Roti homemade memang sangat sedap dan membuka selera lebih-lebih lagi jika dimakan panas-panas. Tak susah pun untuk menyediakannnya jika ada resipi dan bahan-bahan yang cukup. Bagi yang tercari-cari resipi Wool Roll Bread, saudari Ida Osman ada kongsikan resipinya. Hasilnya memang lembut dan gebu. Nampak sedap kan? Jom cuba.
BAHAN INTI: Dried cranberries / kranberi kering (empunya resipi guna dried cherry / ceri kering. Inti boleh dipelbagaikan ikut cita rasa)
CARA MEMASAK: 1.Satukan kesemua bahan-bahan doh. Adun dan uli hingga lembut dan elastik. (Sukatan cecair bergantung pada kualiti tepung. Empunya resipi guna telur seberat 60gm tanpa kulit dan sesudu besar lagi susu) 2. Rehatkan doh selama 1 jam atau hingga adunan doh menjadi kembang. 3. Bahagikan doh kepada 5 bahagian. 4. Canai 1 bahagian doh. Kelar-kelar hujung doh untuk mendapatkan efek bergaris-garis. Letak juga inti dengan secukupnya.
5. Gulung doh kemudian susun dalam loyang bersaiz 20cm yang telah diglis dengan mentega.
6. Rehat doh sekali lagi selama 1 jam. 7. Sapu susu pada permukaan doh. Bakar pada suhu 170C selama 17-20 minit atau bergantung pada oven masing-masing.
Ni dia resepi kuih serabai yang lembut dan sedap dimakan. Dahlah tu siap pula dengan cara-cara membuat kuah kastan pandannya. Memang terbaiklah dihidang untuk sarapan dan minum petang. Nilah gandingan paling terangkat sedapnya.
Kuih serabai ni lembut da gebu aje sebab ada menggunakan yis. Jangan lupa tepung beras dan nasi. Ni tak payah pening-pening follow aje resipi yang dikongsikan Umi Watie ini.
KUIH SERABAI BAHAN-BAHAN:
Bahan-bahan apam serabai:
2 cawan tepung beras
½ cawan nasi
½ cawan santan
1 ½ cawan air
2 sudu makan gula
Sedikit garam
1 sudu teh yis
Bahan-bahan kuah kastard pandan :
20 gm tepung gandum
35 gm gula halus
150 santan kotak
70 gm air + 2 helai daun pandan (dikisar)
1 biji kuning telur saiz A
1 tsp pewarna hijau
CARA MEMASAK : 1. Kisar semua bahan-bahan sampai hancur. Lepas tu perap selama 1 jam. Mudah sangat kan?
2. Empunya resipi Umi guna kuali anti lekat. Buat comel-comel memang cun. Nampak bersarang ni kira dah jadi lah.
3. Untuk membuat kuah kastad, satukan semua bahan dan whisk kan semua bahan-bahan.
4. Selalu kacau dengan api kecil ya. Barulah adunan tak hangit atau berketul.
Dah beli daging tapi masih mencari idea nak masak apa. Dah tak payah susah-susah ikut aje 4 idea resipi yang gerenti enak ni.
Penulis buku masakan Azian Hasan ada resipi sedap yang mudah dimasak. Sedap dibawa berbuka nih.
1.DAGING STROGANOFF
BAHAN-BAHANNYA :
1 biji bawang holland | dipotong dadu
1 ulas bawang putih | dicincang halus
3 cendawan butang | dihiris nipis
3 sudu makan cuka epal (cider)
3 sudu makan mentega
500 gm daging batang pinang | dipotong memanjang
1 cawan krim
1 cawan susu segar
1 sudu teh pasli kering
1 sudu teh serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
CARA MEMASAKNYA :
Panaskan dan cairkan mentega dan masukkan bawang holland dan bawang putih.
Masak sehingga wangi. Angkat dan ketepikan.
Masukkan cendawan butang dan masak selama 2-3 minit. Angkat dan ketepikan.
Masukkan daging dan masak sehingga daging keperangan.
Masukkan epal cider dan sedikit air dan biarkan ianya mendidih.
Masukkan serbuk lada hitam, pasli, garam,susu segar dan krim
Renehkan sebentar sehingga kuahnya pekat.
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 25 hingga 30 minit
Cara memasak : Tumis dan reneh
Jenis masakan : Sajian Tradisional Russia
Keistimewaan : Daging berjus dengan rasa lemak berkrim
INFO CHEF : Gunakan daging segar yang mempunyai sedikit lemak untuk rasa lebih enak. Sajian tradisional Russia ini sudah wujud sejak abad ke 19 dan amat popular di seluruh dunia.
2. STEW DAGING
BAHAN-BAHAN :
500gm daging batang pinang | dipotong saiz 3 sm
1 biji bawang holland | dipotong dadu
100gm mentega
3 sudu makan tepung gandum
2 biji lobak merah | dipotong membulat tebal
2 batang saderi | dipotong pendek
3 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh thyme
1 sudu teh rosemary
3 helai daun bay
Garam secukup rasa
Air secukupnya
CARA MEMASAK :
Panaskan kuali dan cairkan mentega
Masukkan bawang holland dan masak setakat ianya layu.
Masukkan tepung dan kacau sehingga warnanya menjadi keperangan.
Tuangkan air sedikit demi sedikit
Ulang langkah ini selama 3 kali dan akhir sekali tuangkan air mengikut kesesuaian.
Masukkan kesemua bahan-bahan lain dan reneh sehingga daging lembut.
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 30 minit
Cara memasak : Tumis dan reneh
Jenis masakan : Sajian barat
Keistimewaan : Sajian stew bertambah lazat, bila dihangatkan dari lauk semalaman.
INFO CHEF : Enak dimakan bersama roti. Anda juga boleh menambahkan kentang, cendawan dan kacang pis hijau ikut rasa yang anda gemari.
3. NASI KARI DAGING
BAHAN-BAHAN :
1/2kg daging | dipotong besar dan direbus sehingga lembut, simpan airnya)
3 cawan beras biasa
4 cawan air rebusan daging
2 labu bawang merah besar | dihiris halus
2 ulas bawang putih | dihiris halus
1.5 sm halia | dihiris halus
2 sm kulit kayu manis
1-2 kuntum bunga lawang
3 sudu makan mentega
3 sudu makan minyak masak
3 sudu besar rempah kari daging | campurkan sedikit air,jadikan pes
1 sudu makan serbuk cili
2 sudu makan tomato puri
2 biji tomato | dipotong dadu
1 ikat daun ketumbar | secekak, dihiris halus
Garam secukup rasa
CARA MEMASAKNYA :
Panaskan minyak dan mentega
Tumis, bawang merah, bawang putih, halia, kulit kayu manis dan bunga lawang sehingga wangi
Masukkan rempah kari daging dan serbuk cili yang sudah dibancuh dengan air dan dijadikan pes. Masak sehingga rempah garing
Masukkan daging, air daging, tomato puri, garam dan masak sehingga mendidih
Masukkan beras, tomato dan daun ketumbar.
Apabila masak gaulkan sekata.
Saiz hidangan : 6 orang
Waktu memasak : 35 minit
Cara memasak : Tumis dan didih
Jenis masakan : Sajian Nasi
Keistimewaan : Hidangan nasi berdaging dengan diperkayakan rempah ratus
INFO : Nasi kari daging ini adalah sajian fusion India dan Melayu . Diinspirasikan dari masakan India tapi menepati citarasa dan selera Melayu
4. DAGING SELASIH
BAHAN-BAHAN :
250gm daging cincang
4 biji cili merah | dihiris halus
4 biji cili padi| ditumbuk
5 ulas bawang putih | ditumbuk
2 sudu makan kicap cair
2 sudu makan sos ikan
2 sudu makan sos tiram
3 sudu makan minyak masak
2 genggam daun selasih
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
Tumbuk cili merah, cili padi dan bawang putih.
Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan-bahan yang ditumbuk tadi.
Masak sehingga cili garing.
Masukkan daging cincang dan masak sehingga daging empuk dan masak,
Masukkan sos ikan, kicap cair dan sos tiram. Kacau sebati.
Perasakan dengan garam.
Masukkan daun selasih dan gaul kan kesemuanya.
Tutup api dan bolehlah dihidangkan.
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 20 minit
Cara memasak : Tumis dan kacau goreng
Jenis masakan : Sajian Nasi, masakan pengaruh Thai
Keistimewaan : Keunikan rasa yang sedap dibangkitkan oleh daun selasih
INFO CHEF : Daun selasih atau dikenali dengan daun kemangi , sering digunakan sebagai penyedap makanan dalam sajian atau lauk bagi membangkitkan aroma hidangan yang disediakan.
Tercari-cari resipi MakaroniKeju Bakar yang sangat sedap tapi mudah untuk dihasilkan. Resipi perkongsian saudari Abby Razi ni antara yang terbaik untuk dicuba. Sesuai dijadikan sajian makan malam atau dihidangkan di sebarang majlis keraian.
RESIPI MAKARONI KEJU BAKAR
BAHAN-BAHAN:
200gm makaroni
1/2 cawan keju Parmesan cheese | diparut
BAHAN SOS PUTIH:
1/4 cawan mentega
2 cawan keju Cheddar | dicincang
3 cawan susu penuh krim/susu segar
2 1/2 sudu makan tepung serbaguna
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
Garam sebagai perasa
BAHAN SOS MERAH:
Sedikit mentega untuk menumis
1 biji bawang besar Holland | dipotong dadu
1/2 cawan daging cincang
1 cawan tomato ceri | dikisar
1/2 cawan cendawan butang | dihiris halus
2 sudu makan sos tomato
2 sudu makan sos cili
CARA MEMASAK:
1. Untuk menyediakan sos putih, cairkan mentega di dalam kuali. Masukkan tepung gandum. Kacau sehingga menghasilkan roux.
2. Masukkan susu dan kacau sehingga sebati. Tambahkan keju. Masak guna api yang perlahan dan kacau sehingga keju cair semuanya.
3. Masukkan lada hitam dan sedikit garam. Kacau rata dan ketepikan.
4. Bagi menyediakan kuah merah, cairkan mentega dan tumis bawang sehingga kuning.
5. Masukkan tomato ceri dan daging cincang. Kacau hingga daging masak.
6. Tambahkan sos cili, sos tomato, garam dan lada sulah secukupnya. Masukkan juga cendawan. Kacau hingga semua bahan masak dan sebati.
7. Untuk menyediakan Makaroni Keju Bakar, masak makaroni mengikut langkah-langkah yang dinyatakan pada bungkusan. Kemudian, toskan dengan air sejuk untuk mengelakkan ia terlebih masak.
8. Sapukan mentega pada loyang kemudian masukkan makaroni dan kuah putih. Gaul hingga rata.
9. Tabur keju parmesan dan tuang kuah merah diatasnya. Ratakan. Tabur lagi keju parmesan dipermukaan.
10. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 175C selama 30 minit.
Kadang-kadang bila badan penat, mood nak masak tu ada, tapi malas sangat nak keluar beli barang. Jangan risau, dapur kita sebenarnya penuh dengan bahan ‘tersembunyi’ yang boleh jadi menu sedap.