Bendi, kacang lendir atau okra hanya ada di negara beriklim panas lembap. Banyak kebaikkan bendi antaranya mencegah sembelit dan menstabil kandungan gula dalam darah.
Gabungan pelbagai sayuran dan ikan masin menghasilkan hidangan ringkas dan penuh nutrisi. Sayur yang digoreng seketika memberi rasa tekstur rangup dan lembut tahu yang enak.
Selalunya lauk dalca daging lebih enak jika kita gunakan bahagian daging kambing yang dicampur dengan tetel ataupun daging rusuk. Dalca akan lagi sedap kita nikmati selepas simpan semalaman kerana kuahnya lebih mesra.
Kambing masak kurma sesuai dihidangkan bersama nasi minyak, nasi beriani, nasi hujan panas atau sedap juga kalau dimakan bersama nasi putih dan sambal belacan.
Tidak perlu masa yang lama untuk masak ikan jenahak yang hanya digoreng garing keperangan dan dituang sos masam manis. Sangat sesuai untuk mereka yang kekangan masa tapi ingin hidangan yang penuh rasa
Ikan masin talang yang dihiris nipis-nipis dan dimasak sangat ringkas sesuai untuk yang ingin cepat dan bosan makan hidangan yang berat. Boleh makan bersama ikan masin dan nasi panas, jika suka boleh tambah kicap atau telur goreng.
Ketam, satu lagi makanan laut yang menjadi kegemaran ramai. Macam-macam resipi boleh kita cuba dengan ketam. Bagi yang suka hidangan pedas, boleh cuba masakan ini. Pedas terangkat.
Resipi ni memang win. Siapa yang boleh tolak kalau terhidang dihadapan mata udang besar begini. Dengan bahan-bahan yang ringkas ini, anda boleh tambat hati suami dan anak-anak.