
Pisang Goreng Salut Gula adalah sajian tradisi yang diwarisi dari orang-orang lama. Menu mereka kebanyakannya sangat ringkas sahaja namun sangat enak dan membuka selera. Saudari Cahaya Aynee ada kongsikan resipi Pisang Goreng yang diwarisi dari ibunya. Mudah sahaja cara membuatnya. Sesuai dijadikan sajian minum petang atau boleh juga dinikmati pada bila-bila masa.
CARA MASAK PISANG GORENG SALUT GULA RESIPI IBUNDA

BAHAN-BAHAN:
Pisang – empunya resipi guna pisang kelat
Air garam
Minyak untuk menggoreng
Gula
CARA MEMASAK:
1.Pisang dibelah dua. Rendamkan seketika dalam air garam. Tujuannya adalah untuk menambahkan rasa lemak pada pisang goreng. Rendam sekejap sahaja anggaran 3-5 minit. Toskan.

2. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan hirisan pisang tadi.

3. Masak dan biarkan hingga pisang menjadi garing.

4. Apabila pisang sudah bertukar warna, angkat, toskan minyaknya dan bolehlah dihidangkan di dalam pinggan.

5. Taburkan gula dengan secukupnya.

6. Pisang Goreng sedia untuk dihidangkan. Hidangan ini enak dimakan panas-panas.

Kredit resipi & foto: Cahaya Aynee
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Kerabu Telur Masin Mudah & Sedap. 10 Minit Je Dah Siap.
Adunan Tepung Pisang Goreng Sedap, Rangup & Tak Serap Minyak
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Seleksi Jenis Sambal Yang Sedap & Mudah Disediakan

Orang kita memang cukup suka padankan hidangan lauk pauk dengan sambal. Segala jenis sambal ada, namun yang paling popular ialah sambal belacan.
Kali ini, Rasa kongsikan seleksi jenis sambal yang ada dan mudah disediakan, hasil daripada perkongsian Kak Zu. Memang nampak sedap!
SAMBAL GESEK NEGERI SEMBILAN

BAHAN-BAHAN:
30 biji cili burung kampung
4 biji cili api merah – beli online di sini
½ cawan ikan bilis
¼ sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
1 biji perahan limau nipis
CARA MEMBUAT:
1. Tumbuk/chopper cili api dengan garam dan gula. Tumbuk kasar ye. Jangan lumat sangat.
2. Kemudian masukkan ikan bilis, tumbuk lagi hingga separuh hancur. Akhir sekali, perahkan air limau nipis. Siap.
SAMBAL BELACAN SIAM

BAHAN-BAHAN:
2 biji cili masak
20 biji cili api
10 biji cili api merah siam
Belacan
1 sudu kecil gula
½ sudu kecil garam
½ sudu kecil ajinomoto
Air asam secukupnya
5 sudu cuka makan
½ biji bawang holland – beli online di sini
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
CARA MEMBUAT:
1. Masukkan semua bahan dalam pengisar dan kisar sampai sebati.
2. Air asam tu agak-agak nak cair atau pekat sambal ya. Jangan kisar hancur sangat tau.
3. Biar ada bahagian yang kasar-kasar tu. Baru syok bila makan gigit-gigit cili tu. Rasanya sebiji rasa macam sambal di kedai tomyam.
SAMBAL TEMPOYAK

BAHAN-BAHAN:
1 biji cili masak
20 biji cili api
10 biji cili api siam merah
½ sudu kecil garam
1 sudu kecil gula (kalau tempoyak dah manis, letak gula sikit je cukup)
½ cawan ikan bilis | dibasuh
CARA MEMBUAT:
1. Tumbuk/kisar dalam chopper kesemua bahan. Dah hancur masukkan ikan bilis.
2. Chopper lagi ikan bilis tu bagi separuh hancur. Akhir sekali, campurkan dengan tempoyak manis.
SAMBAL LIMAU

BAHAN-BAHAN:
1 biji cili masak
20 biji cili api
10 biji cili api siam
½ sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
Belacan
2 biji limau nipis
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
CARA MEMBUAT:
1. Tumbuk/kisar dalam chopper kesemua bahan dan akhir sekali perahkan perahan limau.
2. Jangan masukkan air ye, nanti sambal cepat berubah rasa. Sambal akan tahan lama dalam peti sejuk.
3. Sambal ni boleh buat lauk juga. Kalau dah bosan sangat tak tahu nak masak apa, ambil ikan atau ayam, gaul garam dan kunyit. Kemudian letakkan sambal ni di bahagian atas dan masak dalam air fryer.
SAMBAL MANGGA

BAHAN-BAHAN:
1 biji cili masak
20 biji cili api
10 biji cili api siam
½ sudu kecil garam
1 sudu besar gula
Belacan
Buah mangga/bacang/kuinin | diracik-racik
CARA MEMBUAT:
1. Tumbuk/chopper kesemua bahan kecuali mangga. Jangan masuk air tau. Dah hancur, baru masukkan mangga.
2. Gula boleh ditambah jika mangga tak cukup manis atau sambal pedas sangat.
KUAH ASAM KERISIK

BAHAN-BAHAN:
Cili api hijau
Cili api merah
Cili masak
Bawang besar
Buah tomato
(semua dihiris)
BAHAN KISAR:
Bawang besar
Cili api
Air asam jawa
Belacan
CARA MEMBUAT:
1. Lenyekkan dan ramas-ramas dua bahan ni dengan air. Semua bahan disatukan.
2. Masukkan kerisik. Sesuaikan rasa gula dan garam serta bahan perasa.
3. Gula letak lebih sikit. Masukkan limau kasturi yang dibelah 2. Sukatan agak-agak, ikut citarasa dan kepekatan ya.
SAMBAL PICIT

BAHAN-BAHAN:
Air asam jawa
Cili api
Belacan
Garam & gula secukupnya
Ajinomoto
CARA MEMBUAT:
1. Picit-picitkan cili padi dan belacan dalam air asam jawa. Kalau suka, tambahkan perahan limau nipis.
2. Akhir sekali, masukkan ikan pelaling rebus. Warna sambal ini bergantung pada jenis asam jawa dan belacan. Perasakan dengan garam, gula dan ajinomoto.
Kredit resipi: Kak Zu
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Seleksi Resipi Masakan Kelantan Yang Mudah, Sedap & Disukai Ramai
Sedap & Mudah, Hanya 5 Minit Untuk Masak Mee Rebus Terengganu Ini
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official:
Sedap & Penuh Berkrim, Resipi Mudah Creamy Chicken Thai Bread

Nampak sedap hidangan creamy chicken Thai bread ni. Kecil molek, mudah untuk dimakan.
Resipi yang dikongsi Tiesha Abdul Rahman ini, turut memasukkan tip bagi menjadikan hidangan roti ini lembut dan masak sekata.
CREAMY CHICKEN THAI BREAD

BAHAN BUN
27-28 biji (30 gm)
BAHAN (A):
500gm tepung high protein – beli online di sini
75gm gula kastor – beli online di sini
20gm susu tepung – beli online di sini
½ sudu teh garam
1 paket yis (11gm)
5gm bread softener – beli online di sini
5gm bread improver – beli online di sini
BAHAN (B):
275 gm air sejuk (peti ais)
1 biji telur
BAHAN (C):
50gm marjerin – beli online di sini
BAHAN (D):
Breadcrumbs putih
Breadcrumbs oren
1 biji telur (pecahkan)

CARA MEMBUAT:
1. Masukkan semua bahan A dan gaul sebati. Kemudian, masukkan bahan B sedikit demi sedikit. Gaul sehingga semuanya bercampur.
2. Bila adunan sudah sebati, masukkan bahan C. Gaul hingga adunan menjadi elastik dan tidak melekat pada tangan. Anggaran menguli dalam 30 minit hingga sejam. Lagi lama uli lagi lembut roti.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
3. Rehatkan doh selama sejam. Kemudian, bahagikan doh (30 gm) dan bulatkan ia.
4. Taburkan sedikit tepung di atas tray, susun doh dan tutup ia dengan kain atau plastik yang bersih selama 30 minit.
5. Sediakan breadcrumbs ke dalam satu bekas. Campurkan kedua-dua breadcrumbs. Sediakan 1 lagi telur yang telah dipecahkan ke dalam bekas yang lain.
6. Ambil doh yang telah dikembangkan tadi, celup ke dalam telur dan kemudian golekkan ia ke dalam bekas breadcrumbs. Letak kembali ke atas tray. Buat sehingga habis.
7. Biarkan roti yang telah bersalut dengan breadcrumbs tadi selama 10 minit. Tutup permukaan roti dengan kain atau plastik yang bersih.
8. Panaskan minyak dan 3 sudu besar shortening (untuk bagi warna roti sekata). Panaskan sehingga shortening larut.
9. Goreng roti hingga keperangan. Guna api yang sederhana kecil dan minyak yang banyak. Angkat dan toskan.

TIP:
*Guna api sederhana kecil untuk pastikan roti masak di dalam dan luar. Untuk elakkan roti berbau yis.
*Masa menggoreng, minyak kena panas. Masa nak masukkan roti, matikan sekejap api barulah masukkan ia. Kemudian, barulah boleh buka api yang sederhana kecil. Kalau minyak terlampau panas, bahagian luar akan kelihatan garing dan bahagian dalam masih mentah.

*Ayak tepung pada tray untuk elakkan bentuk jari melekat pada doh roti.
*Semasa proses menggoreng, terbalikkan roti sebanyak 2 kali sahaja. Jangan selalu terbalikkan ia untuk elakkan doh meresap minyak yang banyak.
*Terbalikkan ia menggunakan lidi sate. Jangan guna sudip. Angkat pun guna lidi jugak.
*Pastikan tray yang digunakan untuk toskan burger dilapik dengan redai/jaring ketuhar. Lapik di atasnya dengan tisu dapur. Barulah toskan roti dan biarkan ia sejuk sepenuhnya.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
BAHAN INTI CREAMY CHICKEN:
2 keping dada ayam (500gm)
1 sudu kecil serbuk lada hitam tumbuk
Garam
*Perap isi ayam dengan garam dan serbuk lada hitam. Perap selama 30 minit.
1 sudu besar mentega – beli online di sini
1 sudu besar tepung gandum – beli online di sini
1 cawan susu segar
1 biji bawang holland | potong dadu – beli online di sini
2 ulas bawang putih | cincang – beli online di sini
1 biji tomato | dadu
1/4 biji capsicum merah | dadu
1/4 biji capsicum hijau | dadu
1/4 biji capsicum kuning | dadu
1/2 tin cendawan butang | dipotong halus – beli online di sini
1 kiub pati ayam
2 keping cheese cheedar

CARA MEMASAK:
1. Cairkan mentega dalam periuk. Guna api yang kecil untuk elakkan ia hangus. Kemudian, masukkan tepung gandum. Kacau hingga sekata.
2. Masukkan susu segar. Kacau lagi. Masukkan perapan ayam tadi ke dalam periuk. Biarkan ia bertukar warna.

3. Kemudian, masukkan bawang holland, bawang putih, tomato, capsicum 3 beradik, cendawan butang dan kiub pati ayam. Sentiasa kacau untuk elakkan ia menjadi hangit.
4. Akhir sekali, masukkan cheese cheddar. Biarkan cheese cair. Kacau hingga ia pekat. Angkat dan sejukkan sebelum digunakan.
*Potong tengah roti dan masukkan filling bersama daun salad. Hias mengikut kreativiti masing-masing.
Kredit resipi: Tiesha Abdul Rahman
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
8 Resipi Sup Sedap & Mudah Dimasak, Lebih Sihat & Bebas Minyak
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Asam Rebus Batang Keladi Paling Sedap Ni

Ni reseipi yang dikongsikan oleh Zulfaza Loves Cooking ZLC. Paling sedap walau sempoi aje bahannya.
Menurut Zulfaza dua hari lepas jirannya beri seguni batang keladi depan pagar, jadi dia ambil peluang masak Asam Rebus lah pulak. Selain Asam Pedas memang sedap juga batang keladi dimasak Asam Rebus tau.
Basuh dan siang batang keladi, rebus dulu barulah tak gatal. Jom tengok resipinya…
ASAM REBUS BATANG KELADI
BAHAN-BAHAN :
- 1 1/2 pokok keladi (kalau kecil guna 3 pokok) disiat kulitnya dan potong. Kalau ada ubinya ambil sekali
- 4 keping asam gelugur
- 5 tangkai daun kesum
- Garam dan gula secukup rasa
- Air secukupnya
- 2 batang serai dititik
Bahan Kisar/tumbuk
- 5 tangkai cili merah
- 10 tangkai cili padi merah
- 2 biji bawang besar
- 3 ulas bawang putih (optional)
- 1 genggam ikan bilis kopek
- 1 inci kunyit hidup atau sedikit serbuk kunyit
- Sedikit belacan – bakar
CARA MEMASAK :
- Siang batang keladi, cuci dan toskan. Rebus keladi dan batangnya hingga empuk. Toskan. Ketepikan.

2. Dalam periuk masukkan bahan2 kisar, asam keping, daun kesum, dan serai. Tambah sedikit air dan biarkan mendidih.
3. Masukkan batang keladi tadi, sedikit gula dan garam secukup rasa.

4. Biarkan merenih seketika. Tutup api. Sedia dihidangkan dengan lauk pilihan.
#malaycuisine
#asamrebusbatangkeladi
ANDA SEDANG MENCARI PERALATAN DAPUR DAN RUMAH YANG MEMUDAHKAN KERJA RUMAH, JOM LAYARINYA DI SINI.
ANDA JUGA MUNGKIN JUGA RESIPI NI :
https://www.rasa.my/ikan-kembung-kukus-air-asam-pedas-gandingan-mantap/
DAN JUGA RESIPI NI :
https://www.rasa.my/nasi-daging-air-asam-memang-padu/

