Hotel Crystal Crown PJ memang kaya dengan idea bakeri dan pastrinya. Chef Pastri, Chef Mohd Shafeeq Shahrom Nuwi berkongsi resipi pistachio biscotti dan karipap pastri ayam yang sungguh enak.
.
Biscotti dibakar dua kali untuk rasa rangup dan ringan berongga. Manakala karipap ayam penuh berperisa dengan kulit pastri puff memang terbaiklah. Berbaloi untuk dicuba, boleh dijadikan sajian petang yang menambat selera.
PISTACHIO BISCOTTI BAHAN-BAHAN :
3 biji telur
200gm tepung gandum
140gm gula
3gm tepung penaik
150gm kacang pistachio | panggang
CARA MEMASAK: 1. Masukkan tepung dan gula dan pukul sehingga rata. 2. Masukkan tepung dan pistachio, kacau hingga sebati. Masukkan ke dalam acuan. 3. Panaskan oven dalam suhu 160 darjah celcius dan bakar selama 30 minit 4. Biarkan sejuk seketika dan kemudian masukkan dalam peti sejuk selama 3 jam atau lebih. 5. Kemudian keluarkan, dan potong adunan nipis nipis 6. Panaskan oven dan bakar sekali lagi selama 15 minit pada suhu 150 darjah celcius, sehingga menjadi rangup. 7. Sejukkan seketika dan sedia untuk dihidangkan
Saiz hidangan : 10 orang Waktu memasak : 1 jam Cara memasak : Bakar selama dua kali Jenis masakan : Biskut berasal dari Itali Keistimewaan : Ringan dan rangup Anggaran kos : RM 20
Info Chef : Perkataan biscotti bermaksud dari perkataan Latin bermaksud dua kali bakar . Biskut ini teksturnya rangup kering dan ringan, sedap dimakan dengan mencicahnya dalam air kopi atau teh
IKLAN
CHICKEN CURRY PUFF BAHAN-BAHAN :
6 keping puff pastri | siap dijual di pasaraya
1 cawan isi ayam | dibuang tulang
1 biji bawang besar | dicincang
1 biji telur | dipukul
1/4 cawan air | untuk memasak inti
2 sudu besar minyak masak | untuk menumis inti
1 sudu teh garam | atau secukup rasa
1 sudu teh serbuk kari
3 biji telur rebus | dibelah dua.
2 biji kentang
CARA MEMASAK :
Untuk inti : 1. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bawang besar dan tumis hingga naik bau. 2. Masukkan serbuk kari dan tumis hingga pecah minyak 3. Masukkan kentang hingga empuk, dan masukkan ayam. Perasakan dengan garam 4. Tutup kuali dan biarkan mereneh dengan api perlahan 4. Masukkan air, dan tutup semula dan biarkan hingga inti betul-betul masak. 5. Potong telur rebus belah dan ketepikan.
Untuk menyediakan curry puff : 1. Ambil kepingan pastri puff dan potong tiga segi atau bentuk yang dikehendaki. 2. Masukkan 1 1/2 sudu besar inti dan letakkan ditengah,masukkan hirisan telur rebus, ambil lagi sekeping pastri dan tutup di atasnya 3. Tekan keliling pastri, boleh gunakan garfu sampai melekat. 4. Sapukan telur yang dipukul di atasnya, agar ia masak emas keperangan. 5. Bakar di dalam ketuhar, selama 12 minit (atau sampai keperangan) dalam ketuhar bersuhu 160 darjah C.
IKLAN
Saiz hidangan : 4 orang Waktu memasak : 1 jam Cara memasak : Bakar Jenis masakan : Paf dan pastri Keistimewaan : Inti kari ayam dan telur rebus mengenakkan pastri puff Anggaran kos : RM 20
INFO CHEF : Jika anda memilih untuk membuat pastri sendiri, simpan dalam peti sejuk dan buat sehari lebih awal.
RESEPI : CHEF PASTRI, CHEF MOHD SHAFEEQ SHAHROM NUWI TERIMA KASIH : Crystal Crown Hotel Petaling Jaya, No. 12, Jalan Utara, PJS 52, Petaling Jaya, Selangor
Sedapnya Kari Telur. Kuah pekat, memang enak dimakan bersama nasi putih. Jika ada lauk sampingan lain seperti ayam goreng atau papadom, lagilah nikmat. Bagi anda yang sukakan lauk Kari Telur ini, saudari De Norms Latorel ada kongsikan resipinya. Menurut beliau, resipi ini ada kisah tersendiri dimana kawan pejabat berbangsa India pernah meminta beliau memasak lauk ini kerana rasanya yang mirip masakan mendiang ibunya. Anda nak cuba? Jom lihat cara-caranya.
CARA MEMASAK: 1. Panaskan 1 cawan minyak masak. Mmasukkan rempah 4 sekawan. 2. Masukkan kisaran bawang besar, bawang putih dan halia. Tumis dalam 5 minit dengan api kecil. 3. Masukkan daun kari. Biar bau daun kari naik semerbak. Kacau sekali sekala dalam 10-15 minit. 4. Seterusnya masukkan serbuk kari ayam & serbuk kari ikan ke dlm periuk (terlebih dahulu campurkan 2 serbuk kari ni dalam 1 mangkuk. Masukkan sedikit air sahaja untuk disebatikan. Jadikan pes). Kacau rata.
5. Jika minyak kelihatan kurang, tambahkan minyak masak dalam 2-3 sudu makan. Kacau sentiasa guna api sederhana sehingga pecah minyak. Elakkan hangit. 6. Masukkan kesemua kentang yang telah dibelah. Kacau guna sudip kayu yang leper. Jangan guna senduk nanti kentang hancur. 7. Masukkan serbuk kiub pati ayam dan asam gelugur. Kacau rata. 8. Bila kari sudah pecah minyak. masukkan santan. Kacau lagi sehingga santan pecah minyak. 9. Perasakan dengan garam secukup rasa 10. Tunggu sehingga kuah mendidih & masukkan telur rebus. (masa ni kentang pun sudah sedang elok empuk) 11. Bila semuanya sudah cukup rasa, tutup api dan sedia untuk dinikmati.
INFO: Bila sudah siap masak, ambil kitchen paper @ tisu dapur untuk serap minyak. Boleh juga guna senduk keluarkan lebihan minyak dalam kari.
Siapa orang Jawa mesti tau apa nama masakan ni masakan mak memang champion lah.Masak ni boleh guna apa saja jenis ikan tapi yang lebih sedap kalau guna ikan keli.Kombinasi yang sangat padu. Biasanya kalau pergi kenduri kahwin orang Jawa, memang mereka jamu lauk ini.Memang sedap giler. Jom cuba buat ikut resipi ni.
IKAN SIAKAP MASAK PECAL
Bahan-bahan:
Ikan siakap – dibakar terlebih dahulu. kalau nak goreng pun boleh. Saya goreng je, sebab malas bakar.
(saya tukar ikan siakap sebab tak makan ikan keli
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih-BELI ONLINE DI SINI
8 tangkai cili padi -BELI ONLINE DI SINI
5 atau 6 biji cekur – cekur saya guna saiznya agak kecil
sedikit kunyit hidup -BELI ONLINE DI SINI
santan
4-5 helai daun limau purut
10 helai daun cekur – dihiris halus
garam dan gula secukup rasa
Cara memasak :
1.Ketepikan dahulu ikan siakap yang telah dibakar/digoreng tadi.
2.Tumbuk halus bawang merah, bawang putih, cili padi, cekur dan kunyit hidup.
3.Didihkan sedikit air dalam periuk, dan masukkan bahan yang ditumbuk. Rebus sehingga naik bau.
4.Bila dah agak mendidih, masukkan santan dan daun limau purut.
5.Kemudian masukkan ikan siakap tadi.
6.Akhir sekali masukkan hirisan daun cekur dan perasakan dengan garam dan sedikit gula.
Selamat mencuba.
Kredit : Norsaadah Salim
#mahn
INGIN MEMBELI KUALI NON STICK, BOLEH BELI DI SINI.
Suka makan Jemput-Jemput Durian? Resipi perkongsian saudari Ju Mohamad ini antara yang boleh anda cuba. Bila dimakan, terasa inti isi durian segar ditengahnya. Sangat sedap! Sesuai dijadikan hidangan waktu sarapan atau minum petang. Terasa nikmat! Anda perlu cuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MEMASAK: 1.Kacau yis, telur, garam dan gula bersama air suam. Biarkan yis kembang. 2. Gaul yis bersama tepung gandum. Perap adunan selama 30-45 minit. 3. Ambil isi durian dan potong-potong guna gunting supaya senang untuk letak dalam adunan tepung nanti. 4. Panaskan minyak masak dalam kuali. 5. Untuk menggoreng Jemput-Jemput, ada dua cara. Cara pertama ialah ambil senduk nasi, ratakan sedikit adunan tepung, letak isi durian dan bulatkan menggunakan sudu.
Klik pada gambar untuk tonton video
6. Kemudian goreng dalam minyak panas hingga masak. 7. Untuk cara kedua, ambil isi durian yang telah dipotong kecil tadi. 8. Letak dalam adunan tepung, salutkan dengan adunan dan bentukkan jadi cekodok.
Klik pada gambar untuk tonton video
9. Goreng seperti biasa hingga masak.
10. Angkat dan Jemput-Jemput inti durian sedia untuk dinikmati.