
Menu berbuka apa ye hari ini? Ada yang suka berbuka dengan menu yang simple tapi mengenyangkan seperti Popia Begedil.Ubi kentang dan isi ayam yang digoreng memberi kesedapan pada begedil anda.

Popia Begedil
Bahan-bahan:
Ubi kentang digoreng dan dilenyek sampai lembut
Daun Sup/bawang dihiris halus
Isi ayam digoreng+garam sikit dan digunting halus
Bawang goreng
Bawang putih digoreng dan ditumbuk
Lada cili / merah ikutla rentak rasa uolls

Cara memasak:

1.Masukkan bahan-bahan tadi,lada sulah sikit dan gaulkan sampai sebati .

2.Ambil kulit popiah kecil lipat sikit bahagian atas dan letak inti dan gulunglah begedil bersama kulit popia tadi. (kalau tak lekat letak air di mana bahagian yang tak lekat)
3.Panaskan api seperti biasa sebelum digoreng.

4.Pukul 3 biji telur dalam mangkuk lain dan ambil begedil popia tadi dan celupkan begedil tadi dan terus masuk kuali untuk digoreng.
5. Nampak kekuningan terus angkat dan bolehlah hidang dan taburlah sikit daun sup.
Sumber : Noraini Othman
Koleksi Resipi Snek Homemade Sedap & Mudah Boleh Buat Untuk Anak
Nak Niaga Makanan? Ini 10 Menu Sedap Yang Anda Boleh Ambil Tempahan & Jual Secara COD
Kuah Rojak Homemade, Sedap Cicah Dengan Sengkuang & Buah-buahan
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Cara Buat Mi Sanggul Goreng Basah Makan Panas-Panas Memang Sedap

Kebiasaannya nak buat mi goreng basah kita gunakan mi kuning, tapi boleh juga diganti dengan mi sanggul. Rasa mi sanggul goreng basah ini memang sedap terutama kalau makan panas-panas.
Nak cuba? Boleh ikut cara yang dikongsi oleh Nurul Ateekah.
Cara buat mi sanggul goreng basah
Bahan-bahan
2 mee sanggul -direbus atau rendam sehingga lembut dan toskan
Udang – dicuci bersih
4 biji telur
4 ulas bawang putih (diketuk)
1 biji tomato -belah 4
Kucai
Taugeh
7 sudu besar cili kisar
4 sudu besar sos tiram
4 sudu besar sos cili
4 sudu besar sos tomato
Kicap manis
Serbuk perasa

Cara membuat
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih sehingga sedikit keperangan.
2. Kemudian masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.
3. Masukkan udang. Gaulkan dan biarkan sehingga udang masak.
4. Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato, kicap manis dan serbuk perasa secukupnya. Gaulkan sekata.

5. Masukkan tomato dan pecahkan telur didalam kuali. Gaulkan.
6. Masukkan mee sanggul, tauge dan kucai. Gaulkan kesemuanya sehingga sekata dan biarkan masak seketika. Siap.

Selamat mencuba.
Sumber: Nurul Ateekah.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Pencuci Mulut & Lauk Utama Timur Tengah. Menu Arab Ni Memang Terbaiklah.

Menu Arab memang kesukaan rakyat Malaysia. Aromanya yang berempah dan cukup wangi tu dari jauh dah boleh bau. Dah nikmati makanan berempah tu dibalas pulak dengan pencuci mulut lemak berkrim, terbaiklah.
Manisan Arab lemak berkrim dan manis itu kaya dengan rasa susu, mentega dan krim masakan yang lazat. Resipi dah ada dah ni, jomlah cuba asah skil masak menu Timur Tengah dulu, mesti famili anda teruja.
1. MANAKKISH

BAHAN-BAHANNYA :
- 1 keping roti pizza
- 10 gm zaitun hitam | dicincang halus
- 10 gm bijan
- 1/2 biji cili benggala hijau dan merah | dihiris hiris
- 1 biji tomato | dipotong bulat
- 3 sudu makan minyak zaitun
- 1 sudu teh garam
CARA MEMASAK :
1. Campurkan minyak zaitun, zaitun hitam yang telah dicincang tadi ke dalam mangkuk adunan.
2. Kemudian lenserkan minyak zaitun ke atas roti pizza dan taburkan kesemua bahan campuran tadi ke atas roti pizza tadi.
3. Akhir sekali hiaskan dengan cili benggala dan tomato di atas inti yang telah ditabur ke atas roti pizza tadi.
4. Bakar selama 15 minit dengan suhu 180 c.
Saiz hidangan : 5 orang
Waktu memasak : 30 minit
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Sajian Arab untuk sarapan dan minum petang
Keistimewaan : Gabungan zaitun dan bijan yang enak
Info Chef : Sesuai untuk mereka yang gemarkan ‘topping’ bukan daging. Sajian berkhasiat tanpa lemak atau rendah lemak.
2. LAMB SHANK BUKHARY

BAHAN-BAHAN :
- 4 ketul daging kambing shank (bahagian kaki bawah lutut /betis)
- 4 sudu makan rempah bukhary
- 3 sudu makan puri tomato
- 1.5 liter air stok rebusan daging
- 2 biji bawang besar /dikisar
- 10 ulas bawang putih/ diketuk
- 5 sm halia
- 2 batang kayu manis
- 50 gm daun ketumbar /dihiris halus
- 5 biji bunga cengkih
- 5 biji buah pelaga
- 5 biji bunga lawang
- 5 biji cili hijau /dipotong 2.5 sm
- 2 biji tomato dipotong empat
- 2 sudu makan minyak masak
- 2 sudu makan minyak sapi
- Garam secukup rasa
- Sedikit pewarna saffron
CARA MEMASAK :
1. Rebus daging sehingga 30 minit
2. Angkat dan keluarkan daging, ketepikan.
3. Panaskan oven pada suhu 250 celcius selama 10 minit.
4. Panaskan minyak masak dan masukkan sekali minyak sapi.
5. Tumis bawang besar dan bawang putih dan masukkan cili hijau berserta rempah ratus empat sekawan.
6. Masukkan pula rempah bukhari dan puri tomato, kacau dan tumis hingga pecah minyak.
7. Masukkan hirisan daun ketumbar dan tomato
8. Masukkan air rebusan kambing
9. Masukkan garam dan pindahkan kesemua bahan di dalam dulang pembakar dan tutup dengan kertas aluminium
10. Bakar di dalam oven selama 1 setengah jam pada suhu 250 celcius. Keluarkan dan ia siap dihidang.
Saiz hidangan : 4 – 6 orang
Waktu memasak : 1jam 40 minit
Cara memasak : Rebus, tumis dan bakar
Jenis hidangan : Lauk utama Arab
Keistimewaan : Sedap dimakan bersama nasi bukhari atau roti Naan/roti Arab
INFO CHEF : Semasa membersihkan daging buangkan tisu liat agar ia mudah empuk.
3. AYAM HANITH PANGGANG

BAHAN-BAHAN :
- 1 ekor ayam (2 kg) / dipotong empat
- 2 sudu rempah hanith
- 1/2 sudu makan garam halus
- 1/2 sudu pewarna saffron
- 2 biji bawang holland /dimayang
- 1 biji lemon /dihiris bulat
CARA MEMASAK :
1. Campurkan dan gaul rata rempah hanith, garam dan pewarna saffron.
2. Ayam yang telah dibersihkan ditabur rata dengan rempah
3. Lapik lapisan aluminium di atas dulang, dan susun ayam di dalam dulang pembakar.
4. Taburkan bawang holland dan susun hirisan lemon di atas ayam.
5. Bakar dalam oven yang dipanaskan dengan suhu 250 darjah celcius selama 2 jam
6. Ayam masywi sedia dihidang
Saiz hidangan : 4-5 orang
Waktu memasak : 2 jam
Cara memasak : Bakar
Jenis hidangan : Lauk utama Arab
Keistimewaan : Jus ayam yang terhasil bercampur rempah sungguh lazat
INFO CHEF : Ayam biar diperap dengan bahan-bahan ramuan agar rasanya lebih sebati dan meresap ke dalam daging
4. BASBOSA

BAHAN-BAHAN :
- 500 gm semolina @ suji (tepung berbiji /kasar dibuat dari gandum durum )
- 250 ml air
- 250 gm gula
- 50 gm mentega @ minyak sapi /dicairkan
- 8 gm serbuk penaik
- 10 gm serbuk kulit kayu manis
- 1 sudu makan tahina (pes@ sos bijan)
- 350 gm sirap (campuran gula dan madu,)
- 300 gm kacang pistachio
CARA MEMASAK :
1. Campurkan semolina dengan serbuk kulit kayu manis, serbuk penaik dan gula hingga sebati.
2. Masukkan mentega yang dicairkan dan kemudian masukkan air secara sedikit sedikit sedikit. Gaulkan dan campurkan sekali sahaja.
3. Sapukan sos bijan di atas dulang pembakar.
4. Tuangkan campuran tadi perlahan-lahan di dalam dulang pembakar (ketebalan hanya 2 sm sahaja.
5. Biarkan campuran berehat selama 8-12 minit dalam suhu bilik, sebelum ia dibakar ( boleh juga dibuat pada sebelah malam untuk dibakar esoknya)
6. Letakkan kacang pistachio di atasnya dan tekan perlahan agar ia melekat pada permukaan.
7. Masukkan dulang ke dalam oven yang sudah dipanaskan, dan bakar selama 20 minit dengan suhu 180 darjah celcius.
8. Keluarkan dulang dan potong bentuk empat segi (5-6 sm)
9. Sambung bakar dalam suhu yang sama. Lagi 20 minit atau sehingga perang keemasan.
10. Keluarkan dulang dan tuangkan sirap panas di atas barbosa tadi.
11. Basbosa siap dihidang.
Saiz hidangan : 35 keping
Masa memasak: 1 jam 40 min
Jenis masakan : Manisan
Cara memasak : Bakar
Keistimewaan : Tepung semolina memberikan rasa lembut berbiji. Rasa yang manis dan berkacang dengan aroma kayu manis .
INFO CHEF : Untuk mendapatkan rasa yang lebih ‘kaya’ berkrim anda boleh menambahkan dua sudu makan susu tepung.
5. MOHALABIA MILK PUDDING

BAHAN-BAHAN :
- 1000 ml susu segar
- 80 gm tepung jagung
- 60 ml air
- 2 ml blossom water (esen dari bunga)
- 5 ml air mawar
- 100 gm gula
- 1/2 sudu teh esen vanilla
- 1 gm mastic @mistekah /jadikan serbuk (sejenis gam arab memberi perisa)
- 100 ml krim putar
- 100 gm kacang pistachio
- 5 gm serbuk kulit kayu manis
CARA MEMASAK :
1. Campurkan susu dan vanila ke dalam periuk, nyalakan api.
2. Selepas 10 minit apabila susu sudah menjadi panas, masukkan gam arab dan gula sambil mengacau hingga gula larut dalam susu.
3. Campurkan air dan tepung jagung sehingga pekat melekit.
4. Apabila susu mula mendidih, masukkan campuran tepung jagung sambil mengacau selama lima minit.
5. Perlahankan api selama lima minit.
6. Masukkan krim putar dan air mawar,sambil kacau perlahan-lahan.
7. Setelah itu alihkan periuk dari api, dan tuangkan mohalabia panas ke dalam bekas sesuai.
8. Biarkan sejuk selama 20 minit dan hiaskan dengan pistachio dan kulit kayu manis di atas
9. Simpan dalam peti sejuk dulu, setelah sejuk baru dihidang.
Saiz hidangan : 7 mangkuk (150 gm tiap satu)
Masa memasak : 1 jam 30 min
Jenis masakan : Puding
Cara memasak : Didih dan reneh, dan dinginkan dalam peti sejuk
Keistimewaan : Puding dingin lemak berkrim dan rasa susu yang enak
INFO CHEF : Anda boleh menambahkan biskut mentega sebagai lapisan bawah atau memasukkan serbuk koko di dalam susu jika anda mahukan rasa bercoklat.
6. UMM ALI
BAHAN-BAHAN :
- 8 biji telur
- 500 gm susu segar
- 500 gm krim masakan
- 200 gm gula halus (castor)
- 1 sudu teh serbuk kulit kayu manis
- 70 gm kelapa parut
- 500 gm puff pastri gulung * boleh dibeli di pasaraya
CARA MEMASAK :
1. Panaskan oven ke suhu 190 C, bentangkan gulungan pastri dan letakkan di atas kertas minyak yang dialas atas dulang pembakar. Bakar selama 15 minit atau sehingga perang.
2. Campurkan kesemua bahan-bahan hingga sebati dan masukkan di dalam satu bekas/kuali dan panaskan hingga suam.
3. Kemudian potongkan puff pastri yang dibakar kepada ketulan kecil dan masukkan di dalam mangkuk. Kemudian tuangkan campuran susu tadi ke atas puff pastri, biarkan direndam selama beberapa minit
4. Masukkan ke dalam bekas pembakar.
5. Masukkan ke dalam oven yang dipanaskan, dan bakar secara ‘steam bake’(meletakkan bekas berisi air di bawah loyang pembakar puff pasti tadi).
6. Sajian siap dihidang
Saiz hidangan : 8 orang
Masa memasak : 1 jam 35 minit
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Puding tradisional negara Timur Tengah
Keistimewaan : Lemak berkrim dan manis berempah
INFO CHEF : Boleh juga diletakkan kekacang seperti pistachio atau badam ke dalamnya. Umm Ali adalah pencuci mulut berasal dari Mesir. Ia seakan puding roti.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Kuih Talam Pandan Mudah Buat dan Kenyal, Resipi Gerenti Jadi

Geng penggemar kuih talam tentu menyukai resipi kali ini. Rasanya ternyata sedap, kenyal pula tu. Resipi kuih talam pandan ini memang mudah, cepat siap dan gerenti menjadi!
Resipi kuih talam pandan confirm menjadi kali ini dikongsi oleh Lia Yob Ibrahim. Menariknya, resipi ini diturunkan daripada mak bondanya, Ku Zainab Abd Talib. Seloroh Lia, orang yang sakit gusi pun boleh menikmatinya. Jom kita buat.
BAHAN-BAHAN:
(Lapisan Bawah)
8 helai daun pandan
3 cawan air
1 kotak kecil santan Kara (guna santan kelapa pun boleh) – Boleh beli online di sini
1 cawan gula pasir
1 ½ cawan tepung gandum – Boleh beli online di sini
½ cawan tepung ubi – Boleh beli online di sini

CARA MEMASAK:
Kisar daun pandan dengan air.

Kemudian, tapis dan ambil airnya sahaja. Secawan air pandan bikin aroma menawan.

Isi tepung penuh secawan. Cawan inilah guna sukatan untuk semua bahan.

Masukkan semua bahan dalam mangkuk besar dan kacau.

Godak semua bahan sehingga semuanya sebati. Sehingga tiada tepung yang berketul-ketul.
Selepas kesemua bahan tersebut larut, tapiskan ke dalam bekas lain untuk buang saki baki tepung yang berketul atau jika ada bendasing dalam adunan.

Sediakan loyang 10×10 inci. Lapikkan dengan plastik. Sekiranya tak mahu lapik dengan plastik, bolehlah sapu permukaan loyang dengan minyak dahulu.
Panaskan pengukus yang telah berisi air.
Tuang adunan pandan ke dalam loyang. Kukus di dalam pengukus yang telah pun sedia mendidih airnya selama 20 minit. Api jangan terlalu besar, jangan terlalu kecil. Sederhana sudah memadai.
BAHAN-BAHAN:
(Lapisan Atas)
½ cawan tepung ubi – Boleh beli online di sini
1 ½ cawan tepung gandum
1 kotak kecil santan – Boleh beli online di sini
1 sudu kecil garam atau secukup rasa
3 cawan air
CARA MEMASAK:
Masukkan kesemua bahan, kacau dan tapis siap-siap.
Apabila adunan lapisan bawah telah cukup 20 minit, terus masukkan ke dalam loyang. Tak perlu turunkan kukusan, terus tuang sahaja. Berhati-hati ye.
Kukus lagi selama 20 minit.

Selesai cukup tempoh 20 minit, buka penutup pengukus. Jika ada air di dalam loyang, mengiringkan supaya senang air itu diceduk dan dibuang.

Dah siap. Tunggu kuih sedikit sejuk, barulah dipotong.
Adunan ni jadi lembut dan kenyal-kenyal saja. Sedap sangat. Selamat mencuba!
Kredit: Lia Yob Ibrahim
[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Abang Ni Kongsi Tip Mudah Masak Sup Siam & Sambal Kicap Padu
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!

