Agar-Agar Santan Gula Melaka ni memang digemari ramai. Tak guna banyak bahan dan rasanya pun sedap. Nak sajikan di majlis keraian pun sesuai kerana rupanya yang menarik. Anda suka makan manisan ni dan nak cuba buat sendiri? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
AGAR-AGAR SANTAN GULA MELAKA
Ads
BAHAN-BAHAN:
30gm agar-agar bertali
2 mangkuk air
2 biji telur
1/2 kole / mug santan pekat
1 1/2 cawan gula melaka + sedikit gula putih
Daun pandan
Secubit garam
Loyang
CARA MEMASAK:
1. Rendam agar-agar tali dalam air basuhan beras sehingga kembang. Toskan airnya.
2. Masak gula melaka bersama air secukupnya, gula putih dan daun pandan. JAdikan 1 cawan air gula yang agak pekat. Ketepikan.
3. Rebus agar-agar bersama air mengikut sukatan. Tambah sedikit garam. Biasanya jika guna 1 mangkuk agar-agar, sukatan airnya adalah 2 mangkuk. Masak hingga larut.
4. Satukan telur dan santan ke dalam pengisar dan pukul hingga kembang. Kemudian tuang ke dalam periuk agar-agar bersama air gula melaka.
5. Masak dan kacau sehingga adunan betul-betul nampak macam berkepala ( santan dan telur dah mulai pekat.)
6. Padamkan api dan tuang ke dalam loyang.
Ads
7. Sejukkan agar-agar sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.
8. Bila dah keras, boleh dipotong dan dinikmati.
Ads
TIP MEMASAK AGAR-AGAR:
Guna air basuhan beras untuk melembutkan agar-agar. Jika nak masak esok, malam dah boleh rendam.
Sejukkan loyang dalam peti sejuk terlebih dahulu sebelum dituang adunan agar-agar. Ia bertujuan supaya proses pembekuan agar-agar menjadi cepat.
Penggunaan gula terpulang mengikut citarasa. Lebih banyak gula melaka digunakan, lebih gelap warna agar-agar.
Kudapan viral untuk minggu ini. Apa kata sediakan bahan kita buat untuk minum petang nanti, mesti berebut dibuatnya. Cekodok stick sangat mudah penyediannya bahan pun senang dapat, kalau tak nak buat stick bukan cekodok stick lah namanya hehe.. Sedap,rangup di luar,lembut di dalam, jom buat!
RESIPI CEKODOK STICK
2 cawan air*
1 ketul kiub pati ayam*
2 sudu besar minyak masak*
1 sudu kecil maggi cukup rasa*
sedikit serbuk kunyit*
2 cawan tepung gandum
Bahan2 di bawah ni didadu halus ye
1 batang sosej
1 pokok daun sup
3 tangkai cili kering ( dibuang biji)
2 hiris carrot
2 biji bawang merah
Cara2nya
Masukkan bahan yg Bertanda(*)ke dlm periuk…
Masak sehingga mendidih..
Kemudian masukkan tepung gandum,kacau dgn senduk kayu..nmpk adunan berketul2..tutup api
Sambung kacau lagi,sehingga adunan jadi doh..( Ala2 macam nk buat creampuff gitu😜)
Keluarkan doh cekodok td,masukkan dlm bekas lain..
Gaul dgn bahan2 yg di dadu..gaul sebati ( agak liat sedikit ye) gaul ala kadar je…doh dah suam2,boleh pegang dgn tgn boleh uli sekejap nk bg bahan2 dadu masuk dlm doh je..
Bulat2kan doh kpd 3 bahagian..(nk buat bentuk 4 segi pun boleh)
Sediakan alas utk nk gelek adunan..& sekeping plastik utk alas bahagian atas doh..
Ambil seketul doh,lapik plastik atas doh..gelek sehingga leper..( jangan nipis sangat)
Potong & kemaskan bahagian tepi sehingga jadi bentuk segiempat
Potong memanjang,kemudian gentel @ gelek dgn kedua2 belah jari,sehingga jadi macam keropok lekor..
Ulang sehingga doh habis
Panaskan minyak yg banyak di dlm kuali,
Apabila minyak dah betul2 panas..goreng sehingga masak
Jika ada lebihan nasi impitdan tak tahu nak masak apa, boleh hasilkan Nasi Impit Goreng Tepung ni. Rasanya yang seakan nuget pasti memikat selera si kecil. Sesuai juga dicuba untuk anak-anak yang susah nak makan nasi.
CARA MASAK NASI IMPIT GORENG TEPUNG
BAHAN-BAHAN:
Nasi impit mini | dipotong empat
1 sudu makan serbuk pati ikan bilis
BAHAN TEPUNG CELUPAN:
3 sudu makan tepung gandum
3 sudu makan tepung goreng ayam segera
1 sudu makan tepung jagung
1 cawan air
CARA MEMASAK:
1.Gaul nasi impit bersama serbuk pati ikan bilis hingga rata.
2.Satukan kesemua bahan celupan dan bancuh hingga sebati.
3.Ambil nasi impit dan celupkan ke dalam bancuhan tepung tadi.
4.Panaskan minyak dan goreng nasi impit hingga kekuningan.
Ni ada resipi istimewa pai cendawan berinti ayam yang sedapnya ya amat. Mudah aje buat dia tak payah buat kulit pastry pun.
Jom kita cuba resipi yang dikongsikan Wawa’s Kitchen yang mudah dibuat ni.Tapi boleh jadi kudapan dan sarapan yang mengenyangkan. Anak anak mesti suka.
BAKED CHICKEN MUSHROOM PIE
BAHAN-BAHAN :
Bahan kulit pai :
Roto paratha | lembutkan dan belah kepada 4 bahagian
Bahan inti :
Setengah biji bawang Holland | potong dadu
2 ulas bawang putih | cincang halus
Cendawan butang | potong dadu
Isi ayam cincang @ potong dadu..| boleh digantikan daging
Sos tiram
Serbuk lada hitam
1 sudu kecil tepung gandum
Cara membuat inti :
Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga garing
Masukan ayam dan biar masak sekejap
Kemudian masukkan cendawan
3. Kemudian masukkan sos tiram dan serbuk lada hitam..tambah sedikit air
4. Kacau dan masak sehingga pekat, akhir sekali baru masukkan 1 sudu kecil tepung gandum.
5. Sejukkan
Cara membuat pai :
Panaskan oven sebelum membakar
2. Ambil roti paratha yang sudah dipotong 4 tadi, ambil 1 bahagian
3. Letakkan inti dan cantumkan macam buat karipap. Tekan tepi roti dengan garfu
4. Sapukan permukaan puff dengan kuning telur dan bakar di dalam oven.