Tengah panas terik minum air kelapa muda memang menyamankan. Dapat pulak hirup isinya sekali, memang puas rasanya. Buat minuman berbuka pun wahh segar dan bertenaga.
Tapi kesedapan air kelapa muda dan isinya ini bergantung kepada kualiti buah kelapa yang dipilih. Kalau tersalah pilih memang ke laut lah hasilnya. Kelapa muda yang elok tekstur isinya lembut dan tidak keras serta mempunyai kandungan air yang agak banyak.
Di sini min kongsikan 5 perkara yang perlu diperhatikan apabila membeli atau memilih kelapa muda yang berkualiti.
1. Warna Kulit
Ramai yang menganggap kelapa muda harus berwarna hijau keseluruhannya. Padahal warna buah kelapa sebenarnya dipengaruhi oleh tempat tumbuhnya. Kelapa yang tumbuh di kawasan pantai biasanya berwarna agak kekuningan, manakala di kawasan berbukit bukau berwarna hijau muda. Dikatakan kelapa yang tumbuh di kawasan berbukit lebih banyak dan isinya lebih manis.
Ads
2. Serat Kelapa
Selain mengelakkan daripada memilih kelapa berwarna coklat tua, pastikan kelapa yang dipilih ada serat berwarna perang di bahagian luarnya. Serat berwarna perang menunjukkan ia masih dalam keadaan segar dan muda.
3.Tangkai Kelapa
Jika anda perhatikan di bahagian pangkal atass kelapa terdapat lingkaran atau kelopak yang bersambung dengan bahagian tangkainya. Lingkatan pada hujung tangkai itu menandakan usia kelapa. Jika kelapa muda biasanya memiliki garis pusat lingkaran yang tidak terlalu lebar. Tetapi kelapa tua pula kelopak lingkarannya sangat lebar.
4. Kandungan Air
Kalau nak tahu kandungan air dalam kelapa, senang aje goncang-goncangkan buahnya. Kelapa muda sudah pasti kandungan airnya banyak, jadi sikit atau banyaknya boleh diagak melalui bunyi airnya bila digoncang.
5. Isi kelapa
Ads
Tesktur dan rasa isi kelapa yang manis memang sedap. Nak tahu kelapa yang memiliki isi yang tipis lembut dan muda, cubalah menepuk-nepuk buah kelapa tersebut. Kalau terasa bergetar tandanya isinya elok dan lembut dan mudah disudukan
Sumber : Kumparan.com
Di bawah ni min kongsikan resipi menggunakan air kelapa muda dan isinya. Resipi dari perkongsian Mat Gebu yang popular dari lamannya tiffinbiru.com
Ads
AGAR-AGAR PANDAN KELAPA MUDA
BAHAN-BAHAN :
600 ml air kelapa muda dari 2 biji kelapa muda * tambah air mineral jika kurang
Isi kelapa muda secukupnya
5 gram serbuk agar-agar
2 camca besar gula * ikut tahap kemanisan yang anda suka
1 helai daun pandan.disimpul
3-4 titik pewarna hijau makanan
CARA MEMBUATNYA : 1. Sediakan acuan kegemaran anda. Isi kelapa muda dipotong kecil dan masukkan ke dalam acuan. Ketepikan. 2. Dalam periuk masukkan serbuk agar2, gula dan daun pandan. Tuang air kelapa tadi dan kacau hingga rata. 3. Masak dengan api kecil hingga mendidih dan gula larut. Masukkan pewarna hijau makanan, kacau hingga rata. 4. Tapis bancuhan agar-agar dan boleh tuang ke dalam bekas yang berisi isi kelapa muda tadi. Biarkan hilang wap panas dan boleh simpan dalam peti sejuk. Sedap dimakan dingin sebagai pencuci mulut.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Ulam pegaga antara yang disukai ramai, selain sedap ia juga banyak khasiat untuk kesihatan termasuklah awet muda.
Disebabkan itu berbaloi sangat jika tanam pegaga ini di rumah. Boleh tanam dalam pasu atau dalam botol minyak macam yang dilakukan oleh Nalini Zee. Ulam ini ditanam di tepi rumah saja tapi punyalah subur.
Kalau nak dapat hasil pegaga yang begini boleh ikut tip yang dikongsi beliau.
Pokok pegaga ini ditanam dalam botol minyak masak saja, gunting bahagian atas supaya terbuka. Bahagian bawah ditebuk untuk pengaliran air.
2. Pokok pegaga ini ditanam daripada akar. Kalau beli pegaga di pasar, ada lebih boleh cucuk pada tanah. Tanah yang digunakan tak perlu banyak.
3. Tanah yang digunakan ini adalah tanah sawit. Paling elok hasil pegaga.
4. Tak perlu baja & racun. Boleh gunakan lebihan cecair daripada kulit telur yang dicampur air untuk siram. Boleh juga siram dengan air basuhan beras.
5. Pokok pegaga ini seeloknya letak di bawah pokok atau kawasan terlindung supaya daun hijau cantik.
6. Bila dan besar, boleh petik daunnya saja akar tinggalkan.
Asyik makan nasi putih aje, sekali sekali jom makan sajian nasi istimewa ini. Olahan nasi dari Timur Tengah dan nasi warisan tempatan dengan segala rempah ratus memang terbaiklah.
Jom teliti aneka resipi dari Food Institute of Malaysia , hasil idea Rohayu Farhana Awang Kechik, Idanadira Isa dan Siti Khalilah Samsudin.
.
NASI BUKHARY UDANG MASALA
.
BAHAN-BAHAN:
Bahan Nasi Bukhary :
400gm beras basmathi | rendam 30 minit hingga sejam dan toskan
1/2biji bawang Holland | dikisar
6 ulas bawang putih | dikisar
4 sudu makan minyak sapi
1helai daun salam
2 kuntum bunga lawang
3 batang bunga cengkih
1.5sm kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
2 biji tomato | direbus dan dicincang
2 sudu makan pes tomato
2 sudu makan rempah Bukhari | siap dijual dalam paket
4 batang cili hijau | dihiris
½ barang lobak merah | dihiris halus
450ml air rebusan ayam
20gm bawang goreng
10gm daun ketumbar | dihiris sebagai hiasan
2 sudu makan air mawar
Garam dan gula secukup rasa
Bahan Udang Masala :
500gm udang saiz XXL | dibersihkan
3 sudu makan minyak masak
1 sudu besar makan minyak sapi @ghee
1 kuntum bunga lawang
2 batang bunga cengkih
1sm kulit kayu manis
2 biji pelaga
½ biji bawang Holland | dikisar
5 ulas bawang putih | dikisar
1/2sm halia | dikisar
1 tangkai daun kari
2 sudu makan garam masala
2 sudu makan rempah beriani
1 sudu makan serbuk cili
2 sudu makan pes tomato
2 biji tomato | dicincang
100ml santan
10gm daun ketumbar
5biji tomato ceri
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK :
Cara masak Nasi Bukhary:
Rendamkan beras basmathi selama 1 jam.
Panaskan minyak sapi di dalam kuali, masukkan 4 sekawan bersama daun salam.
Kemudian tumiskan bahan kisar , rempah bukhari, pes tomato dan tomato yang dicincang sehingga wangi.
Kacau sebentar dan masukkan hirisan lobak merah. Kemudian masukkan stok ayam, garam dan gula biarkan ia mendidih.
Toskan beras basmathi yang telah direndam. Kemudian masukkan beras, bawang goreng, daun ketumbar, dan air mawar. Biarkan nasi masak dengan api yang sederhana.
Apabila nasi telah masak hias dengan bawang goreng dan juga daun ketumbar.
Cara masak udang masala :
Panaskan minyak masak, tumiskan bahan kisar bersama daun kari dan rempah 4 sekawan. Tumis sehingga wangi.
Masukkan garam masala, serbuk cili dan rempah beriani, tumis sehingga rempah masak.
Kemudian masukkan tomato paste dan tomato yang telah dicincang dan udang yang telah dibersihkan.
Masukkan juga air sikit demi sedikit untuk cairkan kuahnya. Kemudian masukkan santan dan kacau rata. Biarkan selama 10 minit.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Udang masala siap dihidang bersama daun ketumbar dan tomato ceri. Sedap dimakan bersama Nasi Bukhary
Saiz hidangan : 4-5 orang Masa Memasak : 1 jam Cara Memasak : Tumis dan tanak Jenis Masakan : Sajian Nasi dipercayai berasal dari Bukhara, Uzbekistan. Keistimewaan : Rasa berempah dan berlemak dari rempah bukhary dan minyak sapi. Anggaran Kos : RM 18
INFO CHEF: Nasi bukhary cukup lazat dihidangkan bersama udang masala. Selain itu ia juga boleh dihidangkan bersama lauk pauk daging dan ayam.
NASI MINYAK BADAM
.
BAHAN-BAHAN:
400gm beras basmathi | rendam 30 minit hingga sejam, toskan.
2 helai daun pandan
2 sudu makan minyak sapi
3 biji bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 biji pelaga
1.5 sm kulit kayu manis
50gm badam | disangai dan dikisar
30gm kepingan badam | disangai
1 biji bawang merah | dihiris
3 ulas bawang putih | dihiris
4 sm halia | dihiris
450ml air
50ml susu sejat
Garam secukup rasa
20gm kismis
10gm daun bawang
10gm daun sup
CARA MEMASAK :
Rendam beras basmathi selama 1 jam, kemudian toskan air.
Panaskan minyak sapi. Masukkan rempah empat sekawan serta daun pandan.
Kemudian tumis bahan yang telah dihiris. Tumis sehingga bau wangi dan sedikit garing.
Biarkan seketika dan masukkan kacang badam yang telah di kisar dan diikuti dgn air serta susu sejat. Masukkan garam secukup rasa dan gaul sebati.
Masukkan beras yang telah ditoskan.
Tutup periuk dan biarkan nasi masak selama 35minit dengan api sederhana.
Sebelum dihidang taburkan bawang goreng, daun sup dan kepingan badam kemudian kacau rata dan tutup semula. Biarkan selama 5minit.
Nasi sedia dihidang.
Saiz hidangan : 4- 5 oang Masa Memasak :1 jam Cara Memasak : Tumis dan tanak Jenis Masakan : Nasi Keistimewaan : Nasi minyak sedap dengan badam, baik untuk tumbesaran otak anak-anak. Anggaran Kos : RM 15
INFO CHEF : Sangaikan badam hingga wangi dan kekuningan kerana akan menambahkan aroma kepada nasi.
NASI PANDAN BERSAMA AYAM MASAK MERAH
.
BAHAN-BAHAN
Bahan nasi pandan :
400gm beras basmathi | rendam 30minit hingga sejam dan toskan
50ml air pandan | sedikit air dan daun pandan, kisar dan perah jus
1biji bawang merah | dihiris
6 ulas bawang putih | dihiris
¼ inci halia | dihiris
4 sudu makan marjerin
400ml air
50ml susu sejat
2helai daun pandan
3 biji bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 biji pelaga
1.5sm kulit kayu manis
Garam dan gula secukup rasa
Bahan ayam masak merah :
500gm ayam | dibersihkan dan dipotong lapan
*Diperap dengan satu sudu makan serbuk kunyit dan garam secukup rasa, digoreng
Bahan tumis masak merah :
2 biji bawang besar | dikisar
5ulas bawang merah | dikisar
1batang serai | diketuk
3sudu makan pes cili kering
1helai daun pandan
2sudu makan sos cili
2 sudu makan sos tomato
2 biji bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
2 biji pelaga
1 sm kulit kayu manis
Daun bawang secukupnya | dihiris untuk hiasan
Bawang goreng secukupnya | untuk hiasan dan kelazatan
Kacang pis secukupnya | untuk hiasan
CARA MEMASAK :
Cara masak Nasi Pandan :
Basuh bersih beras dan toskan air.
Panaskan minyak sapi. Masukkan rempah empat sekawan (bunga lawang, cengkih, pelaga dan kulit kayu manis) serta daun pandan.
Kemudian tumis bahan yang telah dihiris. Tumis sehingga bau wangi dan sedikit garing.
Masukkan beras yang telah ditoskan. Kemudian masukkan air pandan. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Tutup periuk dan biarkan nasi masak selama 45minit dengan api sederhana.
Nasi sedia dihidang.
Cara masak Ayam Masak Merah :
Untuk ayam goreng. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga garing dan ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggalkan sedikt untuk menumis.
Masukkan rempah empat sekawan, serai yang telah diketuk dan daun pandan.
Kemudian masukkan bahan kisar dan pes cili dan tumis sehingga cili masak dan pecah minyak.
Masukkan cili sos dan tomato sos kemudian perisakan dengan garam dan gula. Kacau rata. Jika kuah terlalu pekat, letakkan sedikit air dan biar ia mendidih.
Setelah cukup rasa, masukkan ayam yang telah digoreng dan gaul rata.
Hidangkan bersama kacang peas, bawang yang dipotong bulat, daun bawang serta bawang goreng
Saiz hidangan : 4- 5 orang Masa Memasak : 1 jam Cara Memasak : Tumis dan tanak Jenis Masakan : Sajian Nasi Keistimewaan : Warna hijau dengan aroma dan rasa bau pandan yang enak Anggaran Kos : RM12.
Info Chef : Daun pandan perlu dicuci bersih-bersih sebelum dicampur sedikit air. Anda boleh juga merebusnya sebelum dikisar untuk mengeluarkan jus.
NASI BERINGIN SERAI
.
BAHAN-BAHAN:
400gm beras basmathi sekurangnya sejam
1 ulas bawang merah | dikisar halush
7 ulas bawang putih | dikisar halus
1.5 sm inci halia | dihiris halus
6 batang serai | dihiris halus dan dikisar halus
50gm rempah empat sekawan | campuran bunga lawang, pelaga, kayu manis dan cengkih
½ sudu teh halba
1 tangkai daun kari
2 sudu makan majerin
350ml air
150ml santan
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK :
Panaskan marjerin dan sedikit minyak masak di dalam periuk
Tumiskan bahan yang telah dikisar halus, serai yang telah dihiris
Kemudian masukkan serai yang telas dihiris halus bersama sama rempah empat sekawan dan biji halba, tumis sehingga wangi
Masukkan beras ke dalam periuk, gaul rata kemudian masukkan air dan santan.
Perasakan nasi dengan sedikit gula dan garam secukup rasa
Masak selama 20 minit dengan api sederhana. Tudung rapat apabila air hampir kering, dan gaulkan nasi. Kecilkan api.
Hidangkan dengan rendang
Saiz hidangan: 5-6 orang Masa Memasak: 45 min Cara Memasak: Tumis dan reneh Jenis Masakan: Makanan utama Keistimewaan: Aroma wangi daripada serai ini sangat menyelerakan Anggaran Kos: RM12
INFO CHEF: Aroma serai akan lebih naik jika separuh dikisar dan separuh dihiris halus.
NASI DAGING YEMEN DENGAN TELUR REBUS
.
BAHAN-BAHAN:
400gm beras basmathi | direndam selamas 30minit dan toskan
1000ml air dan rempah empat sekawan | untuk merebus beras dengan sedikit garam
6 sudu makan mentega atau minyak zaitun
1 ulas bawang Holland | dikisar halus
7 ulas bawang putih | dikisar halus
1sm halia | dikisar halus
1 sudu makan garam masala
1 sudu makan jintan manis | ditumbuk halus
1 sudu makan jintan putih | ditumbuk halus
1 sudu teh serbuk buah pala
50gm daging batang pinang | dipotong dadu
2 helai daun salam
1 sudu teh biji lada hitam
2 sudu teh pelaga
350ml yogurt
50ml air saffron
20gm kismis kuning
20gm daun ketumbar | dihiris
3 biji cili hijau besar | dihiris serong
4 biji telur rebus
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK : Menyediakan beras :
Bersihkan beras dan tos
Masukkan air didalam pot bersama rempah empat sekawan dan juga air saffron sehingga mendidih panas
Masukkan beras ke dalam periuk, biarkan rebus selama 3 minit
Setelah tiga minit, toskan beras.
Bahan tumisan dan rempah:
1. Sementara menunggu beras direbus, panaskan minyak di dalam periuk,
2. Tumiskan yang telah dikisar halus sehingga sedikit garing
3. Kemudian masukkan semua rempah dan tumis sehingga wangi
4. Masukkan daging batang pinang dipotong dadu, kacau rata dan masukkan yogurt
perasakan dengan garam dan gula secukup rasa .Masukkan sedikit air utk mereneh
daging.
5. Masukkan beras yang telah direbus ke dalam periuk, ratakan
6. Tabur kismis,daun ketumbar dan cili hijau yang telah dipotong di atas beras
7. Tutup periuk masak selama 20 minit sehingga masak dengan api perlahan, kemudian letakkan telur rebus pada 5 minit terakhir.
Saiz hidangan: 6 orang Masa Memasak: 45 min Cara Memasak: Tumis dan reneh Jenis Masakan: Nasi dari Timur Tengah Yemen Keistimewaan: Nasi ini sedap juga dimakan begitu sahaja dengan telur rebus Anggaran Kos: RM18
INFO CHEF: Kurangkan kekerapan mengaul nasi bagi mengelakkan nasi hancur atau patah
NASI TURKI KAMBING
.
BAHAN-BAHAN:
400gm beras basmathi | direndam sekurang-kurangnya 30 minit dan toskan
2 helai daun salam
3 biji bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 biji pelaga
1.5sm kulit kayu manis
1000ml air
4 sudu makan mentega atau minyak zaitun
1 ulas bawang Holland | dikisar halus
7 ulas bawang putih | dikisar halus
1.2 sm halia | dikisar halus
2 sudu makan serbuk jintan putih
1 sudu teh biji lada putih
20 biji tomato ceri
½ batang lobak merah | dipotong dadu
1 biji kentang | dipotong dadu
3 sudu makan yogurt
300gm daging kambing | dipotong kiub
2 sudu makan kismis
2 sudu makan kacang pis
Daun Ketumbar secukupnya | dihiris
Bawang goreng secukupnya | untuk ditabur
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK : Menyediakan beras :
1.Bersihkan beras dan tos
2.Masukkan air di dalam pot bersama sama 4 sekawan, sehingga mendidih panas
3. Masukkan beras ke dalam periuk, biar kan rebus selama 3 minit
4.Setelah 3 minit, toskan beras.
Bahan tumisan dan rempah:
1. Nyalakan api sederhana, letakkan minyak sapi di dalam periuk
2. Kemudian,tumiskan halia, bawang holland ,bawang putih yang telah dikisar halus sehingga garing
3. Masukkan serbuk jintan putih,biji lada putih, tumis sehingga wangi
4. Selepas itu masukkan daging kambing, lobak dan kentang dipotong dadu, kacau rata dan masukkan yogurt, biarkan kambing mereneh seketika hingga empuk
5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
5. Masukkan beras yang telah direbus ke dalam periuk, ratakan beras didalam periuk.
7. Tutup periuk reneh selama 30 minit biarkan di atas api perlahan sehingga masak
8. Akhir sekali, taburkan kismis, kacang pis, daun ketumbar dan bawang goreng, tutup semula dan biarkan masak selama 5 minit
Saiz hidangan: 6 orang Masa Memasak: 1 jam Cara Memasak: Tumis dan reneh, tanak Jenis Masakan: Sajian Nasi dari Turki Keistimewaan: Nasi ini kaya dengan sayur-sayuran. Anggaran Kos: RM35
INFO CHEF: Perapkan daging bersama garam dan serbuk bawang putih.
NASI BERIANI BERSAMA AYAM BAKAR YOGURT
.
BAHAN-BAHAN :
Bahan Nasi Beriani:
400gm beras basmathi
Bahan untuk merebus beras :
2 helai daun salam
3-4 biji pelaga
1 batang kulit kayu manis
2 batang bunga cengkih
1000ml air
3 sudu makan minyak sapi @ ghee
2 sudu makan minyak masak
2 tangkai daun kari
1 helai daun pandan
1 biji bawang besar | dihiris halus
4-5 ulas bawang putih | dihiris halus
1 sm halia | dihiris halus
1 biji tomato | dicincang halus
3 sudu makan rempah beriani
3 sudu makan yogurt
100ml air rebusan ayam
Garam dan gula secukup rasa
2 biji cili hijau
50gm kacang gajus | disangai
50gm kismis | digoreng
50ml air saffron
2 sudu teh air mawar
Daun ketumbar secukupnya | dihiris
Daun pudina secukupnya | dihiris
Bawang goreng secukupnya
Bahan ayam yogurt :
Bahan perapan :
500gm ayam | separuh ekor
1 ulas bawang merah | dikisar
7 ulas bawang putih | ditumbuk halus
1 sm halia | ditumbuk halus
1 sudu makan garam masala
½ sudu makan jintan manis
1 sudu makan jintan putih
2 sudu makan serbuk cili
1 sudu makan serbuk ketumbar
5 sudu makan yogurt
2 sudu makan perahan lemon
Garam dan gula secukup rasa
Daun ketumbar
Bahan tabur/ hiasan :
3 helai daun salad
2 tangkai cili hijau
1 biji limau nipis
1 biji bawang Holland | hiris
2 tangkai daun pudina | dihiris
CARA MEMASAK : Cara masak nasi beriani :
Didihkan air bersama rempah empat sekawan dan daun salam dan sedikit garam. Rebus beras selama 3-4 minit hingga beras separuh masak.
Di dalam periuk lain, panaskan minyak sapi dan minyak masak. Tumiskan daun kari dan daun pandan, masukkan bawang besar, bawang putih dan halia hingga wangi.
Masukkan rempah beriani dan juga tomato yang dicincang.
Masukkan air rebusan ayam dan juga yogurt perasakan dengan garam dan gula. Biarkan rempah kering sedikit
Masukkan beras yang sudah direbus dan ditoskan tadi, ratakan beras.
Letakkan air saffron, air mawar, cili hijau, daun ketumbar, daun pudina, dan bawang goreng di atas nasi tadi.
Tutup periuk, perlahankan api biar selama 20-30 minit hingga nasi masak sempurna.
Akhir sekali setelah nasi masak sempurna baru mula menggaul dan taburkan dengan kacang gajus dan kismis.
Cara masak ayam yogurt :
Perapkan ayam bersama sama bahan perapan di atas
Kemudian simpan ayam di dalam peti ais semalaman
Bakar di dalam oven pada suhu 170 celcius, 20 – 25 minit
Hidangkan ayam bersama bahan hiasan salad, cili hijau, limau nipis dan daun pudina.
Saiz hidangan: 6 orang Masa Memasak: 45 min Cara Memasak: Rebus, tumis dan reneh Jenis Masakan: Sajian nasi Keistimewaan: Sedap dihidangkan bersama ayam yogurt Anggaran Kos: RM25 untuk nasi
Info chef: Jika suka boleh di masukkan ayam atau daging ke dalam rempah biryani
RESIPI : ROHAYU FARHANA AWANG KECHIK, IDANADIRA ISA DAN SITI KHALILAH SAMSUDIN
Kuih cara ni ada macam-macam versi. Ada yang manis, ada yang berlauk dengan rasa pedas-pedas. Kuih cara kena banyak inti supaya apabila dimakan rasa mewah.
Sedap sangat makan kuih cara berlauk ni. Rasanya pedas-pedas dan mewah dengan inti daging. Kalau dibuat dengan banyak inti, memang lebih sedap. Ini resipi yang memang confirm jadi kalau dibuat. Cubalah.
KUIH CARA BERLAUK
BAHAN-BAHAN
600 gram tepung gandum
30 gram tepung susu
2 biji telur ayam
1.3 liter air
4 titik pewarna kuning
BAHAN INTI
3 sudu besar minyak sapi
6 ulas barang merah (tumbuk halus)
2 ulas bawang putih (tumbuk halus)
1 cm halia (cencang halus)
4 sudu besar serbuk kari daging
300 gram daging (cencang halus)
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
4 tangkai daun ketumbar (cencang halus)
CARA MEMBUAT
1. Gaul bersama tepung gandum, tepung susu, telur ayam, air dan pewarna kuning sehingga sebati.
2. Sediakan inti. Panaskan minyak sapi di dalam kuali. Kemudian goreng bawang merah dan bawang putih bersama halia sehingga wangi.
3. Masukkan serbuk kari daging dan daging cencang. Goreng lagi.
4. Tambahkan garam dan gula. Masukkan daun ketumbar.
CARA PENYEDIAAN
1. Panaskan adunan kuih cara dan tuangkan sebahagiaan adunan ke dalam setiap bahagian kuih cara.
2. Sudukan sedikit inti daging ke dalam setiap bahagiaan. Tuangkan lagi adunan tepung sehingga penuh.
3. Bakar pada suhu 180 darjah selsius selama 10 minit. Keluarkan dan biarkan sejuk.
4. Pastikan setiap kali sebelum acuan diisi dengan adunan, terlebih dahulu sapukan dengan minyak sapi.
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)
Jenama herba dan rempah ratus #1 di Dunia mengukuhkan kehadirannya di seluruh Asia Tenggara dengan, 'Create Fresh Memories with McCormick,' kempen jenama baharu yang...