![Untitled design - 2019-08-05T121911.253](https://www.rasa.my/wp-content/uploads/2019/08/14521.jpeg)
Bila teringin nak makan lauk pauk yang rare biasanya kena tunggu adanya kenduri kendara di kampung. Barulah berjumpa dengan masakan yang jarang kali kita makan contohnya masak Lemak cili api nangka muda ngan ayam.Masak seperiuk, asyik berulang je ke dapur. Min kongsikan cara buatnya.
Lemak Cili Api Nangka Muda Ngan Ayam
Bahan-bahan :
Sebiji nangka muda size kecik (rebus hingga 3/4 empuk, tambahkan garam dlm rebusan)
Seekor ayam ( dicincang kecik)
Cili padi ( ikut kepedasan yg korang suka)
Halia seinci
Bwg besar 2 biji
Bwg putih 5-6 ulas
Sedikit kunyit basah/ serbuk kunyit
(Blender semuanya)
Serai 2 btg titik
Asam keping 2 keping
Santan kelapa segar 1 bijik
Sekotak santan kara
Cara memasak :
1.Panaskan sedikit minyak utuk menumis, masukkan serai kemudian terus masukkan bahan yg dh di blend..
2.Tumis hingga bahan td pecah minyak dh air lada td kering hingga menjadi seperti pes..
3.Kemudian masukkan ayam yg dh dicincang kecik, gaulkan ayam dn bahan tumis hingga sebati..
4.Tambah sedikit air, dn masukkan asam keping..
5.Biarkan hingga ayam masak..
6.Bila ayam dh masak, baru masukkan santan yg diperah dr kelapa td..santan dr kelapa lebihkan air..utk dptkan kuah..jgn risau cair, sbb nnti akn tambah ngan santan kotak..perisakan dgn garam, aji n sedikit gula ikut selera masing2..
7.Santan dh didih, masukkan nangka dn gaul hingga sekata…last baru tuangkan santan kotak..
8.Pastikan sentiasa dikacau agar santan tak pecah..
9.Masak lagi dlm 10 min, hingga betul2 sebati semuanya..
10.Masak lemak ni tk sedap makan terus lepas masak,Sbb nangka belum menyerap rasa lg..biarkan dlm 20 -30 min sebelum dihidangkan..
*Masak lemak akk mmg tk guna kan ketumbar atau sebgainya..sbb dh guna ayam..
credit : Nor Haidah Md Said
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Nasi Ayam Tak Perlu Tumis. Sedap, Wangi & Gebu.
![Resipi Nasi Ayam Tak Perlu Tumis. Sedap, Wangi & Gebu.](https://www.rasa.my/wp-content/uploads/2020/07/Untitled-design-25.png)
Nasi Ayam semestinya menjadi kegemaran ramai. Namun agak renyah sebab kena tumis dan sebagainya. Nak lebih mudah? Ha..Ini ada resipi pes Nasi Ayam perkongsian saudara Paan Selamat yang anda boleh buat. Dengan pes ni, anda tak perlu lagi menumis bahan-bahan. Hanya perlu masukkan pes dan masak nasi seperti biasa. Sangat mudah & sedap! Rugi kalau tak cuba.
PES NASI AYAM HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
- 4 biji bawang merah
- Halia ( anggaran panjang sejengkal)
- 15 ulas bawang putih
- 7 batang serai
- 5 sudu makan garam
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Kisar bahan-bahan diatas ( kecuali minyak) hingga halus.
2. Kemudian panaskan minyak masak. Masak bahan kisar tadi dan pastikan minyak masak menenggelamkan bahan-bahan tersebut.
3. Setelah terbit minyak, masukkan garam. Pes ini perlu masin kerana bila dicampur ke dalam nasi, anda sudah tidak perlu menambah garam.
4. Teruskan memasak pes tadi sehingga menggelegak dan airnya telah kering. Cara mengenal pes telah kering air ialah ia sudah tidak merecik dan minyak keluar dengan banyak.
5. Padamkan api dan sejukkan pes. Setelah sejuk, barulah dimasukkan ke dalam balang atau bekas yang bersih.
6. Simpan didalam peti sejuk dan boleh diguna pada bila-bila masa.
CARA MASAK NASI AYAM GUNA PES
1. Basuh bersih 3 pot beras dan masukkan 2 sudu makan pes nasi ayam segera ini. Jika pes anda kurang berminyak, masukkan 1 sudu makan marjerin.
2. Kemudian masukkan air mengikut kesesuaian beras yang akan ditanak. Gaulkan pes itu supaya sebati dengan beras. Masukkan juga potongan daun pandan yang dikerat 2 inchi.
3. Semasa air nasi hampir kering, anda kena kacau lagi sekali nasi itu agar kurang berketul dan rasa pes akan lebih sekata.
4. Apabila nasi yang ditanak telah masak, boleh padamkan suis periuk. Kita anda nak makan sedikit lewat, elakkan periuk berada dalam keadaan ‘keep warm’ kerana ia akan membuatkan bahagian bawah nasi menjadi sedikit hangus dan berwarna coklat. Kurang menarik nanti.
Nota: Minyak lebihan memasak pes tadi jangan dibuang. Ia boleh menjadikan masakan lebih enak dan berperisa jika digunakan untuk memasak masakan lain.
Kredit gambar & resipi: Paan Selamat
Tengah cari PERIUK NASI ELEKTRIK baru? Pilih je DISINI. Ada banyak pilihan & pastinya pada harga mampu milik.
Nak lebih banyak resipi best ? Boleh cuba resipi di bawah ni:
Sepinggan Tak Cukup. Nasi Goreng Ikan Cili Tumbuk Ni Memang Sedap.
https://www.rasa.my/nasi-ayam-hainan-paling-senang-buat/
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Lauk Berbuka Puasa Yang Best, Tomyam Poktek Panas-Panas
![Lauk Berbuka Puasa Yang Best, Tomyam Poktek Panas-Panas](https://www.rasa.my/wp-content/uploads/2020/05/Untitled-design-2020-05-04T143312.769.jpg)
Lauk yang simple dan sedap salah satunya adalah tomyam. Sebut saja tomyam, terus terbayang Thailand. RASA kongsikan resipi Tomyam Poktek yang popular di negara itu dan memang terangkat sedapnya.
TOMYAM POKTEK
BAHAN-BAHAN:
- 2 ekor ketam | belah empat
- 100 gm lala | bersih dan tos
- 250 gm udang | bersih dan tos
- 200 gm sotong | hiris bulat
- 1 ekor ikan kembung | siang & potong dua
- 1 batang seleri | hiris
- 1 biji tomato | belah empat
- 1 biji bawang besar | hiris bulat
- 3 cm halia | titik
- 6-7 tangkai cili padi | titik
- 3 cm lengkuas | titik
- 3 batang serai | titik
- 3 ulas bawang merah | cincang
- 2 ulas bawang putih | cincang
- 4 helai daun limau purut
- 3 sudu besar pes tomyam
- 2 sudu besar jus limau nipis
- Air secukupnya
- Garam dan perasa secukupnya
- Sedikit hirisan daun bawang, sup dan bawang goreng
- Sedikit minyak masak
CARA MASAK:
- Panaskan minyak, tumis bahan cincang, kemudian masukkan air, pes tomyam, halia, lengkuas dan serai. Biarkan sehingga mereneh.
- Kemudian masukkan ketam, udang dan sotong, ikan. Biarkan lebih kurang 2-3 minit.
- Masukkan pula cili, daun limau purut, hirisan bawang besar, hirisan batang seleri, jus limau, garam dan perasa secukupnya.
- Akhir sekali hias dengan hirisan daun bawang, daun sup dan bawang goreng sebelum dihidangkan.
5 Sajian Cina Kesukaan Rakyat Malaysia Dari CRG. Pasti Sedap Dibuat Berbuka.
![5 Sajian Cina Kesukaan Rakyat Malaysia Dari CRG. Pasti Sedap Dibuat Berbuka.](https://cdn.rasa.my/2018/08/Untitled-design-10-4.jpg)
Min gerenti korang mesti gemar makan sajian Cina. Setuju kan kalau Min kata sajian cina mendapat tempat di hati rakyat negara ini tanpa mengenal kaum. Menu masakan laut, tofu dan sajian kukus berasaskan resipi autentik cina telah menjadi sebahagian dari rutin pemakanan warga Malaysia.
Kalau masih fikir nak buat apa untuk menu berbuka ni, jom kita cuba reseipi dari Chef Imran Audi Mohd Yap dan Firman Fauzi dari restoran Chicken Rice Guys (CRG), di seksyen 7 Shah Alam, Selangor. Ini bukan resipi biasa ya,tapi diwarisi dari nenek moyang mereka yang berketurunan Cina.
STIR FRIED BLACK PEPPER BEEF
BAHAN-BAHAN :
- 100 gm daging | dihiris nipis (bahagaian batang pinang)
- 2 sudu makan sos tiram
- 3 sudu makan lada hitam | serbuk kasar
- 1 biji bawang | dipotong dadu
- 3 ulas bawang putih | diketuk
- 2.5 sm halia | dihiris
- 3 biji cili api | diketuk
- Sedikit daun bawang | dipotong 2 sm
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak dalam kuali.
2. Tumiskan bawang besar, bawang putih, biarkan hingga naik bau wangi.’
3. Kemudian masukkan daging ke dalam kuali.
4. Masukkan pula sos tiram, serbuk lada, cili api, daun bawang dan bawang besar.
5. Tumiskan dan gaul hingga sebati. Perasakan dengan garam dan gula secukp rasa
6. Apabila daging empuk, padamkan api.
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 15 minit
Keistimewaan : Gabungan rasa pedas lada hitam dan sos tiram yang lazat
INFO CHEF : Untuk melembutkan daging , perapkan dengan gula, garam dan minyak masak dan biarkan untuk 2- 3 jam.
STEAM TOFU WITH BRAISED MUSHROOM AND BROCCOLI
BAHAN-BAHAN :
- 350 gm tofu putih | kukus selama 20 minit
- 50 gm cendawan shitake kering | dibasuh dan rendam air semalaman
- 50 gm brokoli
- 1/2 biji bawang besar | dihiris
- 4 ulas bawang putih | dihiris
- 4 sm halia | dihiris
- 500 ml stok ayam | atau air rebusan ayam
- 4 sudu makan sos tiram
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
- Sedikit tepung jagung yang dibancuh tepung jagung | jika mahu pekat
CARA MEMASAK :
1. Pijarkan minyak dalam kuali.
2. Tumiskan bawang putih, bawang besar dan halia’
3. Masukkan stok ayam, sos tiram dan air rendaman cendawan.
4. Masukkan cendawan shitake dan brokoli dan masak hingga lembut.
5. Perisakan dengan sedikit garam dan gula secukup rasa.
6. Pekatkan kuah dengan menggunakan air yang dibancuh tepung jagung (opsyen )
7. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
8. Tuangkan di atas tofu yang telah dikukus terlebih dahulu. Siap untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 3 orang
Waktu memasak : 20 minit
Keistimewaan :Sajian ‘vegetarian’ yang sihat dan enak
INFO CHEF : Tekstur taufu sangat halus dan lebih lembut berbeza dari tauhu . Ia mudah hancur dan tidak sesuai untuk masakan tumis bergoreng.
BRAISED GINGER CHICKEN WITH MUSHROOM
BAHAN-BAHAN :
- 1/2 ekor ayam | dipotong lapan bahagian
- 3 biji cendawan shitake | dihiris nipis
- 1 biji bawang besar | dicincang
- 500ml air masak
- 5ulas bawang putih | dicincang
- 3 sm halia | dihiris nipis
- 8 sudu makan kicap pekat
- 4 sudu makan kicap masin
- 4 sudu makan kicap manis
- 4 sudu makan sos tiram
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
- Sedikit daun bawang | dipotong 2.5 sm
- 2 biji bawang besar | dibelah 4
CARA MEMASAK :
1. Pijarkan minyak dalam kuali.
2. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia, biarkan hingga bau wangi.
3. Masukkan ayam ke dalam kuali
4. Masukkan sos tiram, kicap pekat, kicap masin dan kicap masin.
5. Masukkan air masak.
6. Masukkan cendawan shitake yang telah dihiris.
7. Tutup kuali dengan penutup dan biar didih sehingga ayam masak
8. Perisakan dengan gula dan garam
9. Taburkan daun bawang dan bawang besar yang telah dipotong, kacau sebentar. Padamkan api.
10. Hidangkan bersama nasi putih yang panas.
Saiz hidangan : 5 orang
Waktu memasak : 25 minit
Keistimewaan :Sajian asli cina yang menyatukan 4 jenis kicap
INFO CHEF : Biarkan mereneh dalam keadaan kuali bertutup supaya cepat masuk dan lebih sebati rasanya
HOKKEIN PRAWN MEE
BAHAN-BAHAN :
- 500gm mi kuning | dicelur dalam air panas
- 10gm taugeh
- 10gm sayur kangkung
- 2 biji telur rebus | dibelah dua
- 10 gm dada ayam | direbus
- 12 ekor udang saiz sederhana | direbus
- 5gm bawang goreng
Bahan kuah udang:
- 1kg kulit udang
- 1liter air
- Gula secukup rasa
- Garam secukup rasa
- 3 sudu makan minyak masak
Bahan sambal:
- 50gm bawang putih | dikisar halus
- 150gm bawang besar | dikisar halus
- 4 sm halia | dikisar halus
- 50gm cili padi merah | dikisar halus
- 100gm cili kering | direbus dan dikisar halus
- Gula secukup rasa
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Cara memasak sambal:
1. Panaskan minyak dalam kuali.
2. Tumis kan bawang putih, bawang besar, halia sehingga naik bau
3. Masukkan cili padi merah dan cili kering, tumis hingga pecah minyak dan garing.
4. Masukkan garam dan gula secukup rasa
Cara memasak kuah udang:
1. Panaskan minyak dalam periuk
2. Tuangkan kulit udang kedalam periuk
3. Tumiskan sehingga kulit udang tukar berwana merah
4. Tuangkan air kedalam periuk
5. Biarkan mendidih selama 2 jam, tudungkan
6. Letak garam dan gula secukup rasa. Padamkan api.
Cara hidangkan mi udang :
1. Celurkan mee kuning, tauge, kangkung\
2. Susun ke dalam mangkuk sekalikan dengan isi ayam, udang dan telur rebus
3. Letakkan sambal di atas mi tersebut
4. Tuangkan kuah udang yang panas
Saiz hidangan :4 orang
Waktu memasak : 2 jam
Keistimewaan :Mi udang dengan sup yang pedas dan manis
INFO CHEF : Anda boleh juga menambah pelbagai makanan laut lain seperti ketam, lala atau kepah untuk mendapatkan lebih rasa kemanisan makanan laut dalam kuah tersebut.
AYAM STIM HAINAN
BAHAN-BAHAN :
- 1 ekor ayam | berat 2 ke 2.2 kg
- 5 sm halia ketuk
- 3 liter air | atau paras ayam boleh tenggelam
- 5 batang daun bawang | dipotong panjang
CARA MEMASAK :
1. Basuhkan ayam dengan bersih
2. Masukkan air hingga ayam boleh tenggelam
3. Masukkan halia, taburkan daun bawang
4. Masak hingga mendidih
5. Masukkan ayam dan kecilkan api dan biarkan ia mereneh selama 30minit
6. Selepas ayam masak, angkat ayam dan rendam di dalam bekas yang berisi air dan ais selama 20 minit
7. Toskan. Sewaktu menghidang, tuang sedikit air rebusan ayam yang masih panas dan dimasak tadi.
Saiz hidangan : 10 orangng
Waktu memasak : 1 1/2 jam
Cara memasak : Rebus dan reneh
Keistimewaan : Sedap dimakan bersama nasi ayam
INFO CHEF : Terdapat pelbagai versi ayam stim hainan selain merebus dan reneh anda boleh juga mengukus dengan memerap dahulu ayam dengan kicap cair, minyak bijan dan lada hitam.
RESEPI : CHEF IMRAN AUDI MOHD YAP
TERIMA KASIH ; FIRMAN PAIZI@FAUZI, CHEF DANIEL SOON, CRG CHICKEN RICE GUYS, 40, Jalan Zirkon 7f/F, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor