
Hidangan bertelur sememangnya ringkas tetapi ia penuh dengan pelbagai rasa. Jika disajikan seperti paprik begini, ia memang enak dimakan bersama nasi putih panas.
BAHAN-BAHAN:
- 5 biji telur rebus | buang kulit
- 3 batang jagung kecil | hiris
- ½ batang lobak merah | hiris
- 1 biji cili merah | kisar
- 1 ulas bawang putih | kisar
- 2 sudu teh sos ikan
- 1 sudu teh sos tiram
- ½ biji capsicum hijau | hiris
- 2 sudu makan sos cili
- 1 sudu makan sos tomato
- 3gm tepung jagung
- 1 helai daun limau purut
- Sedikit air
- Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng telur yang telah direbus tadi hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.
- Tinggalkan sedikit minyak dan tumis bahan kisar dan daun limau purut hingga terbit bau. Masukkan bahan yang dihiris dan tumis hingga lembut.
- Masukkan sedikit air, diikuti tepung jagung, sos tomato, sos cili, sos ikan dan sos tiram. Biarkan kuah memekat.
- Masukkan telur yang telah digoreng tadi, gaul seketika.
- Angkat dan sedia dinikmati.
Jom Buat Cheezy Wedges Sendiri, Puas Makan!

Chezzy wedges ni adalah kentang yang dipotong bersegi dan kemudian digoreng. Dimakan dengan sos keju yang menjadikan rasanya lebih sedap. Chezzy Wedges sedap dimakan ketika kentang gorengnya masih panas-panas.
Jom kita lihat resipinya.
CHEEZY WEDGES
BAHAN KENTANG
5 biji kentang
1 1/4 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 sudu besar tepung jagung
1 biji telur ayam
1 sudu besar herba campuran (optional)
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar serbuk kari
Garam secukup rasa
2 cawan air
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMBUAT
1. Basuh kentang dan kupaskan kulitnya. Kemudian sebiji kentang dipotong kepada enam bahagian. Ketepikan .
2. Di dalam bekas, masukkan tepung gandum, tepung beras, tepung jagung, telur ayam, herba campuran, serbuk cili, serbuk kari, garam dan dua cawan air. Gaul rata.
3. Adunan memang cair. Kalau suka pekat, boleh kurangkan kuantiti air.
4. Panaskan minyak masak.
5. Celupkan kentang tadi ke dalam adunan dan goreng sehingga garing. Angkat dan toskan.
6. Ulang langkah 5 sehingga kentang habis digoreng.
SOS CHEEZY
BAHAN-BAHAN
2 sudu besar mentega
1 1/2 sudu besar tepung gandum
2 cawan susu segar
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk lada putih
1 sudu besar serbuk cili
Pewarna kuning telur
Garam secukupnya
5 keping keju
CARA MEMBUAT
1. Panaskan periuk dan cairkan mentega.
2. Masukkan tepung gandum. Kacau sebati.
3. Masukkan pula susu segar. Kacau lagi.
4. Kemudian masukkan serbuk lada hitam, serbuk lada putih, serbuk cili, pewarna kuning telur dan garam. Kacau sebati.
5. Masukkan pula keju sekeping demi sekeping sambil dikacau sehingga keju mencair.
6. Masak sehingga adunan pekat. Jika adunan terlalu pekat, tambahkan sedikit susu. Siap
Selamat mencuba!
Sumber: Farisha Sofea
Terima kasih kerana berkongsi resipi di Rasa Share Resipi
Telur Air Asam, Hidangan Ringkas Membuka Selera

Jika di rumah hanya ada telur ayam sahaja, jangan risau. Anda masih berpeluang membuat lauk sedap yang cukup menyelerakan.
Telur air asam adalah antara lauk yang kerap dijadikan sebagai makanan bagi golongan mahasiswa dan juga orang bujang.
Melalui instagram, Syira Lokman berkongsi resipi ini dan ianya amat mengimbau memori ketika menjadi mahasiswa dahulu. Lauk ringkas sebegini memang sedap dan mengenyangkan.
Jom cuba!
TELUR AIR ASAM
BAHAN-BAHAN
3 biji telur ayam
2 biji cili padi (ditumbuk)
1/2 bawang merah kecil (ditumbuk)
Belacan -(dibakar dan ditumbuk)
4 sudu besar air asam jawa
1 sudu kecil sos cili
1 sudu kecil sos tomato
1 sudu kecil kicap manis
1 tangkai cili hijau (dihiris)
1 tangkai cili merah (dihiris)
5 tangkai cili padi (dihiris)
Bawang (dihiris)
Tomato (dipotong dadu)
1 biji limau kasturi
Garam & gula secukup rasa
CARA MEMBUAT
1. Rebus telur. Kemudian dikupas dan dibelah dua.
2. Masukkan cili padi, bawang merah kecil dan belacan ke dalam mangkuk.
3. Masukkan air asam jawa, sos cili, sos tomato, kicap manis, bahan hiris dan tomato.
4. Perahkan limau kasturi. Tambah garam dan gula secukup rasa
5. Masukkan telur rebus tadi.
6. Sedia dihidangkan.
TIP: Anda boleh tambah air lagi dan kerisik jika suka.
Sumber: Instagram Dapur Syira Lokman
Laksa Utaqa Atau Laksa Johor Mana Satu Pilihan Hati? Keduanya Sedap Dan Memang Layan

Sebut sahaja laksa , siapa saja tak terliur, Setiap negeri laksanya berbeza-beza rasa. Kesedapan laksa terletak pada kepekatan kuah dan keseimbangan rasa. Tak kiralah sama ada laksa utaqa mahupun laksa johor keduanya mempunyai keenakan dan keistimewaan yang tersendiri. Memang boleh meleleh air liur dibuatnya bila dihidang dengan laksa ini. Ikan yang segar menjadikan rasa kuah yang dihasilkan enak.
Laksa Utaqa Ikan Sekoq
Bahan-bahan (hidangan 6 orang)
Rebus
20 ekor ikan kembung
2-3 keping asam keping
Kisar
10-15 tangkai cili kering (rendam dulu)
3 biji bawang besar
Belacan (besar ibu jari)
Kuah
1 batang bunga kantan
Daun kesum
Garam& gula, ajino moto secukup rasa
Cara memasak:
1. Mula-mula rebuskan ikan kembung bersama asam keping sehingga ikan masak dan masukkan sedikit garam.
2.Rebus ikan tadi, kisar ikan kembung yang rebus itu. Asingkan ikan dengan tulang dan kisarkan semua isi dahulu dan kemudian tapis isi ikan yang sudah dikisarkan tadi(Gunakan tapis yang sedikit besar supaya isi ikan itu dapat turun yang tinggal cuma tulang sahaja)
3.Selepas selesai kisar semua isi ikan,kisar pula semua tulang ikan itu. Semua bahan yang dikisar guna air rebusan ikan itu sahaja
4.Selepas kisar semua dan tapis masukkan ke dalam periuk buka api sederhana dan biarkan ia mendidih kemudian masukkan bunga kantan dan daun kesum.
5.. Kemudian masukkan terus bahan yang dikisar ke dalam periuk dan kacau hingga sebati. Masak hingga ramuan tadi sebati.
6. Siap untuk dihidang bersama laksa
Resipi: Mohd Zahir
Laksa Johor
Bahan-bahan:
1 paket spageti
1kg ikan sardin/selayang
¾ cawan rempah kari ikan Babas
½ cawan cili kering yang dikisar
¾ cawan udang kering (cuci bersih, kering dan kisar)
2 cawan santan pekat
3 cawan air
½ cawan minyak masak
1 sudu makan kerisik
Garam
Serbuk perasa
Bahan kisar:
5 batang serai
2 inci halia
2 inci lengkuas
5 biji bawang besar
Ulam ulam:
Timun
Taugeh
Daun kesum/daun selasih
Kacang panjang
Limau kasturi
Cara memasak:
- Ikan dibersihkan kemudian dikukus. Air kukus simpan. Kisar ikan yg telah dibuang tulang dengan air kukusan ikan tadi. Ketepikan.
- Panaskan periuk letak 1/2 cawan minyak dan masukkan bahan kisar. Tumis sampai naik bau. Masukkan rempah kari ikan dan goreng pantas selama satu minit. Masukkan 1/2 cawan air dan goreng lagi kira-kira lima minit.
- Kemudian masukkan cili kisar dan goreng lagi sampai terbit minyak. Bila terbit minyak, masukkan ikan yang telah dikisar. Kacau rata. Masukkan 3 cawan air dan 2 cawan santan. Bila dah mendidih, masukkan udang kering dan kerisik.
- Masak hingga agak pekat sebelum dihidangkan.
Info chef : Ada orang rebus ikan tapi kalau kukus lagi senang nak carikkan isinya. Kuah laksa Johor agak pekat. Jadi kenalah agak agak jumlah air dengan kepekatan yang disukai.
RESIPI : CHEF AZMI & CHEF SHAZWAN ARSHAD DARI LE QUADRI HOTEL KUALA LUMPUR
Resipi Bihun Sup Tumis Darat Lengkap Resipi Sambal Kicap Mantap