Tergoda sungguh bila tengok Buttermilk Lemon Cake ini. Mana tidaknya, aroma mentega yang harum ditambah dengan rasa masam semula jadi dari jus lemon memang memikat selera. Untuk mendapatkan kek yang lebih beraroma, pastikan anda guna Mentega Anchor. Mentega tulen yang diperbuat daripada 100% susu segar lembu dari New Zealand ini adalah pilihan terbaik kerana aromanya saja sudah mampu menangkap selera.
Resipi Buttermilk Lemon Cake Yang Mudah & Sedap

BUTTERMILK LEMON CAKE

Resipi Buttermilk Lemon Cake Yang Mudah & Sedap

BAHAN-BAHAN:
  • 225gram Anchor Butter Unsalted – suhu bilik
  • 380gram tepung gandum
  • 400gram gula kastor
  • 240ml buttermilk
  • 3 biji telur 
  • 2 sudu makan jus lemon
  • 2 sudu makan parutan kulit lemon
  • ½ sudu teh soda bikarbonat
  • ½ sudu teh garam halus
BAHAN-BAHAN B (SIRAP):
  • 2 sudu makan air
  • 2 sudu makan gula kastor
  • 2 sudu teh jus lemon
BAHAN-BAHAN C (GLAZE):
  • 120gram gula aising
  • 2 sudu makan jus lemon
CARA MEMBUAT:
  1. Satukan tepung gandum, garam dan soda bikarbonat lalu ayak.  Ketepikan.
  2. Di dalam mangkuk kecil, satukan buttermilk, jus lemon dan parutan kulit lemon dan kacau sebati. Ketepikan.
  3. Di dalam mangkuk pengadun, satukan Anchor Butter Unsalted dan gula kastor lalu pukul hingga agak kembang (3-4 minit) pada kelajuan sederhana.
  4. Masukkan telur lalu pukul lagi hingga adunan kembang dan agak ringan.
  5. Masukkan separuh campuran tepung lalu pukul perlahan diikuti dengan separuh campuran buttermilk. Masukkan separuh lagi campuran tepung dan separuh lagi campuran buttermilk. Gaul rata.
  6. Tuang adunan ke dalam acuan kek pilihan yang telah disapu dengan mentega secukupnya. Ratakan.
  7. Bakar kek di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 175-180C selama 50-60 minit atau hingga kek masak sempurna. Sejukkan sebentar dan keluarkan dari acuan.
  8. Untuk membuat sirap; satukan semua bahan dalam kuali kecil lalu didihkan hingga semua bahan cair dan likat. Tuang sirap ke atas kek ketika kek masih agak suam.
  9. Untuk membuat glaze; satukan semua bahan dan pukul menggunakan whisk hingga sebati dan likat. 
  10. Setelah kek sejuk dan menyerap sirap tadi, tuang pula glaze diatasnya.  Jika suka boleh hias dengan hirisan lemon.  
TIP: Parutan kulit lemon akan menaikkan lagi bau dan rasa kek. Buat ia bertambah enak!

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

Resipi Tat Nanas Homemade Sedap & Cair Di Mulut

Resipi Biskut Tat Teratai Sedap Boleh Buat Untuk Aidilfitri Nanti.

Resipi Sambal Padang Sedap, Masak Macam Ni Tahan Berbulan-Bulan

IKLAN

Nampak Sedap! Resipi Kerang Masak Cili Ala Sheila Rusly

Resipi Kek Pisang Coklat Kukus Lembut, Gebu Macam Span, Sukat Guna Cawan Je

Dumpling Soup Homemade Halal, Modal Bawah RM10 Boleh Dapat 40 Biji  

IKLAN

Sangat Sedap, Resipi Sambal Lada Bilis Extra Pedas

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI