Tom Yum Goong telah menjadi sangat popular di Thailand sejak beberapa tahun yang lalu. Rasanya sangat mantap dari sup tom yam biasa. Apabila menyentuh mengenai sup Thai, menu tom yum adalah yang paling popular dan tidak dapat disangkal lagi dan ramai yang berpendapat bahawa ia adalah sup yang paling lazat. Penggemar tegar tom yam boleh cuba resipi ini yang lebih berperisa dan mantap!
RESIPI TOM YUM GOONG (UDANG)
BAHAN-BAHAN:
(Hidangan 4 orang)
Udang bersaiz sederhana 350g, bersama kulit dan kepala
4 cawan air (atau gunakan 3 1/2 cawan stok ayam jika tidak menggunakan kulit dan kepala udang)
2 batang serai, bahagian bawah sahaja
10 hiris lengkuas, dipotong menjadi bulatan nipis
6 helai daun limau purut
Cili Thai (cili padi merah), secukup rasa
½ cawan susu sejat cair
3-4 cawan cendawan tiram, cendawan jerami, atau cendawan Asia lain
¼ cawan Pes Cili Thai (nam prik pao)
3 sudu sos ikan
¼ cawan air limau nipis
Segenggam hirisan daun ketumbar
CARA-CARA:
1. Kupas kulit udang dan kepala udang, masukkan ke dalam kuali tanpa air, udang asingkan dahulu. Masak seketika sehingga keluar air udang (stok udang) kemudian tambahkan air.
Ads
2. Rebus sehingga mendidih, keluarkan kepala dan kulit.
3. Ketuk serai dan hiris tebal, masukkan ke dalam stok udang bersama daun limau purut dan lengkuas.
4. Tumbuk cili padi Thai dan masukkan ke dalam air rebusan. Jumlah cili padi terpulang ikut pedas yang diingini.
5. Masukkan sos ikan dan kemudian susu cair.
6. Masukkan cendawan kemudian diikuti pes cili Thai. Biarkan mendidih seketika.
7. Masukkan udang dan masak sehingga udang masak lalu tutup api. Udang masak sekejap sahaja.
8. Masukkan air limau nipis (botol atau dari buah limau), kacau dan akhir sekali masukkan hirisan daun ketumbar.
Boleh dihidang bersama nasi, bihun dan koay teow.
*Seeloknya air limau dimasukkan setelah api ditutup untuk mengelakkan tomyam menjadi berketul-ketul (sebab ada susu cair)
Ads
*Jika ingin tambah garam, rasa dahulu sebab sos ikan tu dah masin.. saya tak masukkan garam.
*Boleh juga diganti udang dengan ayam, seafood dan lain².. Gantikan stok udang dengan kiub pati ayam.
*Ada perbezaan antara daun sup dan daun ketumbar, daun ketumbar lebih pendek berbanding daun sup, dan berbau kuat. Daun ketumbar lebih sesuai dalam masakan ni, sebab orang Thai gunakan ketumbar dalam masakan. Sekali imbas nampak sama.
*Boleh juga diganti dengan pes tomyam, ikut citarasa masing².
Selamat mencuba! 😁
Silakan share.. Untuk paparan lebih jelas, click HD pada video…
Resipi ayam masak kicap kenduri ini boleh dicuba jika teringin menikmati ayam kicap yang sedap. Paling enak dimakan dengan nasi panas dan segelas sirap ais, macam makan kenduri. Memang kombinasi yang padu!
Ayam kicap ini pastinya kena dengan selera ramai kerana pekat, manis dan pedas cukup rasa di samping aroma rempah yang menambahkan keenakannya.
Resipi ayam masak kicap kenduri
Bahan-bahan
½ ekor ayam -dipotong
Garam secukupnya
Serbuk kunyit secukupnya
3 sudu besar minyak masak
1 batang kulit kayu manis
4 kuntum bunga lawang
6 biji bunga cengkih
½ sudu besar pes asam jawa -dibancuh dengan sedikit air
Garam & gula secukup rasa
Kicap manis secukupnya -anggaran mengikut warna dan rasa
1-2 tangkai daun kari
1 biji bawang besar -dihiris bulat, jika suka
Minyak untuk menggoreng
Bahan kisar
3-4 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
1 ibu jari halia
Cili giling (ikut tahap kepedasan yang diingini)
Cara memasak
1. Gaul ayam dengan garam dan kunyit, kemudian goreng hingga masak. Angkat dan ketepikan.
2. Gunakan minyak yang sama, tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, dan bunga cengkih hingga naik bau.
3. Masukkan bahan kisar dan gula (anggaran 2-3 sudu besar). Tumis dengan api sederhana hingga pecah minyak. Kacau sentiasa supaya tidak hangit.
4. Apabila bahan tumis sudah pecah minyak, masukkan bancuhan asam jawa, sedikit garam, dan gula jika perlu.
5. Tuangkan kicap manis secukupnya untuk memberikan warna dan rasa yang seimbang. Pastikan tidak terlalu banyak supaya tidak terlalu manis atau masin. Kacau sebati dan sesuaikan rasa.
6. Jika suka, boleh masukkan bawang besar yang dihiris bulat. Masak sebentar hingga bawang sedikit layu.
7. Akhir sekali, masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan daun kari. Gaul rata dan biarkan ayam menyerap kuah sebentar dengan api kecil. Siap!
INFO: Jika mahu sambal lebih banyak, lebihkan bahan kisar
Cuaca panas sekarang ni terasa nikmat kalau dapat makan ni sejuk- sejuk mengalir ke tekak. Buatlah puding koktel yang penuh dengan buah-buahan ni. Gerenti tak henti makan.
Bahan-bahan: 10 gram serbuk agar-agar 8 cawan air 1 cawan gula pasir 1 tin susu cair 1 tin koktel
Cara membuat: 1.Masak air dan gula hingga mendidih. 2.Masukkan serbuk agar-agar dan 1/2 cawan air koktail dalam tin. Masukkan susu cair. 3.Bila dah mendidih terus tutup api. 4.Tuang dalam bekas, bila puding dah mula mengeras taburkan isi buah koktel yang dah dicarik-carik atas puding. 5.Tuang baki air koktel tin atas permukaan puding. 6.Simpan dalam peti sejuk.
Bubur lambuk ada pelbagai resipi dan versi. Setiap negeri ada rasa yang berbeza. Pada penggemarnya, pasti tidak akan melepaskan peluang untuk merasai keenakan bubur lambuk Terengganu.
Rasanya berlemak seperti kuah laksam. Lagi banyak sayur, lebih sedap. Ia juga antara salah satu juadah wajib ketika bulan Ramadan. Ikuti perkongsian resipi bubur lambuk Terengganu terlajak sedap oleh Puan Zie Aisyah Humaira.BAHAN-BAHAN:
Mulakan dengan memasak beras hingga menjadi bubur.
2. Rebus ikan bersama asam keping dan sedikit garam hingga masak dan ambil isi ikan sahaja. Kemudian, kisar hingga hancur.
3. Beras dah lembut seperti bubur, boleh lah masukkan semua bahan kisar dan halia yang diketuk.
4. Tambahkan pula ikan yang dikisar halus. Kacau rata.
5. Selepas itu, masukkan semua bahan berbaki satu persatu sambil kacau hingga sebati.
6. Masak hingga mendidih. Kemudian, boleh lah rasa. Jika cukup lemaknya, masinnya, sayur pun dah layu, maknanya bubur lambuk dah siap untuk dihidangkan.
7. Dah siap! Bubur lambuk Terengganu sedia untuk dinikmati.