Nasi ayam semestinya menjadi kegemaran ramai. Keenakan hidangan ini terletak pada nasinya yang berperisa. Salah satu rahsia kalau nak hasilkan nasi ayam yang sedap adalah pes yang digunakan. Biasanya ada yang hanya menggunakan air rebusan ayam, kiub pati ayam dan sebagainya namun kali ini, admin kongsikan resipi pes nasi ayam yang dijamin sedap. Rugi kalau tak cuba.
PES NASI AYAM
BAHAN-BAHAN:
- 4 biji bawang merah
- Halia ( anggaran panjang sejengkal)
- 15 ulas bawang putih
- 7 batang serai
- 5 sudu makan garam
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Kisar bahan-bahan diatas ( kecuali minyak) hingga halus.
- Kemudian panaskan minyak masak. Masak bahan kisar tadi dan pastikan minyak masak menenggelamkan bahan-bahan tersebut.
- Setelah terbit minyak, masukkan garam. Pes ini perlu masin kerana bila dicampur ke dalam nasi, anda sudah tidak perlu menambah garam.
- Teruskan memasak pes tadi sehingga menggelegak dan airnya telah kering. Cara mengenal pes telah kering air ialah ia sudah tidak merecik dan minyak keluar dengan banyak.
- Padamkan api dan sejukkan pes. Setelah sejuk, barulah dimasukkan ke dalam balang atau bekas yang bersih.
- Simpan didalam peti sejuk dan boleh diguna pada bila-bila masa.
Untuk memasak nasi ayam menggunakan pes ini. Berikut adalah cara-caranya:
Langkah 1: Basuh bersih 3 pot beras dan masukkan 2 sudu makan pes nasi ayam segera ini. Jika pes anda kurang berminyak, masukkan 1 sudu makan marjerin.
Langkah 2: Kemudian masukkan air mengikut kesesuaian beras yang akan ditanak. Gaulkan pes itu supaya sebati dengan beras. Masukkan juga potongan daun pandan yang dikerat 2 inchi.
Langkah 3: Semasa air nasi hampir kering, anda kena kacau lagi sekali nasi itu agar kurang berketul dan rasa pes akan lebih sekata.
Langkah 4: Apabila nasi yang ditanak telah masak, boleh padamkan suis periuk. Kita anda nak makan sedikit lewat, elakkan periuk berada dalam keadaan ‘keep warm’ kerana ia akan membuatkan bahagian bawah nasi menjadi sedikit hangus dan berwarna coklat. Kurang menarik nanti.
Nota: Minyak lebihan memasak pes tadi jangan dibuang. Ia boleh menjadikan masakan lebih enak dan berperisa jika digunakan untuk memasak masakan lain.
Kredit gambar & resipi: Paan Selamat
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ini 4 Resipi Chef Wan Kongsikan, Sesuai Untuk Juadah Di Hari Raya.
Anda ingin menyediakan menu juadah berbuka puasa keluarga dengan resipi Datuk Chef Wan? Ini Rasa kongsikan 4 menu yang bukan hanya enak dijadikan juadah berbuka tetapi juga sesuai sebagai hidangan di Aidil Fitri nanti. Rugi kalau tak cuba, sebab ia memang sedap dan mudah disediakan.
STEW AYAM SEPANYOL
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ayam | potong 12
- Sedikit serbuk lada hitam
- 1 sudu makan serbuk paprika
- 4 sudu makan tepung gandum
- ½ cawan minyak Zaiton
- 2 biji bawang besar | potong kecil
- 1 batang lobak merah | potong dadu
- 10 biji cendawan buang | hiris
- 2 tin tomato hancur
- 1 biji lada banggala merah } potong dadu
- 1 sudu makan tomato puri
- 1 sudu kecil saffron (koma-koma)
- 20 biji buah Zaiton hijau
- Segenggam besar daun pasli Itali
- Segenggam daun Basil
CARA MEMASAK:
- Gaulkan ayam bersama tepung, serbuk lada hitam dan paprika. Kettepikan.
- Panaskan minyak zaiton, kemudian goreng ayam hingga kekuningan.
- Seterusnya masukkan bawang besar, bawang putih dan cendawan butang. Kacau rata.
- Kemudian masukkan tomato hancur, kacau dan biarkan seketika.
- Akhir sekali masukkan lobak merah, buah zaiton, lada benggala , safrfron, daun basil, saun parsli dan garam secukup rasa.
- Apabila sos sudah pekat, angkat dan hidangkan.
NASI BUKHARI UDANG
BAHAN-BAHAN:
- 1kg beras basmathi | rendam 30 minit dan toskan
- 1kg udang besar
- 1/2 cawan minyak sapu
- 150gm mentega
- 2 biji bawang Holland | dadu kecil
- 3cm halia
- 4 ulas bawang putih| kisar halus
- 15 ulas bawang merah | kisar halus
- Sedikit rempah penumis (bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga)
- 1 biji lemon | parut kulit kuning sahaja
- 2 batang serai | titik
- 4 helai daun pandan | simpul
- 2 paket kecil rempah Bukhari
- 150gm yogurt asli
- Sedikit daun ketumbar | cincang halus
- Sedikit daun flat parsely | cincang halus
- Sedikit daun pudina | cincang halus
- Air rebusan ayam |sama sukatan dengan nasi
- 2 sudu kecil safron
- 1 cawan bawang goreng
- 1 cawan kacang pis
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Panaskan periuk dan masukkan minyak sapi bersama mentega.
- Masukkan bawang besar, rempah penumis, serai serta daun pandan. Kacau hingga wangi.
- Masukkan halia, bawang putih serta bawang merah yang dikisar halus hingga kekuningan.
- Seterusnya masukkan udang, rempah Bukhari serta daun-daun herba yang dicincang halus.
- Masukkan beras, air rebusan, kulit limau serta safron dan garam secukup rasa.
- Masak sehingga nasi hampir kering. Kemudian gaulkan bawang goreng serta kacang pis.
- Tutup periuk dan tanak nasi hingga masak.
KAFTA BEBOLA DAGING
BAHAN-BAHAN:
BEBOLA:
- 500gm daging cincang
- 1 biji bawang besar | dadu halus
- 2 ulas bawang putih | cincang
- 4 sudu makan daun parsli |cincang halus
- 1 sudu teh serbuk lada putih
- 1 sudu teh serbuk jintan halus
- 1 sudu makan serbuk paprika
- 2 sudu teh garam
- 2 sudu makan minyak zaitun
KUAH:
- 60ml minyak zaitun
- 1 biji bawang besar | cincang halus
- 3 ulas bawang putih |cincang halus
- 1 sudu teh serbuk jintan halus
- 1 sudu teh serbuk jintan kasar
- 1 sudu makan paprika
- 2 biji tomato | ramas halus
- 2 sudu besar daun parsli | cincang halus
- 2 biji telur
- Garam, gula dan serbuk lada putih secukupnya
CARA MEMASAK:
- Untuk menyediakan bebola daging. Masukkan semua bahan di dalam mangkuk, gaul rata dan bentukkan menjadi bebola daging. Ketepikan.
- Panaskan minyak dalam kuali, goreng hingga keperangan dan ketepikan.
- Untuk menyediakan kuah, panaskan minyak zaitun, tumis bawang besar dan putih hingga wangi.
- Masukkan jintan halus dan kasar, paprika dan buah tomato yang telah diramas.
- Masukkan bebola daging, daun ketumbar, parsli, garam, gula dan serbuk lada sulah. Masak lagi di atas api perlahan selama 15 minit. Kemudian pecahkan telur ke dalamnya dan masak lima minit lagi.
NEW YORK CHEESE CAKE
BAHAN-BAHAN:
ADUNAN DASAR KEK:
- 3 cawan serbuk biskut (cracker crumbs)
- 2 sudu teh serbuk kulit kayu manis
- 226gm mentega |cair dan sejukkan
INTI KEK:
- 680gm krim keju
- ¼ cawan gula kastor
- 6 biji telur |asingkan kuning dan putihnya
- 2 cawan sour cream
- 1/3 cawan tepung Jagung
- 2 sudu teh esen vanila
- 2 biji lemon | parut kulit kuning sahaja & perah jusnya
SOS CERI :
- 1 sudu makan tepung jagung
- 1 tin besar Pitted Dark Cherries dengan sirap
- 1 sudu makan mentega
CARA MEMASAK:
- Untuk menyediakan adunan dasar kek: Oleskan mentega ke dalam bekas bersaiz 22 cm.
- Campurkan semua bahan adunan dasar kek menggunakan sudu kayu.
- Masukkan adunan dalam loyang dan tekan sehingga padat, kemudian panaskan dalam ketuhar lebih kurang 15 minit dengan suhu 180 C. Atau letakkan dalam peti sejuk lebih kurang 30 minit.
- Untuk menyediakan inti kek, pukul krim keju hingga halus, tambahkan gula sedikit demi sedikit dan teruskan memukul sehingga ringan dan gebu.
- Tambahkan kuning telur satu persatu. Masukkan sour cream, tepung, esen vanila, jus lemon dan parutan kulit lemon.
- Di dalam mangkuk yang berasingan, pukul putih telur sehingga kembang kemudian gaulkan dengan krim keju.
- Tuangkan adunan inti kek ke atas lapisan dasar dan bakar di dalam ketuhar selama 1 jam, 15 minit dengan suhu 165C.
- Akhir sekali cara menyediakan sos ceri: Campurkan tepung jagung dengan pitted Dark Cherries dan masak sehingga mendidih.
- Setelah pekat, tutup api. Masukkan mentega. Kacau dan biar sejuk. Tuang atas kek keju dan hidangkan.
Ini Cara Masak 4 Nasi Tumis Paling Disukai Ramai Setiap Kali Raya.
Nasi antara juadah wajib selain lemang, nasi impit atau ketupat sebagai menu utama. Antara nasi yang kerap menjadi pilihan adalah Nasi Tomato, Nasi Minyak, Nasi Hujan Panas dan Nasi Jagung. Kali ini RASA sharekan menu simple dan mudah buat untuk kesemua resipi nasi ini supaya korang boleh masak sendiri di rumah.
NASI TOMATO
BAHAN-BAHAN:
1 kg beras Basmathi | rendam sekurang-kurang 30 minit
1 liter air
1 cawan susu cair
1 cawan tomato puri
5 sudu makan minyak sapi
2 sudu makan minyak masak
2 kiub perasa ayam
1 helai daun pandan
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN HIRIS:
5cm halia
2 biji bawang besara
6 ulas bawang putih
BAHAN PENUMIS:
4 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
2 batang kulit kayu manis
6 biji buah pelaga
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak dalam periuk nasi, kemudian tambah dengan minyak sapi.
2. Masukkan bahan hirisan dan rempah penumis, kacau hingga wangi.
3. Seterusnya masukkan puri tomato, air, susu cair, kiub ayam dan garam secukup rasa.
4. Seterusnya masukkan beras dan daun pandan.
5. Tutup periuk dan masak seperti biasa.
6. Setelah masak Nasi Tomato sedia dihidangkan.
NASI MINYAK
BAHAN-BAHAN:
1kg beras basmathi | rendam 30 minit.
1 liter air
1 cawan susu cair
3 sudu makan mentega
2 sudu makan minyak masak
3 sekawan | kulit kayu manis, 2 kuntum bunga lawang ,6 biji buah pelaga
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih | kisar
3cm halia | kisar
1 sudu makan serbuk perasa ayam
1/2 cawan kismis
1 helai daunp pandan
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan mentega dalam periuk, tumiskan bahan penumis bersama daun pandan hingga wangi, baru masukkan bahan kisar.
- Tumis hingga pecah minyak, masukkan beras yang telah direndam dan ditoskan tadi.
- Kacau rata, masukkan air, susu, serbuk perasa ayam, garam dan gula secukup rasa.
- Pindahkan ke dalam periuk elektrik dan masak seperti biasa.
- Setelah kering air masukkan kismis yang telah digoreng.
- Tutup semula dan biarkan lebih kurang 5 minit.
- Nasi sedia dihidangkan bersama lauk pauk yang telah disediakan.
NASI HUJAN PANAS
BAHAN-BAHAN:
1kg beras basmathi | rendam 30 minit
1 liter air
1 cawan susu cair
1 helai daun pandan
2 kiub perasa ayam | hancurkan
3 sudu makan mentega
2 sudu makan minyak masak
Pewarna merah, kuning dan hijau
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
BAHAN HIRIS:
1 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci halia
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan mentega dalam periuk.
- Tumiskan bahan penumis, daun pandan dan hirisan hingga wangi.
- Masukkan beras yang telah direndam, kacau rata supaya sebati dengan bahan penumis.
- Tambahkan ke dalamnya air, susu, kiub pati ayam, garam dan gula secukup rasa.
- Setelah cukup rasa, pindahkan dalam periuk elektrik, masak seperti biasa.
- Bila air nasi sudah kering dan hampir masak, titiskan pewarna hijau, kuning dan merah. Tutup semula periuk dan biarkan 4-5 minit.
- Tutup api, gemburkan nasi supaya pewarna rata dalam nasi.
- Nasi sedia dihidangkan.
NASI JAGUNG:
BAHAN-BAHAN:
1kg beras basmathi | rendam 30 minit
1 liter air
1 cawan susu cair
3 sudu makan minyak sapi/mentega
2 sudu makan minyak masak
1 cawan jagung dalam tin
1/2 cawan krim jagung dalam tin
1 helai daun pandan
2 kiub pati ayam | hancurkan
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
BAHAN HIRIS:
1 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci halia
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak sapi/mentega bersama minyak masak.
- Tumis bahan penumis, daun pandan dan bahan hirisan hingga wangi.
- Masukkan krim jagung dan jagung, kacau rata dan masukkan beras.
- Kacau dan masukkan air, susu cair, perasa ayam, garam dan gula secukup rasa.
- Setelah cukup rasa, pindahkan ke dalam periuk elektrik.
- Masak macam biasa ( lebih kurang 20 minit).
- Setelah masak Nasi Jagung sedia dihidangkan.
Masak Sendiri Nasi Kandar Kuah Banjir, Lengkap Dengan Kuah Hitam & Kari Telur
Buat penggemar nasi kandar, menu ni memang sedap dan boleh membuka selera. Hidang dengan kuah banjir, lengkap dengan bendi dan cili hijau. Wah, memang makan tak pandang kiri kanan dah.
Menerusi perkongsian resipi daripada Sharinaz Redwan ini, semoga bermanfaat buat semua dan terubat rindu dekat kedai mamak.
NASI KANDAR KUAH BANJIR
RESIPI UNTUK NASI :
4 cawan beras – beli online di sini
4 biji bawang putih* | kisar – beli online di sini
8 biji bawang merah * | kisar – beli online di sini
3 batang kulit kayu manis* – beli online di sini
3 kuntum bunga lawang* – beli online di sini
5 biji buah pelaga*
3 biji bunga cengkih*
1 ½ sudu besar rempah sup*
6 sudu besar sos cili – beli online di sini
Garam
Perasa jika suka
Air secukupnya
Minyak untuk menumis
6-8 titis pewarna kuning
TONTON Satay Lembut & Juicy… | Makan Di Mana Eps 20
CARA MASAK:
Bahan-bahan yang bertanda *, ditumis dengan minyak masak. Setelah siap tumis, masukkan beras, air, sos cili, garam, perasa dan pewarna kuning. Masaklah macam biasa.
===================================
RESIPI AYAM GORENG MAMAK:
1 ekor ayam | potong & cuci bersih
3 sudu besar tepung jagung – beli online di sini
1 sudu besar tepung beras – beli online di sini
1 sudu besar pes halia
1 sudu besar pes bawang putih
1 sudu besar rempah kari daging – beli online di sini
1 sudu besar serbuk cili – beli online di sini
1 sudu besar kunyit serbuk – beli online di sini
1 sudu kecil lada hitam
1 biji limau nipis
1 sudu kecil gula – beli online di sini
3 tangkai daun kari
Garam secukup rasa
Minyak yang banyak untuk menggoreng
TONTON Muffin Coklat Biscoff Lotus Bersama Siti Norliza Mohd Misni
CARA-CARA:
1. Gaul tepung jagung, tepung beras, bawang putih dan halia.
2. Masukkan serbuk kari, serbuk cili, serbuk kunyit, lada hitam, garam, gula dan perahan air limau nipis. Gaul.
3. Masukkan ayam, daun kari dan sedikit air. Perap dalam 30 minit. Kemudian, gorengkan ayam secara deep fry.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
===================================
RESIPI MASAK KUAH HITAM:
1 kiub pati ayam/daging – beli online di sini
½ cawan kicap – beli online di sini
½ cawan sos tomato – beli online di sini
3 sudu besar sos cili
BAHAN UNTUK DISANGAI & DIKISAR KERING:
2 sudu besar jintan manis – beli online di sini
2 sudu besar jintan putih – beli online di sini
¾ sudu besar biji ketumbar
¼ sudu besar lada hitam
TONTON Asam Pedas Ikan Kembung | Dapur Rasa Live
BAHAN KISAR BASAH:
3 ulas bawang putih
4 biji bawang merah – beli online di sini
1 inci halia – beli online di sini
2 sudu besar cili kisar
REMPAH RATUS YANG LAIN:
3 tangkai daun kari
1 kuntum bunga lawang
2 inci kulit kayu manis
3 kuntum buah pelaga
1 sudu kecil pes asam jawa adabi
Minyak masak untuk menumis
**garam dan gula saya tak letak ye. Sebab dah okay dengan tekak. Kalau nak tambah, terpulang.
CARA-CARA:
1. Panaskan minyak dan tumis daun kari, bunga lawang, kayu manis, buah pelaga bersama bahan-bahan kisar basah sehingga naik bau.
2. Masukkan rempah kering yang dikisar tadi. Kacau-kacau.
3. Masukkan kiub pati ayam dan sedikit air. Masak api perlahan sampai pekat.
4. Setelah peka,t masukkan asam jawa, garam, kicap dan sos tomato serta sedikit air panas. Masak lagi sampai minyak terbit dan pekat. Rasa, tambah apa yang kurang. Siap.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
===================================
RESIPI KUAH KARI TELUR:
5 biji telur | rebus & kopek
2 paket kecil serbuk rempah kari daging Babas
2 paket kecil serbuk rempah kari ikan Babas
1 sudu besar serbuk cili (saya tak letak, anak tak makan pedas)
1 sudu kecil serbuk kunyit
**Semua rempah & serbuk-serbuk dicampur dan gaul dengan ½ cawan air, kacau sebati.
BAHAN-BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
(Semua bahan bertanda * di atas dikisar halus)
1 ketul kiub pati ayam
Garam
Air asam jawa
Air secukupnya
Minyak untuk menumis secukupnya
REMPAH TUMIS:
3 tangkai daun kari
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
CARA-CARA:
1. Panaskan minyak, tumis rempah. Kemudian masukkan bahan kisar.
2. Agak-agak dah naik bau, masukkan bancuhan serbuk rempah, serbuk cili dan kunyit tadi. Masak sampai pecah minyak.
3. Selepas itu masukkan kiub pati ayam, garam, air asam jawa secukupnya. Masak api perlahan sampai mendidih. Lama sikit pun takpe.
4. Akhir sekali, masukkan telur rebus. Siap.
Kredit resipi: Sharinaz Redwan
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
5 Resipi Popular Ikan Siakap, Salah Satunya Pernah Dapat 52K Share Di Facebook
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official: