1. Mula-mula, campurkan dahulu susu segar, whipping cream dan cuka di dalam satu bekas. Kacau sekejap. Ketepikan. 2. Satu semua bahan bertanda (*). Gaulkan semua bahan sehingga menjadi breadcrumbs.
Ads
3. Masukkan susu yang sudah dicampur cuka tadi. 4. Uli sehingga doh tak melekat dekat tangan. Uli manja-manja je tau.
5. Bentukkan menggunakan sudu/scop atau bentukkan ikut suka. 6. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 180°C selama 20 minit.
7. Lepas masak, sapukan cairan mentega dan madu. Kemudian masukkan kembali ke dalam ketuhar dan bakar selama 5 minit menggunakan suhu 190° C, guna api atas sahaja. 8. Siap dibakar, sapu mentega sahaja untuk nampak lagi berkilat.
Selain sambal belacan, sambal pauh muda juga adalah salah satu sambal yang sedap sungguh dan sesuai untuk menambah selera makan. Nak membuatnya pun senang. Cuma kena rajin menumbuk menggunakan lesung batu. Jangan kisar guna blender pula ya. Tak jadi kalau buat sambal guna blender ni.
SAMBAL PAUH MUDA
BAHAN-BAHAN
Bawang merah (dibakar)
Cili merah
Cili hijau
Belacan
Ikan bilis
Pauh muda
Garam
Gula
CARA MEMBUAT
1. Tumbuk bawang merah, cili merah dan cili hijau. Jangan lumat sangat.
2. Tumbuk belacan dan ikan bilis.
3. Masukkan pauh muda. Tumbuk sikit-sikit.
4. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
5. Sedia dimakan.
Lapar tapi tak mau makan nasi, apa kata korang tukar dengan masak Char Kuetiau goreng bujang je. Nampak simple tapi sedap dan mengenyangkan, sesuai untuk makan malam. Sesiapa yang suka makan Char Kuetiau boleh cuba idea ni sebab menu ni tak sampai 15 minit dah masak dan boleh makan terus. Tak payah berkincah di dapur.
CHAR KUETIAU
BAHAN-BAHAN:
250gm kuetiau | cuci dan tos
4-6 ekor udang | bersih dan tos
1 ekor sotong | hiris bulat, bersih dan tos
Sedikit hirisan isi ayam
1 biji telur
Sedikit hirisan daun kucai
Sedikit tauge
2 ulas bawang putih-titik
2 ulas bawang merah-cincang
1 sudu besar pes cili
3 tangkai cili padi | titik
½ sudu besar sos tiram
½ sudu besar sos cili
1 sudu besar kicap pekat
Garam, gula dan perasa secukupnya
Minyak secukupnya
CARA MEMASAK:
Langkah 1: Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih dan merah kemudian masukkan pes cili. Kacau hingga pecah minyak.
Langkah 2: Masukkan hirisan ayam, sotong dan udang. Kacau lagi hingga layu.
Langkah 3: Masukkan sedikit air, sos cili, tiram, garam, gula dan serbuk perasa secukupnya.
Langkah 4: Seketika kemudian masukkan kuetiau.
Langkah 5: Setelah kuah pekat, masukkan telur.
Langkah 6: Masukkan kicap pekat.
Langkah 7: Akhir sekali masukkan tauge dan daun kucai. Gaul rata dan tutup api. Kauy teow sedia dihidangkan.
Sup kosong ini sering jadi pelengkap hidangan seperti nasi ayam kunyit, nasi goreng atau masakan panas bila makan di gerai. Walaupun namanya 'kosong', rasa...