Tak tau nak masak apa hari ni, apa kata masak set Nasi Kunyit dengan lauk Daging Kerisik dan Udang Jintan. Senang nak masak dan sedap, sesuai sangat fimakan bila masa pun. Buat lebih boleh bagi kat jiran sebelah. Seronokkan mencuba pelbagai resipi sedap ni.
DAGING TUMIS KERISIK
.
BAHAN-BAHAN:
500gm daging batang pinang |hiris nipis, cuci dan tos
2 biji kentang | belah 4 dan goreng separuh masak
2 sudu makan kerisik
½ cawan kicap manis
1 sudu makan hirisan gula melaka
1 biji cili merah | hiris serong
1 sudu makan makan ketumbar biji | kisar kasar
1/2 sudu teh jintan manis
1/2 sudu teh jintan putih
1 sudu teh lada hitam biji
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
1 helai daun pandan
4 sudu makan minyak masak
BAHAN HIRISAN:
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
BAHAN KISAR:
Ads
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2cm halia
2 cm lengkuas
2cm kunyit hidup
3 batang serai
CARA MEMASAK:
1. Daging dicamapur dengan semua bahan kecuali hirisan cili, hirisan bawang besar, bawang putih, kerisik dan kentang goreng separuh masak.
2. Gaul rata, kemudian perapkan sekurang-kurangnya 2-3 jam dalam peti sejuk.
3. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan hirisan bawang besar, bawang putih dan daun pandan hingga wangi.
4. Kemudian masukkan daging yang telah diperap tadi, masak hingga daging kecut.
5. Masukkan sedikit air, kerisik, hirisan kentang dan cili merah.
6. Sesuaikan rasa dengan menambah sedikit garam dan gula, ikut keperluan.
7. Setelah daging empuk dan cukup rasa, tutup api. Daging Goreng Kerisik sedia dihidangkan.
UDANG MASAK JINTAN
.
BAHAN-BAHAN:
1kg udang
3 biji bawang besar | hiris
2 tangkai daun kari | lurut dari tangkai
4 sudu makan rempah kari ikan
2 sudu makan serbuk cili
1 sudu makan serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
2 sudu makan jus limau nipis
Garam dan gula secukup rasa
6 sudu makan minyak masak
6 – 7 sudu besar minyak masak
2 sudu besar jus limau nipis
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
3cm halia
6 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan udang, buang sesungut dan muncung tajam tanpa membuang kepalanya.
2. Gaulkan udang dengan serbuk kunyit, serbuk cili dan satu sudu makan bahan kisar dan jus limau nipis. Perap selama 20-30 minit.
3. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang besar yang dihiris.
4. Setelah wangi, masukkan lebihan bahan kisar tadi.
5. Seterusnya masukkan pula campuran rempah kari, jintan manis dan putih yang telah dicampur dan dikacau menjadi pes.
6. Apabila pes telah pecah minyak, masukkan udang, kemudian tambahkan satu cawan air untuk kuah.
7. Kemduian masukkan daun kari, perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
8. Biarkan seketika di atas api sehingga kuah sedikit likat tetapi tidak terlalu pekat.
9. Tutup api dan udang siap untuk dihidangkan.
NASI UDANG KUNYIT
.
BAHAN-BAHAN:
3 cawan beras basmathi | rendam setengah jam dan tos
250gm udang | bersihkan
1/2 cawan susu cair
3 cawan air
1 ketul perasa ayam
Garam secukup rasa
1 helai daun pandan
1/2 sudu makan serbuk kunyit
3 sudu makan mentega
2 sudu makan minyak masak
BAHAN REMPAH PENUMIS:
Ads
3cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pelaga
BAHAN HIRISAN:
1 biji bawang besar | hiris kasar
4 biji bawang putih | belah dua
3cm halia | hiris
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan mentega dalam periuk, tumiskan daun pandan.
Masukkan pula bahan hirisan, kacau hingg layu baru masukkan rempah penumis.
Setelah wangi, masukkan udang dan gaul rata.
Apabila udang bertukar warna kemerahan, masukkan beras, gaul rata.
Setelah beras berubah warna masukkan serbuk kunyit, air, susu cair, perasa ayam dan garam secukup rasa.
Tutup periuk, kecilkan api dan biarkan mereneh.
Setelah kuah kering kecilkan api dan biarkan nasi masak lebih kurang 10 minit.
Setelah masak, nasi boleh dihidangkan.
ANDA SEDANG MENCARI PERKAKAS DAPUR DAN RUMAH YANG BARU, JOM LAYARI DI SINI, BELI ONLINE AJE.
Dapatkan Primada Mircocomputer Rice Cookerdengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkanDISKAUN EXTRA RM5!
Bila dah hujung bulan, dompet pun mula menipis dan perlu berjimat. Dengan harga barang yang semakin meningkat, sedikit sebanyak ia memberi tekanan pada kita. Jangan risau, dengan bajet yang sedikit pun anda mampu menghasilkan menu yang ringkas dan enak. Tak percaya? Cubalah beberapa menu yang dikongsikan ini. Sesuai untuk orang bujang.
Kadang kala pecah kepala juga fikir apa menu untuk dinikmati sekeluarga. Usah pening nak fikir lauk yang begitu begini. Menu berasaskan telur paling mudah nak buat. Contohnya seperti yang dikongsi oleh Sis Mas dalam slot Dapur Rasa Live baru-baru ini. Tak sampai 20 minit pun dah siap dan boleh dihidang bersama nasi panas-panas. Kepedasan sambal boleh ikut citarasa masing masing. Korang tak percaya boleh buat nanti, memang berhantu lauk ni, payah nak stop makan.
SAMBAL TELUR PECAH
Bahan-bahan:
4 biji telur
1 biji bawang besar l hiris kasar
2 biji bawang besar l dikisar
4 ulas bawang putih l dikisar
4 sudu makan cili kisar
2 sudu makan sos cili
Sedikit gula melaka
1 keping asam keping
Minyak masak
Sedikit gula
Sedikit garam
Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang yang dihiris kasar kedalam kuali sehingga kekuningan.
2. Kemudian tumiskan bawang besar dan bawang putih yang telah dikisar hingga naik bau.
3. Masukkan cili kisar dan kacau rata. Biar sehingga cili garing dan pecah minyak.
4. Masukkan sedikit air kacau rata dan pecah minyak sehingga cili betul-betul garing.
5. Kemudian masukkan gula melaka, gula dan garam perasakan. Masukkan sekeping asam keping. Kacau rata.
6. Pecahkan telur satu persatu dan masukkan ke dalam sambal. Biarkan sehingga telur masak.
7. Siap untuk dihidang bersama nasi panas.
Mungkin ada yang nak membeli belah secara online barangan rumah. Boleh layari https://invol.co/cloqny
Resipi udang butter garlic ini hidangan paling sesuai kalau mencari lauk yang mudah dan cepat siap.Walaupun ringkas saja resipinya tapi rasa dan aromanya mewah...