Hidangan Mee Kicap bersama sup wantan ni memang best. Nampak sempoi je tapi rasanya memang luar biasa. Jom cuba resipi perkongsian saudari AliyaFarhanaChomeyy. Pasti puas hati.
BAHAN-BAHAN:
BAHAN WANTAN:
Ads
Kulit wantan segera (beli di pasaraya)
2 keping dada ayam (dicincang. Boleh ganti dengan isi udang cincang).
1/2 biji bawang holand |diracik
Sedikit lobak merah | diracik
1 sudu kecil lada sulah
1 sudu kecil tepung jagung
1 sudu besar minyak bawang putih
1 sudu kecil garam
Sedikit daun bawang | diracik halus
CARA-CARA:
1. Gaulkan semua bahan di atas sampai sebati.
2. Ambil kulit wantan, letakkan isi ayam yang digaul tadi di tengah-tengah kulit wantan.
3. Letakkan sedikit air dikeliling kulit wantan dan bunjutkan. Buatkan juga wantan bersaiz tiga segi.
4. Panaskan minyak dan goreng wantan yang dibunjut tadi hingga garing. Wantan yang berbentuk 3 segi dikukus hingga masak. .
BAHAN SUP WANTAN:
Ads
2 gelas air (boleh lebihkan jika mahu banyak kuah)
Tulang ayam (lebihan dari dada ayam tadi)
Bebola ikan
1 sudu teh pati ayam
1 sudu teh lada sulah
1cm halia | dihiris nipis
2 sudu makan minyak bawang putih
Garam cukup rasa
CARA-CARA:
1. Masak semua bahan di atas sampai didih (kecuali bebola dan wantan).
2. Akhir sekali baru masukkan bebola & wantan. Biar mendidih sekali lagi. Padamkan api.
BAHAN MEE KICAP:
Ads
1 paket mee wantan
4 sudu makan kicap pekat
2 sudu makan kicap cair/manis
2 sudu makan sos tiram
2 sudu teh lada sulah
CARA-CARA:
Celur mee wantan dengan air panas dan toskan.
Gaulkan dengan semua bahan-bahan diatas. Ketepikan.
Hidangkan mee tadi bersama wantan goreng, cili jeruk dan sup wantan.
Resipi Mee Berkuah memang sedap dan mudah disediakan, kalau rasa terliur belek-belek bahan dalam peti, kalau kurang boleh ke pasar sebentar. Sesuai di jamu untuk makan petang atau malam nanti. Rasa berkongsi resipi turun temurun dari mak Rosehayatie.
Lapag mee kuah harini..mee kuah resepi Mak kami.. tapi Mak kami guna ayaq rebusan daging. kami tak dak daging..guna ayam ja ea ..dok makan2.. tiba teringat pulak kat Mak kami – Rosehayatie
Nota: Jika nak makan berulang2..kuah boleh asing kan dgn mee..kalau nak makan terus boleh masuk mee skli dgn kuah..sbb mee bercampur dgn kuah akan jadi kembang
Daging korban yang dapat bolehlah buat mihun sup. Memang boleh jamu sanak saudara yang berkumpul di rumah. Lebih enak di letak kicap pasti tak cukup sepinggan. Apa lagi jom lah kita buat.
MIHUN SUP DAGING
Bahan-bahan:
1 kilo daging(potong ikut suka)
5 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
1 keping asam keping(kalau kecil tambah 1/2 keping lagi)
1 1/2 sudu besar garam
1 sudu teh ajinomoto
4 liter air
Daun sup+daun bawang+bawang goreng(hiasan)
1/2 cawan minyak (untuk menumis)
Bahan kisar:
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
2 sudu teh jintan manis
2 sudu teh biji ketumbar
1 sudu teh lada hitam
1 bungkus bunjut sup ambil isinya sahaja
1/2 cawan air (kisar semua bahan ini)
Bahan lain
Daun sup dan
Daun bawang
Bawang goreng
Cara memasak: 1.Didihkan air dan daging guna api sederhana. sambil tu kita siapkan bahan lain. 2.Panaskan minyak.Masukkan bahan kisar,bunga lawang,kulit kayu manis dan asam keping.Tumis hingga naik minyak dan elok garing. Tutup api. 3.Masukkan bahan tumis ke dalam periuk yang kita rebus daging tadi.. 4.Renehkan hingga daging lembut.Apabila daging dah lembut,masukkan garam dan ajinomoto. Sesuaikan rasa. (nak kuah lebih boleh tambah air)
SAMBAL KICAP Bahan-bahan:
30-35 biji cili padi
3 ulas bawang putih
5 kali renjis kicap masin
5 kali renjis kicap manis
1 sudu teh perahan limau kasturi(tak nak letak pun tak apa)
1 senduk kecil kuah sup (Kisar semua bahan ini ) Siap. Mihun dicelur dan toskan
Kredit : Mariana Zainal
INGIN DAPATKAN HOME APPLIANCES, BOLEH LIHAT DI SINI.
Melalui facebook Yasmin Fami, dikongsikan resipi untuk individu yang sibuk. Dengan resipi ini, korang boleh menyediakan mihun goreng dengan cepat dan tetap sedap.
MIHUN GORENG EKSPRES
.
BAHAN-BAHAN
Sedikit minyak masak
3 peket perencah mihun
2 peket bebola ikan
1 peket mihun | rendam air panas
Segenggam tauge
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak. Masukkan perencah.
2. Masukkan bebola ikan. Kacau sebati.
3. Masukkan pula mihun dan tauge. Gaul lagi.
4. Masak sehingga kering. Boleh matikan api dan angkat.
5. Kalau nak pedas, buat sambal kicap dan perahkan limau.