Kuih Boko Ubi Kayu ini antara kuih yang mendapat perhatian ramai sejak kebelakangan ini. Jika di negeri Kelantan, ia lebih dikenali dengan nama Tepung Boko Ubi Kayu. Ia merupakan sajian tradisional yang dihasilkan menggunakan ubi kayu parut dan dinikmati bersama kuah santan yang dimasak likat ( kepala santan). Nak cuba? Jom lihat resipi perkongsian saudari Sue Abdullah ini.

 

RESIPI KUIH BOKO UBI KAYU VIRAL

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 2 cawan ubi kayu yang sudah diparut
  • 1 cawan gula merah (*)
  • 1 cawan air (*)
  • 3 helai daun pandan (*)
  • 1/2 cawan gula (*)

BAHAN KEPALA SANTAN (SOS PUTIH):

IKLAN
  • 1 cawan santan pekat (1 kotak)
  • 1 cawan air
  • 3 sudu makan tepung beras
  • 1 sudu makan gula
  • 1/2 sudu teh garam

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Untuk menyediakan ubi kayu, masak bahan-bahan bertanda (*) hingga larut. Kemudian tapis dan sejukkan.
  2. Dalam loyang bersesuaian, campurkan parutan ubi kayu dengan bahan yang dimasak tadi. Kukus hingga masak.
  3. Bagi menyediakan kepala santan, satukan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga larut.
  4. Seterusnya, buka api perlahan dan masak hingga pekat.
  5. Untuk menikmatinya, ambik sedikit ubi kayu kukus tadi dan tuang kepala santan secukupnya.

 

Kredit resipi & foto: Sue Abdullah

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI