Anda sedang dalam proses menurunkan berat badan? Menu-menu yang RASA kongsikan ni pastinya boleh dicuba. Ia bukan sahaja enak malah bahan-bahan yang digunakan juga sihat dan rendah lemak. Sebagai contoh, penggunaan susu dan yogurt bagi menggantikan santan. Kedua-dua bahan ni sememangnya terkenal sebagai makanan yang ringkas tetapi kaya dengan kalsium dan vitamin. Rasa masakan pasti sedikit berbeza tetapi baik untuk kesihatan!

 

1. KARI IKAN ALA UTARA

6 Menu Sedap Rendah Kalori Yang Orang Diet Boleh Makan Tanpa Rasa Bersalah.

BAHAN-BAHAN:

  • 4 ketul ikan senangin
  • 400ml susu isian sejat
  • 200ml air
  • 8 batang kacang bendi
  • 2 biji tomato|belah empat
  • 2 biji cili hijau|dibelah dua
  • 8 ulas bawang merah|dimayang halus
  • 4 ulas bawang putih|dimayang halus
  • 30gm rempah kari
  • 15ml air asam jawa
  • ½ sudu teh halba campur
  • 1 tangkai daun kari
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa

 

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan dua sudu makan minyak di dalam periuk. Tumis bahan-bahan mayang hingga perang. 
  2. Masukkan halba campur dan daun kari.
  3. Tuang bancuhan rempah kari bersama air ke dalam periuk.  Tambah air asam jawa. Tumis hingga rempah masak (pecah minyak).
  4. Masukkan susu isian sejat dan ikan.  Didihkan dengan api yang sederhana hingga ikan masak.  Tambah garam dan gula secukup rasa.
  5. Tambah kacang bendi, tomato dan cili hijau.

Jumlah kalori dalam hidangan: 1 ekor ikan(120g) =170 kalori

 

2. KUPANG MASAK LEMAK CILI PADI

6 Menu Sedap Rendah Kalori Yang Orang Diet Boleh Makan Tanpa Rasa Bersalah.

BAHAN-BAHAN:

  • 6 keping kupang
  • 7 biji cili padi
  • 1 inci kunyit hidup |ditumbuk lumat
  • 1 biji bawang besar |ditumbuk lumat
  • 1 helai daun kunyit |diracik halus
  • 25ml susu cair
  • ½ liter air
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan kuali dan masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk halus.
  2. Kacau sehingga ia naik baunya sebelum memasukkan susu cair.
  3. Biarkan sehingga kuah mendidih dan tambahkan garam dan gula secukup rasa.
  4. Masukkan kupang yang telah dibersihkan terlebih dahulu ke dalam kuah dan kacau rata.
  5. Akhir sekali, masukkan daun kunyit yang telah diracik halus sebelum dihidangkan.

Jumlah kalori dalam hidangan: 1 senduk (60g) =130 kalori

IKLAN

 

3. UDANG MASAK GULAI KERISIK 

6 Menu Sedap Rendah Kalori Yang Orang Diet Boleh Makan Tanpa Rasa Bersalah.

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm udang segar bersaiz sederhana
  • 30gm nanas mengkal separuh masak | dipotong kecil
  • 1 biji bawang besar | dihiris kasar
  • 4 ulas bawang ros   | ditumbuk 
  • 2 ulas bawang putih   | ditumbuk 
  • 8 ulas cili padi   | ditumbuk 
  • 2 biji cili masak   | ditumbuk 
  • 2 cm halia   | ditumbuk 
  • 250ml susu cair
  • 150ml air
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 50gm kerisik
  • Sehelai daun kunyit disiat kasar
  • Garam dan gula mengikut cita rasa

CARA MEMASAK:

  1. Satukan semua bahan yang telah ditumbuk, hirisan bawang besar, nanas, serbuk kunyit, daun kunyit, separuh daripada susu dan air di dalam periuk dan masak hingga mendidih pada api yang sederhana dan dikacau selalu.
  2. Kemudian tuangkan baki susu dan baki air yang tinggal serta kacau lagi sehingga kuah mendidih.
  3. Setelah nanas telah empuk, baru dimasukkan udang, kerisik, garam dan sedikit sahaja gula sekadar sesuai rasa. Kacau rata.
  4. Kecilkan api dan renihkan seketika gulai dan kacau selalu sehingga kuahnya pekat.
  5. Angkat dan sedia dihidangkan.

Jumlah kalori dalam hidangan: 1 senduk (50g) =120 kalori

 

4. SUP BROKOLI BERSAMA TELUR

6 Menu Sedap Rendah Kalori Yang Orang Diet Boleh Makan Tanpa Rasa Bersalah.

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 100gm brokoli |dipotong kecil
  • 50gm isi ayam
  • 1 biji telur
  • 2 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 30ml susu UHT
  • 1/4 sudu teh serbuk buah pala
  • Garam dan lada sulah secukup rasa 

CARA MEMASAK:

  1. 1.Tumis bawang besar dan putih sehingga  wangi,
  2. Kemudian masukka air dan masukkan ayam. Biarkan ia mendidih seketika. Apabila ayam sudah masak, masukkan brokoli dan batangnya yang telah dibuang kulit dan potong kecil.
  3. Apabila brokoli menjadi lembut tutup api dan biarkan ia seketika.
  4. Sementara itu, rebuskan sebiji telur sehingga ia masak. Asingkan.
  5. Kisar sup brokoli di dalam pengisar. Tambahkan air jika anda mahukan sup yang lebih pekat.
  6. Panaskan periuk dan masukkan sup yang telah dikisar tadi. Tambahkan garam, serbuk buah pala dan lada sulah secukupnya.
  7. Tambahkan susu dan kacau supaya ia tidak berketul. Biarkan ia menggelegak seketika. Hiaskan dengan sebiji telur yang telah direbus.

Jumlah kalori dalam hidangan: 105kcal

 

5. AYAM PANGGANG PEDAS BERHALIA 

6 Menu Sedap Rendah Kalori Yang Orang Diet Boleh Makan Tanpa Rasa Bersalah.

BAHAN-BAHAN A:

  • 200gm yogurt
  • 2 ulas bawang putih |dicincang halus
  • 5gm halia |dicincang halus
  • 1/2 biji jus lemon
  • 1/2 sudu teh serbuk cili
  • 1/2 sudu teh lada hitam |dikisar
  • Garam dan  serbuk perasa secukupnya
  • Minyak masak
  • Sedikit serbuk roti
  • 500gm ayam |dibuang kulit

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Bersihkan ayam dan buang kulitnya. Kemudian hiris bawang putih dan halia.
  2. Masukkan bahan-bahan seperti yogurt, bawang putih, halia dan jus lemon ke dalam mangkuk. Kacau sehingga rata.
  3. Kemudian masukkan pula serbuk cili, lada hitam dan sedikit garam serta serbuk perasa. Masukkan ayam ke dalam adunan tadi dan perapkan ia selama 1 hingga 4 jam. 
  4. Panaskan ketuhar pada suhu 180C dan bakar ayam yang telah disalut dengan sedikit serbuk roti selama 10 hingga 15 minit sehingga ia menjadi kekuningan. Hidangkan ketika masih panas.

Jumlah kalori dalam hidangan: 1 ketul ayam =130kcal

 

6. BENDI MASALA 

6 Menu Sedap Rendah Kalori Yang Orang Diet Boleh Makan Tanpa Rasa Bersalah.

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm bendi |dipotong 3cm
  • 15ml minyak masak
  • 1 biji bawang |dihiris
  • 1 biji tomato |dihiris
  • 5gm serbuk cili
  • 10gm yogurt
  • 1 tangkai daun ketumbar |dihiris
  • 1 biji cili hijau |dihiris
  • 5gm serbuk perisa

CARA MEMASAK:

  1. Goreng bendi selama dua minit dan keluarkan dari kuali. Asingkan seketika.
  2. Tumiskan bawang bersama tomato sehingga ia menjadi wangi.
  3. Tambahkan serbuk cili, yogurt, hirisan cili dan penambah rasa.
  4. Kemudian masukkan semula bendi yang telah digoreng terlebih dahulu dan kacau sehingga ia sebati sebelum dihidangkan.

Jumlah kalori dalam satu hidangan: 1/6 dari jumlah hidangan = 24kcal

 

Nak lebih sihat, cergas & dapat lebih banyak pengetahuan mengenai kecergasan? Jom beramai-ramai ke MISFIT 2018: Malaysia International Sports & Fitness Fair pada 3-5 Ogos ( PWTC) & 5-7 Oktober ( Persada, Johor). Banyak aktiviti menarik dan bermanfaat yang ada disediakan untuk anda. Jadi datang beramai-ramai!

 

6 Menu Sedap Rendah Kalori Yang Orang Diet Boleh Makan Tanpa Rasa Bersalah.

 

https://www.facebook.com/majalahrasa/videos/10156548032318739/

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI