Hari ini kita masak yang istimewa untuk anak anak dan keluarga. Nasi Dhal ni aromanya bila masak memang menyelerakan. Kacang dhal perlulah direndam hingga kembang dan rebus hingga empuk sebelum dimasukkan ke dalam nasi.Tidak lengkap makan nasi ini tanpa gulai kurma daging. Masak secara tumis darat memang tidak menjemukan.
NASI KACANG DHAL/PARPU BAHAN-BAHAN: 3 cawan beras basmathi ~ rendam paling kurang 4 jam 4 cawan air 1/2 cawan susu cair-BELI ONLINE DI SINI 1/2 cawan kacang dhal ~ rendam hingga kembang dan rebus hingga empuk 1/2 batang lobak merah ~ cincang halus 3 ulas bawang merah ~ hiris 2 ulas bawang putih ~ hiris 1 inci halia ~ hiris 1 batang serai ~ diketuk 2 helai daun salam / daun pandan Rempah tumis 4 sekawan kulit kayu manis bunga cengkih bunga lawang biji pelaga sedikit minyak jagung-BELI ONLINE DI SINI 2 sudu makan minyak sapi 2 sudu besar minyak jagung Garam secukup rasa
CARA MEMASAK: 1.Panaskan dua sudu makan minyak sapi dalam periuk nasi. 2.Bila dah panas, tumiskan rempah tumis 4 sekawan, serai, daun salam, bahan hiris bawang merah, bawang putih dan halia. Tumis sampai naik bau dan harum 3.Kemudian masukkan air secukup untuk tanak nasi. 4.Masukkan susu cair. 5.Masukkan garam secukup rasa. 6.Masukkan kacang dal dan lobak merah. 7.Kemudian masukkan beras.Tanak nasi seperti biasa hingga masak.Bila dah masak gemburkan nasi , tutup periuk dan masak semula. 8.Siap untuk dihidang.
KURMA DAGING TUMIS DARAT BAHAN-BAHAN: 1 mangkuk daging batang pinang dipotong dadu sebesar ibu jari 1 mangkuk santan bahan perasa gula & garam 1 keping asam keping
Bahan kisar: 3 sudu besar rempah kurma 1 sudu rempah kari daging-BELI ONLINE DI SINI 1 inci halia 3 ulas bawang putih 3 ulas bawang merah 2 sudu besar kelapa parut 5 batang cili padi 1 ketul buah pelaga 1/2 sudu kecil lada hitam sedikit air
Bahan racik: 2 biji kentang belah 4 1 biji bawang besar 1 biji tomato hirisan daun bawang
IKLAN
Bahan tumis darat: daun kari daun pandan sedikit halba campur, biji sawi dan jintan manis 2 biji bawang putih hiris halus 3 biji bawang merah hiris halus
CARA MEMASAK: 1.Kisar lumat bahan-bahan kisar. 2.Masukkan daging ke dalam periuk 3.Masukkan bahan kisar. 4.Masukkan kentang. 5.Masukkan air dan rebus sehingga daging dan kentang lembut dan empuk. 5.Masukkan asam keping 6.Masukkan santan 7.Sesuaikan rasa dengan garam gula dan serbuk perasa. 8.Renehkan sehingga kuah agak pekat 9.Kemudian masukkan belahan bawang besar dan tomato 10.Tutup api dan biarkan sebentar. 11.Dalam kuali panaskan minyak dan tumis bahan-bahan tumis darat. 12.Agak dah sedikit garing dan naik bau terus tuangkan ke dalam periuk kurma tadi dan tutup periuk. 13.Terakhir tabur daun bawang.
Sedapnya murtabak! Selalu kalau teringin pergi cari kat pasar malam jer atau pun kat restoran mamak. Jarang nak jumpa murtabak kalau bukan di bulan puasa ni.
Untuk peminat Murtabak! peminat Cheese? Hanya ada di Meru, Klang, gabungan kebaboom Murtabak Ayam Cheese atau Murtabak Daging Cheese ni pasti menambat hati korang. Cheese Mozarella selambak memang padu. Murtabak dia pulak tebal padat dengan isi. Bila sekali ngap, memang nak ngap tak berhenti. Ketagih beb! Harga sangat berbaloi. Murtabak cheese PADU RM6 jer. Murtabak ayam/daging biasa RM3 jer.
Kat sini juga ada produk frozen. Korang kena try Roti Bom Nutella dia. Perghh!!
Jom ramai-ramai serbu gerai murtabak ni.
D’tebar Murtabak
Lokasi: Lot 1935, Jalan Nenas, Meru, Klang
Operasi gerai: 3pm – 7pm (tutup setiap Rabu)
Operasi frozen: Open order setiap hari
Pertanyaan/Hubungi: 014-9743080
Boleh jugak korang cuba resipi Murtabak Mini Popia ni sedap tau!
Murtabak Mini. (Kulit Popia)
Bahan-bahan:
Inti
500 gram isi ayam / daging di cincang
5 biji kentang di potong dadu
3 sudu makan rempah kari
1 ulas bawang putih di hiris
1 biji bawang besar dihiris
2 biji bawang besar di potong dadu
Hirisan daun sup
Sedikit garam
Sedikit gula
Sedikit minyak masak utk menumis.
Cara memasak inti.
1. Panaskan kuali. Tuang sedikit minyak masak. Masukkan bawang yang dihiris.
2. Maaukkan rempah kari dan masukkan sedikit air. Masak rempah hingga pecah minyak.
3. Masukkan isi ayam dan masukkan kentang. Masukkan air separas bahan2 yang dimasak. Jgn lebih nanti inti lembik.
4. Masak sehingga air hampir kering. Masukkan sedikit garam dan gula. (Jika nak letak ajinomoto jika suka pun boleh). Saya tak letak pun ajinomoto.
5. Masak hingga betul2 kering. Sejukkan dan sedia utk langkah menyediakan murtabak mini.
Seterusnya langkah menyediakan murtabak mini….
1. Pecahkan 2 biji telur, pukul dan masukkan sedikit garam. Masukkan bahan2 inti ayam dan kentang yang dimasak tadi.
2. Masukkan daun sup dan bawang. Kacau hingga sebati.
3. Buka kulit popia, letak atas dulang. Ambil 3 sudu makan intin yang di campurkan dgn telur dan bawang tadi tu. Letak di tengah2 kulit popia intinya. Lipat atas, bawah, kiri dan kanan. Terbalikkan bila di lipat dan masukkan dlm kuali.
4. Untuk membakar panaskan kuali, letakkan sedikit minyak. Letakkan popia. Kalau suka letak minyak banyak ok je…. saya tak suka minyak banyak. Jadi….ikut selera masing2 ya.
5. Bakar sehingga masak. Balik2kan ia… bila dah siap bolehlah dihidangkan. Ulangi langkah membuat sehingga siap. Dah masak…. makan… memang sedap. 😂😂😂
Jika bercadang nak buat majlis rumah terbuka hujung minggu nanti, resipi rendang negeri Sembilan ni boleh dicuba. Resipi yang cukup mudah dan tidak menggunakan banyak bahan. Pasti puas hati.
RENDANG AYAM NEGERI SEMBILAN
BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor ayam – potong kecil
BAHAN KISAR:
15-20 biji cili api
2 batang serai
5-6cm kunyit
Sedikit lengkuas
BAHAN LAIN:
1 kotak santan
Kerisik secukupnya – optional
2 keping asam gelugur
Garam secukup rasa
2 batang serai – dititik
Daun kunyit – jumlah ikut citarasa
Daun limau purut – jumlah ikut citarasa
CARA MEMASAK:
1. Masukkan ayam bersama bahan kisar dan serai titik. Masak hingga ayam kecut. Ia bertujuan untuk keluarkan air ayam serta masak cili. Tak perlu letak minyak.
2. Bila ayam dan kering, masukkan sedikit air dan santan.
3. Biarkan mendidih dan bolehlah masukkan asam keping serta garam secukup rasa.
4. Bila kuah dah agak kering, masukkan kerisik.
5. Akhir sekali masukkan daun kunyit dan daun limau purut.
6. Teruskan masak hingga pecah minyak. Siap dan sedia untuk dinikmati.
Tekak terasa nak makanan kek yang masam-masam manis? Boleh cuba buat kek minyak sunquick. Jika anda tak pernah makan, cubalah buat di rumah. Sedap tak terkata. Ini resipi yang dikongsi oleh Nur Balqis. Mudah sahaja caranya. Selamat mencuba.
KEK MINYAK SUNQUICK
BAHAN-BAHAN:
5 biji telur
2 cawan tepung kek
1 sudu besar ovelet
1 cawan susu pekat
1/2 cawan minyak
1/2 cawan pati sunquick
1/2 gula aising
Pewarna oren
CARA MEMASAK:
1. Pukul telur dan gula sehingga kembang.
2. Kemudian masukkan ovelet dan susu pekat.
3. Kacau sebentar dan masukkan pati sunquick.
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga sebati.
5. Masukkan minyak dan gaul lagi.
6. Bahagikan kepada dua bahagian dan masukkan pewarna oren pada satu bahagian.
7. Sapu minyak pada acuan.
8. Panaskan kukusan dan masukkan adunan berselang-seli mengikut warna.