Hari minggu ni ada request nak makan special. Jadi kita buatlah masakan istimewa iaitu nasi briyani simple lengkap dengan daging masak kandar. Kalau biasa makan di kedai dengan menu ini, boleh buatnya sendiri secara homemade.

RESIPI NASI BRIYANI SIMPLE
Bahan-bahan:
1 kg beras basmathi, rendam 1/2 jam dan sejatkan
1 sudu besar minyak sapi
5 sudu besar marjerin planta ( atau apa-apa marjerin pun boleh)
3/4 tin susu cair
1 biji bawang besar, dimayang halus
3 ulas bawang merah*
5 ulas bawang putih*
2 inci halia*(*dikisar halus)
1 batang kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 helai daun pandan, siat dan simpulkan
Segenggam daun ketumbar ( optional)
Segenggam bawang goreng
1/2 cawan gajus
1/2 cawan kismis
Secubit safron direndam dalam sedikit air panas (kalau tak ada boleh guna pewarna kuning biasa)
2 kiub ayam maggi
Garam secukup rasa
2 sudu besar rempah beriani – bancuh dengan sedikit air
Air mengikut sukatan beras basmathi yg anda guna – biasanya air kena lebih sikit kalau saya masak.Lebih kurang sukatannya 1:1.5

Cara memasak:
1.Panaskan minyak sapi dan planta dalam kuali.
2.Masukkan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga diikuti dengan daun pandan dan bahan-bahan kisar bersama rempah beriani tadi.Tumis hingga wangi.
3.Masukkan gajus dan masak hingga gajus perang.
4.Masukkan kismis.Kacau rata.
5.Tuang air mengikut sukatan beras dan susu cair.Masukkan kiub ayam dan garam (secukup rasa).Biarkan mendidih.
6.Tuang ke dalam rice cooker dan masukkan beras, kemudian masak seperti biasa.Masak hingga nasi kering.
7.Dengan menggunakan batang sudu buat beberapa lubang pada nasi tadi dan tuangkan safron atau pewarna kuning.. Masukkan juga daun ketumbar dan bawang goreng.
8.Tutup tudung periuk dan biar nasi betul-betul masak.
9.Bila nasi betul-betul masak, gaul nasi perlahan-lahan sekadar meratakan bahan-bahan tabur tadi dan juga jus saffron atau pewarna kuning.Jangan terlebih gaul nanti nasi akan patah-patah.Seeloknya gunakan chop stick atau garfu..
Bolehlah dihidangkan bersama lauk-lauk sampingan seperti kari daging,dalca,ayam masak merah, pajeri nenas,pencuk nenas,acar timun atau acar buah dan kurma ayam atau daging atau mengikut selera masing-masing.

IKLAN

Daging Masak Kandar
Bahan-bahan:
1 kilo daging
20 ulas bawang kecil( dihiris)
Bahan yang perlu dibasuh dan direndam sampai kembang:-
1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar jintan manis
1 batang kulit kayu manis
4 kuntum bunga lawang
7 buah pelaga
10 kuntum bunga cengkih
15 tangkai cili kering-direbus-BELI ONLINE DI SINI
2 labu bawang besar
1/2 labu bawang putih
2 inci halia(kesemua ini dikisar bersama bahan yang direndam di atas)
***bahan-bahan yang direndam itu, nanti airnya dikisar sekali.Jangan buang airnya.
1 cawan sos tomato-BELI ONLINE DI SINI
1 cawan kicap pekat
2 sudu besar kerisik-BELI ONLINE DI SINI
4-5 tangkai daun kari
gula, garam, kiub ayam/ daging

Cara memasak:
1.Tumis bawang, hiris dan daun kari hingga kekuningan.
2.Masukkan bahan-bahan kisar, tumis hingga garing masukkan daging.Kecilkan api biarkan sehingga air daging hampir kering dan hampir lembut.Masukkan kicap, sos tomato, kerisik, gula, garam, kiub dan masak sehingga kering.
3.Kalau suka boleh ditambah bawang besar yang dipotong bulat masukkan di akhir sekali.
4.Kalau gunakan ayam, goreng dahulu tapi jangan terlalu garing.
5.Gula itu lebih sedap jika gunakan gula Melaka asli kalau kurang manis baru tambah gula putih.

Kredit: Adnil san

IKLAN

INGIN MEMBELI HOME APPLIANCES, BOLEH LIHAT DI SINI.

Masak Dulu Guna Bahan Perap. Ini Rahsia Masak Ayam Bakar Rempah Paling Enak

Resipi Parpu Teloq Sedap Tak Terkata. Bau Aroma Bahan Tumis Darat Sungguh Membuka Selera

IKLAN

Cara Buat Nasi Minyak Hujan Panas Bersama Ayam Masak Merah & Dalca Telur. Resipi Lengkap Gerenti Jadi.