Sedapnya Cheesekut. Ia adalah salah satu dari pencuci mulut paling mudah buat dan rasa sangat enak. Bagi anda yang sukakan rasa keju, hidangan ini pastinya wajib cuba. Tak perlu masak guna ketuhar pun. Cukup sekadar disejukkan dalam peti sejuk. Memang terbaik. Jom cuba resipi perkongsian saudara Muhammad Ali ni. Pasti puas hati.
CARA BUAT CHEESEKUT YANG SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
500gm krim keju (cream cheese) 110gm gula ising – beli online disini 2 sudu teh esen vanilla – beli online disini 190gm krim putar tenusu (dairy whipping cream) 16 keping biskut crackers atau apa sahaja jenis biskut petak. Kalau nak tebal lagi boleh lebihkan biskut Susu coklat / susu full cream – beli online disini Milo – beli online disini Serbuk koko – beli online disini
CARA MEMASAK CHEESEKUT:
1. Putar krim keju selama 2-3 minit. Pastikan krim keju sudah pun berada pada suhu bilik.
2. Masukkan gula ising dan esen vanilla. Sambung putar sampai semuanya sebati. Ketepikan seketika.
3. Dalam bekas yang berlainan, pukul krim putar sehingga kental.
4. Kemudian kaup balik krim putar tadi dengan krim keju. Kaup hingga sebati kemudian ketepikan seketika.
5. Ambil mangkuk kecil. Masukkan susu coklat atau susu full cream. Lebih sedap jika guna susu coklat.
6. Sebagai asas kek ini, letakkan lapisan pertama biskut TANPA CELUP KE DALAM SUSU. Guna loyang empat segi bersaiz 6 inci. Jadi ia akan muat untuk 4 keping biskut untuk setiap lapisan. Ia bertujuan untuk menjadikan lapisan asas kukuh.
7. Masukkan adunan krim keju yang telah dikaup dengan whipping cream tadi. Jumlahnya terpulang pada cita rasa. Kemudian tabur milo.
8. Ulang langkah dengan mencelup biskut ke dalam susu dan lapiskan dengan krim keju serta taburkan dengan milo. Ulang hingga habis adunan.
9. Simpan Cheesekut dalam peti sejuk dan biarkan semalaman.
Ads
10. Setelah di setkan semalaman, tanggal kek dari loyang kemudian tabur serbuk koko. Jika nak tabur milo atau topping lain pun boleh.
11. Cheesekut siap untuk dinikmati. Perasanya boleh diubah mengikut kreativiti masing-masing.
INFO: Kalau tak nak kek ini tinggi sangat, satu adunan ini boleh dubahagikan kepada dua tetapi kena pakai loyang 5 inci. Nak pakai 6 inci boleh tapi Cheesekut akan jadi sedikit nipis.
Kolesterol memang membahayakan kesihatan yang boleh menjadi punca kepada penyakit-penyakit berbahaya. Bagi mendapatkan tubuh badan yang sihat, aktiviti bersenam dan juga pemakanan yang baik amat membantu. Bagi yang mempunyai masalah kolesterol yang tinggi atau sedang berusaha untuk mengurangkannya, ada tip yang dikongsi oleh saudari Noor Azlina yang boleh anda cuba.
“Disini Kak Noor nak kongsi ilmu. Yang Kak Noor sendiri belajar dari seorang doktor. Tip untuk menurunkan kolestrol dengan cepat dan berkesan tanpa mengambil ubat.”
Selain boleh dimakan begitu sahaja, durian juga boleh menghasilkan pelbagai hidangan pencuci mulut/manisan yang pastinya enak! Jom kita cuba resipi-resipi ni..Boleh dihidangkan ketika minum petang bersama keluarga dan kawan-kawan..Selamat mencuba!
MUFFIN DURIAN
BAHAN-BAHAN
1 cawan isi durian
1 cawan susu segar
1 cawan mentega (cair dan sejukkan sebentar)
3 butir telur
1 cawan gula halus
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
CARA PENYEDIAAN
Ayakkan tepung bersama soda dan baking powder sebanyak 3 kali.
Pukul telur dan gula sehingga kembang.
Dalam mangkuk yang lain satukan mentega cair, isi durian dan susu.
Campurkan tepung berselang seli dengan bancuhan isi durian ke dalam adunan telur yang dipukul tadi.
Kacau sehingga sebati.
Masukkan ke dalam loyang muffin dan bakar pada suhu 180 C selama 18-25 minit.
Beberapa titik pewarna kuning@ jenis serbuk (isi sikit sahaja)
Filling Kastard + Durian
2 sudu besar gula
20 gm tepung kastard
250 ml susu segar
2 biji kuning telur
Isi durian yang dihancurkan
Filling Whipping Cream
500gm whipping cream
2 sudu besar gula icing (jika whipping cream tawar)
Cara Penyediaan
Kulit/Crepe (cara nak mendapatkan crepe yang nipis)
Kesemua tepung di atas di ayak terlebih dahulu.
Masukkan ke dalam satu bekas, masukkan garam, gula icing, minyak, esen vanila, telur yang dipukul sebati, dan masukkan air serta susu segar dan pewarna kuning. Kacau guna whisk tangan sahaja kemudian tapis.
Panaskan non stick pan saiz kecil (17cm diameter tapak) api sederhana.
Sapu sikit pan dengan minyak. Apabila pan sudah panas, angkat sebentar dan masukkan kurang 1 senduk adunan ke dalam pan.
Lenggangkan pan tadi sehingga rata dan nipis kulit tadi serta memenuhi permukaan pan. Kemudian letak semula atas dapur. Tidak perlu lama untuk mengelakkan hangus. Kulitnya tidak perlu diterbalikkan kerana ianya nipis.
Ulangi sehingga habis. Boleh ditindih-tindih kulitnya.
Filling Kastard + Durian
Dalam periuk non stick, masukkan gula, tepung kastard, 2 biji kuning telur,dan susu segar dalam 4 sudu dahulu. Kacau hingga kesemuanya sebati. Kemudian tuang baki susu segar tadi dan kacau lagi.
Panaskan api dapur dan masak menggunakan api sederhana hingga kental/pekat. Tutup api dan sejukkan kastard filling.
Isi durian dihancurkan dan dicampur bersama dengan kastard filling dan masukkan ke dalam piping bag.
Masukkan ke dalam peti ais supaya ia tidak cair.
Filling Whipping Cream
Dalam bekas yang bersih dan kering, masukkan 500gm whipping cream, tambah gula icing jika whipping cream tawar.
Pukul whipping cream sehingga soft peak/kental dan masukkan ke dalam piping bag dan letak di dalam peti ais sekejap supaya tidak mencair.
Sekarang masa utk “membantalkan durian crepe”
Sediakan kulit, letak whipping cream dahulu, kemudian letak pula filling kastard+durian dan letak semula whipping atas kastard tadi.
Bungkus/lipat durian crepe tadi seperti bantal.
Sudah siap, masukkan ke dalam peti ais dalam sejam atau dua jam supaya ia mengeras (jika durian crepe yang baru kluar dari peti ais keras, biar pada suhu bilik dahulu (tidak lembut tidak keras sangat) dan boleh dimakan.
1 cawan air*(*satukan masak hingga gula larut dan tapis)
1 helai daun pandan, disimpul
1 1/2 camca besar tepung gandum (resipi kali ni tidak letak tepung)
3 camca besar air
Secubit garam
Gula -jika perlu
BAHAN PULUT
1 kg pulut, cuci dan rendam 1 jam, toskan
700 ml santan cair
1 camca teh garam (atau secukup rasa)
1 camca teh minyak masak
1 helai daun pandan, disimpul
CARA PENYEDIAAN
Pulut
Panaskan kukus, sediakan loyang berukuran 9 inci.
Letak beras pulut dalam loyang, satukan minyak masak, garam dan santan, kacau rata kemudian tuang ke dalam loyang berisi pulut, ratakan.
Letak daun pandan dan kukus selama 20 minit dengan api besar, kemudian gemburkan dan sambung kukus lagi 10 minit atau hingga pulut betul-betul masak. Ketepikan.
Kuah Serawa
Satukan air gula merah, santan, air, isi durian dan daun pandan ke dalam periuk.
Masak hingga mendidih. Kacau selalu.
Tambah sedikit garam dan jika kurang manis tambah gula secukup rasa.
Akhir sekali masukkan bancuhan tepung gandum. Kacau rata dan masak hingga pekat. Rasa dan jika okay boleh matikan api.
Serawa Pulut Durian
Senduk pulut secukupnya dalam bekas sesuai.
Tuang kuah serawa dan hidangkan.
Atau anda boleh hidangkan berasingan kuah serawa dan pulut tadi
Dapatkan Khind 3.5L Air Fryer dengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkanDISKAUN EXTRA RM5!
CARA PENYEDIAAN:
1. Basuh dahulu kacang hijau dan rendam dalam satu jam. Buang air rendaman tadi dan masukkan air baru dalam 4 hingga 5 cawan. Rebus dengan api perlahan sehingga kacang empuk.
2. Kemudian, masukkan santan pekat. Kalau nak kuah banyak, tambah lagi air dan santan.
5. Masukkan pula beberapa ulas isi durian kampung.
6. Masukkan gula dan garam untuk melemakkan rasa santan. Kuantiti gula bergantung pada citarasa masing-masing. Biarkan kuah mendidih beberapa kali dan kacau sesekali.
7. Tunggu hingga sebati dan boleh tutup api. Siap!
Kain lap dapur memang menjadi item yang sangat penting di dapur kerana ia membantu membersihkan pelbagai kotoran seperti sisa minyak, tumpahan bahan masakan, dan...