Jom buat Cucur Udang Geragau untuk kudapan keluarga. Sangat sedap ya! Bahan-bahan yang diperlukan sangat ringkas dan mudah didapati. Memang rugi kalau tidak dicuba. Menurut empunya resipi, saudari Har Ryea, cucur ini sangat sedap dimakan panas-panas bersama sos cili atau kuah lada. Wah…sepinggan tak cukup ni. Jomlah cuba! Anda pasti sukakannya.
CARA MEMASAK CUCUR UDANG GERAGAU YANG SANGAT SEDAP
1 biji lada merah – dihiris (bole guna cili padi, ikut kepedasan yang disukai)
Sedikit daun sup – dihiris
Sedikit garam
CARA MEMASAK: 1.Masukkan semua bahan ke dalam besen yang bersesuaian.
2.Gaul sebati dan pastikan semua bahan bercampur rata serta tiada gumpalan tepung. Gaul guna senduk sebab panas.
3. Biarkan adunan sejuk seketika.
4. Kemudian bolehlah jemput adunan dan bulat-bulatkan doh mengikut saiz yang anda gemari. Untuk lebih mudah, basahkan sedikit tapak tangan dengan air semasa bulatkan doh bagi elak doh melekat.)
5. Panaskan minyak masak dan goreng bebola cucur tadi hingga garing dan berwarna keemasan.
6. Angkat, toskan minyak dan enak dinikmati bersama sos cili atau kuah lada. Makan panas-panas memang sedap.
Jika di dapur anda ada lebihan nasi sejuk, jangan buang atau bazirkan kerana ada menu sedap dan enak yang boleh dihasilkan menggunakan bahan ini. Resipi keropok nasi ini dikongsi dari saudari Fauziah Khary dan merupakan resipi dari Indonesia. Nampak mudah nak buat. Jadi jom cuba. Pasti sedap.
CARA BUAT KEROPOK NASI HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
1 mangkuk nasi sejuk – rendam 1 jam
1 mangkuk tepung ubi
3 ulas bawang putih
1 sudu teh ketumbar
1 batang daun bawang – ambil bahagian hijau sahaja. Hiris nipis
Garam secukup rasa
Stok ayam / kiub pati ayam secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Kisar nasi, bawang putih dan ketumbar hingga halus. Boleh juga tumbuk.
2. Masukkan garam, hirisan daun bawang dan kiub pati ayam.
3. Kemudian masukkan tepung ubi sedikit demi sedikit dan dikacau perlahan-lahan hingga sebati dan jadi liat.
4. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian dan lonjongkan seperti bentuk keropok lekor.
5. Didihkan air dan rebus. Biar hingga terapung.
6. Angkat dan toskan airnya. Kemudian hiris nipis dan jemur di bawah cahaya matahari hingga betul-betul kering.
7. Untuk menikmatinya, goreng dalam minyak panas hingga kembang. Lebihan keropok tadi boleh disimpan dalam bekas kedap udara.
Menu Arab atau Timur Tengah memang popular di kalangan rakyat Malaysia. Tengok aje dah kecur. Aromanya pun bukan main menusuk hidung. Padan ler restoran Arab cukup laku keras kat Malaysia ni.
Ni min kongsi lima resipi lagisajian Arab dari Chef Suhaili Mohd Nor, orang lama dalam bidang masakan. Jom cuba buat…
1. FALAFEL
BAHAN-BAHAN :
300 gm kacang kuda | direbus dan dikisar
1 besar bawang merah | dicincang
2 ulas bawang putih | dicincang
1 sudu teh ketumbar
1 sudu teh teh jintan manis
1 sudu makan tahini *ada dijual di kedai runcit Arab
2 sudu makan tepung gandum
Garam secukupnya
Lada hitam secukupnya
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAKNYA :
1. Masukkan kesemua bahan-bahan di atas ke dalam satu adunan kecuali minyak. Adun sehingga sebati.
2 .Kemudian bentukkan menjadi bebola sehingga habiskan adunan.
3. Panaskan kuali serta minyak untuk menggoreng. Gorengkan sehingga nampak warna nya bertukar menjadi keperangan dan masak.
4. Angkat dan toskan. Boleh dihidangkan bersama roti pita dan yogurt.
Saiz hidangan : 4-5 orang Waktu memasak : 25 minit Cara memasak : Goreng Jenis masakan : Ala pengedil kekacang Keistimewaan : Rasa kacang kuda berempah Anggaran kos :RM 10
Info Chef: Sedap dijadikan inti roti pita dan dimakan bersama yogut.
2. HUMMUS
BAHAN-BAHANNYA :
450 gm kacang kuda
1 ulas bawang putih.
1 biji jus lemon.
1 sudu teh jintan putih.
3 sudu makan tahini.
3 sudu makan minyak zaitun.
1 sudu teh garam.
Bahan hiasan :
1 sudu teh serbuk paprika
Sedikit herba dill
1 sudu teh minyak zaitun.
CARA MEMASAKNYA:
1. Rebus kacang kuda sehingga masak. Perlu menggunakan kacang kuda yang kering dan direbuskan sehingga empuk.
2. Kemudian kisar kacang kuda bersama, bawang putih, jintan putih.
3. Setelah dikisar perahkan jus lemon.
4. Campurkan tahini, minyak zaitun dan garam secukup rasa.
5. Akhir sekali hidangkan hummus dan hiaskan dengan serbuk paprika, dill dan minyak zaitun.
6. Boleh dimakan bersama roti arab.
Saiz hidangan : 4-5 orang Waktu memasak : 25 minit Cara memasak : Rebus Jenis masakan : Sajian Arab Keistimewaan : Boleh menjadi inti sandwic (roti Arab) atau dimakan begitu sahaja Anggaran kos :RM 8
Info chef : Tahini adalah pes yang dibuat dari serbuk bijan . Ia adalah bahan utama dalam masakan hummus
3. COUSCOUS SAYUR
BAHAN-BAHAN :
350 gm cous cous
1 biji bawang holland | dicincang
3 ulas bawang putih
1 batang terung | dipotong dadu
1 tin kacang pis
1 sudu makan minyak zaitun untuk menumis
1 biji tomato | dipotong dadu
1 tangkai herba segar thymes
1/2 mangkuk air
Garam secukup rasa
300 gm keju Mozarella | parutan.
CARA MEMASAKNYA :
1. Tumis bawang holland dan bawang putih dengan minyak zaitun sehingga naik bau.
2. Kemudian, masukkan terung, tomato dan herba thymes.
3. Kemudian masukkan couscous dan air.
4. Biarkan couscous mengembang sedikit dan masukkan garam secukup rasa
5. Akhir sekali masukkan kacang pis dan biar ia masak sebentar.
6. Masukkan dalam bekas aluminium foil masukkan kuskus dan tabur keju mozarella
7. Bakar sebentar sehingga nampak keperang-perangan.
Saiz hidangan : 4-5 orang Waktu memasak : 25 minit Cara memasak : Rebus Jenis masakan : Sajian Arab Keistimewaan : Boleh menjadi inti sandwic (roti Arab) atau dimakan begitu sahaja Anggaran kos :RM 8
Info Chef :Couscous banyak digunakan dalam masakan Timur Tengah dan Mediterranean. Ia sebenarnya pasta yang dibuat dalam butiran halus
4.SAMBOOSA
BAHAN-BAHAN :
Bahan-bahan Inti:
500 gm daging kisar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk cili
1 biji bawang holland | dipotong dadu kecil
1 ulas bawang putih dicincang
2 tangkai daun pudina
2 tangkai daun ketumbar
1 tangkai daun parsli
Garam secukup rasa
1 sudu makan minyak untuk menumis
Beberapa kulit popiah
1 mangkuk minyak untuk menggoreng
Bahan membuat gam :
2 sudu makan air
4 sudu makan tepung gandum
CARA MEMASAKNYA:
1.Goreng bawang holland dan bawang putih sehingga naik bau.
2.Kemudian masukkan daging, jintan manis, jintan putih, serbuk ketumbar, serbuk cili, daun pudina, ketumbar, daun parsli dan garam.
3.Gorengkan sehingga air daging kering.
4.Kemudian sejukkan sebentar.
5.Keluarkan sehelai kulit popiah. Masukkan inti ke dalam dan lipat 3 segi.
6.Gamkan lipatan dengan campuran air dan tepung supaya inti tidak terkeluar.
7.Goreng samboosa dengan minyak banyak dengan api yang kecil. Kemudian terbalikkan dan biarkan ia masak.
Saiz hidangan : 5 orang Waktu memasak : 30 minit Cara memasak : Tumis dan goreng minyak penuh Jenis masakan : Kuih, kudapan Keistimewaan : Inti daging lazat dengan kulit samboosa yang rangup Anggaran kos :RM 25
5. MANAKKISH
BAHAN-BAHANNYA :
1 keping roti pizza
10 gm zaitun hitam | dicincang halus
10 gm bijan
1/2 biji cili benggala hijau dan merah | dihiris hiris
1 biji tomato | dipotong bulat
3 sudu makan minyak zaitun
1 sudu teh garam
CARA MEMASAK :
1. Campurkan minyak zaitun, zaitun hitam yang telah dicincang tadi ke dalam mangkuk adunan.
2. Kemudian lenserkan minyak zaitun ke atas roti pizza dan taburkan kesemua bahan campuran tadi ke atas roti pizza tadi.
3. Akhir sekali hiaskan dengan cili benggala dan tomato di atas inti yang telah ditabur ke atas roti pizza tadi.
4. Bakar selama 15 minit dengan suhu 180 c.
Saiz hidangan : 5 orang Waktu memasak : 30 minit Cara memasak : Bakar Jenis masakan : Sajian Arab untuk sarapan dan minum petang Keistimewaan : Gabungan zaitun dan bijan yang enak Anggaran kos :RM 15
Info Chef : Sesuai untuk mereka yang gemarkan ‘topping’ bukan daging. Sajian berkhasiat tanpa lemak atau rendah lemak.
Sedapnya Tauhu Berlauk ni. Kalau dalam peti sejuk ada bahan-bahannya, bolehlah cuba buat. Sesuai dinikmati semasa sarapan, minum petang atau makan malam. Jadi jom buat sendiri guna resipi perkongsian saudari Shaiela Ehin. Pasti puas hati.
2 keping tauhu ( tauhu biasa yang guna untuk buat Tauhu Sumbat)
2 biji telur
1 keping dada ayam
1/2 sudu makan garam
1/2 sudu makan serbuk lada hitam dan serbuk lada putih
Lobak merah secukupnya
Daun sup secukupnya
Daun bawang secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Satukan semua bahan kecuali lobak merah, daun bawang dan daun sup. Kisar hingga hancur. 2. Tuang bahan kisar ke dalam bekas. Kemudian masukkan hirisan lobak merah, daun sup dan daun bawang. Gaul rata.
3. Ambil acuan lompang atau apa-apa acuan yang bersesuaian. Tuang adunan tauhu ke dalam acuan.
4. Panaskan periuk kukusan dan kukus tauhu tadi selama 15 minit atau hingga masak. Keluarkan dari acuan dan sejukkan.
5. Untuk menikmatinya, celup tauhu ke dalam telur dan goreng keperangan. Kalau tak celup telur pun tidak mengapa cuma warnanya tidak cantik.