Dekat Shah Alam dah ada Chicken Royale. Korang yang suka menikmati ayam bersama sos peri-peri, wajib singgah ke sini. Dengarnya ramai yang suka datang ke sini sebab portion besar dan dah tentu sedap menunya.
Outlet ke enam di Shah Alam tampil dengan desain ala-ala hipster. Sesuai untuk family dan remaja,santai dan selesa.
Krew Makan Di Mana sempat merasa menu killer di sini. Memang besar portionnya. Pendek kata memang puas makan dan boleh kongsi makan dengan yang tersayang.
Set Bersiong
Ads
Antara menu yang kami cuba ialah Set Bersiong. Menu best seller kat Chicken Royale. Cheese panas-panas sekuali dicurah atas Set Bersiong ni. Sesuai dimakan 4-5 orang. Tip nak makan set ni, lepas cheese dituang atas side dish,korang terus tarik cheese waktu panas-panas. Jangan biarkan lama nanti tak syok.
Set ni dihidangkan dalam talam besar dan didalamnya ada Ayam Peri-Peri,Nasi arab ,nugget,fries,wedges,sayur & sos yogurt,sos peri-peri,sos nachos &sos cili.Siapa craving cheese wajib ambil set ni.
Parameswara Special
Saiz burger ni sangat besar, Pastikan perut sedia nak terima. Boleh juga dikongsi bersama teman.
Ads
Di dalamnya ada ayam dan hirisan daging itik salai. Lain macam sedapnya.
Nasi Teja (Ayam PeriPeri)
Nasi Basmathi Berempah dihidangkan dengan Ayam Peri Peri ,Salad Timun bersalut Yogurt dan Sos Peri Peri.
Nasi Teja ni , dibuat menggunakan beras basmathi yang dimasak dengan rempah nasi arab. Tapi bukan nasi arab, bukan nasi beriani tapi nasi ciptaan pemiliknya sendiri. Lauknya ialah ayam Peri Peri panggang dan ada Salad Timun bersama Sos Youghurt. Sos tu memang rare sebab resipi oleh pemilik sendiri. Tak lupa ada Sos Peri Peri .
Ads
Pendek kata makan di sini, gerenti kenyang dan jika tak habis boleh dibawa pulang. Bolehlah datang nanti merasai keenakan menu di sini.
Ada nampak mami senyum? Ini. Soalan paling popular dan viral di kalangan rakyat Malaysia setelah menonton video Baby Shima salah seorang peserta dari Malaysia yang dimarah oleh Mas Idayu dalam satu pertandingan nyanyian di indonesia. Insiden itu secara tidak langsung menjadikan Baby Shima terkenal di dua negara Malaysia dan Indonesia.
Tinggalkan cerita atas pentas pertandingan itu kerana di Indonesia Baby Shima telah mencuba makan di sebuah warung yang terkenal menyajikan indomie dengan tahap kepedasan maksimanya dimasak dengan 150 biji cili.
Warung Indomie dan Jakarta di waktu malam memang tak terpisahkan. Pekerja yang pulang larut malam atau pelajar-pelajar universiti mengerjakan tugas biasanya memilih makan Indomie melepaskan rasa lapar. Selain lebih murah dan jimat.
Salah satu warung Indomie yang menjadi tumpuan penggemar Indomie adalah Warung Abang Adek yang terletak di Jalan Mandala Utara Nomor 8, Grogol Petamburan, Jakarta Barat. Warung Abang Adek tak jauh beza dengan warung Indomie pinggir jalan lainnya. Hanya, warung ini terkenal dengan menu Indomie dengan tingkat kepedasan hingga 5 level.
Menurut Timus, ketua tukang masak Warung Abang Adek sekaligus adik dari pemilik Warung Abang Adek. Tingkat kepedasan ini tergantung dari jumlah cabai yang digunakan. Level pertama adalah Indomie Pedas yang memakai 20 cabai. Level berikutnya Indomie Pedas Biasa dengan 25 cabai.
Indomie Garuk, yang merupakan level ketiga dan paling banyak dipesan, memakai 75 cabai. Timus menjelaskan, nama Garuk dipakai kerana tahap pedasnya, pengunjung sampai garu kepala untuk menghabiskan Indomie Garuk.
Namun, Indomie Garuk belum ada apa-apanya. Indomie Gila di level keempat menggunakan 100 cabai. Belum merasa pedas juga? Cuba saja level paling tinggi, Indomie Pedas Mampus dengan 150 cabai.
“Indomie Pedas Mampus memakai seperempat kilogram cabai,” jelas Timus .
Ada dua jenis mi yang bolehj dipilih, iaitu Indomie Rebus atau Indomie Goreng, tetapi pengunjung lebih banyak memesan Indomie Goreng. Cara pembuatan Indomie Goreng ala Warung Abang Adek ini pertama-tama, cabai digiling sampai halus. Sementara itu, Indomie Goreng dimasak seperti biasa. Indomie kemudian digaul-gaul dalam cabai yang telah halus.
Salah satu pekerja yang bertugas mengaul cabai mengaku tangannya selalu panas kerana pedas walaupun sudah biasa dengan tugas itu. Boleh dibayangkan betapa pedasnya Indomie ini. Sekilas, isi pinggan hanya nampak cabainya sahaja dengan warna merah menyala dan aroma pedas menyengat.
DIBUKA SEJAK 1995 DAN TERUS MENJADI TUMPUAN RAMAI
Warung Abang Adek ini sudah buka sejak 1995. Namun, nama-nama Pedas Mampus, Garuk, dan yang lainnya itu baru ada sejak dua tahun lalu.Menurut pemiliknya semua nama itu diberikan oleh pelanggan.
Indomie Pedas Mampus ini muncul dari permintaan Gugun Gondrong. “Dulu Gugun Gondrong hampir setiap hari datang ke sini,” cerita Sartono. Sampai suatu hari, Gugun Gondrong minta dibuatkan Indomie yang pedas mampus. Tapi saat dihidangkan, Gugun tidak memakannya dan mencabar siapa yang berani makan sampai habis akan diberi uang Rp 100.000 “Ada pekerja penjaga pakir dengar dan dia makan sampai habis,” kata Sartono.
PEMILIKNYA PUN TAK PERNAH CUBA LEVEL PEDAS TAHAN TINGGI TU
Sejak itu banyak yang memesan Indomie Pedas Mampus dan kemudian muncul level pedas lainnya. Menurut Sartono, lebih banyak pelanggan perempuan yang memesan Indomie Pedas Mampus daripada lelaki
Menggunakan jumlah cili yang banyak, harga cili yang mahal mendatangkan masalah juga kepada pemilik warung ini. Dia terpaksa menaikkan harga untuk Garuk, Gila, dan Pedas Mampus. Tetapi saat harga turun, Sartono juga menurunkan harganya kepada harga asal.
Warung Abang Adek ini dibuka dari pukul empat petang sampai empat pagi. Indomie yang dipesan bioleh ditambah dengan telur ceplok, kornet, dan keju. Harga Indomie Pedas Mampus kosong Rp 7.000. Harganya menjadi Rp 12.000 jika ditambah kornet.
Sartono sendiri belum pernah mencoba Indomie Super Pedas andalan warungnya. “Saya tidak berani pedas,” beritahunya.
Selain Indomie pedas, Warung Abang Adek juga menjual menu lain, seperti ayam goreng dan ikan. Jika Anda mencari warung ini, jangan bertanya di mana Warung Abang Adek. Tapi bertanyalah, “Di mana warung pedas mampus”. Ya, warung ini lebih dikenal dengan nama Pedas Mampus daripada Abang Adek.
Sumber: Compas.com
Klik video ini kalau nak tengok reaksi Baby Shima Makan Indomie dengan 100 cili / cabe rawit.
https://youtu.be/ooF4hegAedo
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Bagi anda yang mencari port makan dalam suasana yang santai, kunjungan ke Restoran White & Black Lakeside Tasik Titiwangsa pasti tidak mengecewakan. Sejak dibuka pada 15 Januari lalu, restoran ini menjadi tarikan kepada peminatnya yang inginkan suasana damai walaupun berada dalam kesibukan kota.
White & Black Lakeside Titiwangsa ini sememangnya menjadi pelengkap dan ruang terbaik untuk menikmati keindahan taman tasik yang terletak di tengah-tengah bandar.
Ketua Pegawai Eksekutif MFJ Group Holding, Mohd Firdaus Jamaluddin berkata, pembukaan restoran ni sejajar dengan perancangan pihaknya untuk memperluaskan lagi jenama tersebut.
Menurut beliau, pertambahan satu lagi cawangan itu merupakan petunjuk positif pada aliran perniagaan premis makanan tersebut walaupun perancangan tertangguh disebabkan pandemik Covid-19.
“Cawangan pertama kami berkonsepkan kabin dan kali ini kami membawa konsep pemandangan di tepi tasik dan visi dan misi saya adalah setiap cawangan restoran ini membawa konsep yang berbeza.
“Insya-Allah konsep seterusnya akan menampilkan White & Black Terminal iaitu berkonsepkan bas dan Insya-Allah saya akan bangunkannya dengan menggunakan bas yang akan dilancarkan di Negeri Sembilan,”katanya.
Pembukaan restoran itu hari ini, dirasmikan oleh Timbalan Menteri Wilayah, Yang Berbahagia Datuk Seri Jalaluddin Bin Alias.
White & Black Lakeside Tasik Titiwangsa merupakan sebuah restoran berasaskan makanan barat namun turut menampilkan menu istimewanya ‘Asam Pedas Salmon’ dengan menggunakan resipi tersendiri yang pastinya unik dan perlu dicuba oleh pelanggannya.
Menyentuh soal harga, katanya, pelanggan tidak perlu bimbang kerana restoran itu menawarkan pelbagai variasi menu bermula pada harga yang paling rendah hinggalah pada harga berpatutan.
“Sesiapa sahaja boleh datang makan di restoran berkonsepkan tasik ini yang menawarkan keadaan yang rileks dan santai. Pada mereka yang biasa makan makanan barat terutamanya boleh membezakan hidangan yang disajikan di sini.
“Pelanggan boleh melihat menu dan harganya, jadi tidak timbul tanggapan White & Black Lakeside Tasik Titiwangsa hanya untuk golongan berada sahaja, sebaliknya ia untuk semua peringkat pelanggan.
Waktu operasi bermula 10.30 pagi hingga 10.00 malam dan disebabkan permintaan tinggi pada hari Selasa hingga Jumaat orang ramai boleh membuat tempahan dahulu sama ada di Facebook White & Black Lakeside Titiwangsa KL dan Instagram White_blacktitiwangsa dan menghubungi pengurus kafe, Encik Putra.
Bagi peminat kacang pool, anda wajib cuba menu ini yang dihidangkan di Bunch Oh, Malakat Mall. Memang sedap sama macam resipi original dari Johor.
Siapa tak kenal kacang pool, anda sememangnya rugi. Pada asalnya, makanan yang dinamakan kacang pool ini dibawa masuk orang orang Arab ke sini. Menu ni menarik perhatian penduduk setempat. Sebabnya resipinya sangat menarik selera.
Kacang pool dimasak dengan daging cencang dan juga sejenis kacang yang dinamakan kacang pool atau dipanggil foul medammas.
Setiap negeri di Malaysia mempunyai hidangan unik yang dapat dinikmati untuk sarapan. Samalah juga dengan negeri di selatan ini. Memang agak susah untuk dapatkan kacang pool yang sedap di tengah ibu kota.
Di Bunch Oh, menu kacang pool yang dihidangkan memang terbaik. Kacang pool dihidang dengan telur mata, bawang besar yang dipotong dadu. Kemudian dilengkapi bersama limau kasturi dan cili hijau. Bukan sahaja boleh dimakan ketika sarapan tapi tetap sesuai juga dimakan ketika minum petang.
Jom cuba makan kacang pool di Bunch Oh, Malakat Mall Cyberjaya! Boleh juga untuk dibungkus. Tetap segar.
Manok Pansoh ialah hidangan tradisi Sarawak yang dimasak di dalam buluh bersama herba tempatan. Ketahui keunikan, sejarah, cara memasak dan mengapa ia menjadi menu wajib ketika Hari Gawai Dayak.