
Anda suka makan Agar-Agar Lumut Gula Merah? Jika ya, resipi ni anda kena cuba. Kalau makan masa sejuk-sejuk, memang layan sungguh. Lebih-lebih lagi kalau makan dikala cuaca panas. Jom cuba resipi perkongsian saudari Tengku RosElyza ni. Pasti puas hati.
RESIPI AGAR AGAR LUMUT GULA MERAH
BAHAN-BAHAN
- 18gm agar-agar tali
- 1250ml air
- 1 sudu teh esen vanila
- 1 biji telur
- 2 sudu makan gula – boleh kurangkan jadi 1 sudu jika suka kurang manis
- 1 kotak santan
- 1 cawan gula merah
CARA MEMASAK:
1. Didihkan air dan masukkan agar-agar tali. Biarkan hancur dan larut.
2. Kemudian masukkan gula merah, gula dan esen vanilla. Masak sehingga mendidih.
3. Dalam bekas lain, satukan santan dan telur. Kacau kemudian tuang ke dalam periuk. Masak selama 5 minit menggunakan api perlahan.
4. Kuatkan api sehingga naik buih. Padamkan api dan tuang campuran ke dalam loyang.
5. Sejukkan agar-agar dan boleh dipotong apabila mengeras.
Kredit resipi & foto: Tengku RosElyza Raja Muhammad
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kek Marble Jelita. Kek Sedap & Gebu Boleh Masak 3 Cara.

Sedapnya Kek Marble Jelita Ayu ni. Nampak sangat gebu. Kalau buat untuk minum petang, memang best. Bagi anda yang tercari-cari resipi kek yang mudah, sedap dan tak renyah, resipi perkongsian saudari Ariana Sofia Ahmad ni antara yang terbaik. Cubalah. Istimewa resipi ni boleh dimasak dengan tiga cara iaitu bakar ( bahagian atas nampak cantik, bakar biasa dan kukus.
CARA MASAK KEK MARBLE JELITA AYU
BAHAN-BAHAN:
- 6 biji telur (gred B)
- 1 1/4 cawan gula kastor
- 1 cawan mentega
- 2 1/2 cawan tepung naik sendiri
- 1 sudu makan ovallete
- 1sudu teh esen vanila
- 1 sudu teh soda bikarbonat
- 1 sudu teh baking powder
- 1 sudu teh cream of tartar
- 4 sudu makan susu pekat
- 5 sudu makan susu segar
CARA MEMASAK:
1. Pukul mentega dan gula hingga gebu dan menjadi putih.
2. Pastikan adunan jadi putih macam ni. Gebu je teksturnya.
3. Masukkan ovalette, telur dan esen vanilla sekaligus. Boleh juga masukkan telur satu persatu.
4. Pukul hingga sebati dan adunan jadi licin serta tidak berketul. Pastikan adunan tidak terlampau cair pula.
5. Kemudian ayak tepung naik sendiri, soda bikarbonat, baking powder dan cream of tartar. Campur sebati. Jika nak adun tepung sedikit demi sedikit masa mengadun adunan pun boleh.
6. Bila adunan sebati, masukkan susu pekat manis dan susu segar.
7. Pukul lagi hingga adunan sebati dan licin seperti tekstur dalam gambar.
8. Bahagikan adunan kepada 4 bekas. 3 bekas dengan kuantiti sama banyak dan 1 bekas lagi kuantitinya lebih sedikit.
9. Tambahkan pewarna ilihan pada ketiga-tiga bekas. Satu bekas ( kuantiti banyak) dibiarkan tanpa warna.
10. Ambil loyang bersaiz 8 inci. Lapik dengan baking paper dan oles sekeliling loyang dengan mentega atau marjerin. Kemudian tuang adunan berwarna secara berselang seli.
11. Lorek guna lidi mengikut kreativiti masing-masing.
12. Tuang pula adunan kosong diatas permukaan supaya menutup semua corak tadi. Tinggalkan sedikit adunan untuk membuat corak di bahagian atas.
13. Warnakan lebihan adunan tadi dengan beberapa warna. Warna mestilah lebih terang berbanding warna di bahagian bawah.
14. Lorek ikut kreativiti masing-masing. Bakar kek pada suhu 130C selama 1 jam 20 minit. Letak di bahagian tray paling bawah. Selepas bakar kek selama 45 minit, letak aluminium foil di atas loyang supaya permukaan atas kek tidak hangit.
15. Bila kek dah masak, terbalikkan atas redai. Penting supaya kek tidak mendap.
16. Lepas 5 -10 minit, betulkan kembali kedudukan kek.
17. Hasil kek yang telah siap dimasak. Sangat sedap dan gebu.
Ada 3 Tips Cara Bakar atau Kukus
1. Bakar (Warna atas nampak cantik)
130°c selama 1 jam 20 minit. Selepas 45 minit tutup loyang bahagian atas dengan aluminium foil. Guna api atas bawah. Tray bawah sekali.
2. Bakar biasa ( Gelap sikit bahagian atas)
150°c selama 50 minit. Guna api atas bawah dan tray bahagian tengah.
3. Kukus (wrap loyang)
Selama 50 minit @ sehingga masak.
Kredit resipi & foto: Ariana Sofia Ahmad
Tercari-cari MIXER baru yang berkualiti dengan harga yang berpatutan? Boleh dapatkan DISINI.
Nak lebih banyak resipi KEK mudah, sedap & cepat masak, boleh cuba resipi di bawah ni:
Resipi Kek Milo 3 Bahan Tak Guna Tepung. Mudah & Memang Sedap.
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Resipi Semperit Biscoff Lain Dari Yang Lain Untuk Hari Raya Nanti

Selalunya kalau buat kuih semperit mesti semperit susu je dari dulu lagi, kalini apa kata kita buat semperit Biscoff sempena dah boleh rentas dengan bebas untuk raya ni. Resipi ni dikongsikan oleh Faiqah Che Fauzi di Facebook. Cara asas pembuatan semperit Biscoff ni sama je macam semperit biasa cumanya ada penambahan rasa Biscoff tu jadinya sesiapa yang dah biasa buat semperit tu tak jadi masalahlah kalau nak cuba resipi ini. Jom kita cuba!
SEMPERIT BISCOFF
BAHAN-BAHAN:
1 buku buttercup
1/2 cawan susu pekat
3 sudu besar lotus biscoff spread
2 susu besar lagi guna untuk piping kemudian nanti
1/2 cawan tepung kastard
3 cawan tepung jagung
Biskut lotus yang dihancurkan
Choc chip perisa butterscotch/caramel
CARA PENYEDIAAN:
1. Letak buttercup, susu pekat, lotus spread dalam bekas lepas tu kacau sampai semua mesra
2. Tambah tepung kastard & tepung jagung
3. Uli sampai jadi doh. Doh kena lembut supaya senang nak tekan nanti
4. Tekan doh guna acuan semperit.
5. Pipe kan lotus spread, taburkan biskut lotus biscoff yang dah dihancurkan
6. Letakkan choc chip
7. Bakar suhu 170°c – 25-30 minit
1 adunan ni dapat dalam 60 biji je
SELAMAT MENCUBA!
Kredit: Faiqah Che Fauzi
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Ayam Masak Kicap Pedas & Kuih Gulung @ Ketayap Menu Tradisi Keluarga Salina Untuk Berbuka
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Roti Canai Tanpa Tebar, Buat Sendiri Puas Hati Makan

Isi Kandungan
ToggleAnda peminat roti canai? Tak susah buat roti canai jika ikut resepi ni, malah tak perlu susah-susah nak tebar. Buat banyak-banyak boleh simpan untuk frozen. Bila-bila nak dah ada sedia dalam peti sejuk. Mudahkan.
ROTI CANAI TANPA TEBAR
Bahan-bahan:
- 2 cawan tepung gandum# curah bacuhan air tadi sedikit demi sedikir dan uli sebati sampai tak melekat di tangan. Kalau keras boleh tambh air sejuk dan kalau lembik boleh tambah tepung sedikit.
- 1 biji telur
- 1 sudu besar susu pekat
- 1 sudu kecil garam
- 1/2 cawan air sejuk daripada peti sejuk# kacau sebati
Cara memasak:
1..Bahagikan doh sama besar. Bulatkan/rounding bagi kemas dan sapu marjerin/butter pada doh.
2.Rehatkan lebih 1-2 jam. Atau boleh semalaman simpan suhu bilik je.
3.Selepas uli,simpan dalam dalam plastik dan rehatkan dalam 30 minit.
4.Sapukan minyak sedikit ke tapak tangan dan bolehlah tebar. Saya Tarik-tarik atas dulang je macam dalam gambar. Kemudian renjis sedikit minyak masak dan lipat-lipat.
5.Yang ni saya lipat lepas tu gulung. Tebar dan gulung sampai habis semuanya
6.Panaskan kuali leper dan letak sedikit minyak.
7.Tekan-tekan permukaan roti bagi leper dan bolehlah bakar.
Kredit: Missz Amira
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Gulai Pede Cara Mak, Resipi Lauk Kampung Istimewa Orang Pahang
Resipi Kuih Gunting Mudah & Dijamin Menjadi. Sedap Buat Macam Ni!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official