Oreo Cheesecake Dengan Nutella, Hanya Perlu Kukus Saja

Oreo cheesecake Dengan Nutella. Dengar nama pun dah dapat agak ia pasti akan jadi kesukaan anak-anak. Tentu anak-anak seronok dan bersemangat untuk berpuasa dan berbuka bila dihidangkan dengan makanan yang mereka suka.

Menurut puan Aisyah Humaira yang berkongsi resipi ini, rasa kek ini lemak berkrim dan gebu. Mesti cuba dan cara buat pun senang.Tak perlu oven dan  tak perlu mixer. Mudahkan?

Oreo Cheesecake Dengan Nutella, Hanya Perlu Kukus Saja

Bahan-bahan:

1 paket biskut Oreo

1 botol kecil jem Nutella – boleh beli online di sini

Bahan B (Kisar):

500 gram cream cheese – boleh beli online di sini

1 kotak kecil cooking cream

4 biji telur

3 sudu besar penuh gula – boleh beli online di sini

2-3 sudu besar susu pekat manis

IKLAN

2 sudu besar penuh tepung jagung – boleh beli online di sini

1 sudu besar perahan lemon

**Kisar semua bahan diatas dalam blender hingga sebati dan gebu

Cara Memasak:

Oreo Cheesecake Dengan Nutella, Hanya Perlu Kukus Saja

Masukkan creamcheese ke dalam pengisar. Masukkan juga semua bahan B (bahan kisar) dan kisar hingga gebu.

Oreo Cheesecake Dengan Nutella, Hanya Perlu Kukus Saja

IKLAN

Alas loyang dengan baking paper, tapis dan tuang adunan ke dalam loyan

Tabur biskut oreo yang telah dipatah-patah kecil.

Oreo Cheesecake Dengan Nutella, Hanya Perlu Kukus Saja

Tekan-tekan supaya biskut tenggelam. Tutup dengan Aluminium foil

Kukus selama 30 minit atau sehingga masak

Setelah kek masak, buang kertas lapik tadi dan bolehlah tuang Nutella spread yang telah dicairkan dahulu di dalam macrowave. Sejukkan selama 1jam atau lebih didalam peti sebelum dihidangkan. Siap!

IKLAN

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Resipi Biskut Mazola Tanpa Telur, Sedap Dan Mudah

Resipi Tart Melting Cadbury. Biskut Raya Sedap, Mudah Buat

Biskut Coklat Chip Nestum Rangup Terenak, Boleh Buat Untuk Raya

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI