
Lempeng atau Pancake comel ini sesuai untuk dihidangkan semasa sarapan pagi bersama keluarga atau untuk dibekalkan pada anak-anak. Para isteri dan ibu-ibu boleh ikut cara mudah ni untuk menghasilkannya. Yang penting untuk menarik perhatian anak adalah isi intinya boleh dipelbagaikan. Cubalah!
RESIPI PANCAKE KAPIT
BAHAN-BAHAN:
- 1 1/2 cwn tepung Gandum
- 1/2 cwn susu segar
- 1/2 cwn air
- 1 sudu teh tepung kastard
- Sedikit vanilla
- 1 biji Telur A
- 1 sudu teh baking powder
CARA-CARANYA:
- Mix dlm blender sehingga sebati ..
- Kemudian bole laaa buat pancake mini (tokey guna sudu sukat besar) soo sekata jeee bulat dia ..
- Lepas tu intikan dgn apa juga citarasa korang .. then kapitkan .. hehee ok bye !!
Tip: Jangan masak pancake smpai kering sangat .. nanti tak bolhe kapit.
Kongsi resipi: adri oppa via mahn
CUBA JUGA RESIPI SEDAP INI:
http://www.rasa.my/resepi-lempeng-resipi-warisan-ibu-yang-sedang-hangat-viral-boleh-cuba-buat-ni/
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nasi Sejuk Jangan Dibuang. Jom Belajar Cara-Cara Buat Tosei Nasi.

Lebihan nasi sejuk ni banyak gunanya. Selain dijadikan nasi goreng, banyak lagi emnu yang anda boleh sediakan. Salah satunya ialah tosei. Wowwww… Jom cuba! Sesuai sangat dinikmati sewaktu sarapan.
BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan nasi sejuk
- 2 cawan air
- 1 cawan tepung beras
- 1 biji telur
- 1 sudu teh baking powder
- 1 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
1. Masukkan kesemua bahan ke dalam mesin pengisar.
2. Kisar hingga halus
3. Tuang bahan kisar ke dalam mangkuk dan masak menggunakan kuali tak melekat ( non stick pan).
4. Setelah adunan masak, angkat dan nikmati bersama kari atau apa juga kuah kegemaran anda.
Info: Adunan tidak perlu diperam terlebih dahulu kerana ia tidak menggunakan yis sebaliknya menggunakan baking powder.
Kredit resipi & gambar: Norharyani Mujor Nonie
5 Aneka Hidangan Dari Labu Terlajak Sedap Dan Menyihatkan.

Labu oh labu. Macam-macam hidangan yang boleh dibuat darinya. Tapi yang paling best sudahlah sedap ada manfaat kesihatannya.
Labu kuning (pumpkin) memang mudah untuk diperoleh di negara kita. Labu kuning mengandung zat seperti Beta karoten, vitamin A, vitamin C, zink, selenium dan tanaman ini berkhasiat sebagai antioksidan yang baik.

Makan buah labu secara teratur akan memperbaiki fungsi dan kerja pankreas akan baik dan insulin dapat melaksanakan tugasnya dengan baik. Selain itu buah tersebut tidak menaikkan zat gula darah dalam tubuh sehingga sangat baik untuk mencegah penyakit diabetes.
Labu kuning juga dipercayai dapat melindungi sistem pencernaan agar mampu berperanan dengan baik kerana kandungan serat yang tinggi. Serat itu dapat membantu menjauhkan kita daripada sembelit, buasir dan masalah pencernaan lainnya. Serat juga sangat disarankan di dalam diet sihat, diet untuk mengontrol kolesterol, diet penurunan berat badan dan diet untuk diabetes.
Labu juga sangat baik untuk kesihatan buah pinggang dan mampu mencegah penuaan awal kerana mengandung antioksidan dan mengubati bisul.
Labu kaya akan vitamin A, C dan E dan mineral, yang berfungsi untuk membantu meningkatkan kekebalan tubuh dan anti radikal bebas. Jadi apa tunggu lagi jom masak 5 aneka sajian kreatif daripada labu nih.
1. PUMPKIN CAKE WITH BUTTERSCOTCH SAUCE
PUMPKIN CAKE
BAHAN-BAHAN:
- 200gm puri labu
- 300gm tepung gandum
- 250gm gula perang
- ½ sudu teh esen vanila
- 2 sudu teh serbuk penaik
- 150gm marjerin
- 3 biji telur
- 150gm cip coklat
BAHAN UNTUK SOS BUTTERSCOTCH:
- 250gm krim putar
- 120gm gula perang
- 50gm mentega
BAHAN UNTUK HIASAN:
- Kepingan badam secukupnya
- Cip coklat secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Untuk membuat kek puri labu; Pukul marjerin dan gula perang hingga kembang di dalam mangkuk.
2. Kemudian masukkan telur, serbuk penaik dan esen vanila, pukul hingga sebati.
3. Seterusnya masukkan puri labu ke dalam adunan tadi dan gaul sebati diikuti tepung gandum. Gaul lagi hingga adunan sekata.
4. Masukkan cip coklat dan gaul sebati.
5. Tuangkan ke dalam Loyang bersaiz 7×7 dan jika inginkan sedikit nipis, gunakan Loyang 10×10.
6. Kemudian taburkan kepingan badam dan cip coklat di atas adunan.
7. Bakar pada suhu 170˚c selama 35-45 minit.
8. Keluarkan setelah kek cukup masak. Sejukkan dan ketepikan.
Untuk membuat sos butterscotch:
1. Cairkan mentega dan masukkan gula perang di dalam kuali leper kecil.
2. Apabila gula perang mula cair, masukkan krim putar dan masak hingga berbuih dan likat. Tutup api dan angkat.
3. Biar sos sejuk dahulu sebelum dipaipkan ke atas kek. Sedia dihidangkan.
Info chef Untuk membuat puri labu; Buang biji dan kulit labu, potong kepada ketulan kecil dan rebus sehingga lembut. Angkat dan toskan labu tadi dan kisar hingga menjadi halus.
Saiz Hidangan: 4-6 orang
Waktu Memasak: 1 jam
Jenis Hidangan: Barat
Keistimewaan: Rasa manis butterscotch
Jenis Penyediaan: Kek
Cara Memasak: Bakar dan reneh
Anggaran harga: RM20
2. PAI LABU
BAHAN-BAHAN KULIT PAI:
- 12gm tepung gandum
- 55gm mentega
- 40ml air
- Secubit garam
- Air secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Di dalam satu mangkuk, satukan tepung, garam dan mentega dan ramas hingga menjadi seperti serbuk roti.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh.
3. Bentukkan kulit pai di dalam acuan pai bersaiz 16 cm.
4. Cucuk dengan garpu di bahagian tengah pai dan bakar pada suhu 180˚C selama 20 minit.
5. Angkat dan ketepikan.
BAHAN INTI:
- 65gm gula
- 1 sudu teh serbuk kulit kayu manis
- ½ sudu teh garam
- 100gm puri labu
- 100gm susu segar
- 1 biji telur
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan dan gaul hingga sebati.
2. Tuangkan ke dalam kulit pai yang dibakar tadi dan bakar semula pada suhu 180˚C selama 50 minit.
3. Angkat dan sedia dihidangkan.
Info chef: Untuk menjimatkan masa, boleh membeli pastri segera yang sedia terjual di pasaran.
Saiz Hidangan: 6-7 orang
Waktu Memasak: 1 jam 30 minit
Jenis Hidangan: Barat
Keistimewaan: Aroma kayu manis yang bangkit selera
Jenis Penyediaan: Pastri
Cara Memasak: Bakar
Anggaran harga: RM15-RM20
3. BURGER BERGEDEL LABU
BAHAN MEMBUAT ROTI BURGER:
- 250gm tepung roti/tepung high protein
- 5gm yis
- 10gm gula kastor
- 13gm marjerin
- ½ sudu teh garam
- 150gm air
UNTUK HIASAN:
- Oat, bijan putih dan bijan hitam secukupnya
BAHAN UNTUK BERGEDEL LABU:
- ½ kg labu | dibuang kulit dan biji, dipotong.
- Sedikit garam
- Serbuk lada putih
- Daun bawang potong halus
- Bawang merah cincang halus
- 2 biji telur
CARA MEMASAK:
1. Untuk membuat bergedel labu; Potong labu kepada ketulan kecil dan goreng hingga masak dan lembut.
2. Angkat dan lecek labu menggunakan garpu hingga hancur.
3. Perasakan dengan garam dan lada putih.
4. Masukkan daun bawang dan bawang cincang.
5. Bahagikan kepada 15 bahagian. Bulat dan leperkan. Jika lembik, tepukkan sedikit tepung.
6. Celup ke dalam telur dan goreng semula hingga perang keemasan. Angkat, tos dan ketepikan. Ulangi langkah hingga selesai.
7. Untuk membuat roti burger; Satukan bahan kering kecuali garam. Gaul sebati dan barulah masukkan garam.
8. Masukkan marjerin dan gaul sebati. Kemudian masukkan air dan uli hingga menjadi doh.
9. Bahagikan doh kepada 15 biji dengan anggaran berat satu doh 30 gram dan bulatkan. Hiaskan atas roti dengan cara mencelupkan sedikit permukaan roti pada air dan celupkan ke dalam bekas berisi hiasan.
10. Tutup doh dengan plastik atau kain lembap. Biarkan doh kembang kepada dua kali ganda selama lebih kurang 45 minit.
11. Bakar pada suhu 180˚C selama 20 hingga 25 minit sehingga roti perang keemasan. Keluarkan dan biarkan sejuk.
12. Untuk menyediakan burger; belah di bahagian tengah roti. Letakkan bergedel labu di bahagian tengah dan tambahkan sos dan mayones. Sedia dihidangkan.
Info chef: Boleh juga ditambah sayuran seperti daun salad.
Saiz Hidangan: 15 biji mini burger
Waktu Memasak: 2 jam
Jenis Hidangan: Barat
Keistimewaan: Rasa lemak labu
Jenis Penyediaan: Pastri
Cara Memasak: Bakar
Anggaran harga: RM15-RM20
4. MASAK LEMAK LABU KACANG PANJANG
BAHAN-BAHAN:
- ½ biji labu | potong
- 6 tangkai kacang panjang | potong
- 1 batang serai
- 400ml santan cair
- 400ml santan pekat
- 1 biji bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- ½ sudu teh serbuk kunyit
- 5-10 tangkai cili padi
- Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Kisarkan cili padi, bawang besar dan bawang putih hingga hancur.
2. Masukkan santan cair ke dalam peruk dan tuang bahan kisar ke dalam periuk tersebut bersama serai yang dititik.. Gaul sekata.
3. Masukkan kepingan dan masak hingga kuah mendidih.
4. Apabila labu sedikit lembut, masukkan kacang panjang dan santan pekat. Gaul sebati.
5. Tambahkan sedikit serbuk kunyit dan perasakan dengan gula dan garam secukup rasa. Gaul sebati dan biar ia mereneh.
6. Apabila labu sudah empuk, matikan api dan hidangkan.
Info chef: Boleh lebihkan cili padi jika inginkan rasa lebih pedas.
Saiz Hidangan: 3-4 orang
Waktu Memasak: 30 minit
Jenis Hidangan: Melayu
Keistimewaan: Rasa lemak labu dan santan serasi
Jenis Penyediaan: Lauk pauk
Cara Memasak: Reneh
Anggaran harga: RM10-RM15
5. ROASTED PUMPKIN WITH ITALIAN HERBS
BAHAN-BAHAN:
- 5 potong labu
- 1 labu bawang putih | cincang halus
- 2 sudu makan jus lemon
- 3-4 sudu besar minyak zaitun
- Sedikit serbuk Thyme
- Sedikit serbuk Oregano
- Sedikit Daun bay kering
- Lada hitam secukupnya
- Garam secukupnya
Langkah penyediaan:
1 .Susun labu di dalam loyang dan tuangkan minyak zaitun di atas dan sekeliling labu.
2. Taburkan bawang putih cincang dan taburkan herba-herba Itali iaitu Thyme, Oregano dan daun Bay.
3. Taburkan lada hitam, garam diikuti jus lemon.
4. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 200˚C selama 35 hingga 40 minit hingga labu empuk.
5. Setelah labu masak sepenuhnya, bolehlah keluarkan dan dihidang.
Info chef: Cara memastikan labu sudah empuk, cucuk dengan garpu.
Saiz Hidangan: 3-4 orang
Waktu Memasak: 1 jam
Jenis Hidangan: Barat
Keistimewaan: Aroma aneka herba yang menambah rasa dalam masakan
Jenis Penyediaan: Pencuci mulut
Cara Memasak: Bakar
Anggaran harga: RM15-RM20
Resipi: Terima kasih Mohamad Norazlan bin Husin dan Megat Isahmudin bin Suliman, Kolej INSTECH Koperasi Belia Islam.
Karipap Cheese, Karipap Fusion Yang Sedap

Selalu kita makan karipap berintikan kentang, sayur atau sardin. Ada juga yang buat karipap inti ayam atau daging. Karipap adalah kuih yang sedap dimakan ketika sarapan atau minum petang. Karipap yang sedap bukan saja sedap pada intinya tapi juga dohnya. Lagi-lagi kalau karipap fusion yang diletakkan keju di dalamnya. RASA kongsikan resipi karipada daripada seorang rakan facebook Olie Norliy. Istimewanya karipap ini sebab tetap sedap walaupun sudah disejukbekukan.
KARIPAP CHEESE
.
BAHAN-BAHAN (UNTUK 10 KETUL KARIPAP)
BAHAN INTI
Minyak masak
3 biji kentang (potong dadu)
5 ulas bawang putih (potong dadu)
1 labu bawang besar (potong dadu)
1 biji tomato (potong dadu)
Daging kisar secukupnya
1 peket keju
1 sudu kecil oregano
2 sudu besar sos tomato
Garam secukup rasa
CARA MASAK INTI
1. Goreng kentang sampai masak. Ketepikan.
2. Bawang putih dan bawang besar ditumis sehingga naik bau. Masukkan tomato. Tumis lagi.
3. Masukkan daging kisar. Kacau sehingga betul-betul masak.
4. Masukkan keju, oregano, sos tomato dan garam. Kacau lagi.
5. Setelah masak, tutup api dan biarkan sejuk.
BAHAN DOH
3 sudu besar minyak masak
1 sudu besar marjerin atau mentega
1 kg tepung gandum
200 ml air sejuk
1 sudu kecil garam
.
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak dan masukkan marjerin atau mentega ke dalam kuali sehingga betul-betul panas.
2. Tuang tepung gandum ke dalam bekas. Masukkan minyak panas tadi ke dalam tepung dan gaul.
3. Setelah adunan rata, masukkan air sejuk yang sudah dibancuh dengan garam. Masukkan sedikit demi sedikit sehingga dok tidak melekat di tangan dan bekas.
4. Biarkan setengah jam baru boleh mula buat karipap.
CARA PENYEDIAAN
1. Ambil sedikit doh dan buat bentul bulat. Leperkan.
2. Letakkan sesudu besar inti.
3. Kelimkan tepi karipap.
4. Panaskan minyak masak dan goreng karipap sehingga kekuningan.
5. Angkat dan sedia dihidang.
.
Resipi Oleh Olie Norliy dari Aroma Puff