Masakan rendang, antara yang sering mendapat permintaan untuk dihidangkan sebagai lauk utama.
Namun tak semua cara masak rendang sama dan pastinya tekstur rendang pun berbeza-beza.
Resipi Rendang Ayam Jawa, yang dikongsi Aisyah Humaira ini, sangat enak. Kuahnya pekat tapi tidak terlalu kering, berlemak tapi tidak muak untuk dimakan.
Resipi ini diadaptasi daripada Datin Kalsom Taib, penulis buku Recipes Are For Sharing.
7 helai daun limau purut 3 batang serai (ditumbuk tak perlu sampai hancur lumat) 2 helai daun salam 2 sudu besar gula melaka – beli online di sini 2 sudu kecil pes asam jawa (boleh lebihkan jika kurang rasa) – beli online di sini 1 kotak kecil santan Saji – beli online di sini 1 sudu besar penuh kerisik – beli online di sini Garam, gula, secukup rasa Air mengikut kepekatan kuah yang disukai
CARA MASAK:
Ads
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dengan api perlahan hingga pecah minyak.
Tengok rupa biskut ni alahai nampak comel aje. Macam pisang emas kuning dengan tompokan coklat.
Ni lah biskut pisang atau Banana Cookies ada rupa pisang emas kan, tapi sebenarnya disadur coklat berwarna kuning dan coklat. Tu yang sedap sangat tu. Ada inti kacang pulak tu. Ni resepi yang dikongsikan oleh Zaimah Zakaria. Jom semak resipi biskut sedap ni.
BANANA🍌 COOKIES🍪
BAHAN-BAHAN :
Bahan A :
170gm mentega
60gm gula halus
2 biji kuning telur
1 sudu kecil esen pisang
* Kacau dengan senduk sahaja semua bahan-bahan di atas
Bahan B :
300gm tepung gandum
20gm tepung jagung
20gm susu tepung
Bahan inti :
Kacang tanah secukupnya | disangai dan ditumbuk
Gula secukup rasa
* Campurkan dan gaulkan sekali
CARA MEMASAK : 1. Ayak semua bahan., masukkan ke dalam bahan A.
2. Uli sampai jadi doh, kalau nak sama besar timbang doh 15gm tiap satu
3. Masukkan inti kacang tanah yang dicampur dgn gula
4. Bentukkan doh jadi bentuk pisang
5. Bakar pada suhu 170 darjah Celsius selama 30 minit
Bahan Coklat
Coklat putih dicampur beberapa titik pewarna lemon kuning
Dark coklat
* Masak coklat guna kaedah ‘double boil’,celup biskut satu-satu dalam coklat kuning, coklat dah keras baru sapu dark coklat.
Sedapnya Roti Bom. Bagi yang menggemari hidangan ini, bolehlah cuba resipi yang dikongsi oleh saudari Ijat Tiya ni. Sangat mudah dan tak renyah pun. Tak perlu juga canai dan tebar doh macam buat Roti Canai. Simple kan? Sesuai sangatlah dijadikan sajian keluarga. Nak buat untuk minum petang, makan malam atau sarapan pun boleh. Hidang pula dengan Sambal Sardin atau kari. Wallah! Memang berbaloi sangat untuk dicuba.
RESIPI ROTI BOM HOMEMADE
BAHAN-BAHAN (15 BIJI ROTI):
1/2kg tepung gandum cap sauh (beli online disini) 1 biji kuning telur 250ml air 2 sudu makan susu pekat manis (beli online disini) 2 sudu makan marjerin planta – dicairkan (beli online disini) 1 1/2 sudu teh garam Marjerin untuk sapu pada doh secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Satukan air, kuning telur, susu pekat dan garam di dalam bekas. Adun sampai sebati. 2. Kemudian masukkan separuh daripada tepung. Gaul. 3. Masukkan marjerin planta yang telah dicairkan. Gaul lagi hingga semua bahan sebati. 4. Seterusnya masukkan lebihan tepung dan uli sehingga doh menjadi kenyal dan licin. Jika doh lembik, tambah tepung sedikit demi sedikit hingga dapat tesktur doh yang diingini. (empunya resipi uli doh hampir 1 jam. Jika nak mudah, boleh uli guna bread maker – beli bread maker murah DISINI) 5. Bulatkan doh, lumurkan marjerin dan susun dalam bekas.
6. Peram doh sekurang-kurangnya 4 jam sebelum dicanaikan.
7. Untuk menikmatinya, panaskan kuali dan goreng hingga garing dan keperangan.
8. Roti Bom siap untuk dinikmati bersama Sambal Sardin, kari atau kuah dhal.
Sedapnya kalau dapat makan Bakwan panas-panas. Cicah pula dengan sos, memang tak toleh kiri kanan. Selain disajikan ketika sarapan, Bakwan ni juga boleh dinikmati tatkala minum petang. Nak cuba masak hari ni? Saudari Siti Khajar ada kongsikan resipinya. Jom cuba!