Muruku merupakan snek terkenal di kalangan kaum India. Namun ia digemari oleh semua orang tak kira bangsa. Bahkan, kalau hari raya pun, muruku ada juga dihidangkan sebagai snek di hari raya. homemade segar dari dapur, hasil air tangan sendiri memang lebih sedap. Sempena perayaan Deepavali yang bakal disambut nanti, apa kata anda buat sendiri Muruku enak ini. Sekali buat dapat berbalang-balang. Saudari Hamizah Yatim ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba.
CARA MEMASAK:
1.Satukan tepung muruku, tepung pulut dan serbuk cili dalam satu bekas yang besar. Sebatikan.
2. Kemudian masukkan garam, bijan, biji jemuju, telur dan planta. Gaul sebati.
3. Seterusnya masukkan santan dan juga air. Masukkan air sedikit demi sedikit. Adunan jangan keras atau lembik sangat. Nanti muruku jadi tak cantik.
4. Setelah siap adunan muruku, kepalkan adunan dan terap menggunakan acuan muruku. Letak atas kertas baking paper.
5. Panaskan minyak yang banyak dan goreng muruku hingga kuning keemas an. Angkat, toskan minyak dan sejukkan terlebih dahulu sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
Cucur telur ni mudah sangat dibuat. Yang penting doh luarnya rangup dan sedap. Intinya pulak sangat murah kosnya.
Cukup dengan telur, bawang, cili merah kucai dan daun bawang, ringkas aje ramuannya. Tak payah daging atau ayam. telur aje sudah memadai. Boleh berjimat bahan dapur, jadi taklah kerap keluar rumah beli keperluan. Ingat, duduk rumah elok-elok.
CUCUR TELUR
BAHAN-BAHAN :
Bahan doh : 200gm tepung gndum 25gm mentega 1 biji Secubit garam 1/4cawan air
Bahan inti : 2 biji telur 2 biji bawang dhiris* 2 biji cili merah dihiris* Daun kucai secukupnya Daun bawang dipotong Garam secukup rasa
CARA MEMASAK : 1. Gaul tepung,mentega,telur,garam sebati.Masukkn air sedikit-sedikit uli hingga x mlekat di tangan. 2. Bahagikan doh kepada 8 bahagian, sapukan mentega dan rehatkan doh.. 3. Panaskan kuali goreng bbahan bahan bertanda* hingga layu masukkn garam dan telur kacau hingga masak biar sejuk. 4. Leperkn doh letak inti n lipat sapu sekali lagi mntega…masa nak mngoreng tarik danleperkn sdkt doh..dah boleh goreng. . Selamat mencuba 😊 . Resepi Oleh: Raja Zulaida Raja Kamal
Waktu cuaca panas ini paling nikmat bila dapat makan aiskrim. Kalau selalu aiskrim ini kita beli, boleh cuba pula menghasilkannya sendiri. Paling mudah untuk dibuat adalah aiskrim vanilla.
Bagi yang nak cuba boleh guna cara dan tip yang dikongsi oleh Nur Halim ini. Resipi aiskrim vanilla ini bukan saja sedap tapi teksturnya juga halus dan lembut macam aiskrim yang kita beli. Paling penting caranya mudah, guna blender saja.
Cara buat aiskrim vanilla homemade
Bahan-bahan:
1 tin susu cair
Setengah tin susu pekat (boleh kurangkan)
1 sudu besar ovalate
2 penutup esen vanilla (lebih sedap guna creamy vanilla)
1 sudu kecil tepung jagung
Cara membuat:
1. Masuk semua bahan dalam blender atau pengisar dan kisar
2. Kisar hingga likat (lebih kurang 5 minit). Nak tahu adunan sudah likat ambil sudu kaup sedikit dan curah. Jika adunan ‘bertali’ tandanya sudah likat.
3. Curah adunan dalam bekas dan masukkan dalam freezer. Bila sudah keras, boleh dimakan.
Tip
Sekiranya adunan aiskrim selepas kisar masih cair, tambah satu sudu ovalate. Kemudian tuang semula dalam adunan dalam blender. Kisar lagi hingga likat.
Jika ingin menghasilkan aiskrim coklat boleh guna susu coklat dan tambah emulco coklat.
Sate ni memang pilihan terbaik bila tekak craving sesuatu yang padu. Senang je nak buat, bahan pun simple, tapi rasa dia confirm puas hati. Boleh sediakan awal, bila-bila rasa nak bakar, terus jalan!
1. SATE AYAM
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam | dibersihkan
5 sudu makan madu
BAHAN KISAR:
15 ulas bawang merah
8 ulas bawang putih
2cm halia
10 tangkai cili kering – ikut kepedasan sendiri
7 batang serai
2cm kunyit hidup
1 sudu teh garam
1 sudu makan jintan manis
1 sudu makan jintan putih
150gm gula
Lidi sate secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Ayam dibersihkan dan diambil isinya. Potong dadu dan masukkan ke dalam bekas besar.
2. Kemudian tuang bahan kisar. Gaul rata.
3. Tuangkan madu. Gaul lagi hingga semua bahan sebati. Perap selama 2 jam.
4. Cucu isi ayam pada lidi dan bakar hingga masak.
5. Sedia untuk dinikmati.
Info chef: Jika suka sate yang lebih pedas, tambah bilangan cili kering.
2. SATE DAGING
BAHAN-BAHAN:
1kg daging batang pinang | dihiris nipis
30 ulas bawang merah | dikisar
15 ulas bawang putih | dikisar
20 tangkai cili kering | dikisar halus
5cm kunyit hidup | dikisar halus
3 batang serai | dikisar halus
3cm lengkuas | dikisar halus
3cm halia | dikisar halus
3 sudu teh jintan manis | dikisar halus
3 sudu teh jintan putih | dikisar halus
3 sudu makan gula
Garam secukup rasa
Sedikit minyak sapi | dicairkan
1 batang serai | dititik
Lidi sate secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan daging dan perapkan bersama bahan yang telah dikisar halus. Tambahkan garam serta gula secukupnya. Perap semalaman.
2. Cucuk daging pada lidi sate dengan kemas. Jangan susun terlalu rapat kerana akan menyebabkan sate masak tidak sekata.
3. Bakar sate sehingga masak. Ambil serai dan celup pada cairan minyak sapi dan sapu pada daging supaya tidak kering semasa dibakar .
4. Sedia dinikmati.
Info chef: Minyak masak boleh digunakan bagi menggantikan minyak sapi.
3. SATE HATI DAN PEDAL
BAHAN-BAHAN:
250gm hati ayam | dipotong dadu
250gm pedal ayam | dihiris kecil
50gm cili kering | dikisar
10 ulas bawang putih | dikisar
17 ulas bawang merah | dikisar
3cm lengkuas | dikisar
2 batang serai | dikisar
4cm halia | dikisar
4 sudu makan serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
Lidi sate secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Masukkan hati dan pedal ke dalam bekas. Kemudian gaulkan bersama serbuk kunyit, garam dan gula dengan secukupnya.
2. Kemudian masukkan bahan kisar. Gaul rata dan perap selama satu jam.
3. Cucuk hati dan pedal hingga habis dan bakar hingga masak.
4. Sedia untuk dinikmati.
Info chef: Sebaiknya hati dan pedal dicucuk pada lidi secara berasingan kerana pedal mengambil masa yang lebih lama untuk masak.
4. SATE IKAN
BAHAN-BAHAN:
1kg isi ikan dori sejuk beku | di nyahbekukan
10 ulas bawang merah | dikisar
1 ulas bawang putih | dikisar
1/2 sudu makan serbuk kunyit
5 sudu makan gula perang
1 sudu teh jintan manis | dikisar
1 sudu teh jintan putih | dikisar
4cm halia | dikisar
4cm lengkuas | dikisar
2 batang serai | dikisar
Garam secukupnya
Lidi sate secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Ikan dori dihiris nipis dan digaul bersama garam, gula perang serta serbuk kunyit.
2. Kemudian masukkan bahan kisar. Ratakan dan perap selama 30 minit.
3. Cucuk isi ikan pada lidi dan bakar hingga masak.
4. Sedia untuk dihidangkan buat tetamu yang bertandang.
Info chef: Elakkan menghiris isi ikan dengan terlalu nipis kerana sate akan menjadi terlalu kering.
5. SATE KAMBING
BAHAN-BAHAN:
1kg daging kambing | dihiris nipis
10 ulas bawang putih | dikisar
20 ulas bawang merah | dikisar
3cm lengkuas | dikisar
2 batang serai | dikisar
4cm halia | dikisar
3 sudu makan serbuk kunyit
1 sudu teh jintan manis
Garam dan gula secukup rasa
Lidi sate secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Masukkan daging kambing, serbuk kunyit dan jintan mans ke dalam mangkuk. Gaul rata.
2. Kemudian tambahkan gula serta garam dengan secukupnya. Biarkan selama 20 minit.
3. Masukkan bahan-bahan yang dikisar. Gaul sekata dan perap lagi selama satu jam.
4. Cucuk daging kambing pada lidi dan bakar hingga masak.
5. Angkat dan nikmati bersama kuah kicap pedas.
Info chef: Guna daging yang sedikit berlemak untuk mendapatkan rasa sate yang berjus dan enak selepas dibakar.
6. SATE LILIT
BAHAN-BAHAN:
500gm isi ayam kisar
1 biji cili merah | dicincang
1 biji putih telur
2 sudu makan daun bawang cincang
2 sudu makan daun ketumbar cincang
2 helai daun limau purut | dihiris nipis
1 sudu makan sos ikan
Garam dan serbuk lada sulah secukup rasa
1 sudu makan tepung jagung
Serai secukupnya | dibersihkan
Sedikit minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Masukkan isi ayam ke dalam mangkuk dan tambahkan putih telur, tepung jagung, sos ikan, garam dan juga serbuk lada sulah. Gaul rata.
2. Kemudian masukkan cili merah, daun bawang, daun ketumbar dan daun limau purut. Gaul lagi hingga semua bahan sebati.
3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian kecil dan kepalkan pada batang serai dengan kemas.
4. Sapukan sedikit minyak masak pada pemanggang dan bakar sate lilit hingga masak.
5. Sedia untuk dihidangkan.
Info chef: Jika mahukan sate yang lebih harum, serai boleh dibelah dua sebelum dikepal dengan adunan ayam cincang.
7. SATE PADANG
BAHAN-BAHAN:
1kg daging | dihiris nipis
800 ml air
4 batang serai | dihiris nipis
2 helai daun kunyit | dipotong kecil
5 helai daun limau purut
85gm tepung beras | dilarutkan dengan sedikit air
2 sudu makan tepung kanji | dilarutkan dengan sedikit air
Lidi sate secukupnya
BAHAN KISAR:
12 ulas bawang merah
7 ulas bawang putih
7 biji cili merah
4 biji cili api
1 sudu teh biji ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
5cm kunyit
4cm halia
2cm lengkuas
Garam dan serbuk lada sulah secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan air dan masukkan daging dan rempah yang dikisar. Biarkan mendidih.
2. Kemudian masukkan daun kunyit, serai dan daun limau purut. Masak hingga rempah sebati dan kelihatan masak.
3. Toskan daging, cucuk pada lidi dan bakar sehingga masak.
4. Panaskan air rebusan daging dan tambahkan bancuhan tepung beras dan kanji. Kacau hingga sebati dan kelihatan sedikit likat. Perasakan dengan garam dengan secukup rasa.
5. Sedia untuk dinikmati.
Info chef: Guna daging batang pinang bagi mendapatkan sate yang lembut.
8. SATE TULANG
BAHAN-BAHAN:
1 kg rangka ayam | dipotong kecil
8 ulas bawang merah | dikisar halus
5 ulas bawang putih | dikisar halus
3cm lengkuas | dikisar halus
3 batang serai | dikisar halus
3cm halia | dikisar halus
3cm kunyit | dikisar halus
2 sudu makan jintan putih | disangai dan dikisar halus
2 sudu makan jintan manis | disangai dan dikisar halus
2 sudu makan ketumbar | disangai dan dikisar halus
3 sudu makan gula merah
Garam dan gula putih secukup rasa
Sedikit minyak masak
Lidi sate secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Gaul rangka ayam bersama gula merah, gula putih dan garam secukup rasa. Biarkan seketika,
2. Kemudian masukkan bahan-bahan sangai dan dikisar halus. Gaul rata dan perap selama 2 jam.
3. Cucuk tulang ayam pada lidi dengan kemas dan bakar sehingga masak dan kelihatan garing.
4. Sesekali, sapukan sedikit minyak bagi mengelakkan isi ayam menjadi terlalu kering.
5. Sedia untuk dihidangkan.
9. SATE PERUT
BAHAN-BAHAN:
1kg perut lembu | direbus empuk
200 gm bawang merah | dikisar
6cm lengkuas | dikisar
2 batang serai | dikisar
5 cm halia | dikisar
2 sudu teh jintan manis | dikisar
2sudu teh ketumbar | dikisar
2 labu bawang putih | dikisar
6 sudu makan serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
Lidi sate secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Perut lembu yang telah empuk dihiris bentuk empat segi kecil. Ketepikan.
2. Satukan kesemua bahan kisar di dalam bekas. Gaul rata. Kemudian masukkan perut lembu tadi. Gaul sehingga semua rempah sebati.
3. Masukkan serbuk kunyit dan perasakan dengan garam serta gula dengan secukupnya. Gaul lagi hingga bahan perasa menjadi rata. Biarkan selama 1 jam.
4. Cucukkan perut pada lidi sate dan bakar hingga masak.
5. Sedia untuk dinikmati.
Info chef: Cuci perut menggunakan kapur makan bagi membuang bau serta kotoran dan bilas hingga bersih sebelum direbus.