Tidak dapat dinafikan Capati merupakan antara hidangan yang sering menjadi pilihan bila ke kedai mamak. Jika selalu dicicah dengan kuah sardin, kali ini kita jadikan sardin sebagai inti dan tambahkan keju. Hidangan ‘next level’ yang cukup sempurna, terasa kepuasan dalam setiap gigitan.
Ternyata, mentega Anchor dan Anchor Cheese Slice yang digunakan menaikkan lagi rasa ‘umphhh’ dalam hidangan. Maklumlah, mentega Anchor kan merupakan mentega tulen dengan warna kuning keemasan yang diperbuat daripada susu berkualiti tinggi. Anchor Cheese Slices pula tinggi dengan kalsium dan protein. Cubalah buat, pasti jadi kegemaran seisi keluarga.
Ads
CAPATI ROLL BERINTI SARDIN & KEJU
BAHAN-BAHAN:
3-4 keping capati
8-10 keping Anchor Cheese Slices
BAHAN-BAHAN B (INTI):
400gram ikan sardin (dalam tin) – buang sosnya
80gram Anchor Butter Unsalted
1 biji cili merah – cincang
1 biji cili hijau – cincang
1 labu bawang besar – cincang
1 sudu teh garam masala
1 tangkai daun ketumbar – cincang
Garam & lada sulah secukupnya
CARA MEMASAK:
Di dalam kuali, cairkan Anchor Butter Unsalted lalu masukkan bawang besar dan tumis hingga wangi. Masukkan cili merah, cili hijau dan garam masala.
Masukkan ikan sardin lalu hancur-hancurkan. Tambah garam dan lada sulah secukupnya. Gaul rata. Tabur cincangan daun ketumbar dan tutup api.
Ambil sekeping capati, letakka 1-2 keping Anchor Cheese Slices kemudian letak sesudu int sardine ke dalam capati lalu gulung rapi.
Panakan sedikit Anchor Butter Unsalted di dalam kuali leper. Letak gulungan capati tadi ke dalam kuali lalu panaskan beberapa minit di kedua-dua bahagian.
Keluarkan capati dari kuali, potong mengikut cita rasa. Hidangkan panas.
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Ads
Ads
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Jika ada ada lebihan Rendang Daging, Rendang Banh Mi antara menu yang boleh anda cuba. Cara nak membuatnya sangat mudah dan cukup mengenyangkan. Anda wajib cuba di rumah nanti. Nak hidang untuk tetamu pun boleh juga tapi sesuai dimakan panas-panas. Kalau tak, keras roti tu nanti. Nak lebih enak, gunakan keju Chesdale yang kaya dengan protein dan kalsium. Selamat mencuba!
RENDANG BANH MI
Bahan-bahan:
500gm rendang daging | leftover
Roti baguette | untuk 2 hidangan
200gm kentang goreng | siap digoreng
4 sudu besar mayones
2 biji lemon jus
4 keping Chesdale | untuk 2 hidangan
Salad hijau
Cara Memasak:
Campurkan mayones dengan lemon jus dan gaul sebati.
Di atas roti, sapukan campuran mayones, letakkan 2 keping keju Chesdale, rendang dan kentang.
Bakar pada suhu 160°C selama 10 minit atau sehingga keju mencair.
Keluarkan dan letakkan salad. Rendang Banh Mi sedia untuk dinikmati.
Menu bakeri dan pastri dari Hotel Eastin KL kali ini memang cukup popular. Dibuat khusus atas permintaaan majalah RASA. Chef Chong See Yee dan rakannya Chef Chin Yee Chia berjaya meneroka pastri baru di antaranya dengan menghasilkan bombolini iaitu donut Itali yang popular dan Cronut gabungan donut dan croissant.
Kalau nak tahu Cronut dicipta di Dominique Ansel Bakery. New York, Amerika Syarikat pada tahun 2013 oleh pemilik bakerinya Dominique Ansel. Dan kini sangat popular di merata dunia.
CRONUT
BAHAN-BAHAN :
Bahan doh cronut:
150ml susu segar
10gm yis kering
50gm mentega
35gm gula
350gm tepung roti
6gm garam
1 biji telur
Bahan lapisan cronut :
100 gm pastri marjerin | dicanai nipis
Bahan inti cronut (coklat ganache): 150gm coklat masakan 100gm krim putar 10gm mentega
CARA MEMASAK : Membuat inti : 1. Panaskan krim putar sehingga mendidih sedikit 2. Tuang ke atas coklat dan kacau hingga sebati 3. Masukkan mentega dan sebatikan Membuat cronut : 1. Masukkan tepung, yis, gula, telur dan garam. Gaulkan hingga sebati. 2. Masukkan susu segar dan uli lama 5 minit sehingga menjadi doh. 3. Masukkan mentega ke dalam doh tersebu dan uli sekali lagi selama 7 minit. 4. Rehatkan selama sejam. 5. Setelah itu mulai memproses lapisan demi lapisan cronut dengan membuat lipatan antara doh dengan mentega tawar yang dilakukan berulang. 6. Bentukkan menjadi doh bersegi, giling hingga tipis dan kemudian sapukan mentega di atas permukaan doh tepat di tengah-tengah dan lipatkan balik dan canai hingga mentega tertutup rapat. 7. Canaikan dan lipat berulang-ulang sampai mentega dan doh tercampur dan membentuk lapisan-lapisan. 8. Masukkan doh dalam peti sejuk seketika 9. Seteleh dikeluarkan dari peti sejuk. mulai menerap dan membentuk bulat doh dengan acuan donut. 10. Panaskan minyak penuh dalam kuali dan goreng hingga keperangan 11. Paipkan coklat ganache ke dalam cronut 12. Sediakan gula yang digaulkan bersama sedikit serbuk kayu manis..Golekkan cronut dalam gula tadi. 13. Sedia untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 10 orang Waktu memasak : 1 jam Cara memasak : Goreng minyak penuh Jenis masakan : Gabungan donut dan croissant Keistimewaan : Rapuh dan garing dan rasa yang kaya bercoklat
Info Chef :Pemilik bakeri Dominique Ansel, menggunakan doh berupa pasteri lapis atau puff (ala croissant) berinti krim dan rupanya pula menyerupai donut, yang dikenali sebagai cronut.
BOMBOLINI
BAHAN-BAHAN :
Bahan doh :
250gm tepung roti
110ml susu segar
1 biji telur
60gm mentega
35gm gula
15gm yis kering
2 gm garam
2 biji kuning telur
Bahan untuk inti (krim kastad) :
100ml susu segar
1 biji kuning telur
20gm gula halus
9gm tepung jagung
1ml esen vanila
30gm krim putar (whipping cream)
CARA MEMASAK : Krim kastad : 1. Didihkan susu di dalam bekas, atas api yang sederhana. 2. Kemudian masukkan ke dalam mangkuk dan satukan dengan kuning telur dan gula, kacau hingga sebati. 3. Campurkan tepung jagung dan terus kacau hingga sebati 4. Tuangkan larutan susu mendidih tadi ke dalam campuran di dalam mangkuk tadi. Biarkan masak hingga pekat. 5. Biarkan kastad sejuk sebentar sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk selama lebih kurang sejam. 6. Pukul krim putar sehingga mencapai ‘stif peak’ (bertanduk). 7. Kaup balik krim putar ke dalam adunan kastad yang telah sejuk hingga sebati. 8. Ketepikan
Bombolini: 1. Masukkan tepung, yis, dula telur dan garam. Gaullkan sehingga sebati. 2. Masukkan susu segar dan mentega. Uli sehingga menjadi doh. 3. Rehatkan selama dua jam, sehingga saiz doh naik dua kali ganda dari doh yang asal. 4. Giling sehingga nipis dan terap bentuk bulatan 5. Goreng dalam minyak panas sehingga menjadi warna keperangan. 6. Biarkan sejuk seketika. Setelah itu lubangkan bahagian tengah dan diisi dengan krim kastad. 7. Taburkan gula di atasnya dan sedia untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 10 orang Waktu memasak : 2 jam Cara memasak : Goreng minyak penuh Jenis masakan : Donut Itali Keistimewaan : Gebu lembut dan berkrim
Info Chef: Goreng antara 5- 10 minit sahaja. Kerap dibalik- balikkan supaya masak sekata dan berwarna perang keemasan.
Terima kasih : Hotel Armada, Lot 6, Lorong Utara C, Section 52, Darul Ehsan, 46200 Petaling Jaya, Selangor. www.armada.com.my
Jika anda sedang mencari menu yang sihat dan berkhasiat untuk anak-anak, boleh cuba resipi Nugget Tempe Mozzarella ni. Anak-anak pasti suka kerana rasanya sama saja seperti nugget biasa. Jangan lupa gunakan Keju Perfect Italiano untuk meningkatkan rasa dalam masakan. Jom cuba!
NUGGET TEMPE MOZZARELLA
BAHAN-BAHAN:
200gram tempe – kukus lembut
150gram Keju Perfect Italiano Mozzarella
50gram isi ayam kisar – rebus
50gram lobak merah – parut halus
50gram tepung gandum
1 biji telur
1 batang daun bawang – cincang halus
2 ulas bawang putih – cincang halus
1 sudu teh serbuk pati ayam
Garam dan lada sulah secukupnya
Breadcrumbs secukupnya
CARA MEMASAK:
Di dalam mangkuk besar, satukan tempe yang telah dikukus lembut, isi ayam kisar yang sudah direbus, lobak merah parut, cincangan daun bawang dan cincangan bawang putih.
Tambah Keju Perfect Italiano Mozzarella, serbuk pati ayam, garam dan lada sulah secukupnya. Gaul semua bahan hingga sebati.
Ambil sedikit campuran tempe tadi lalu tekapkan mengikut bentuk yang disukai atau bulat-bulatkan lalu leperkan sedikit.
Celup nugget tempe dalam bancuhan telur lalu golekkan dalam breadcrumbs rata.
Goreng nugget tempe dalam minyak yang panas hingga keperang-perangan. Hidangkan panas.