Rasa macam nak masak yang istimewa hari ni. Bukan untuk siapa pun hanya untuk keluarga nikmati. Jom kita buat Nasi Hujan Panas dan Ayam Masak Merah. Moga resipi yang dikongsi oleh SuiSan Aliezsha dapat dimanfaatkan semua.
NASI HUJAN PANAS
Bahan untuk nasi:
  • Beras basmathi (cuci toskan,saya buat 3 pot kecil untuk 3 orang makan )
  • Bawang merah,bawang putih,halia ( hiris)
  • Daun pandan
  • 4 sekawan
  • 3 sudu makan minyak sapi (agak-agak je tak cukup tambah)
  • Susu cair (tiada sukatan saya agak-agak je,kalau korang masak lebih beras letak lebih sikit susu)-BELI ONLINE DI SINI
  •  Kismis dan kacang gajus
Cara memasak:
1.Masukkan beras ke dalam periuk nasi,kacang gajus dan kismis (ketepikan).
2.Panaskan kuali masukkan minyak sapi,penumis,bahan-bahan hiris,daun pandan.
3.Goreng sehingga kekuningan.
4.Masukkan air dan susu cair,sedikit garam.
Nasi Hujan Panas & Ayam Masak Merah Kombinasi Yang Padu. Sungguh Menyelerakan
5.Bila mendidih masukkan ke dalam periuk nasi, masak nasi seperti biasa,dah suam titiskan pewarna. Bila betul-betul masak baru dikaut guna garpu.
Nasi Hujan Panas & Ayam Masak Merah Kombinasi Yang Padu. Sungguh Menyelerakan
AYAM MASAK MERAH
Bahan untuk ayam
  • Ayam goreng gaul kunyit
  • Cili kering,halia,bawang putih,bawang besar dan tomato ( kisar)
  • Serai (dititik)
  • Sos cili
  • Bawang besar,hirisan tomato dan daun sup sebagai hiasan.
Nasi Hujan Panas & Ayam Masak Merah Kombinasi Yang Padu. Sungguh Menyelerakan
Cara memasak:
1.Tumis cili,masukkan serai tumis sehingga naik minyak
2.Masukkan sos cili dan sedikit air,masukkan gula perang,garam.Pastikan secukup rasa.
3.Masukkan hirisan bawang besar.
4.Masukkan ayam dan tomato. Kacau sebatikan, akhir sekali daun sup.
5.Siap untuk dihidang
Selamat mencuba.
Kredit : SuiSan Aliezsha
NAK DAPATKAN PERALATAN MEMASAK YANG BARU? KLIK SINI

Puding Roti Coklat Yang Sangat Sedap, Sukat Guna Cawan Jer

Resipi Kari Daging Ala India, Memang Mantap!

IKLAN
IKLAN
IKLAN

Sajian Daging Hot & Spicy, Peluh Merecik Di Aidiladha.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI