Bagi anda peminat sajian tradisional yang menyelerakan seperti Tosei, Idli, dan Chutney Kelapa, kini anda boleh cuba buat sendiri di rumah dengan resipi mudah dan praktikal daripada saudari Nur Masri. Hasilnya cukup untuk satu keluarga dan pasti membuatkan setiap suapan terasa puas dan berbaloi! Sesuai dijadikan hidangan untuk sarapan, minum petang, atau makan malam. Mari kita cuba bersama.
CARA MASAK TOSEI, IDLI & CHUTNEY KELAPA HOMEMADE
RESEPI TOSEI
Bahan-bahan:
1 cawan kacang ulunthu
2 cawan beras
1 sudu kecil halba
1 sudu kecil garam
1 cawan nasi sejuk
CARA MEMASAK
Rendam kacang ulunthu dalam air selama sekurang-kurangnya 6 jam atau semalaman.
2. Rendam beras dan halba juga selama 6 jam atau semalaman.
3. Toskan kacang ulunthu dan beras yang direndam. Kisar bersama nasi sejuk dan sedikit air sehingga halus, jangan terlalu cair. Masukkan garam dan gaul rata.
4. Peram adunan dalam bekas selama 8 jam atau semalaman. Jangan lama sangat supaya rasa masam tidak terlalu kuat
5. Panaskan kuali leper, sapu sedikit minyak. Ceduk adunan, tuang di tengah kuali. Ratakan menjadi bulat nipis menggunakan senduk.
6. Tutup kuali agar bahagian atas masak sempurna. Masak 1-2 minit sehingga tosei masak. Jika suka rangup, tambah masa.
7. Angkat dan lipat. Hidangkan bersama kuah dhal, kari atau chutney kelapa untuk rasa maksimal.
RESIPI IDLI
Ads
BAHAN-BAHAN: (bahan & cara proses sama seperti membuat Tosei): 1 cawan kacang ulunthu 2 cawan beras 1 sudu kecil halba 1 sudu kecil garam 1 cawan nasi sejuk
CARA MEMASAK: 1. Lenserkan minyak pada acuan. (empunya resipi guna acuan lompang) 2. Masukkan adunan tosei ke dalam acuan. 3. Kukus 15-20 minit. 4. Sejukkan dulu, baru keluarkan dari acuan.
RESEPI CHUTNEY KELAPA
BAHAN A: 1/2 biji kelapa parut 2 tangkai daun kari 2 biji cili hijau – jika ingin pedas guna cili padi 1cm halia 4 biji bawang merah – beli online disini 2 ulas bawang putih – beli online disini 1 sudu besar air asam jawa – beli online disini Minyak
BAHAN B: 2 biji bawang merah 5 biji cili kering – beli online disini 2 tangkai daun kari 2 sudu minyak masak 1 sudu kecil biji sawi – beli online disini
CARA MEMASAK: 1.Panaskan minyak, masuk bahan A kecuali kelapa, masak hingga layu. 2. Kemudian masukkan kelapa. Sangai sekejap. Biarkan sejuk. 2.Kemudian masukkan di dalam mesin pengisar dan kisar sehingga halus dengan sedikit air. 3. Kemudian panaskan minyak dan tumis bahan B sehingga naik bau. 4. Akhir sekali masukkan bahan A yang dikisar dan kacau rata.Sedia untuk dihidang.
NOTA: Cara dan bahan memasak mungkin tidak sama bagi setiap individu.
Kini, anda boleh menikmati hidangan istimewa ini tanpa perlu keluar rumah. Dengan resipi mudah, hasil amat memuaskan dan cocok untuk seisi keluarga. Jom mula rendam bahan malam ini, esok pagi kita buat tosei, idli dan chutney kelapa sendiri! Pasti menjadi kegemaran semua di rumah.
Dah lama tak masak kari, sebelum ni masak kari ikan dan ayam. Hari ni nak masak kari paling sempoi, guna telur rebus je. Sebenarnya menu sempoi beginilah yang buatkan lagi makan bertambah. Ada pula sambal belacan dan ulam-ulaman, lengkap makan tengah hari hari ni.
Kari Telur Rebus Bahan-bahan:
5 biji telur ayam
Cili kering kisar-BELI ONLINE DI SINI
1 biji bawang merah -dihiris
3 biji bawang putih (ketuk kemudian cincang)
Daun kari
2 biji cili hijau besar (ikut cita rasa)
Ubi kentang
Santan (saya guna jenama AYAM BRAND)-BELI ONLINE DI SINI
Pes rempah kari ( saya guna jenama YUS )
1 asam keping
Secubit garam (ikut cita rasa)
Serbuk CUKUP RASA MAGGI
Bagi yang menyukai hidangan berasas tempoyak, menu sambal tempoyak daun kayu ini dah tentunya antara kegemaran.
Penuh dengan pelbagai daun ulam yang dihiris halus ia memang sedap. Kalau tinggal di bandar, agak susah untuk dapat ulam-ulaman ini.
Namun jika mahu membuatnya sendiri, boleh saja gunakan resipi sambal tempoyak daun kayu versi paling simple. Guna apa yang ada keliling rumah, dalam peti ais atau yang senang jumpa. Caranya dikongsi oleh Ina Abbas.
Cara buat sambal tempoyak daun kayu guna ulam, sayur apa ada saja
Menurut Ina kalau mengikut cara membuat yang sebenar iaitu dari Negeri Sembilan, banyak menggunakan daun, ulam-ulaman yang diracik halus & dilebur sekali tanpa ditumis.
Tapi cara ini katanya paling ringkas, guna apa yang ada dalam peti & keliling rumah. Paling penting mesti ada petai & tempoyak.
Bahan-bahan
Cili api
Kunyit hidup (serbuk pun boleh)
Serai
Sedikit ikan bilis
Bahan dikisar
Bawang kecil
Pucuk ubi
Daun kunyit
Bahan dimayang/hiris halus
Ikan bilis (digoreng garing atau tak – terpulang)
Petai
Santan pekat
Tempoyak
Asam keping
Pucuk ubi direbus sampi empuk
Cara membuat:
1. Dalam kuali atau eriuk, masuk minyak sikit dan tumis bahan kisar serta bawang kecil yang dihiris.
2. Bahan tumis dah naik bau, masukkan tempoyak.
3. Tumis lagi sampai naik minyak sikit, masukkan santan pekat.
4. Masukkan asam keping, serbuk perasa, garam & gula.
6. Bila kuah mendidih, masukkan pucuk ubi, daun kunyit, ikan bilis & petai. Gaul sebati dan masak hingga daun-daun cukup masak. Sedia dimakan bersama nasi.
Ikan bakar rahsia kesedapannya terletak pada pes yang dibuat tu. Cuba check kat dapur tu ada tak lengkuas, halia serai , bawang merah , udang kering atau belacan, dah cukup mantap buat pes ikan tu. Cili merah , cili padi dan daun limau purut barulah lengkap.
Eh jangan lupa ikan segar kenalah ada. Ikan siakap boleh, pari atau lain-lain jenis ikan okay aje. Kenalah ada sambal air asamnya sekali ya. Jom kita follow resipi yang dikongsikan oleh Habeebah Mohd Daud ni. Tengok rupa pun dah tau sedap
PES IKAN BAKAR
BAHAN-BAHAN :
2 inchi lengkuas
3 inci halia
5 btg serai
8 biji Bawang merah
1biji bawang holland
1sudu udang kering @ belacan
8 biji cili padi. – boleh tambah kalau nak lagi pedas berapi
3 biji cili merah
3 helai limau purut
CARA MEMASAK :
1. Kisar semua bahan sampai lumat.
2. Tumis dgn minyak yg agak byk, kemudian masukkan cili boh 4-5 sudu.
3. Masukkan garam gula..serbuk perasa + asam keping .
4, Tumis smpai pecah myk.siapp.!
**nak Bakar ikan, lumur jer atas ikan tu, buh dlm aluminium foil. Balut bagi kemas Bakar atas dapur.
**udang n sotong pon sesuai jgk.
**tahan sehingga 1- 2minggu di luar peti ais.
SAMBAL AIR ASAM
BAHAN-BAHAN :
7-10bj cili padi(ikut citarasa nak pedas bubuh lebih)
2 biji cili besar(merah)
2 biji bawang merah
2 sudu Pes asam jawa adabi
1sudu belacan
Garam gula(secukup rasa)
CARA MEMASAK :
1. Dah siap kisar, campurkan dengan bahan di bawah ni:
1 biji tomato-hiris
3 biji cilipadi -hiris
1 biji bawang besar-hiris
2 biji limau nipis(perahkan)
Gaul semua bagi sebati. Makan dengan ikan bakar memang kecur air liur…nikmatnya