gelap enak, membuatkan ia antara coklat sedap yang popular. Anda teringin nak rasa coklat ini tapi susah nak ke sana? Nah…buat sendiri. Mudah je uols! Jom lihat resipi perkongsian saudari Lina Wahab ni.
Puding roti sandwic memang biasa, tapi kalau buat puding guna roti croissant nampak lain sikit kan? Jika ada tetamu istimewa nak datang beraya, sesuai sangatlah buat manisan ni. Ada pula penambahan aneka buah beri. Memang nampak mewah. Padahal kosnya murah je. Boleh guna aneka buah beri sejuk beku yang ada dijual di pasaraya.
MIXED BERRIES CROISSANT PUDDING
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
INFO CHEF : Jika suka, hidangkan dengan aiskrim, krim putar atau sos kastard.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Terdapat banyak kuih muih Tradisional yang sedap di seluruh Malaysia. Pergilah ke setiap negeri dan cuba makanan tradisi di sana. Pasti anda akan rasai kenikmatannya. Ada juga kuih-kuih lama ni yang namanya pelik. Tetapi jangan risau, rasanya memang sedap dan sangat berbeza dengan manisan moden yang biasa kita makan. Jom tengok kuih apa yang unik ni. Nanti bolehlah puan-puan cuba.
1. KUIH BADAK BERENDAM
BAHAN-BAHAN:
( Jumlah bahan-bahan diatas bergantung pada berapa banyak kuih yang anda ingin hasilkan.)
CARA MEMASAK:
1. Uli tepung pulut bersama air kapur dan pewarna hingga menjadi doh yang tak melekat.
2. Cubit doh dan leperkan. Letak inti gula melaka dan bulatkan seperti buah melaka. Susun dalam bekas.
3. Bancuh santan bersama sedikit tepung beras dan sedikit garam. Ia bertujuan menaikan lagi rasa lemak santan. Pastikan bancuhan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. Sedang-sedang elok sahaja.
4. Tuang bancuhan santan ke dalam bekas berisi bebola tadi. Kukus hingga masak anggaran 15 minit.
5. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
6. Jika suka, anda juga boleh merebus bebola terlebih dahulu. Caranya, setelah bebola siap dibentuk, panaskan air dan masukkan bebola tadi. Masak hingga bebola timbul di permukaan air seperti menyediakan buah melaka.
7. Angkat dan masukkan ke dalam bekas. Tuang santan dan kukus seperti langkah no 4.
Kek minyak susu ini gebu ini sungguh cantik kejadiannya. Sedap pulak tu. Cara masak pun tak susah sangat. Boleh dihidangkan untuk para tetamu yang datang beraya ke rumah sepanjang Syawal ini.
Ikut saja resipi yang dikongsikan oleh puan Mieenn Mieenn ini ye.
10 biji telur ayam gred B atau C (kalau A guna 8 biji saja)