Alahai sedap dan rangupnya kerepek kentang, macam terliur nak makan, nak beli banyak sangat perasanya kadang-kadang masin, dah tentu tak sihat untuk kesihatan. Apa kata korang cuba buat sendiri secara homemade, barulah hasilnya menjadi seperti diharapkan. Paling penting ia lebih bersih dan sihat. Lagi pun ia tidak susah mana, cuma rajin atau tidak je. Nak tahu, ini tipnya:-

Cara Buat Kerepek Kentang Yang Rangup,  Boleh Tambah Kudapan Raya.

Kentang Dihiris Nipis

Rahsia kerepek kentang rangup dan sedap bergantung cara korang menghirisnya. Sekarang sudah banyak alat atau parut yang boleh digunakan untuk menghiris kentang nipis-nipis, harganya juga murah. Lebih berbaloi dan cepat. Senang je kan.

Cara Buat Kerepek Kentang Yang Rangup,  Boleh Tambah Kudapan Raya.

Rendam Kentang Dalam Air Sejuk

Kalau korang nak tahu kentang tinggi kadungan gula, oleh itu jika ingin membuat kerepek yang rangup, korang perlu kurangkan kadar gulanya dengan cara merendam kentang dalam air sejuk. Ia juga bertujuan untuk mengelakkan kentang menjadi lebam selepas digoreng.

IKLAN

Cara Buat Kerepek Kentang Yang Rangup,  Boleh Tambah Kudapan Raya.

Toskan Kentang

Selepas direndam, kentang perlu dikeringkan, tujuan supaya air dalam kentang boleh dikurangkan. Cara letakkan kentang di atas tisu dapur kemudian tutupnya atau tekap dengan tisu dapur yang lain di atasnya. Dengan cara ini tisu boleh serap air dari kentang tadi.

Cara Buat Kerepek Kentang Yang Rangup,  Boleh Tambah Kudapan Raya.

IKLAN

Goreng Minyak Banyak

Goreng hirisan kentang sedikit demi sedikit dalam minyak yang banyak, jangan sekali gus.  Pastikan api pada mulanya sederhana, perlahan-lahan kuatkan api Ia bertujuan  supaya tidak hangus dan  masak serta garing sekata semasa digoreng.

Cara Buat Kerepek Kentang Yang Rangup,  Boleh Tambah Kudapan Raya.

IKLAN

Toskan Minyak Selepas Digoreng

Sebaik diangkat, toskan minyak pada kentang goreng dengan meletakkan di atas penapis atau letakkan di atas tisu dapur yang menyerap minyak.

Simpan Dalam Bekas Kedap Udara

Apabila sejuk simpannya dalam bekas kedap udara, supaya tidak mudah lemau. Senang je kan, Korang boleh cuba ni.

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI