Mulakan pagi dengan sesuatu yang enak dan membuka selera untuk memulakan hari dengan penuh kecintaan. Dengan sedikit bahan sahaja, kita sudah boleh menyediakan sarapan enak dan berkhasiat. Bahan utama seperti telur, ayam, daging, salad dan keju lazimnya selalu ada di rumah. Jadi, apa tunggu lagi? Jom buat sarapan yang sedap ni.
CONGEE DAGING
BAHAN-BAHAN
1 cawan beras wangi
8 cawan air rebusan tulang
2 potong hirisan halia
Lada sulah dan garam secukup rasa
1 sudu minyak bijan
1 sudu sos tiram
2 pokok daun bawang
2 pokok daun ketumbar
200 gram daging panggang (dihiris nipis)
CARA MEMASAK
1. Basuh beras tiga kali. Masukkan dalam periuk. Kemudian masukkan air rebusan tulang. Kacau sedikit dari semasa ke semasa.
2. Masukkan halia. Masak sampai beras kembang dan pekat. Perasakan dengan garam dan lada sulah, minyak bijan dan sos tiram. Kacau sebati dan masak lagi.
3. Potong daun ketumbar dan daun bawang. Masukkan dalam bubur dan kacau sebati. Tuang ke dalam mangkuk. Kemudian letak hirisan daging, daun bawang atau bawang goreng.
HEALTHY SANDWICH
BAHAN-BAHAN
1 buku roti bijan (dipotong nipis)
3 helai salad segar
Hirisan tomato dan bawang
Isi ayam (siap masak dan dihiris nipis)
1 biji telur goreng (digoreng dengan minyak zaitun)
2 keping keju ceddar
1 sudu sos tomato
½ sudu mayones (jika suka)
CARA MEMASAK
1)Bakar roti sehingga sedikit berwarna.
2)Letakkan salad, tomato, bawang dan susun isi ayam bersama telur goreng serta keju.
3)Kemudian letakkan sos tomato dan mayones.
TELUR SCRAMBLE DENGAN BACON DAGING
BAHAN-BAHAN
3 biji telur ayam
50 ml susu segar
Garam dan lada sulah secukup rasa
Mentega
Roti toast
Bacon daging
CARA MEMASAK
1. Pecahkan telur ayam dan campur bersama susu segar. Pukul dengan garpu sampai sebati. Kemudian masukkan garam dan lada sulah.
2. Panaskan kuali dan masukkan mentega. Kemudian tuang semua bancuhan telur. Sambil masak, kacau telur sampai 70 peratus masak. Kacau sampai sedikit hancur.
3. Tuangkan di atas roti toast. Hidangkan bersama bacon daging panggang, salad atau kentang jika suka.
ROTI PITA KEJU
BAHAN-BAHAN
10 gram yis roti
Sedikit air
1 liter susu segar
Gula dan garam secukup rasa
2 sudu besar minyak zaitun
500 gram tepung gandum
200 gram keju mozarella
CARA MEMASAK
1. Satukan yis roti dengan sedikit air dan biarkan selama 10 minit.
2. Sediakan 500 ml susu. Masukkan gula, garam, minyak zaitun dan yis tadi.
3. Kemudian masukkan tepung gandum. Uli tepung sambil masukkan lebihan susu. Masukkan sedikit demi sedikit.
4. Pastikan tepung tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembik. Rehatkan doh selama 30 minit sehingga tepung naik dua kali ganda. Uli kembali dan jadikan bebola tepung dalam anggaran 70 gram – 100 gram setiap satu.
5. Ambil sebiji tepung ulian tadi dan buka sedikit dengan tangan. Masukkan keju dan tutup kemaskan kembali. Uli roti menjadi sedikit leper tetapi jangan terlalu nipis.
6. Panaskan kuali tanpa minyak dan masak sehingga naik warna setiap bahagian. Potong dan terus makan makan panas-panas.
TORTILA KELEDEK MANIS
BAHAN-BAHAN
Doh roti pita
1 biji keledek sederhana besar (direbus)
1 biji kentang (direbus)
½ biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 tangkai daun kari
2 biji cili merah (dihiris nipis)
Sedikit biji sawi
Sedikit serbuk kunyit
½ sudu besar serbuk cili
½ sudu besar serbuk ketumbar
Hirisan daging siap masak
CARA MEMASAK
1. Ambil sebiji doh roti pita dan uli sampai leper, nipis dan bulat. Masak atas kuali panas.
2. Tumis bawang merah, bawang putih, biji sawi, daun kari dan cili merah sampai naik wangi. Kemudian masukkan kunyit, serbuk cili dan serbuk ketumbar. Masukkan pula keledek dan kentang yang telah dilenyek terlebih dahulu. Masak dan kacau semua bahan sehingga sebati.
3. Kemudian perahkan jus limau nipis. Masukkan daun ketumbar bersama daging. Kacau sambil masak.
4. Cedok tiga sudu besar inti ini di atas roti dan balut menjadi seperti popia besar. Masak sedikit lagi di atas kuali sehingga ada sedikit warna. Angkat dan potong dua bahagian.
Durian Bakar! Salah satu menu viral baru yang sedang panas dan dicuba ramai. Biasanya isi durian segar ini dimakan begitu sahaja secara segar atau diolah menjadi kuih muih dan manisan seperti bubur, pengat dan sebaginya. Namun kali ini berbeza, ulas durian ini dibakar menggunakan Air Fryer. Waduh…Lihatlah gambar tu, durian isi kuning yang ada kesan sedikit hangus. Nampak sangat sedap dan membuka selera!
Menerusi perkongsian saudari Khatijah Einie di FB, rasanya memang sedap dan seakan lempuk durian tetapi dalam versi tanpa gula. Beliau menggunakan durian kampung kahwin isi kuning. Jika guna isi durian kahwin lain, pasti lagi enak rasanya. Wow…bagi penggemar lempuk, boleh cuba ni. Menarik!
Hantaran beliau menarik perhatian ramai malah ada yang mencubanya serta memberikan komen yang positif. Nampak gayanya memang terbaik rasa Durian Bakar ni. Jadi tunggu apa lagi, sementara durian masih ada musim ni, jom cuba! Pasti anda pun akan sukakan rasanya.
CARA MASAK DURIAN BAKAR PALING SEDAP GUNA AIR FRYER JE
Foto: Emma Amani
BAHAN-BAHAN: Isi durian segar
CARA MEMASAK:
Bakar durian dalam Air Fryer pada suhu 200C selama 10 minit.
Keluarkan dan sedia untuk dinikmati.
Sangat mudah kan? Pejam mata pun boleh buat. Nanti jangan lupa cuba tau. Bila dah menjadi, boleh bagi komen dan respond di ruangan komen nanti. Min pun nak tengok juga hasil Durian Bakar yang anda buat tu. Selamat menjamu selera!
Siapa peminat chawanmushi? Chawanmushi ni makanan Jepun yang dibuat daripada campuran telur ayam dan dashi yang dikukus di dalam mangkuk. Makanan ini dihidangkan bersama mangkuknya dan dimakan sebagai makanan pembuka selera.
Tekstur Chawanmushi yang lembut seperti puding kastard senang dimakan anak-anak dan orang tua. Jom RASA kongsikan satu resepi yang rasa dia nak sama macam chawanmushi.
Resipi yang dikongsi daripada Arina Rashid ini, sebenarnya telur kukus je. Nak buat chawanmushi punyalah senang. Tak sempat nak berpeluh pun. Paling puas hati boleh letak bahan banyak-banyak.
Untuk resepi telur kukus/steamed egg/chawanmushi, anda sediakan alat pengisar, pengukus, bekas ramekin. Kalau tak ada, guna bekas tupperware pun boleh.
CHAWANMUSHI @ TELUR KUKUS
BAHAN-BAHAN:
3 biji telur 260g air ½ sudu teh garam
Dapatkan Khind 3.5L Air Fryer dengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!
CARA MENYEDIAKAN:
1. Kisar semua bahan sampai sebati.
2. Sediakan bekas. Kalau guna ramekin dapat 4 bekas. Dalam bekas tu, isilah segala apa-apa yang anda suka. Saya letak cendawan shitake dengan crabstick.
5. Super pantas dan berbaloi kan. Kalau chawanmushi, dia guna dashi sebagai perisa. Kita guna garam pun dah ok dah tu.
*Sebenarnya resepi asal dari cookidoo ni. Yang ada TM6 boleh rujuk resipi steamed egg dekat resipi Hainan Chicken Rice. *Setting tm6 untuk kisar bahan-bahan atas tu ialah 6 sec, speed 4. Untuk kukus pulak, guna varoma tray, set kan masa 20 minit, suhu varoma, speed 3.
Udang goreng sambal matah adalah antara resipi yang semakin popular kerana rasanya yang unik, gabungan tekstur rangup udang goreng dan kepedasan aromatik sambal matah dari Indonesia.