
Ikan masin talang yang dihiris nipis-nipis dan dimasak sangat ringkas sesuai untuk yang ingin cepat dan bosan makan hidangan yang berat. Boleh makan bersama ikan masin dan nasi panas, jika suka boleh tambah kicap atau telur goreng.
IKAN MASIN TALANG TUMIS CILI KERING
BAHAN-BAHAN:
- 100gm Ikan talang masin | rendam seketika dan goreng seketika
- 1/2 biji bawang besar | dihiris halus
- 2 ulas bawang merah | dihiris halus
- 4 tangkai cili kering | dihiris
- Sedikit air asam jawa
- Sedikit minyak masak
- Gula secukup rasa
- Bahan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan kuali dengan sedikit minyak. Masukkan ikan masin dan cili kering. Goreng seketika.
- Masukkan bahan yang dihiris halus. Kacau sehingga sebati.
- Masukkan air asam jawa dan biarkan mendidih.
- Masukkan gula dan bahan perasa secukupnya.
- Tutup api dan hidangkan ketika masih panas.
Info chef: Enak dinikmati bersama nasi panas.
Saiz hidangan: 5-6 orang
Waktu memasak: 20 minit
Jenis hidangan: Melayu
Keistimewaan: Enak berperisa
Jenis penyediaan: Lauk pauk
Cara memasak: Tumis
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Gulai Ikan Nyok Nyok, Keenakan Melicinkan Pinggan

Gulai ikan nyok-nyok, memang terasa kari dan rencah yang digunakan. Ni resipi super sedap yang dikongsikan oleh June Ahmad. Makan dengan nasi atau roti memang licinlah pinggannya.
Kalau orang utara, kari disebut gulai. Tambah terangkat dengan penggunaan halba campur dalam masakan. Jom cuba resipi gulai ikan nyok-nyok ni.
GULAI IKAN NYOK-NYOK
BAHAN-BAHAN :
- Ikan tongkol @ ikan apa2 je yg sesuai
- 4 sudu besar rempah kari ikan
- Santan (cair2 je… jangan terlalu pekat)
- Garam
- Air asam jawa
- Bendi
- Tomato
- Cili padi
Bahan kisar:
- 2 ulas bwg putih
- 3 ulas bwg merah
- Halia sikit
- Kunyit hidup sikit
- 1 tangkai daun kari
** kisar semua bahan di atas bersama rempah kari
Bahan tumis:
- 4 ulas bwg putih
- 4 ulas bwg merah
- 1 sudu teh halba campur
- 2 tangkai daun kari
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak, masukkan bahan tumis.
2. Bila dah kekuningan masuk bahan kisar, tambah air 2,3 kali dan tumis lagi sehingga rempah betul-betul masak dan pecah minyak…
3. Selepas itu masukkan garam, air asam jawa dan tumis sekejap.
4. Masuk air secukupnya. Kemudian masukkan ikan dan masak sampai didih.
5. Akhir sekali masuk bendi, terung, tomato dan cili padi…
6. Kuah biar ada rasa masam-masam sikit baru sedap.
Gulai ikan boleh dihidang.
Kredit foto & resipi : FB june ahmad
INGIN MENCARI PERKAKAS DAN PERALATAN DAPUR & RUMAH TERKINI, JOM LAYARINYA DI SINI.
ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI :
DAN JUGA RESIPI INI :
Ikan Bawal 3 Rasa, Cukup Rasa Masam, Manis dan Masinnya

Ikan bawal, selain dimasak gulai kari, sedap juga dibuat bawal masak tiga rasa. Goreng garing-garing, kemudian curahkan pula kuah sos tiga rasa. Makan beramai-ramai. Memang mengundang selera.
Inginkan resipi ikan bawal masak tiga rasa yang ringkas, namun sedap? Jom ikuti resipi yang dikongsikan oleh Yayar B. Awang Noh. Cukup mudah membuatnya. Jom kita cuba.
IKAN BAWAL 3 RASA
BAHAN-BAHAN:
Ikan bawal (dicuci bersih)
BAHAN-BAHAN SOS:
2 batang serai (dihiris nipis)*
1 inci halia* – Boleh beli online di sini
Bawang putih*
**Tumbuk halus ketiga-tiga bahan bertanda (*)
1 labu besar bawang besar (dipotong dadu)
Lada benggala hijau, merah, kuning (dipotong dadu)
Cili kering – Boleh beli online di sini
Sos cili
Sos tomato
Sos tiram – Boleh beli online di sini
Gula
Garam
Perasa Ajinomoto – Boleh beli online di sini
CARA MEMASAK:
Lumurkan ikan bawal dengan kunyit, garam dan perasa Ajinomoto. Kemudian, gorengkan ikan bawal sehingga garing. Dah garing, angkat dan ketepikan.
Untuk sos, tumiskan bahan tumbuk.
Masukkan cili kering kisar.
Kemudian, masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram.
Masukkan pula bawang besar dan lada benggala.
Setelah itu, perasakan dengan gula, garam dan Ajinomoto.
Masak sehingga pekat. Kemudian, curahkan ke atas ikan yang telah siap digoreng.
Nak sedap lagi, taburkan hirisan daun sup.
Selamat mencuba.
Kredit: Yayar B. Awang Noh
[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Resipi Apam Kampung Pandan. Guna Pati Pandan Asli Semerbak Wanginya
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
5 Resipi Popular Ikan Siakap, Salah Satunya Pernah Dapat 52K Share Di Facebook

Ikan siakap dan masakan Thai memang sedap digandingkan bersama. Resipinya sempoi sangat. Bahan pun simple dan mudah je.
Menerusi perkongsian resipi daripada Liza Idris ini, dia penggemar ikan siakap dan masakan Thailand, telah mencuba semua jenis ikan siakap.
IKAN SIAKAP SOS THAI
BAHAN MENUMIS:-
1 biji bawang holland (jika besar guna sebelah je) – beli online di sini
6 ulas bawang putih – beli online di sini
1 batang serai – beli online di sini
1 biji cili besar – beli online di sini
5 @ 10 biji cili padi – beli online di sini
5 helai daun limau purut
2 batang akar ketumbar
(Semua bahan dihiris nipis)
TONTON Kuah Rojak Mi Bersama Zabedah Jambeli
BAHAN SOS:
2 sudu besar sos cili – beli online di sini
2 sudu besar sos tiram – beli online di sini
2 sudu besar sos ikan – beli online di sini
2 inci belacan
Sedikit gula kabung atau gula biasa
1 biji limau kasturi
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
CARA-CARA:
1. Macam biasa, ikan siakap disiang dan dibersihkan. Kemudian, lumurkan ikan dengan garam, kunyit dan tepung jagung.
2. Panaskan minyak, goreng garing. Angkat dan ketepikan dulu.
3. Panaskan minyak, tumis semua bahan yang dicincang tadi. Kacau hingga layu.
4. Letak 2 sudu besar cili kisar. Kacau sebati. Masuk belacan. Masa ni harum semerbak.
5. Letak sos cili, sos tiram, dan sos ikan sekali jalan. Masuk gula. Kacau sampai pecah minyak. Masuk 1 cawan air.
6. Perah 1 biji limau kasturi. Nak guna limau nipis pun boleh. Kacau dan kacau sampai mesra. Tabur daun ketumbar. Ha siap!
SIAKAP PAPRIK ALA THAI
BAHAN DIKISAR KASAR:
6 tangkai cili kering – beli online di sini
8 biji cili padi
7 ulas bawang putih
2 pokok akar ketumbar
TONTON Daging Kerutuk | Dapur Rasa Live
BAHAN LAIN:
1 ekor ikan siakap
½ cawan air asam jawa – beli online di sini
2 sudu besar gula
1 cawan air
3 sudu besar sos ikan – beli online di sini
Daun ketumbar
Garam secukup rasa
Tomato dan cili merah sebagai hiasan
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
CARA-CARA:
1. Ikan siakap saya kelar dari belakang ke depan. Kelar gini isi ikan akan masak sampai ke tulang.
2. Lumurkan ikan dengan garam, kunyit dan tepung jagung.
3. Panaskan minyak dan goreng. Sesekali cedok minyak tu dan simbah atas badan ikan untuk cepat masak. Dah garing angkat dan ketepikan.
4. Panaskan minyak, tumis bahan dikisar kasar. Kacau sampai bahan sedikit garing. Terus masuk 2 sudu besar gula. Kacau sebati. Kalau ada gula kabung lagi sedap tau.
5. Masuk air asam jawa. Kacau dan kacau. Letak pula 3 sudu besar sos ikan. Kacau lagi.
6. Masuk 1 cawan air. Kacau dan biarkan kering sedikit. Tabur daun ketumbar. Perasakan dengan garam. Kalau dah masin tak perlu letak.
7. Siap! Tutup api. Simbah atas ikan siakap yang digoreng tadi. Boleh hias dengan tomato dan taburan daun ketumbar.
IKAN SIAKAP STIM LEMON
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan siakap
1 biji bawang holland
2 batang serai | diketuk
3 biji cili api diketuk
3 inci halia | hiris nipis
1 biji tomato
3 sudu besar sos ikan
1 sudu besar tepung jagung – beli online di sini
1 biji lemon dibahagi dua (separuh hiris nipis, separuh lagi perah jus)
½ kiub ayam
Daun sup & daun bawang
TONTON Danish Cinnamon Cheese
CARA-CARA:
1. Kelar ikan tu dulu, kemudian lumur ikan dengan garam. Sebatang serai selit dalam perut ikan.
2. Tabur halia, bawang putih, bawang holand, cili padi dan keratan batang daun sup/bawang yang keras dalam bekas kukus. Kalau ada daun limau purut letak je.
3. Ambil ikan letak atas taburan bahan tadi. Seterusnya tabur pula bahagian atas ikan supaya seimbang atas dan bawah.
4. Curah sos ikan atas ikan. Curah jus lemon atas ikan dan keliling bekas. Masuk 1 gelas air. Kalau suka banyak kuah lebih pun tak apa.
5. Hancurkan kiub ayam, dan tabur merata dalam bekas. Masuk tepung jagung yang dibancuh keliling bekas. Curah lagi sekali 2 sudu sos ikan.
6. Kukus selama 20 minit. Takda periuk kukus, boleh je rebus dalam periuk biasa. Tak jadi masalah.
7. Ting! Tanda dah 20 minit. Selak sikit isi ikan, kalau tak melekat di tulang, kira dah masak la tu. Lepastu baru hias dengan lemon dan tabur daun sup daun bawang. Kukus lagi 5 minit.
SIAKAP SAMBAL KICAP PEDAS THAI
BAHAN KUAH:
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
3 ke 5 biji cili api
(Kisar je semua bahan di atas)
2 sudu cili kisar
2 sudu cuka
5 sudu kicap biasa
1 sudu maggi cukup rasa
Sedikit sayur kubis & lobak merah
Daun sup & daun ketumbar
CARA-CARA:
1. Bersihkan ikan siakap, kelar serong ke belakang. Lumurkan ikan dengan garam, kunyit dan tepung jagung.
2. Panaskan minyak, goreng ikan yang dah siap dilumur tadi. Angkat dan ketepikan dulu.
3. Panaskan minyak dan tumis sampai kekuningan. Saya guna balik sedikit minyak ikan goreng tadi.
4. Masuk 2 sudu cili kisar. Kacau dan biar cili masak sedikit. Bahasa mudahnya, pecah minyak.
5. Masuk 5 sudu besar kicap. Ikutla nak lebih pun takpa. Letak 2 sudu besar cuka. Kacau dan kacau.
6. Masuk 1 cawan air. Saya letak air dalam pengisar yang ada saki baki bawang tadi. Katanya petua masakan lebih sedap. Masuk bunga kubis dan lobak merah. Kacau dan kacau lagi sampai sayur dah lembut sedikit.
7. Perasakan dengan maggie cukup rasa. Tabur daun bawang dan ketumbar. Kacau dan kacau lagi. Siap! Simbah atas ikan siakap tadi.
8. Tabur lagi daun bawang dan ketumbar sebagai penyeri. Kena cuba tau resipi ni. Dijamin sedap dan punah diet korang.
SIAKAP 3 RASA ALA THAI
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan siakap
1 batang serai
1 biji bawang besar | potong dadu
3 ulas bawang putih | cincang halus
1 inci halia | cincang halus
1 biji cili merah
3 biji cili api
½ biji timun
1 biji tomato
1 potong nenas
4 helai daun limau purut
Sedikit daun sup sebagai hiasan
BAHAN SOS:
3 sudu besar cili kering
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
2 sudu sos tiram
2 sudu sos ikan
CARA-CARA:
1. Bahan simple je. Lupa nak selit sebatang serai dihiris nipis. Sos ikan tu boleh ganti dengan kicap 1 sudu.
2. Lumur ikan dengan garam dulu, kemudian bedakkan dengan tepung jagung. Tepung jagung buat ikan tu lagi rangup.
3. Goreng ikan tu. Pastikan minyak panas betul-betul ye sebelum menggoreng.
4. Sementara ikan digoreng, panaskan kuali sebelah dan tumis bawang putih, halia, bawang merah. Masuk cili besar dan cili api. Lagi banyak cili api lagi padu. Saya letak sikit je sebab tak tahan pedas.
5. Patut tadi tumis sekali serai. Lupa pula. Tak apa masuk je serai dan 3 sudu cili kering. Biar sekejap je bagi cili kering tu masak.
6. Masuk sos cili, tomato dan tiram. Kacau sampai pecah minyak. Masuk 1 cawan air. Kuah dah pekat letak sos ikan. Daun limau purut. Benda ni la yang buat kuah semakin sedap.
7. Masukkan timun. Dah nak masak baru masuk tomato dan nenas. Kuah dah siap. Simbah ke ikan yang digoreng tadi.
Kredit resipi: Liza Idris
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Mudah Betul Nak Buat Bingka Ubi Kayu Karamel Rasa Lemak Manis
Resipi Ringkas Nasi Lemak RM1, Boleh Buat Niaga Kecil-Kecilan
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official: