Anda suka makan Ayam Madu macam di restoran Nasi Kandar? Jom cuba masak sendiri Ayam Madu ala Mamakperkongsian saudari Adnil Sam. Melihat gambarnya sahaja sudah cukup untuk membayangkan keenakannya. Jom cuba! Tak perlu lagi nikmati di restoran. Anda sendiri boleh masak hidangan enak ini di rumah.
Tak tahu nak masak apa hari ini? Kalau mahukan sajian yang ringkas, mudah tapi sedap, bolehlah cuba masak Ayam Masak Kunyit Halia. Menu yang mungkin nampak biasa-biasa tapi bila makan, boleh bertambah-tambah nasi. Kena pula dengan nasi panas-panas dan sambal belacan, lagilah ‘terangkat’ habis. Mari kita cuba resipi Ayam Masak Kunyit Halia yang dikongsikan oleh Habeebah Md Daud. Nak tukar ayam dengan daging pun boleh.
RESIPI AYAM MASAK KUNYIT HALIA
BAHAN-BAHAN:
1 sudu kecil secukup rasa Maggi 1 sudu kecil serbuk kunyit 1 sudu kecil garam – BELI ONLINE 1 senduk/2 sudu besar cili boh 1 ibu jari halia (hiris) – BELI ONLINE 1 keping asam keping – BELI ONLINE 1/2 cawan minyak masak – BELI ONLINE Garam dan gula secukup rasa
BAHAN HIASAN:
Bawang besar dan cili merah (dihiris)
CARA MEMBUAT:
1. 1/2 ekor ayam potong kecil-kecil, bersihkan.
2. Masukkan semua bahan kecuali bahan hiasan. Jangan lupa, masukkan air dalam 1 1/2 cawan (bagi ayam separa tenggelam) untuk rebuskan dengan bahan-bahan.
3. Rebuskan ayam dalam 10-15 minit sehingga air rebusan ayam kering, api perlahankan.
4. Perasakan ikut cara masing-masing. Nak lebihkan gula dan garam, ikut suka.
5. Hiris bahan hiasan. Sediakan 1/2 cawan minyak masak.
6. Masukkan minyak masak, api perlahan. Masak dalam 5 minit supaya ayam sedikit garing dan kering.
7. Akhir sekali masukkan bawang serta cili. Siap untuk dihidangkan bersama nasi panas dan ulam-ulaman.
Tengah bersemangat nak masak, pergi ke dapur tengok-tengok minyak masak pula habis. Nak keluar ke kedai pun susah. Tak kan tak nak masak. Ha…Jika masalah ini terjadi pada anda, usah risau. Dapur masih boleh berasap. Ada banyak lauk pauk tanpa minyak yang boleh anda hasilkan. Malah lebih sihat, tetap sedap dan mudah disediakan. Jom lihat resipi-resipi yang boleh anda cuba.
1. PINDANG IKAN KERISI
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan kerisi | bersihkan dan potong dua
2 ulas bawang merah| hiris
1 ulas bawang putih | titik
½ inci halia| hiris
1 keping asam gelugur
1 sudu kunyit hidup | kisar
1 biji ili hijau |belah tengah
1 biji cili merah | belah tengah
Garam secukup rasa
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
Masukkan ikan dalam periuk bersama air, kunyit, asam gelugur dan semua bahan hirisan yang lain.
Masak sehingga mendidih, perasakan dengan garam secukup rasa.
Akhir sekali masukkan cili.
Biarkan seketika, angkat dan hidangkan.
INFO CHEF: Selain ikan kerisik lebih sedap jika menggunakan ikan parang.
2. LAWA DAGING BAKAR
BAHAN-BAHAN:
300gm daging bakar |dihirs
1 biji kelapa | ambil pati santan
1 sudu lada hitam |kisar halus
3 ulas bawang merah | kisar
1 biji limau nipis |ambil jusnya
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit belacan | jika perlu
CARA MEMASAK:
Campurkan hirisan daging dengan semua bahan lain.
Kemudian seimbangkan rasa masin, manis dan masamnya agar sekata.
Sedia dihidangkan
INFO CHEF: Selain daging bakar, boleh juga guna daging salai.
3. SLOW COOKER BEEF STEW
BAHAN-BAHAN:
1kg daging batang pinang | potong kiub
50gm tepung serba guna
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1 ulas bawang putih | cincang
1 helai daun bay
1 sudu teh paprika
1 sudu teh sos Worcestershire
1 biji bawang besar | cincang
400ml stok daging
3 biji kentang | buang kulit dan potong dadu
2 batang lobak | potong dadu
1 batang saderi |hiris serong
CARA MEMASAK:
Masukkan tepung di dalam mangkuk kecil bersama garam dan serbuk lada sulah.
Kemudian gaulkan dengan hirisan daging.
Renehkan di dalam periuk sehingga daging empuk.
Kemudian masukkan bawang putih, daun bay, paprika, sos Worcestershire, bawang besar, stok daging , kentang, lobak merah dan saderi.
Tutup periuk dan renehkan selama 5-6 jam.
INFO CHEF: Stew daging lebih sedap jika lebih lama. Enak dimakan bersama roti.
4. CHICKEN POT PIE STEW
BAHAN-BAHAN:
1 kg isi ayam bahagian dada | potong dadu
6 biji kentang | belah 4
150 gm lobak merah kecil
2 batang saderi | cincang
50gm krim ayam
300ml stok ayam
2 sudu teh garam saderi
2 sudu teh garam bawang putih
1 sudu makan lada hitam
50gm sayur campur
CARA MEMASAK:
Campurkan ayam, kentang. Lobak merah, krim ayam, air stok ayam, garam bawang putih, garam saderi dan lada hitam dalam periuk.
Renehkan atas api perlahan sehingga lima jam.
Kemudian masukkan sayur campur dan renehkan lagi sehingga sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Hidangan ini mudah dan sesuai untuk hidangan kanak-kanak.
5. ASAM REBUS DAGING TETEL
BAHAN-BAHAN:
1kg daging tetel | hiris, bersihkan dan tos
3 keping asam gelugor
3 helai daun salam
2 batang serai |titik
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
BAHAN KISAR:
12 biji cili padi
6 biji cili merah
1 biji bawang besar
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3cm lengkuas
2cm halia muda
3cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
Masukkan daging tetel dalam periuk bersama bahan kisar.
Seterusnya tambahkan air secukupnya.
Masak di atas api sederhana, setelah mendidih masukkan asam keping daun salam dan serai.
Lengkapkan rasa dengan garam dan gula secukupnya.
Apabila daging tetel sudah lembut dan secukup rasa, matikan api.
Asam Rebus Tetel sedia dihidangkan.
6. IKAN KUKUS SOS LIMAU NIPIS
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan siakap | dibuang sisik
4cm halia muda | hiris memanjang
3 ulas bawang putih | hiris nipis
1 tangkai daun bawang | potong memanjang
Sedikit daun ketumbar | hiris
Beberapa biji cili padi | hiris
BAHAN SOS ( DIBANCUH):
4 sudu makan jus limau nipis
5 sudu makan stok ayam
Sedikit lada sulah
CARA MEMASAK:
Bersihkan ikan dan keringkan. Kelar dan lumur dengan lada sulah serta garam di bahagian dalam dan luar ikan.
Masukkan dalam pingganyang telah ditabur dengan hirisan bawang putih, ketumbardan halia didasarnya.
Panaskan pengukus, kukus ikan lebih kurang lapan minit.
Setelah ikan masak, curahkan bahan sos tadi.
Akhir sekali taburkan di atas ikan dengan hirisan daun bawang,limau nipis dan cili.
Sedia untuk dinikmati.
INFO CHEF: Selain ikan siakap, anda boleh tukar dengan ikan bawal atau kerapu.
7. KERABU SOTONG SERAI
BAHAN-BAHAN:
12 ekor sotong | dihiris bulat
2 biji tomato | dipotong dadu
1 batang serai | dihiris halus
2 tangkai daun ketumbar | dihiris halus
5 biji cili padi | dihiris halus
2 tangkai kacang panjang | dihiris halus
2 biji limau nipis | diambil jusnya
Secubit garam
Gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Celur sotong seketika. Angkat dan toskan airnya. Ketepikan.
Masukkan sotong, serai, ketumbar, cili padi dan kacang panjang ke dalam mangkuk. Gaul rata.
kemudian masukkan jus limau nipis. Gaul hingga rata.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Nikmati segera.
INFO CHEF: Sotong hanya perlu dicelur seketika bagi mengelakkannya menjadi liat.
Hari ni kita terbang ke Indonesia. Buat menu ni pasti ramai yang suka.Siapa yang suka sambal yang pedas kena buat ayam gepuk ala pak gembus ni. Sambal gepuk ni memang tidak dimasak. Kalau tak nak pedas, kurangkan cili lebihkan kacang, begitu juga sebaliknya. Nak pedas lebihkan cili.Nak hidang, ketuk ayam dengan lesung dan letak kubis,,timun,tempe dan tauhu.
AYAM GEPUK ALA PAK GEMBUS
Bahan-bahan:
Ayam bahagian whole leg
2 inci lengkuas
2 inci halia
3 ulas bawang putih
Kunyit hidup atau kunyit serbuk
Daun salam/bay
Garam
Serbuk perasa
Cara membuat:
1.:: Bahan di atas ni,, (halia,bawang putih,lengkuas,kunyit) tumbuk ye. Lepas tu rebus bersama air. Konsepnya macam buat ayam penyet dan rebus hingga betul-betul terasa bahan-bahan tu, lepas ayam dah masak, terus goreng.
Sambal
Bahan-bahan:
Cili padi (agak-agak nak pedas tahap mana nak cantik rupa sambal campur cili padi hijau and merah baru cantik)
Kacang gajus (inilah rahsia sedap sambal)
Minyak bijan (titis je)
Bawang putih
Minyak panas mendidih secukupnya(saya guna minyak goreng ayam tu)
Garam dan perasa
:: Rahsianya pada kacang gajus and minyak bijan.
Cara membuat:
1.Tumbuk atau lenyek bahan-bahan di atas, saya guna lesung kemudian tuang minyak panas.
Sambal ayam daun kari ini boleh masuk dalam senarai resipi sambal ayam kita yang sememangnya ada banyak versi.Tapi resipi yang ini rasanya tidak semata...