Rasanya rakyat Malaysia ni rata-rata suka makan Tom Yam kan. Bukan sekadar makan, memasaknya pun ramai yang pandai.
Tapi bagi yang sibuk bekerja pasti nak beli aje kat warung dan restoran kedai siam. Tapi kalau buat sendiri lagi jimat, boleh adjust lagi ikut kesedapan yang disukai, nak pedas lebihkan cili kering. Yang pasti boleh dijadikan stok dan simpan dalam peti sejuk.
Isi rambutanbiasa dimakan begitu sahaja atau dijadikan jem. Namun pernahkah anda mencuba minuman yang diperbuat daripada buah ini? Saudari Azizah Ibrahim ada kongsikan resipinya. Nampak sangat sedap dan menyegarkan. Malah bahan-bahannya juga tidak sukar. Jadi kalau dekat rumah ada banyak buah rambutan boleh cuba buat minuman ni. Barulah rambutan yang banyak tu tidak membazir. Sesuai dinikmati pada bila-bila masa dan juga dimana jua.
RESIPI AIR SEDAP MENGGUNAKAN ISI RAMBUTAN
BAHAN-BAHAN: Isi rambutan secukupnya Jus limau nipis – lebih sedap guna limau kasturi kerana lebih wangi Gula secukup rasa – beli online disini Daun pudina- jika ada Ais Air masak
CARA MEMASAK: 1. Bancuh gula bersama jus limau nipis dan air hingga larut. 2. Masukkan isi rambutan dan juga daun pudina. Jika suka, boleh simpan seketika dalam peti sejuk untuk mendinginkan air. Tidak letak pun tidak mengapa.
3. Tuang bancuhan air rambutan ke dalam gelas dan masukkan ais. 4. Sedia untuk dinikmati.
INFO: Air ini mempunyai rasa masam dan manis. Sangat menyegarkan. Jika suka, boleh juga menambah asam boi dan biji selasih.
Nampak biasa tapi ini pembuka selera yang paling kita ingini ketika menjamu selera. Rasa masam pedas yang menyelerakan sampai boleh tidak sedar makan bertambah-tambah.
RESIPI SAMBAL MANGGA KENCUR
BAHAN-BAHAN:
15 biji cili padi
4 biji cili merah
4 ulas bawang merah – hiris
1 ulas bawang putih – hiris
1 cm kencur @ cekur – hiris
4 buah tomato – dadu
1 biji mangga muda – parut
Sedikit belacan
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Tumbuk kasar cili padi, cili merah, bawang merah, bawang putih, kencur, tomato dan belacan.
Kemudian masukkan parutan mangga, garam dan gula secukup rasa.
Jika ada lebihan nasi impit dan tak tahu nak masak apa, boleh hasilkan nasi impit goreng ni. Rasanya yang seakan nuget pasti memikat selera si kecil. Sesuai juga dicuba untuk anak-anak yang susah nak makan nasi.
NASI IMPIT GORENG TEPUNG
BAHAN-BAHAN:
Nasi impit mini | dipotong empat
1 sudu makan serbuk pati ikan bilis
BAHAN TEPUNG CELUPAN:
3 sudu makan tepung gandum
3 sudu makan tepung goreng ayam segera
1 sudu makan tepung jagung
1 cawan air
CARA MEMASAK:
1.Gaul nasi impit bersama serbuk pati ikan bilis hingga rata.
2.Satukan kesemua bahan celupan dan bancuh hingga sebati.
3.Ambil nasi impit dan celupkan ke dalam bancuhan tepung tadi.
4.Panaskan minyak dan goreng nasi impit hingga kekuningan.