Kuih buah rotan memang antara kuih raya autentik, sejak dulu jadi kegemaran ramai. Sementara Jejari Keju tidak kurang hebatnya sesuai dengan cita rasa semasa. Kedua-dua kudapan bergoreng ini, mudah disediakan dan tidak perlu menunggunakan ketuhar. Lebih istimewa ianya rangup dan tak muak dimakan. Kudap-kudap tak sedar habis sebalang.

Buat Sendiri Buah Rotan Dan Jejari Keju, Jimat & Sedap.  

KUIH BUAH ROTAN
BAHAN-BAHAN:
200gm tepung pulut
1 biji telur
2 sudu makan gula pasir
130ml santan pekat
1 sudu tee garam
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu the soda bikarbonat
1 mangkuk air masak
5 sudu makan bijan
Minyak goreng secukupnya

IKLAN

CARA MEMBUAT:

  1. Campur telur dan gula pasir, lalu kacau sampai gula larut.
  2. Masukkan tepung pulut yang telah diayak bersama baking powder dan soda bikarbonat.
  3. Masukkan santan dan garam, aduk hingga tercampur rata.
  4. Buat bentuk bulat-bulat kecil, celup dalam air masak dan gulekkan dalam bijan. Lakukan hingga habis.
  5. Panaskan minyak, goreng hingga kekuningan dengan api sederhana.
  6. Angkat dan toskan.
  7. Masukkan dalam bekas kedap udara apabila betul-betul sejuk.

Buat Sendiri Buah Rotan Dan Jejari Keju, Jimat & Sedap.  

IKLAN

JEJARI KEJU RANGUP
BAHAN-BAHAN:
250gm tepung gandum
60gm keju | parut
1 sudu makan mentega/ marjerin
2 biji telur | kacau
1 sudu makan epung jagung
4 sudu makan air
1 sudu teh garam halus
½ sudu teh serbuk perasa daging/ ayam
Minyak untuk menggoreng

CARA MEMBUAT:

IKLAN
  1. Gaul rata tepung, keju parut, tepung gandum, serbuk perasa ayam/daging dan garam.
  2. Tuangkan bancuhan telur dan masukkan mentega, gaul rata.
  3. Tambahkan air ke dalamnya, uli hingga menjadi adunan lembut dan tidak melekat di tangan.
  4. Canai nipis dengan ketebahan lebih kurang 4cmdan gunting memanjang (lebih mudah menggunakan mesin mi jika ada).
  5. Panaskan minyak, goreng hingga masak dan kuih berwarana kuning keperangan.
  6. Angkat dan toskan.
  7. Setelah sejuk simpan dalam peti sejuk.

Info: Jangan menggoreng terlaku banyak kerana ia boleh menyebabkan kuih tidak garing dan susah mengembang. Semasa menguli jika agak keras tambah sedikit lagi air

Credit: budiboga.blogspot.com

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI