Sedap Puding Jagunglembut bergedik ni. Makan sejuk-sejuk memang enak. Cara penyediaannya juga tak renyah dan tak guna banyak bahan. Cubalah. Resipi perkongsian Opah Mas Cotek ni memang sentiasa terbaik. Pendek kata, kalau pertama kali cuba pun, jika ikuti cara-cara seperti yang dikongsi, pasti jadi. Berbaloi untuk dicuba dan memang kena dengan cita rasa.
CARA MEMASAK: 1.Satukan serbuk agar-agar, gula dan air di dalam periuk yang bersesuaian. Masak sehingga larut. 2. Kisar jagung bersama susu cair hingga halus. 3. Tuang kisaran jagung ke dalam periuk berisi agar-agar tadi dan kacau sebati. 4. Didihkan campuran agar-agar dengan api perlahan. 5. Tutup api kemudian tapis. Biarkan wap panasnya hilang. 6. Tuang adunan ke dalam acuan atau loyang yang bersesusian.
7. Sejukkan dan biarkan mengeras terlebih dahulu sebelum dihidang.
Ni dia kue negro daripada tepung pulut dan tepung jagung yang sedap dikunyah. Berperisa koko dan pandan sedap makan sejuk dari peti ais.
Resipi yang dikongsi Farisha Sofea ni memang unik namanya Kue Negro asalnya dari tanah seberang, Indonesia. Di sana kuih dieja Kue yang Negro tu dah namanya macam ni..hee
CARA MEMASAK : 1.Satukan semua bahan bahagian coklat . 2.Kacau sebati . tapiskan . 3.Tuangkan adunan ke dalam acuan lompang yang telah digris . 4.Kukus selama 10 – 12 minit . 5.Di dalam bekas lain , satukan semua bahan bahagian hijau . 6.Kacau sebati dan tapis . 7. Apabila adunan coklat sudah masak , tuang pula adunan bahagian hijau hingga memenuhi acuan 8. Kukus lagi selama 10 – 12 minit . 9. Ulang sehingga habis . 10.Apabila sudah sedikit suam , keluarkan kuih .
Sedapnya PotatoSmiles ni. Jika dibandingkan dengan nuget sejukbeku, lebih baik anda sediakan Potato Smiles untuk anak-anak sempena musim cuti sekolah ni. Ia hanya menggunakan bahan-bahan mudah dan ternyata memang sedap. Bolehlah anak-anak makan tanpa was-was. Mak pun rasa senang hati. Jom cuba resipi perkongsian saudari Ayza Nur.
RESIPI POTATO SMILES HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
4 biji ubi kentang
4 sudu makan tepung gandum
4 sudu makan tepung jagung
4 sudu makan serbuk roti
1 kiub pati ayam
Garam
CARA MEMASAK: 1. Rebus kentang bersama kiub pati ayam hingga empuk. 2. Kemudian lenyek kentang hingga sebati. Campurkan tepung gandum,tepung jagung & serbuk roti. 3. Perasakan dengan garamdan uli hingga menjadi doh. Jika adunan lembik, tambah sedikit tepung jagung.
4. Canai adunan(jangan terlalu tebal) & tekap menjadi bentuk bulat. 5. Lubangkan mata guna straw dan buatkan mulut guna hujung sudu.
6. Goreng dalam minyak yang sederhana panas. Sedap dimakan panas-panas & dicicah dengan sos serta mayones.
Cuaca panas sekarang ni, menu yang paling win ialah kalau ada dapat puding atau agar-agar. Makan pula ketika sejuk memang sangat nikmat. Jika ada tetamu nak datang ke rumah pun boleh jamu mereka dengan puding air tangan anda. Menu puding ini boleh anda buat nanti.
PUDING RED VELVET OREO
BAHAN-BAHAN:
200gm tepung superfine/gandum*
150gm gula kastor (nak kurangkan pun boleh)*
6 biji telur*
1 sudu teh baking powder*
25gm ovalette*
100gm air*
Pewarna red velvet secukupnya*
100gm minyak jagung/biasa
CARA MEMASAK:
1.Campurkan bahan-bahan yang bertanda (*) di atas. Mix sebati hingga kembang berganda.
2.Masukkan sedikit minyak jagung/ minyak biasa ke dalam bahan yang telah siap diadun.
3.Kacau bersama minyak sehingga sebati dan masukkan semula ke dalam adunan tepung tadi.
4.Kacau sebati lagi. Sedia untuk dibakar.
(LAPISAN PUTIH PUDING OREO)
BAHAN-BAHAN:
500gm santan kotak
500gm susu cair/full cream
100gm whipping cream (optional – yang ini saya tambah)
140gm gula halus (boleh kurangkan jika suka)
9gm agar-agar serbuk
Secubit garam
2 sudu kecil tepung jagung
CARA MEMASAK:
1.Campurkan semua bahan. Kacau dengan api sederhana. Perlu kacau selalu, bimbang nanti hangus.
2.Tutup api dan biarkan suam.
3.Kemudian, boleh masukkan biskut Oreo yang dipatahkan.
(LAPISAN COKLAT PUDING OREO)
BAHAN-BAHAN:
900ml susu coklat Dutch Lady
9gm serbuk agar-agar
1 sudu besar serbuk koko
2 sudu kecil choc paste (untuk warna yang lebih menarik)
(TOPPING)
Biskut Oreo
Loyang 9×9 inci
CARA MEMASAK:
1.Campurkan semua bahan. Kacau sebati.
2.Tutup api dan tunggu hingga suam.
3.Kelar atas puding putih tadi (lorek guna garpu supaya adunan melekat) tadi dan tuangkan puding coklat Oreo dan hias di atasnya dengan biskut Oreo.
4 keping roti putih dipotong buang bahagian tepi (kalau tak jadi kuning) –
1 tin susu cair *
4 sudu besar susu pekat manis*
1 biji telur gred A*
Kisar bahan bertanda ( * )
Bahan B:
3 cawan air
10gram serbuk agar-agar clear
4 sudu besar gula pasir
1 sudu kecil esen vanila
Cara memasak:
1.Untuk memasak agar-agar, kacau semua bahan B hingga sebati. Masak hingga sampai didih.
2.Kemudian masukkan bahan kisar. Tunggu mendidih baru padam api. Setelah itu, bahagikan kepada tiga adunan. Letak warna merah @ kuning (banyak). Letak warna hijau (sikit) dan warna original (sikit).
3.Sediakan loyang bulat. Basahkan loyang untuk mudah keluarkan puding nanti.
4.Tuang adunan hijau. Diikuti putih dan merah. Tunggu suam sikit dan masukkan ke dalam peti sejuk. Lepas sejuk baru letakkan coklat chip untuk bijinya.
1.Masukkan air, serbuk agar-agar, gula, susu cair, tepung kastard dan tepung jagung ke dalam kuali.
2.Kacau sebati dulu semua bahan biar sebati. Kemudian barulah hidupkan api perlahan.
3.Masukkan juga jagung manis creamy, kordial jagung. Sebatikan.Kacau adunan hingga mendidih.
4.Semasa mendidih, biarkan selama 1-2 minit kemudian barulah tutup api.
5.Seterusnya masukkan garam dan sebatikan.
6.Jika suka, masukkan jagung manis. Kacau lagi.
7.Tuang adunan ke dalam loyang dan sejukkan dalam peti sejuk selama 4 jam sebelum sedia untuk dipotong dan dinikmati.
INFO: Resipi Puding Jagung ini memang lembut dan kena kendalikan dengan berhati-hati kerana ia menggunakan agar-agar.
Empunya resipi menggunakan agar-agar kerana beliau kurang menggemari tekstur kasar bila guna tepung kastard. Jadi beliau kurang kan sedikit tepung dan gantikan dengan agar-agar.
1.Pecahkan terus telur dalam blender. Tambah susu cair ke dalam adunan.
2.Kemudian masukkan pula gula. Tapi ini piliham. Kalau tak suka manis sangat, boleh skip atau boleh kurangkan gula tau.
3.Tambah esen vanilla.
4.Kemudian kisar semua bahan itu. Biar benar-benar sebati. Ketepikan.
5.Untuk membuat karamel; Tuang gula dan air ke dalam bekas.
6.Tunggu sampai dia ada buih-buih (macam dalam gambar). Kacau-kacau hingga jadi perang. Tapi jangan lambat tutup api. Takut pahit nanti.
7.Tuang adunan yang dikisar tadi ke dalam loyang gula karamel. Kemudian biarkan dalam periuk kukusan kita.
8.Kukus sekitar 45 minit. Nak tau masak elok ke tidak, cucuk cucuk ia dengan garfu. Kalau tak tinggal kesan pada garfu masa angkat tu, maksudnya masak lah tu puding kita.
9.Sejukkan kejap baru la boleh terbalikkan. Tada..siap!