Steamboat mudah dan teramatlah sedapnya. Rebus air dan masukkan dua jenis pes, iaitu pes tom yam dan pes asam pedas, dah menjadi pun supnya. Pastu boleh masukkan sosej, bahan mix steamboat (dalam peket) laut, cendawan dan mi segera, hmm memang mengenyangkan. Kuah ni kalau dihirup pun puas. Jom buat, mudah sangat hanya tiga langkah memasak aje. Resipi Steambot Mudah ini memang sesuai untuk semua peringkat umur.
Bahan-Bahan Steamboat Mudah
1 pes tom yam
1 pes asam pedas | Adabi ada
2 kiub ayam
1.5 liter air
1 peket Mix steamboat
Sosej secukupnya
Ikan fuchok goreng secukupnya
Cendawan enoki/cendawan tiram | secukupnya
Mi segera
Cara Memasak Steamboat Mudah
1. Rebus air 1.5 liter dan masukkan 2 kiub ayam, 1 pes tom yam dan 1 pes asam pedas Adabi.
2. Dah menggelegak, campurkan mix steamboat, sosej, ikan fuchok goreng, mi segera dan akhir sekali masukkan cendawan.
Ads
3. Dah pun siap. Senang kan.
Kredit : FB : Masak Ape Ye ?
Kenapa Steamboat Mudah Menjadi Kegemaran Ramai?
Ads
Steambot Mudah ini menjadi pilihan kerana cara memasaknya yang ringkas dan tidak memerlukan banyak bahan. Hanya menggunakan dua pes asas, supnya terus menjadi pekat, berperisa dan menyelerakan. Ia sangat sesuai untuk hari yang sibuk, bila kita nak makan sesuatu yang sedap tetapi tak mahu ambil masa lama di dapur. Campuran bahan seperti sosej, mix steamboat, fuchok dan cendawan menjadikan hidangan ini lengkap dan mengenyangkan.
Tip Tambahan Untuk Sup Lebih Padu
Jika anda suka rasa lebih pedas, boleh tambahkan sedikit cili padi atau serbuk lada. Untuk sup yang lebih kaya, tambahkan sedikit susu cair atau santan bagi menghasilkan kuah ala tomyam creamy. Kalau suka lebih masam, tambah sedikit jus limau nipis sebelum dihidangkan. Kaedah ini membuatkan Steambot Mudah jadi lebih seimbang dan membuka selera.
Cara Hidangan Yang Lebih Menarik
Steambot Mudah ini sangat sesuai dihidangkan untuk keluarga atau makan bersama kawan-kawan. Hidangkan bersama cili kicap atau sos Thai untuk rasa tambahan. Anda juga boleh tambah aneka sayur seperti kobis Cina, bayam Jepun atau carrot, mengikut selera masing-masing. Jika mahukan versi lebih sihat, kurangkan bahan proses seperti sosej dan lebihkan sayur atau cendawan.
Ads
Steambot Mudah juga sangat sesuai dijadikan hidangan hujung minggu, terutama bila cuaca sejuk atau hujan. Kuah panas yang pedas masam menyegarkan, dan mi segera pula menjadikan hidangan lebih mengenyangkan. Dengan hanya tiga langkah, sesiapa pun boleh sediakan hidangan ini tanpa tekanan dapur yang rumit.
Tak tau nak masak apa untuk makan malam? Jom try resipi yang diolah oleh Chef Sue ni. Resipi asal ada menggunakan beer tapi dia tukar dengan menggunakan air rebusan daging. One pot meal yang lengkap; ada karbohidrat, protein, sayur dan produk tenusu.
CHEESESTEAKS BALLS Bahan-bahan: 8 biji kentang – rebus & lecek, tambah satu sudu makan mentega, garam, lada sulah, lada hitam secukup rasa. Ketepikan. Hirisan keju mozzarella secukupnya Cincangan daun parsley segar Chili flakes/paprika
Bahan-bahan B: 200grams daging kisar 1 labu bawang besar – cincang dadu kecil 1 biji capsicum – cincang dadu 1 cawan air rebusan daging 1 sudu makan Worcestershire sauce Garam, lada hitam & lada sulah secukup rasa
Cara memasak: 1.Panaskan sesudu makan minyak sayur, tumis bawang besar dan sedikit daun parsley hingga layu. 2.Masukkan daging kisar dan tumis hingga daging berubah warna. 3.Tambahkan capsicum dadu, air rebusan daging, Worcestershire sauce, garam, lada sulah & lada hitam secukup rasa. Didihkan hingga semua bahan masak sempurna.
4.Sediakan mangkuk yang dialas dengan cling wrap
5. Sendukkan kentang yang dah dilecek tadi dan buat seperti dalam gambar.
6. Sendukkan pula inti daging tadi secukupnya
7.Bulatkan kentang seperti dalam gambar. 8.Ini yang dah siap. Simpan dalam peti sejuk selama sejam.
9.Salut bebola kentang dengan campuran tepung gandum dan tepung jagung.
10.Goreng bebola kentang hingga perang.
11. Susun bebola kentang yang dah digoreng ke dalam mangkuk tahan panas yang telah disapu sedikit mentega.
12. Susun hirisan keju mozzarella di atas bebola kentang goreng tadi.
13.Tabur cincangan parsley dan chili flakes/paprika 14. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 30-45 minutes atau hingga cheesesteaks balls keperang-perangan.
Terasa nak makan pisang goreng dengan tepung rangup yang sedap? Ini cara bancuh batter @ tepung salutan pisang goreng yang mudah dan dijamin menjadi.
Tepung salut rangup ditambah pula dengan pisang yang manis. Ada pula biji bijan. Bila makan tu terasa lemak-lemak wangi bijian ini. Hmm…memang terbaik!
Nak cuba? Boleh try resipi perkongsian saudari Mariana Zainal ni. Memang terbaik! Anda pasti berpuas hati dengan rasanya. Kalau goreng pisang dari pagi sampai petang pun tetap rangup. Guna pisang lembik pun tak serap minyak. Cubalah.
1.Satukan semua kecuali pisang.
2. Kacau sebati menggunakan whisk atau senduk. Pastikan adunan bercampur rata dan tidak berketul.
3. Panaskan minyak masak yang banyak dalam kuali menggunakan api sederhana.
4. Bila minyak sudah panas, celupkan pisang dan goreng seperti biasa.
5. Bila sebelah pisang sudah garing, terbalikkan dan masaklah hingga pisang garing dan masak sempurna.
6. Angkat, toskan minyak. Sedia untuk dinikmati bersama sambal kicap.
Koleksi resipi snek homemade ini memang wajib dicuba oleh para ibu, lebih-lebih lagi apabila tiba musim cuti sekolah. Maklumlah, bila anak-anak berkumpul di rumah, suasana jadi lebih meriah dan dapur pula menjadi lokasi paling sibuk. Waktu inilah ibu-ibu selalunya mencari idea resipi snek homemade yang mudah, cepat dan pastinya digemari seisi keluarga.
Snek merupakan hidangan ringan kegemaran anak-anak. Namun, kebanyakan snek beku yang dijual di pasaran mengandungi kandungan garam dan MSG yang tinggi, sekali gus kurang baik untuk kesihatan jika diambil secara kerap. Oleh itu, menyediakan snek sendiri di rumah adalah pilihan terbaik untuk memastikan kualiti dan kebersihan makanan lebih terjamin.
Bagi anda yang mementingkan pemakanan seimbang, koleksi resipi snek homemade ini sangat sesuai kerana bahan-bahannya mudah diperoleh dan cara penyediaannya tidak rumit. Jom kita cuba satu persatu!
BAHAN-BAHAN UTAMA:
6 keping dada ayam – dikisar halus (buang tulang dulu ya)
1 batang lobak merah – dikisar halus
Serbuk lada putih
Garam secukup rasa
Serbuk roti / breadcrumbs putih (anggaran 1-2 cawan)
1/2 sudu makan baking powder
1 telur
1 sudu makan mentega (unutk effect seperti lemak ayam)
BAHAN SALUT:
Serbuk roti / Breadcrumbs oren secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Kisar isi ayam. Masukkan dalam mangkuk yang besar, campurkan kesemua bahan-bahan utama. Sebatikan hingga semua bahan sebati.
2. Canai ikut ketebalan yang disukai kemudian cetak guna bentuk yang anda sukai. Jika guna pencetak (acuan), basahkan dulu pencetaknya setiap kali sebelum diterap pada ayam supaya tidak melekat.
3. Ambil kepingan ayam tadi dan salut dengan serbuk roti berwarna oren.
4. Panaskan minyak dan goreng nuget hingga masak.
5. Jika mahukan nuget yang berkeju, boleh tambah kepingan keju ketika mengisar isi ayam.
INFO:
1.Resipi nuget ini menggunakan telur kerana ia akan menjadikan nuget jadi lebih lembut.
2. Lada putih dan garam harus diletakkan dengan secukup rasa. Barulah rasanya lebih enak seakan menggunakan stok ayam.
3. Letak baking powder untuk bagi kesan gebu menggelembung seakan nuget ayamas.
4. Letak serbuk roti dalam adunan nuget supaya supaya tekstur nuget tidak terlau mampat.
5. Nuget boleh dibentuk ikut cita rasa masing-masing.
BAHAN-BAHAN:
1 kg ubi kentang secukupnya – bersihkan & potong baji
1-2 kiub pati ayam
Garam secukup rasa
Tepung goreng serbaguna pedas secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan ubi kentang dan potong ikut saiz dan bentuk yang diingini.
2. Masukkan air dalam periuk bersama kiub pati ayam dan garam. Rebus ubi kentang seketika.
3. Toskan ubi kentang dan biarkan sejuk dan kurang basah.
4. Gaul ubi kentang dalam bekas berisi tepung goreng serbaguna. Susun dalam dulang.
5. Susun ubi kentang dalam beg plastik dan sejukbekukan semalaman. Lagi lama kentang disimpan, lagi sedap rasanya.
6. Untuk menikmati, panaskan minyak dan goreng ubi kentang hingga garing.
BAHAN-BAHAN:
4 ketul dada ayam
1/2 batang lobak merah potong nipis (boleh masukkan sayur lain jika suka)
3 batang daun sup
1 ulas bawang besar – dihiris nipis
3 ulas bawang putih
Sedikit garam
1 sudu stok ayam (boleh guna 1 ketul kiub ayam)
Sebiji telur
3 sudu tepung jagung
1/2 sudu teh daun oregano
Sedikit serbuk lada hitam
CARA MEMASAK:
1.Campurkan semua bahan dalam pengisar dan kisar sampai lumat.
2. Bahan yang telah siap dikisar. Kalau agak pekat sangat boleh tambah sedikit air untuk mudah dipaipkan dalam plastik.
3. Kaub balikkan adunan supaya sebati.
4. Masukkan bahan kisar ke dalam plastik atau piping bag. Masukkan separuh sahaja jangan penuh takut nanti akan terkeluar ikut belakang.
5. Gunting bahagian hujung plastik.
6. Picitkan ke dalam plastik aiskerim. Pastikan hujung lagi satu plastik aiskerim itu telah dipotong supaya tiada tekanan udara dan memudahkan adunan dimasukkan.
7. Ikat kedua-dua hujung plastik aiskrim dengan kemas.
8. Jika tidak suka guna plastik, boleh bungkus guna daun pisang atau aluminium foil.
9. Caranya mudah sahaja. Paipkan adunan memanjang ikut kesesuaian. Gulung adunan dan ikat bahagian hujung kanan kirim daun pisang atau aluminium foil.
10. Adunan yang telah siap dibungkus.
11. Masukkan gulungan sosej ke dalam pengukus dan kukus dalam15-20 minit.
12. Setelah siap boleh diangkat dan sejukkan sosej.
13. Buka pembalut sosej.
14. Panaskan minyak dan bolehlah digoreng.
15. Goreng dan balik-balikkan sampai kekuningan. Boleh juga dipanggang atau bakar dalam ketuhar.
16. Sosej yang telah siap digoreng. Jika lebih bolehlah simpan dalam bekas dan sejukbekukan.
BAHAN DOH:
250ml cawan air suam
1 paket yis mauripan
1 sudu teh gula
1 sudu teh susu pekat manis
4 cawan tepung gandum
1 biji telur
1/4 sudu teh garam
1 cawan marjerin
CARA MEMBUAT DOH:
1. Campurkan gula dan susu pekat manis ke dalam bekas berisi air suam. Kemudian masukkan yis. Kacau rata dan biarkan selama 5 minit tanpa dikacau lagi.
2. Dalam mangkuk yang lain, masukkan tepung gandum, marjerin, garam dan telur ke dalam mangkuk dan gaul sehingga menjadi seakan serbuk roti.
3. Kemudian masukkan campuran yis yang telah kembang tadi. Tuang sedikit demi sedikit.
4. Uli doh sehingga tidak melekat di tangan. Kemudian tutup doh menggukan kain atau plastik dan biarkan selama 20-30 minit supaya doh naik 2 kali ganda.
BAHAN TOPPING PIZZA:
Tomato puri
Sayur campur
Sosej
Keju cheddar atau mozarella
Sos cili
Mayones
CARA MEMASAK:
1. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian.
2. Susun atas dulang, sapu sos dan letak topping ikut cita rasa masing-masing.
3. Bakar dalam ketuhar pada suhu 190C selama 20 minit atau hingga masak (empunya resipi guna oven kecil). Waktu memasak mungkin berebza mengikut ketuhar masing-masing.
CARA MEMASAK:
1. Rebus kentang bersama kiub pati ayam hingga empuk.
2. Kemudian lenyek kentang hingga sebati. Campurkan tepung gandum,tepung jagung & serbuk roti.
3. Perasakan dengan garamdan uli hingga menjadi doh. Jika adunan lembik, tambah sedikit tepung jagung.
4. Canai adunan(jangan terlalu tebal) & tekap menjadi bentuk bulat.
5. Lubangkan mata guna straw dan buatkan mulut guna hujung sudu.
6. Goreng dalam minyak yang sederhana panas. Sedap dimakan panas-panas & dicicah dengan sos serta mayones.
Kesemua resipi snek homemade ini bukan sahaja mudah disediakan, malah lebih sihat dan menjimatkan. Ia juga sangat sesuai dijadikan aktiviti memasak bersama anak-anak ketika cuti sekolah.