1. Potong pisang. Campurkan bersama serbuk kopi, gula dan telur. Kisar hingga sebati. 2. Masukkan minyak, kisar hingga sekata. Kemudian, masukkan tepung gandum, baking powder dan baking soda yang telah diayak bersama, masukkan sedikit demi sedikit berselang seli dengan susu segar/cair. Kisar sebentar hingga sebati.
3. Panaskan kuali yang telah disapukan sedikit minyak. Tuangkan 1/4 adunan pancake ke dalam kuali. 4. Masak sehingga keperangan di kedua-dua bahagian pancake. Angkat. Ulang lagi langkah yang sama sehingga habis adunan.
1. Campurkan semua bahan, kacau sebati. Masak dengan api perlahan sehingga pekat dan meruap-ruap. 2. Biarkan suam, kemudian bolehlah dilepakan pada pancake, susun bertingkat. Jika nak guna whipping cream yang diputar hingga kental pun boleh.
Dah malam malam gini tetiba rasa lapar pulak. Kalau dapat goreng nasi guna nasi baki tengah hari tadi sedap ni. Boleh makan sambil tengok tv..nyum..nyum.
Penggemar makanan pedas boleh cuba resipii nasi goreng yang ringkas. Makan ketika masih panas buat lagi teruja makan nasi goreng sotong pedas ini.
NASI GORENG SOTONG PEDAS
BAHAN-BAHAN:
Nasi putih (1 pinggan penuh)
BAHAN TUMIS:
1 biji lada merah
8 biji cili padi (tidak suka pedas kurangkan)
3 biji bawang (sederhana)
2 biji bawang putih
1/2 inci belacan
Sedikit ikan bilis (goreng ketepikan)
1-2 ekor Sotong (dipotong)
Kacang, lobak merah (atau sayur-sayur lain kegemaran anda)
Kicap manis
Kicap sotong
1 biji telur
Garam & perasa
Minyak
CARA MEMASAK:
Tumbuk lada merah, cili padi, bawang merah, bawang putih, belacan & masukkan sekali ikan bilis yang telah digoreng tadi (tumbuk jangan hancur sangat bahan tadi)
Panaskan sedikit minyak. Masukkan bahan tumbuk tadi goreng sekejap.
Masukkan sayur kacang panjang, lobak merah dan sotong.
Gaul rata dengan api sederhana. Masukkan kicap sotong dan kicap manis (sukatan agak-agak secukup rasa)
Pecahkan telur gaul rata dengan bahan tumisan tadi & masukkan nasi.
Kacau dan rasa jika tawar letaklah sedikit garam.
Goreng dalam 2 ke 3 minit &dan boleh tutup api. Sedia untuk dimakan.
INFO:
Boleh tukar berapa banyak kandungan cili padi yang anda suka. Ikut tahap kepedasan anda.
Boleh makan bersama ulam seperti timun, salad atau tomato.
Buat yang kering idea atau baru ‘bermesra’ dengan dapur, anda boleh memilih untuk menghidangkan variasi jenis sup yang tidak mengambil masa yang lama, mudah dan pastinya enak! Sup-sup ini bukan hanya boleh dinikmati dengan nasi tetapi juga dengan aneka mi. Nak cuba?Ini Rasa kongsikan tujuh jenis sup mudah yang korang boleh buat sendiri.
SUP DAGING
BAHAN-BAHAN:
1 kg daging | direbus seketika bersama 2 helai daun pandan
3-4 biji cili padi
1 kiub pati daging
1 sudu kecil garam
Sedikit daun ketumbar
Sedikit daun bawang
1 sudu kecil lada hitam | ditumbuk kasar
BAHAN TUMIS:
4 sudu makan rempah sup
100gm bawang kecil | dikisar halus
30gm bawang putih | dikisar halus
50gm halia | dikisar halus
2 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
Sedikit bunga cengkih dan buah pelaga
CARA MEMASAK:
Tumiskan bahan kisar bersama rempah sup, kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga sehingga garing.
Kemudian masukkan bahan tumisan ke dalam air rebusan daging. Masukkan pula bancuhan tepung dhal, cili padi, lada hitam beserta daun ketumbar.
Perasakan secukupnya dan biarkan mendidih.
Setelah mendidih, taburkan daun bawang dan tutup api.
SUP ISI KETAM
BAHAN-BAHAN:
1 tin jagung manis
2 biji telur
200gm isi ketam | dicarik halus
1000ml air
1 sudu besar tepung jagung | dibancuh dengan sedikit air
1 kiub pati ayam
½ sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
CARA MEMASAK:
Didihkan air dalam periuk bersama kiub pati ayam. Setelah kiub pati ayam larut, masukkan isi ketam dan jagung manis. Biarkan hingga mendidih.
Masukkan garam dan gula.
Pecahkan telur dalam mangkuk yang berlainan. Masukkan telur sedikit demi sedikit ke dalam sup. Kacau sentiasa untuk memastikan telur hancur dan tidak berketul.
Masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air. Setelah mendidih, matikan api.
SUP AYAM
BAHAN-BAHAN:
1/4 ekor ayam | dipotong kecil
1 batang serai | dititik
2sm lengkuas | dititik
1 batang saleri | dipotong serong
1 biji tomato | dipotong empat
1 batang akar daun ketumbar
3-4 biji cili padi | dipotong
½ biji limau nipis
1biji bawang besar | dihiris
2 ulas bawang merah | dikisar
1 ulas bawang putih | dikisar
Sedikit sos ikan
1 sudu besar serbuk ketumbar
1/2 sudu besar serbuk jintan manis
1/2 sudu besar serbuk jintan putih
Air secukupnya
Garam dan serbuk perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak untuk menumis. Tumiskan bahan kisar sehingga harum.
Masukkan sekali cili padi, lengkuas, serai, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis dan serbuk jintan putih sehingga agak pecah minyak sedikit.
Kemudian masukkan air secukupnya dan masukkan ayam. Biarkan seketika sehingga ayam masak.
Seterusnya, masukkan batang saleri, tomato dan akar ketumbar. Perasakan secukupnya.
Akhir sekali, perahkan jus limau nipis dan tutup api.
SUP IKAN IKAN MERAH
BAHAN-BAHAN:
5-6 keping isi ikan merah
1 batang serai | dititik
2sm lengkuas | diketuk
5 helai daun limau purut
2 helai daun pandan | disimpul
3 biji bawang merah | dihiris halus
2 ulas bawang putih | dihiris halus
3-4 sudu besar perahan limau nipis
1 kiub pati ikan
5 biji cili api | dipotong serong
1 liter air
Garam secukup rasa
Sedikit daun bawang
1 tangkai daun ketumbar
Minyak bagi menumis
Sedikit bawang goreng
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak. Kemudian tumiskan bawang merah, bawang putih, lengkuas, serai, cili api, daun limau purut, dan daun pandan sehingga wangi.
Masukkan air secukupnya dan biarkan mendidih.
Kemudian masukkan ikan dan masak dengan api yang sederhana. Tambahkan garam dan sedikit pati ikan. Tutup api.
Taburkan daun ketumbar dan bawang goreng sebelum dinikmati.
SUP BEBOLA DAGING
BAHAN-BAHAN:
500gm bebola daging
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih | dimayang
2sm halia | dihiris halus
1/2 batang saderi | dipotong halus
3-4 biji cili padi | dihiris halus
1 sudu besar lada hitam | ditumbuk kasar
1 sudu kecil lada sulah
1 sudu besar pati ayam
1 sudu kecil garam
Air secukupnya
Sedikit daun bawang
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Tumiskan bawang merah, bawang putih, cili padi dan halia. Kemudian masukkan air.
Sebaik air mendidih, masukkan lada hitam, ladu sulah dan bebola daging.
Perasakan dengan pati ayam dan garam kemudian masukkan saderi.
Biar mendidih seketika dan taburkan daun bawang. Sedia dihidang.
SUP TELUR GOYANG DAN SUHUN
BAHAN-BAHAN:
1 biji bawang besar | dikisar
3 ulas bawang putih | dikisar
2sm halia | dikisar
2 biji telur
100gm kacang pea
100gm sawi bak choy
2 biji tomato | dipotong empat
50gm suhun
30gm sayur fucuk
2 sudu besar pati ayam
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil lada hitam kasar
Air secukupnya
2 sudu besar minyak
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau.
Kemudian masukkan air dan biarkan mereneh.
Seterusnya masukkan kacang pea, sawi bak choy dan tomato.
Apabila mendidih, segera masukkan suhun dan sayur fucuk ke dalam sup.
Perasakan secukupnya dengan garam, pati ayam dan lada hitam.
Pecahkan telur dan biarkan masak. Sedia dimakan.
SUP EKOR SPECIAL
BAHAN-BAHAN:
400gm ekor | bersihkan dan rebus ¾ masak
400ml air rebusan ekor
1 biji tomato | belah 4
1 batang saderi | potong
1 batang serai | titik
5 tangkai cili padi | ketuk
1 keping asam gelugur
2 inci lengkuas
1 bungkus sup bunjut
Garam dan serbuk perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
Masukkan air rebusan ekor tadi ke dalam periuk dan didihkan.
Masukkan kesemua bahan di atas kecuali ekor.
Biarkan kuah sup mendidih seketika dan masukkan ekor dan tutup api.
Angkat dan sedia dinikmati panas.
Info chef: Ekor direbus dahulu supaya ia lebih empuk.
Hari minggu ni ada request nak makan special. Jadi kita buatlah masakan istimewa iaitu nasi briyani simple lengkap dengan daging masak kandar. Kalau biasa makan di kedai dengan menu ini, boleh buatnya sendiri secara homemade.
RESIPI NASI BRIYANI SIMPLE Bahan-bahan: 1 kg beras basmathi, rendam 1/2 jam dan sejatkan 1 sudu besar minyak sapi 5 sudu besar marjerin planta ( atau apa-apa marjerin pun boleh) 3/4 tin susu cair 1 biji bawang besar, dimayang halus 3 ulas bawang merah* 5 ulas bawang putih* 2 inci halia*(*dikisar halus) 1 batang kayu manis 3 kuntum bunga lawang 5 kuntum bunga cengkih 3 biji buah pelaga 3 helai daun pandan, siat dan simpulkan Segenggam daun ketumbar ( optional) Segenggam bawang goreng 1/2 cawan gajus 1/2 cawan kismis Secubit safron direndam dalam sedikit air panas (kalau tak ada boleh guna pewarna kuning biasa) 2 kiub ayam maggi Garam secukup rasa 2 sudu besar rempah beriani – bancuh dengan sedikit air Air mengikut sukatan beras basmathi yg anda guna – biasanya air kena lebih sikit kalau saya masak.Lebih kurang sukatannya 1:1.5
Cara memasak: 1.Panaskan minyak sapi dan planta dalam kuali. 2.Masukkan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga diikuti dengan daun pandan dan bahan-bahan kisar bersama rempah beriani tadi.Tumis hingga wangi. 3.Masukkan gajus dan masak hingga gajus perang. 4.Masukkan kismis.Kacau rata. 5.Tuang air mengikut sukatan beras dan susu cair.Masukkan kiub ayam dan garam (secukup rasa).Biarkan mendidih. 6.Tuang ke dalam rice cooker dan masukkan beras, kemudian masak seperti biasa.Masak hingga nasi kering. 7.Dengan menggunakan batang sudu buat beberapa lubang pada nasi tadi dan tuangkan safron atau pewarna kuning.. Masukkan juga daun ketumbar dan bawang goreng. 8.Tutup tudung periuk dan biar nasi betul-betul masak. 9.Bila nasi betul-betul masak, gaul nasi perlahan-lahan sekadar meratakan bahan-bahan tabur tadi dan juga jus saffron atau pewarna kuning.Jangan terlebih gaul nanti nasi akan patah-patah.Seeloknya gunakan chop stick atau garfu.. Bolehlah dihidangkan bersama lauk-lauk sampingan seperti kari daging,dalca,ayam masak merah, pajeri nenas,pencuk nenas,acar timun atau acar buah dan kurma ayam atau daging atau mengikut selera masing-masing.
Daging Masak Kandar Bahan-bahan: 1 kilo daging 20 ulas bawang kecil( dihiris) Bahan yang perlu dibasuh dan direndam sampai kembang:- 1 sudu besar jintan putih 1 sudu besar jintan manis 1 batang kulit kayu manis 4 kuntum bunga lawang 7 buah pelaga 10 kuntum bunga cengkih 15 tangkai cili kering-direbus-BELI ONLINE DI SINI 2 labu bawang besar 1/2 labu bawang putih 2 inci halia(kesemua ini dikisar bersama bahan yang direndam di atas) ***bahan-bahan yang direndam itu, nanti airnya dikisar sekali.Jangan buang airnya. 1 cawan sos tomato-BELI ONLINE DI SINI 1 cawan kicap pekat 2 sudu besar kerisik-BELI ONLINE DI SINI 4-5 tangkai daun kari gula, garam, kiub ayam/ daging
Cara memasak: 1.Tumis bawang, hiris dan daun kari hingga kekuningan. 2.Masukkan bahan-bahan kisar, tumis hingga garing masukkan daging.Kecilkan api biarkan sehingga air daging hampir kering dan hampir lembut.Masukkan kicap, sos tomato, kerisik, gula, garam, kiub dan masak sehingga kering. 3.Kalau suka boleh ditambah bawang besar yang dipotong bulat masukkan di akhir sekali. 4.Kalau gunakan ayam, goreng dahulu tapi jangan terlalu garing. 5.Gula itu lebih sedap jika gunakan gula Melaka asli kalau kurang manis baru tambah gula putih.
Kredit: Adnil san
INGIN MEMBELI HOME APPLIANCES, BOLEH LIHAT DI SINI.